27 May 2007

Terapi Rokok


Rawatan farmakologikal, perlakuan mampu rawat ketagihan nikotin

SINDROM tarikan atau gian adalah cabaran paling hebat yang perlu dihadapi apabila hendak meninggalkan tabiat merokok. Perokok berasa seolah-olah kehilangan sesuatu. Segala-galanya tidak kena, makan tidak sedap, sembelit, berdebar-debar, letih, cepat mengantuk, batuk, sakit dada, tidak fokus dan lebih teruk, sukar mengawal perasaan dan cepat marah. Perunding psikiatrik dan pakar ketagihan Fakulti Perubatan Universiti Malaya, Dr Mohamad Hussain Habil berkata, seorang pesakitnya memberitahu hanya memerlukan kemahuan yang kuat untuk berhenti merokok.Katanya, pesakit itu datang semula seminggu kemudian dan memberitahu bahawa isterinya menyuruh dia menghisap semula rokok kerana tidak tahan dengan perangai panas baran apabila dia berhenti merokok.“Dia menyangka `will power’ atau kemahuan yang kuat sudah cukup sedangkan ketagihan nikotin menyebabkan kimia dalam otak berubah dan amat susah untuk berhenti tanpa dibantu rawatan perubatan,” katanya.Sindrom gian berlaku apabila tubuh yang biasa dengan kewujudan nikotin tiba-tiba kehilangan bahan itu. Gejala ini akan hilang dalam tempoh antara tiga hingga 14 hari. Bagaimanapun, ada bekas perokok mengalami keadaan teruk dan ada yang menerima kesan minimum.Walaupun sindrom gian hanya kira-kira 14 hari, Dr Mohamad Hussain berkata, risiko kembali merokok bagi tempoh enam bulan adalah antara 30 hingga 40 peratus.“Bekas perokok akan kembali merokok apabila dia berfikir tidak mengapa jika mencuba hanya satu sedutan. Bagi perokok, tidak ada selepas satu sedutan terus berhenti. Dia merasai sedutan kedua, ketiga dan akhirnya kembali merokok.“Walaupun selepas setahun berhenti, kotak atau imej berkaitan rokok boleh menggoda mereka untuk merokok,” katanya.Secara am, kesan sindrom gian amat kuat menyebabkan majoriti mereka yang cuba berhenti merokok tanpa bantuan rawatan perubatan menemui kegagalan. Penyelidikan secara meluas mendapati bahawa rawatan farmakologikal dan perlakuan mampu merawat ketagihan nikotin. Kadar kejayaan adalah lebih memberangsangkan apabila perokok yang hendak berhenti dibantu rawatan perubatan.
Terapi Gantian Nikotin
Teknik ini adalah rawatan farmakologikal pertama yang diiktiraf Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) Amerika Syarikat untuk menghentikan tabiat merokok.Teknik ini merangkumi penggunaan gam nikotin, tampalan pada kulit, semburan dan sedutan yang turut ditawarkan di kira-kira 300 klinik berhenti merokok seluruh negara.Perunding program berhenti merokok, Dr Sallehuddin Abu Bakar, berkata nikotin digunakan kerana perokok mengalami sindrom gian akibat ketandusan bahan itu.“Hanya nikotin diberikan sedangkan terdapat 3,900 bahan beracun lain dalam rokok. Apabila nikotin dalam jumlah yang dikawal diberikan, risiko bekas perokok mendapat penyakit bahaya lain dapat dikurangkan.“Nikotin dalam bentuk gam dan sedutan lebih popular kerana nikmat di mulut masih dirasai. Penggunaan penyedut membolehkan bekas perokok yang biasa dengan tabiat menyepit masih dapat melakukannya,” katanya.Beliau berkata, tempoh rawatan adalah tiga bulan dengan dos nikotin dikurangkan dari minggu ke minggu hingga kekuatan dalaman pesakit bertambah mantap dan tidak lagi perlu bergantung kepada nikotin.Bagaimanapun, katanya ada pesakit dapat mengurangkan sendiri dos nikotin dan ada pesakit yang memerlukan dos lebih tinggi kerana tahap ketagihan lebih teruk.“Kadar karbon monoksida disukat untuk mengetahui sama ada mereka benar-benar berhenti merokok. Kira-kira 99 peratus bekas perokok bercakap benar apabila ditanya sama ada mereka masih merokok atau tidak.“Pada minggu pertama, kadar karbon monoksida tinggi dan lama kelamaan semakin kurang yang menunjukkan paru-paru pesakit semakin bersih. Ini memberikan mereka motivasi untuk terus melupakan rokok.”
