Showing posts with label Agama. Show all posts
Showing posts with label Agama. Show all posts

22 August 2007

Larangan Bersetubuh

Larangan bersetubuh dengan isteri yang sedang haid
Oleh: DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI
SYEIKH al-Maghari berkata: Persoalan yang dikemukakan ini merupakan salah satu daripada tiga soalan yang datang secara ‘ataf dengan wau kerana hubungannya dengan sebelum dan selepasnya. Ini kerana kesemuanya berkenaan dengan persoalan wanita.
Di samping itu, berlakunya pengaruh kefahaman di Madinah antara golongan Arab dan Yahudi berkenaan dengan masalah haid. Justeru Allah menurunkan ayat ini.
Allah berfirman: Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) haid. Katakanlah: “Darah haid itu satu benda yang (menjijikkan dan) mendatangkan mudarat”. Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan (jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu, dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci. Kemudian apabila mereka sudah bersuci maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu. Sesungguh-Nya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri. (al-Baqarah: 222)
Sebab timbulnya pertanyaan itu. Para ulama berselisih kepada dua pendapat.
Anas bin Malik meriwayatkan dengan katanya: Bagi orang Yahudi, apabila wanita mereka kedatangan haid, maka mereka tidak akan makan dan minum bersama dan tidak duduk sekali dengan mereka dalam sebuah rumah. Lalu hal itu ditanyakan kepada Nabi s.a.w.. Maka Allah menurunkan ayat: Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), tentang (hukum) haid. Katakanlah: Darah haid itu satu benda yang menjijikkan dan mendatangkan mudarat. Lalu Baginda menyuruh mereka supaya makan dan minum bersama-sama wanita-wanita haid itu dan hendaklah mereka tinggal serumah dan melakukan apa sahaja kecuali persetubuhan.
Lantaran orang Yahudi pun berkata: Muhammad hanya mahu membuat kelamin dari setiap urusan kita. Kemudian datanglah Usaid bin al-Hudair dan Ubad bin Bisyr. Mereka berkata: Wahai Rasulullah mengapa kita tidak membuat kelainan daripada orang Yahudi itu dengan menyetubuhi isteri semasa haid?
Lantas berubahlah air muka Rasulullah s.a.w., sehingga kami menyangka Baginda marah kepada mereka berdua. Kata Abbas: Kemudian mereka berdua bangun dan keluar. Tetapi sejurus kemudian datang orang membawa hadiah susu kepada Baginda, lalu Nabi menghantar orang menjejaki mereka dan memberikan mereka minum susu. Tahulah mereka bahawa Nabi tidak marah kepada mereka. Hadis ini sahih dan disepakati para imam ahli hadis.
Firman Allah s.w.t: Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) haid. Katakanlah: “Darah haid itu satu benda yang (menjijikkan dan) mendatangkan mudarat”. Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri daripada perempuan (jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci.
Ibn al-Arabi berkata: Tafsiran al-Mahid. Perkataan ini di atas wazan Maf’il, ia berasal daripada kata kerja yang bermaksud mengalir. Orang Arab menyebut: Pokok dan pohon balak itu mengalir. Yakni apabila mengalir lembapan-lembapannya (air bah mengalir). Seorang penyair berkata: Dan mengalirlah ke atasnya aliran air bah yang besar. Dari segi maksudnya, ia membawa erti darah yang dilepaskan oleh rahim sehingga memancar keluar. Ia mempunyai lapan nama iaitu; Haid, ‘Arik, arik, Tamis, Daris, Kabir, Dahik dan Tamith.
Mujahid menafsirkan firman Allah: Lalu dia (isteri Nabi Ibrahim) tertawa. Dengan maksud, kedatangan haid, seorang penyair menyebutkan yang bermaksud: Dan ditinggalkan isterinya pada suatu hari tatkala dia kedatangan haid.
Ahli tafsir menyebutkan firman Allah yang bermaksud: Maka ketika mereka melihatnya, mereka tercengang melihat kecantikan parasnya. Dengan memberi maksud datanglah haid mereka. Mereka menguatkan alasan dengan mengemukakan bait syair yang bermaksud: Wanita itu didatangi apabila mereka suci dan mereka tidak didatangi apabila mereka berhaid.
