07 April 2013

PUTRAJAYA 3 April - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembubaran Parlimen Ke-12 selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) berkuat kuasa hari ini.
 
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan semua anggota Jemaah Menteri yang lain hadir pada pengumuman di Pejabat Perdana Menteri itu dengan masing-masing memakai sut hitam dan bertali leher merah. Mengambil sempena genap empat tahun beliau menggalas tanggungjawab serta amanah sebagai Perdana Menteri, Najib menurunkan peringatan serta nasihat satu per satu dalam mesej pembubaran itu.
 
Beliau berkata, ketua-ketua kerajaan negeri dinasihatkan menghadap ketua-ketua negeri bagi mendapat perkenan pembubaran Dewan Undangan Negeri masing-masing agar PRU-13 dapat diselaraskan serentak di seluruh negara.


 

15 November 2012

Salam Hijrah 1434H



Menghadiri majlis sambutan Maal Hijrah 1 Muharam 1434H/15 November 2012M Peringkat Kebangsaan dengan tema 'Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah' di Dewan Plenari PICC Putrajaya disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri Dato' Sri Mohd. Najib Tun Haji Abdul Razak.

17 September 2012

Selamat Hari Malaysia

Assalamualaikum,

Kepada semua kenalan lama dan baru....
sedar tak sedar dah begitu lama sangat tak update blog ni, rasanya dah bersawang-sawang, bukan apa cuma kata orang tu....ada masa untuk menulis tapi tak ada idea, dah ada idea tapi tak ada masa pula untuk menulis dan kebetulan sejak setahun dua ni agak sibuk dengan kerja....sudahlah perjalanan ke tempat kerja yang tersangat jauh dan amat-amat meletihkan, tu lah pasal lama tak update....Apapun dikesempatan ini diucapkan kepada semua....Selamat Menyambut Hari Malaysia yang ke-49 tahun...siapalah kita tanpa ada negera....semoga negara tercinta ini aman damai, sejahtera dan dihindari dari sebarang malapetaka dan musibah...InsyaAllah

29 December 2010

Tahniah Malaysia

Malaysia berjaya menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 mengalahkan Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, Indonesia.

Kemenangan Malaysia itu diperoleh selepas berjaya mengatasi Skuad Garuda dengan agregat 4-2.

Pada perlawanan malam ini, Malaysia memperoleh gol pertama melalui Safee Salee pada minit ke-54 saingan separuh masa pertama, manakala Indonesia berjaya mendapat satu gol hasil sumbangan Mohammad Nasuha (m-72) dan gol sendiri pemain Malaysia, Mohamad Muslim Ahmad (m-88).

Paling menarik malam ini, sepakan penalti Firman Utina berjaya dihentikan oleh penjaga gawang negara, Khairul Fahmi Che Mat.

Terdahulu pada aksi peringkat pertama perlawanan akhir di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia menang 3-0.

Selamat Berjuang *Harimau Malaya*


Berjuanglah pemain-pemain Harimau Malaya, bermainlah demi maruah bangsa Malaysia anda tetap akan mengecapi kemenangan seperti apa yang anda lakukan kepada Vietnam dan kali ini anda akan menikmati kemenangan daripada pasukan Indon...anda telah lakukan di Bukit Jalil pada 26 Disember lalu pada perlawanan Akhir 1, yang mana 'harimau telah menjinakkan garuda' 3-0. Jadi pada petang ini di Gelora Bung Karno pada perlawanan Akhir ke-2, anda boleh melakukannya...yakin dan fokus, bermainlah seperti anda mempertahankan piala AFF Suzuki itu...kami rakyat Malaysia berada di belakang wira-wira ini, kami menyokong semua anda dulu kini dan akan datang. Pada petang ini Harimau akan membaham Garuda...tak mustahilkan!!