katanya.Antara perubahan lain yang menggembirakan bekas perokok termasuk tekanan darah kembali ke paras normal dan denyutan jantung lebih perlahan.Bagaimana jika tidak berjaya? Dr Sallehuddin memberitahu teknik gabungan akan digunakan seperti sedutan bersama tampal, malah di negara maju rawatan pertama menggunakan teknik gabungan, tetapi kekurangannya ialah kos lebih mahal.Katanya, kos rawatan menggunakan satu teknik bagi seorang pesakit adalah antara RM1,000 hingga RM1,500 manakala teknik gabungan meningkatkan kos kepada RM2,000 hingga RM3,000.
Terapi Bukan Nikotin
Walaupun terapi gantian nikotin adalah rawatan utama untuk melegakan sindrom gian, kaedah rawatan lain giat dimajukan.Buat kali pertama, ubat bukan nikotin, bupropion, diiktiraf sebagai rawatan farmakoligikal untuk ketagihan nikotin. Ubat yang dimakan dalam bentuk pil ini tidak mengandungi nikotin dan sudah di Malaysia.Sementara, satu lagi jenis ubat diperkenalkan di pasaran antarabangsa dan dijangka dibawa masuk ke negara ini tahun depan.Dr Mohamad Hussain, antara pakar yang menggunakan terapi bukan nikotin di negara ini, berkata kadar kejayaan menggunakan teknik ini adalah lebih tinggi, iaitu kira-kira 60 peratus.Bagaimanapun, katanya kaedah ini adalah rawatan jangka panjang dan pesakit perlu mematuhi jadual rawatan serta mengamalkan nasihat doktor dari segi pemakanan, gaya hidup dan beberapa teknik melawan godaan merokok.Katanya, antara punca kegagalan kerana tidak datang untuk rawatan susulan dan menganggap sudah mencuba segala-galanya.“Panduan kita ialah bekas perokok berjaya meninggalkan sepenuhnya tabiat merokok apabila tidak merokok selama tiga tahun,” katanya.
Rawatan Perlakuan
Di Klinik Berhenti Merokok di negara ini, terapi gantian nikotin turut menggabungkan rawatan perlakuan yang menggunakan kaedah bimbingan dan kaunseling. Ini kerana walaupun selepas setahun berhenti merokok, mereka masih boleh terjebak dengan tabiat lama itu. Sehubungan itu, pesakit dibimbing untuk menguatkan ketahanan dalaman dengan pelbagai teknik seperti berfikiran positif dan melawan fikiran negatif.
FAKTA: Nikotin
Nikotin sebagai komponen utama dalam rokok adalah cecair tanpa warna yang bertukar menjadi perang apabila dibakar dan mengeluarkan bau apabila terdedah kepada udara. Campuran air dan nikotin digunakan sebagai racun serangga sejak 1746 dan pada 1828, nikotin berjaya diasingkan dari daun tembakau. Nikotin mudah berkumpul dan bertindak dalam tisu saraf dan otak. Ia juga boleh berada dalam tapak tertentu badan, terutama sistem saraf autonomik yang mengawal kadar jantung dan tekanan darah. Kesan nikotin pada otak menyebabkan tubuh mengalami toleransi, iaitu kesan seperti mual, muntah dan pening, iaitu keadaan ketika mula merokok. Kesan segera nikotin ialah peningkatan tekanan darah dan kadar jantung, pernafasan lebih cepat, saluran darah terjerut dan merangsang sistem saraf pusat. Dalam tempoh 10 saat selepas menghisap rokok, nikotin memasuki otak. Setiap batang rokok mengandungi satu miligram nikotin bersama pelbagai bahan lain memasuki tubuh, termasuk otak. Perokok yang menghisap 10 atau 20 batang rokok sehari akan mengalami kesan tindakan nikotin sebanyak 10 atau 20 kali ganda. Nikotin yang terserap dalam tubuh, terutama darah dan otak akan menjadi semakin rendah. Kesan penurunan ini menyebabkan perokok berasa tidak selesa dan terdesak untuk menghisap rokok. Perokok merokok sepanjang hari untuk mengekalkan kesan menyenangkan nikotin dan mencegah sindrom gian. Pendedahan secara berterusan dan berpanjangan terhadap nikotin boleh menimbulkan pelbagai masalah kesihatan terutama kanser. Kira-kira 90 peratus kanser paru-paru membabitkan perokok.