Tetapi selepas suci pun, persoalan ini bukanlah persoalan yang boleh dilakukan sewenang-wenang mengikut kemahuan hawa nafsu dan cara-cara yang menyeleweng, malah ia tetap terikat dengan perintah Allah, kerana hubungan kelamin merupakan tugas yang terbit daripada perintah dan taklif dan terikat dengan cara dan batas-batas yang tertentu.
Bagi tafsiran Aza seperti firman Allah yang bermaksud: Katakanlah: Darah haid itu satu benda yang menjijikkan dan mendatangkan mudarat. Tentang perkataan Aza terdapat empat pendapat:
*Ia bermaksud kotoran. Dikatakan oleh Mujahid dan al-Suddi.
*Ia bermaksud darah. Dikatakan oleh Mujahid.
*Ia bermaksud najis.
*Ia bermaksud perkara yang tidak disenangi dengan sebab bau, kemudaratan dan kenajisannya. Pendapat keempat ini adalah pendapat yang sahih kerana dua sebab:
*Pengertian ini merangkumi semua pengertian yang lain.
*Allah berfirman dalam ayat lain yang bermaksud: Jika kamu dihalangi oleh sesuatu yang menyusahkan seperti hujan.
Perkataan ini boleh dirujuk kepada tiga andaian yang dibincangkan sebelum ini iaitu sama ada merujuk kepada tempat haid secara majaz. Ia dirujuk kepada majaznya secara hakikat.
Firman Allah: Kemudian apabila mereka sudah bersuci maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu. Ada tiga pendapat tentang maksud ayat ini;
Firman Allah yang bermaksud: Sehingga mereka suci. Yakni sehingga (putus) berhenti darahnya. Pendapat ini dikatakan oleh Abu Hanifah tetapi pendapatnya bercanggah pada dua tempat apabila beliau berkata: Apabila darahnya berhenti pada tempoh maksimum haid maka halallah dia, tetapi jika darahnya terhenti pada tempoh minimum haid maka dia tidak halal kecuali dengan berlalu satu waktu solat yang sempurna. Ia bermaksud, jangan menyetubuhi wanita haid sehinggalah dia mandi junub. Pendapat ini dikatakan oleh al-Zuhri, Rabiah, al-Laith, Malik, Ishak, Ahmad dan Abu Thaur. Sehingga dia berwuduk untuk solat.
Pendapat ini dikatakan oleh Taus dan Mujahid. Datangilah mereka pada tempat yang melahirkan anak bukan pada tempat yang lain. Matlamat hubungan kelamin bukanlah semata-mata melepaskan keinginan nafsu tetapi melanjutkan hayat dan mencari ketetapan Allah.
Allah telah menetapkan sesuatu yang halal dan memfardukannya dan kewajipan seorang Muslim ialah mencari apa yang telah ditetapkan oleh Allah dan bukannya menciptakan sendiri apa yang dikehendakinya, Allah memfardukan segala apa yang difardukannya itu untuk membersihkan para hamba-Nya dan Dia amat sayangkan mereka yang bertaubat apabila mereka melakukan kesilapan dan pulang kepada-Nya memohon keampunan.
Firman Allah yang bermaksud: Menurut jalan yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu. Terdapat enam pendapat tentang maksud ayat ini:
*Datangilah mereka dari mana tempat yang sebelum itu dilarang.
*Datangilah mereka dari kemaluan hadapan. Dikatakan oleh Ibn Abbas dan Mujahid melalui salah satu daripada dua pendapatnya yang dilaporkan.
*Datangilah mereka seluruh badannya. Juga dikatakan oleh Ibn Abbas.
*Datangilah mereka dari tempat sebelum sucinya. Dikatakan oleh Ikrimah dan Qatadah.
*Datangilah mereka dari arah (dengan cara) perkahwinan.
*Datangilah dalam keadaan yang Allah halalkan kepada kamu, janganlah mereka itu perempuan yang sedang berpuasa atau berihram atau beriktikaf. Dikatakan oleh al-Asam.
Firman Allah: Sesungguh-Nya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa menyucikan diri. Di bawah bayangan inilah ayat yang berikut menggambarkan salah satu daripada hubungan suami isteri yang sesuai dan selaras dengan garis-garisnya.
Iktibar ayat
*Syeikh al-Maraghi berkata: Ayat ini menunjukkan syariat menggalakkan perkahwinan dan mengharamkan kerahiban dengan meninggalkan perkahwinan semata-mata niat beribadat dan mendekatkan kepada Allah.
*Haid merupakan perkara yang keji dan boleh membawa kepada penyakit jika bersama dengan isteri ketika datangnya haid. Walaupun begitu boleh dilakukan apa saja kecuali bersetubuh sahaja berdasarkan riwayat Ahmad, Muslim dan Ashabu Sunan.
*Dua sifat yang amat disukai Allah iaitu sentiasa bertaubat dan membersihkan diri.
- DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI ialah pensyarah Fakulti Syariah dan Undang- undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM

