30 July 2007

Iraq Juara

Ketua pasukan Iraq, Younis Mohmoud (dua dari kanan) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan sambil pemain Arab Saudi begitu hampa pada perlawanan akhir Piala Asia di Jakarta, semalam. Iraq menang 1-0. – AFP.
JAKARTA – Ketua pasukan, Younis Mahmoud muncul wira apabila gol jaringannya menghadiahkan kejuaraan Piala Asia kali pertama buat Iraq dalam sejarah pertandingan itu semalam. Tandukan berharga Younis pada minit ke-71 membolehkan Iraq menewaskan Arab Saudi 1-0 pada perlawanan akhir di Stadium Gelora Bung Karno itu. Permainan yang berlangsung pantas dengan gerakan-gerakan menarik dipamerkan kedua-dua pasukan Tanah Arab itu berakhir dengan penuh dramatik dan bersejarah buat Iraq yang masih dibelenggu peperangan. Dengan mempamerkan permainan cukup bersemangat, pemain-pemain Iraq mengatasi dari setiap segi dan memang berhak menang ke atas Arab Saudi yang pernah muncul juara tiga kali Piala Asia sebelum ini. Mendapat sokongan moral daripada rakyatnya yang menderita akibat perang, Iraq bermain penuh keazaman tinggi untuk melemahkan jentera serangan Arab Saudi. Menerusi asakan-asakan keras dan corak permainan bertenaga yang dipamerkan Iraq, Arab Saudi gagal bermain seperti biasa hingga menyebabkan mereka hilang punca. Kesempatan itulah diambil sebaik mungkin oleh Iraq untuk menekan Arab Saudi hingga menyaksikan gol kemenangan berjaya dihasilkan berpunca daripada kelemahan lawannya itu.
Younis yang tidak dikawal menyambut bola sepakan sudut Hawar Mohammed ketika pemain-pemain Arab Saudi semakin hilang tumpuan. Jaringan itu membolehkan Younis muncul penjaring terbanyak kejohanan dengan empat gol untuk berkongsi kedudukan dengan pemain Arab Saudi, Yasser Al Qhatani dan pemain Jepun, Naohiro Takahara. Iraq turun sebagai pasukan yang hanya melepaskan dua gol sepanjang kejohanan tetapi berdepan barisan serangan Arab Saudi yang paling produktif iaitu 12 gol. Namun semalam, ternyata benteng pertahanan Iraq adalah yang terbaik pada kejohanan kali ini apabila berjaya menyekat setiap gerakan barisan depan Arab Saudi. Di peringkat kumpulan sebelum ini, Iraq menewaskan Australia 3-1 dan layak ke perlawanan akhir dengan menewaskan Korea Selatan menerusi penentuan sepakan penalti di separuh akhir, Rabu lalu.
– AFP

27 July 2007

Beauty Secrets from the East


'Gadis' beauty secrets from the Malaysia, di hadapan kedai Datuk Jimmy Choo rakyat Malaysia pencipta kasut jenama terkenal di luar negara.

26 July 2007

Tahniah Iraq, Arab Saudi

Iraq, Saudi ke final Piala Asia
KUALA LUMPUR 25 Julai - Dua gergasi bola sepak Asia Barat, Iraq dan juara tiga kali, Arab Saudi melangkah ke perlawanan akhir Piala Asia di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta Ahad ini. Dua nasib berbeza ditempuh oleh Iraq dan Arab Saudi sebelum menewaskan lawan masing-masing di separuh akhir, malam tadi. Iraq melangkah ke perlawanan akhir buat pertama kali selepas menewaskan Korea Selatan 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti di Stadium Nasional Bukit Jalil. Kedua-dua pasukan itu terikat dengan keputusan seri 0-0 hingga ke masa tambahan. Di Hanoi, Vietnam, Arab Saudi menamatkan impian Jepun yang memburu gelaran buat kali ketiga berturut-turut apabila menewaskan penyandang juara itu dengan keputusan 3-2. Arab Saudi melangkah ke perlawanan akhir buat kali keenam daripada tujuh penampilan di kejohanan ini. Jepun merapatkan jurang dengan dua gol menerusi Yuji Nakazawa (m-37) dan Yuki Abe (m-53). Arab Saudi muncul juara sebanyak tiga kali pada 1984, 1988 dan 1996.
Arab Saudi tidak pernah menewaskan Jepun di Piala Asia termasuk kekalahan dalam perlawanan akhir pada 1992 dan 2000.

24 July 2007

Patuh undang-Undang

Laman blog: Patuhi undang-undang
PUTRAJAYA 23 Julai – Kerajaan tidak pernah membuat apa-apa keputusan suntuk mengambil tindakan ke atas mana-mana pengendali laman blog di negara ini. Bagaimanapun, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, setiap orang perlu menyedari bahawa negara ini mempunyai undang-undang yang perlu dipatuhi.‘‘Tidak, tidak ada keputusan khas dibuat untuk ambil tindakan ke atas blogger, tetapi setiap orang perlu sedar bahawa negara ini mempunyai undang-undang,” katanya.Beliau menyatakan demikian kepada para pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan para pemimpin dewan perniagaan Cina luar negara di sini hari ini.Beliau ditanya mengenai tindakan UMNO membuat laporan polis ke atas laman blog Malaysia Today hari ini kerana dikatakan menyiarkan siri komen yang dilihat menghina Yang di-Pertuan Agong, agama Islam dan boleh menimbulkan perasaan kebencian dan keganasan antara kaum di negara ini.Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib membuat laporan polis mengenainya di Balai Polis Tun H. S. Lee pada pukul 12.57 tengah hari ini.Diminta mengulas tindakan Muhammad itu, Najib berkata, setiap orang boleh membuat laporan polis dan terpulang kepada pihak berkuasa untuk menyiasat laporan tersebut sama ada mereka telah melanggar undang-undang atau sebaliknya.

20 July 2007

'Lurah Dendam'

BERLIN: AL-kisah di khabarkan seorang pemandu bas Jerman mengugut melempar keluar kerani jualan berusia 20 tahun dari basnya di bandar Lindau kerana menyifatkan pakaian wanita berkenaan terlalu seksi, lapor akhbar. “Tiba-tiba dia menghentikan bas. Dia membuka pintu dan menjerit pada saya, ‘Lurah payu dara awak memesongkan perhatian saya setiap kali saya memandang cermin dan saya tidak boleh memberi tumpuan kepada jalan raya. Jika awak tidak duduk di mana-mana, saya terpaksa melempar awak keluar’,” kata wanita yang dinamakan sebagai Debora C.Wanita terbabit, yang gambarkan disiarkan dalam akhbar Bild memakai baju ketat dengan leher luas, berkata dia bergerak ke tempat duduk lain tetapi terhina dengan tindakan pemandu bas itu.Bagaimanapun, tindakan pemandu berkenaan dipertahankan syarikat bas. – Reuters