26 May 2007

Jutawan Malaysia


Robert Kuok dahului senarai dengan harta bernilai RM25.7b. KEKAYAAN 40 ahli perniagaan Malaysia paling kaya secara gabungan kini bernilai AS$43 bilion (kira-kira RM145 bilion), meningkat 65 peratus daripada AS$26 bilion (kira-kira RM88 bilion) tahun lalu.

Lapan ahli perniagaan yang baru disenaraikan tahun ini termasuk Datuk Mokhzani Mahathir dengan kekayaan bernilai AS$220 juta (kira-kira RM744 juta).
Jutawan hartanah, Ong Beng Seng yang tinggal di Singapura dan yang bertanggungjawab membawa perlumbaan Formula Satu ke republik itu, bukan saja berjaya menyertai senarai berkenaan, malah adalah pendatang baru paling kaya dengan kekayaan bernilai AS$580 juta (kira-kira RM1.96 bilion).
Raja Gula, Tan Sri Robert Kuok Hock Nien, 84, kekal sebagai individu paling kaya Malaysia dengan kekayaan bernilai AS$7.6 bilion (kira-kira RM25.7 bilion), meningkat daripada AS$5.6 bilion (kira-kira RM19 bilion) tahun lalu. Kumpulan syarikatnya, Kuok Group, mempunyai kepentingan dalam pelbagai bidang perniagaan daripada perkapalan, hartanah hinggalah kepada media.Kumpulan itu akan menggabungkan kepentingannya yang besar dalam sektor minyak sawit di Malaysia dan Indonesia dengan Wilmar International, Singapura yang dikendalikan anak saudaranya.
Mokhzani menduduki tempat ke-28 senarai itu manakala Ong di tempat ke-12.
Individu kedua paling kaya dengan kekayaan bernilai AS$7.4 bilion (kira-kira RM25 bilion) atau 61 peratus lebih tinggi daripada kekayaannya bernilai AS$4.6 bilion (kira-kira RM15.5 bilion) tahun lalu, ialah Ananda Krishnan, yang baru-baru ini mengumumkan rancangan untuk menjadikan syarikat telekomunikasinya, Maxis Communications Bhd, milik persendirian melalui urus niaga bernilai AS$5 bilion.
Sri Lim Goh Tong, dengan kekayaan AS$4.3 bilion (kira-kira RM14.5 bilion), meningkat daripada AS$1.5 bilion (kira-kira RM5 bilion) tahun lalu;
Tan Sri Lee Shin Cheng pula di tempat keempat dengan kekayaan bernilai AS$3.9 bilion atau kira-kira RM13 bilion);
Tan Sri Teh Hong Piow di tempat kelima (AS$3.5 bilion atau kira-kira RM11.8 bilion);
Tan Sri Quek Leng Chan di tempat keenam (AS$3 bilion atau kira-kira RM10 bilion).
Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary dengan kekayaan bernilai AS$2 bilion atau kira-kira RM6.8 bilion berada di tempat ketujuh;
Tan Sri Yeoh Tiong Lay di tempat kelapan (AS$1.8 bilion atau kira-kira RM6 bilion);
Tan Sri Tiong Hiew King di tempat kesembilan (AS$1.2 bilion atau RM4.1 bilion);
Tan Sri William Cheng Heng Jem di tempat ke-10 (AS$650 juta atau kira-kira RM2.2 bilion).
10 individu paling kaya Malaysia itu menguasai 80 peratus gabungan nilai kekayaan 40 ahli perniagaan dalam senarai berkenaan.“Ada lapan pendatang baru, kebanyakannya berjaya berikutan tawaran atau keuntungan yang diraih dalam pegangan syarikat awam, baru-baru ini.“Mokhzani menyertai senarai orang paling kaya ini selepas menjadikan syarikat tenaganya, Kencana Petroleum Bhd, syarikat senaraian awam pada Disember lalu,”.
Raja Datuk Seri Eleena Raja Azlan Shah, di tempat ke-25 dalam senarai itu dengan kekayaan bernilai AS$228 juta (kira-kira RM778 juta), menjadi wanita kedua dalam senarai berkenaan selepas Puan Sri Chong Chook Yew yang menduduki tempat ke-18 dengan AS$320 juta (kira-kira RM1.08 bilion).
Ketua Eksekutif AirAsia Bhd, Datuk Tony Fernandes yang menduduki tempat ke-24 dalam senarai itu dengan kekayaannya yang bernilai AS$230 juta (kira-kira RM785 juta).