22 April 2007

Doa Didik Diri Sentiasa Sabar

DENGAN suatu kepastian bahawa permohonan anda untuk mendapatkan RM100 akan dikabulkan, apa yang akan terjadi pada permohonan berkenaan? Jawapannya, sama ada anda mendapatkannya serta-merta atau ditangguhkan kemudian hari. Namun, terfikirkah anda jawapannya dielakkan daripada anda satu kerugian (baca: keburukan) yang seharga RM100, walaupun anda tidak mendapatkannya.
Itulah konsep doa dalam Islam iaitu setiap doa pasti dikabulkan Allah SWT, tetapi bentuk jawapan tidak semestinya seperti kita mohonkan. Allah berjanji mengabulkan setiap permohonan kita dalam firman-Nya bermaksud: “Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.” (Surah al-Mu’min: 60)Nabi SAW menjelaskan jawapannya adalah “Tidaklah ada seorang Muslim berdoa kepada Allah yang bukan permohonan melakukan dosa atau memutuskan silaturahim, kecuali Allah akan memperkenankan doanya itu dengan satu daripada tiga cara, iaitu sama ada dikabulkan serta-merta atau ditangguhkan untuk keperluan pada kemudian hari atau dijauhkan daripadanya keburukan yang senilai dengan doanya itu.”Sahabat berkata: “Jika demikian maka kami akan memperbanyakkan doa.” Nabi menjawab: “Allah pun lebih banyak lagi perkenan-Nya.” (Hadis riwayat Ahmad)Ada sebahagian umat berpendapat doa tidak akan membawa kesan apa-apapun kerana semua sudah ditetapkan Allah, jadi tidak perlu berdoa lagi. Jadi buat apa berdoa? Bahkan kita perhatikan dalam solat di masjid mereka selepas solat berjemaah terus angkat kaki tanpa berdoa selepas solat. Pendapat ini salah dan tidak disokong mana-mana dalil dalam al-Quran dan hadis.Al-Quran menunjukkan bagaimana doa bermanfaat bagi manusia yang memohonnya. Sebagai contoh, ketika Nabi Yusuf AS berdoa dalam ayat al-Quran bermaksud: “Wahai Tuhanku! Aku lebih suka kepada penjara daripada yang perempuan itu ajak aku kepadanya. Dan jika Engkau tidak menjauhkan daripadaku tipu daya mereka, mungkin aku akan cenderung kepada mereka, dan aku menjadi daripada orang yang tidak mengamalkan ilmunya. Maka, Tuhan memperkenankan doanya lalu dijauhkan daripada tipu daya mereka; sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (Surah Yusuf: 33-34)Daripada ayat di atas, doa sememangnya berkesan dan bermanfaat bagi orang yang memohonnya, sama ada untuk diri mahupun pihak lain. Dalam kedua-dua ayat di atas, ada doa daripada seorang hamba dan ada perkenan daripada Pencipta.Ibnu Rajab pernah bercerita mengenai seorang ahli ibadah yang berada di Makkah. Dia kehabisan bekal dan menderita kelaparan amat sangat hingga hampir membinasakannya. Ketika dia berkeliling dan salah satu jalan di kota Makkah, tiba-tiba dia menemui kalung antik yang mahal. Dia pun menyimpan kalung berkenaan dalam begnya dan pergi menuju ke Masjidil Haram. Tiba-tiba, di sana ada seorang lelaki mengumumkan dirinya kehilangan kalung. Orang itu menjelaskan bagaimana bentuk kalungnya yang hilang. Ternyata semua keterangan dia sampaikan mirip kepada kalung ditemui orang berkenaan. “Saya berikan kalung itu kepadanya namun, dengan syarat memberikan imbalan kepada saya,” kata orang menemuinya itu. Kalung itu pun diambilnya, dan dia pergi begitu saja tanpa ucapan terima kasih, atau dengan memberikan satu dirham, sepatah kata, mahupun dengan memberikan apa saja. “Ya Allah! Aku biarkan semua itu untukmu, maka gantilah untukku sesuatu yang lebih baik daripadanya.” Kemudian dia pergi ke laut, dan menumpang sebuah perahu. Ketika di laut, tiba-tiba angin bertiup kencang sekali, dan perahu ditumpanginya karam. Akhirnya dia terapung-apung di laut dengan sebatang kayu yang dibawa angin hingga akhirnya terdampar di sebuah pulau, dan dia pun turun ke daratan. Di pulau itu dia menuju sebuah masjid dan orang ramai sedang bersolat, dia pun kemudian ikut solat bersama mereka. Di masjid itu dia menemukan lembaran kertas yang selepas dibacanya ternyata ayat-ayat al-Quran. Seorang daripada mereka bertanya kepadanya: “Apakah anda sedang membaca al-Quran?” Jawabnya: “Ya”! Kemudian penduduk pulau itu berkata: “Ajarilah anak kami al-Quran.” Dia pun setuju mengajarkan al-Quran kepada mereka dengan dibayar. Kemudian dia pun menulis tulisan Arab, dan orang itu pun bertanya lagi: “Apakah anda boleh mengajar anak kami tulis menulis?” Jawabnya: “Ya!” Maka dia pun mengajar anak mereka dengan menerima bayaran.Orang di pulau itu kemudian bercerita bahawa di tempat itu ada seorang perempuan yatim, anak seorang yang sangat baik. Kini, orang tuanya meninggal dunia. “Apakah anda mahu menikahinya?” tanya orang itu kemudian. Dia menjawab: “Tak apa.” Dan dia pun akhirnya menikahi perempuan itu. Ketika masuk ke biliknya, pada hari pertama, dia melihat kalung yang pernah dia temui melingkari leher isterinya. Maka, dia pun bertanya: “Bagaimana kisah kalung ini?” Si isteri itu pun kemudian bercerita. Dalam cerita itu disebutkan ayahnya suatu hari pernah menghilangkannya di Makkah. Kata si ayah kepadanya, kalung ini ditemui seorang lelaki yang kemudian diserahkan begitu saja kepadanya. Sepulangnya dari Makkah, si ayah selalu berdoa dalam sujudnya semoga Allah mengurniakan suami buat anak perempuannya seperti lelaki yang menemui kalungnya itu. Pada akhir ceritanya, si suami menyergah: “Sayalah lelaki itu.”Sekarang kalung itu berada di sisi lelaki itu dengan status halal, sebab dia meninggalkan sesuatu kerana Allah, maka Allah pun menggantikannya dengan yang lebih baik.Dalam kisah di atas kita melihat bagaimana doa itu diperkenankan Allah. Ada doa dari seorang ahli ibadah “Ya Allah! Aku biarkan semua itu untukmu, maka gantilah untukku sesuatu yang lebih baik daripadanya” maka diperkenankan Allah di kemudian hari dengan diberikan kepadanya anak pemilik kalung yang hilang. Tentu saja anak perempuan dan kalung lebih baik daripada kalung saja.Dalam kisah di atas kita melihat ada doa seorang ayah yang baik yang menginginkan suami untuk anaknya sebaik lelaki yang menemui kalungnya yang hilang dulu, maka Allah pun memberikan apa dimintanya itu. Bukankah itu tanda kebenaran janji Allah dalam ayat surah al-Mu’min.Al-Tanukhi menceritakan salah seorang menteri di Baghdad, menyebutkan namanya, berbuat aniaya terhadap harta-benda milik seorang wanita tua. Dia merampas haknya dan menyita semua harta miliknya. Perempuan tua itu pun datang kepada menteri dimaksudkan sambil menangis dan memprotes tindakannya yang zalim lagi kejam. Namun, menteri itu tidak ambil peduli, apalagi menyesali perbuatannya. Perempuan tua itu berkata: “Jika engkau tidak menyedarinya juga, aku akan memohon kepada Allah supaya engkau celaka.’ Menteri itu tertawa terkekeh-kekeh dan mengejek wanita itu dan berkata dengan angkuh: “Berdoalah pada sepertiga akhir malam.”Wanita itu pun meninggalkannya. Setiap hari, pada sepertiga malam terakhir, dia selalu berdoa. Tidak berapa lama kemudian pada waktu singkat, ternyata menteri itu dipecat dari jawatannya dengan cara tidak terhormat; dan semua hartanya disita. Dia diikat di tengah-tengah pasar dan disebat sebagai hukuman atas kejahatannya kepada rakyat. Ketika dia sedang menjalani hukuman sebat, perempuan tua itu lalu di hadapannya dan berkata kepadanya: “Engkau benar. Engkau menganjurkan kepadaku untuk berdoa pada sepertiga malam terakhir, dan terbukti sepertiga terakhir malam itu memang waktu yang baik.”Dalam kisah ini ada juga doa dan jawapannya. Bahkan dalam kisah ini perkenan Allah lebih mustahak kerana seperti disabdakan junjungan “Waspadalah terhadap orang dizalimi, kerana sesungguhnya antara doanya dan Allah tidak ada penghalang.”Al-Dua silah al-mu’min atau ‘doa adalah senjata orang beriman’ seperti disabdakan junjungan. Ia sangat ampuh untuk melawan kegundahan hati manusia yang disebabkan warna-warni kehidupan. Dengan senjata doa diperkenankan Allah, secanggih-canggihnya senjata musuh akan lumpuh dan boleh dikalahkan. Antara membezakan doa dengan senjata sebenar adalah penyebab keberkesanannya.Kemahiran dan latihan berterusan pemegang senjata akan memberi kesan maksimum dalam penggunaannya. Kedekatan orang yang berdoa dengan Allah dan kekhususannya memberi kesan maksimum dalam doa.Dengan mengetahui hakikat ini, musuh Islam dengan bisikan syaitan gentar memerangi umat Islam. Mereka menyedari walaupun umat Islam tidak memiliki senjata canggih, tetapi mereka mempunyai senjata yang penuh dengan rahsia yakni doa.

23 January 2007

E-Mail Dari Seorang Kawan

Doktor memulakan syarahannya dengan membawa para hadirin memikirkan sejenak dengan hadith yang maknanya sedikit sebanyak "Dalam diri-diri kamu ada kebesaran Tuhan". Doktor menyuruh kita melihat kedua tapak tangan dan perhatikan garis-garis di tapak tangan kita. Garisan-garisan di tangan kiri menunjukkan angka 8 dan 1 dalam Bahasa Arab dan tangan kanan 1 dan 8 dan membawa ke jumlah 81 + 18 = 99 iaitu bilangan nama Allah. Berikut adalah antara intipati syarahannya secara ringkas:-

1. Cara makan, kenapa kita gunakan tangan?
Mengikut cara Rasulullah s.a.w, beliau akan menggaulkan lauk dan nasi dengan tangan kanannya dan kemudian membiarkan sebentar, lalu Rasullah saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya(yg last tu), lalu Rasullah saw akan menghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah makan nasi dan lauknya. Mengapa? Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim, tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of digestion.
Mengapa menghisap garam? Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita. Kenapa garam? Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Dr, dihospital-hospital, the first line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM. Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia.

2. Cara Rasulullah mengunyah.
Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan itu.

3. Membaca Basmalah (Bismillahirrahma Nirrahim).
Membaca Basmalah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu. Cara Rasulullah minum. Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram. Jangan kita minum dari bekas yg besar dan jangan bernafas sedang kita minum. Kerana apabila kita minum dari bekas yg besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita. Kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabila bercampur dgn air H20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic. Jangan meniup air yg panas, sebabnya sama diatas. Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis.
Mengapa Islam menyuruh di sebat 100 kali orang belum berkahwin yang berzina, dan merejam sehingga mati org yg sudah berkahwin yang berzina? Badan manusia akan mengeluarkan sel-sel darah putih atau antibiotik yg dapat melawan penyakit. Dan sel-sel ini terdapat di daerah tulang belakang, berdekatan dengan sum-sum tulang manusia. Lelaki yang belum berkahwin dia akan dapat mengeluarkan beribu-ribu sel ini, manakala lelaki yang sudah berkahwin hanya dapat menghasilkan 10 unit sel ini sehari, kerana antara sebabnya ialah kerana sel-sel lain akan hilang kerana perhubungan suami isteri. Jadi apabila lelaki yang belum berkahwin didapati salah kerana zina hendaklah disebat 100 kali. Ini adalah kerana apabila dia disebat di belakangnya, suatu amaran tentang kesakitan itu akan membuatkan penghasilan beribu sel antibiotik yang dapat melawan virus HIV jika ia ada di badannya, dengan itu dapatlah antibodi melawan virus HIV itu. Tetapi jika lelaki itu sudah berkahwin, walaupun disebat 100 kali ia akan tetap menghasilkan 10 unit antibodi sahaja, jadi dengan itu hukumannya direjam hingga mati agar dia tidak dapat merebakkan virus HIV itu.
Sekian buat renungan bersama, Fi amanillah Jazakallah.