24 May 2007

Milan 2 - Liverpool 1

Milan 2 - 1 Liverpool
Inzaghi 45 , 82 Kuyt 89

Player Name
INTER
1. Dida
3. Paolo Maldini (C)
18. Gennaro Gattuso
9. Filippo Inzaghi
10. Clarence Seedorf
13. Alessandro Nesta
18. Marek Jankulovski
21. Andrea Pirlo
22. Kaká
23. Massimo Ambrosini
44. Massimo Oddo
16. Zeljko Kalac
2. Cafu
4. Kakha Kaladze
11. Alberto Gilardino
19. Giuseppe Favalli
27. Serginho
32. Cristian Brocchi
LIVERPOOL
25. Pepe Reina
3. Steve Finnan
5. Daniel agger
6. John Arne Riise
8. Steven Gerrard (C)
14. Xabi Alonso
16. Jermaine Pennant
18. Dirk Kuyt
20. Javier Mascherano
23. Jamie Carragher
32. Boudewijn Zenden
1. Jerzy Dudek
2. Alvaro Arbeloa
4. Sami Hyypia
7. Harry Kewell
11. Mark Gonzalez
15. Peter Crouch
17. Craig Bellarmy

23 May 2007

Tahniah Wirawati Negara


Marina Ahmad, 25. Penolong Penerbit Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) menjadi wanita pertama negara menakluk Gunung Everest apabila beliau bersama lima lagi peserta ekspedisi Merdeka de Everest 2007, berjaya menawan puncak tertinggi di dunia itu pada 21 Mei, 2007.

Kenaikan Gaji Hingga 35%

PUTRAJAYA: Lebih sejuta kakitangan awam akan menikmati kenaikan gaji di antara 7.5 hingga 35 peratus, manakala kadar Bantuan Sara Hidup atau Cola dinaikkan 100 peratus, berkuat kuasa 1 Julai ini.

Anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pula mendapat tambahan 20 peratus lagi daripada peratusan kenaikan gaji yang diumumkan itu. Ini bermakna anggota polis dan tentera menerima kenaikan gaji antara sembilan hingga 42 peratus.Kenaikan gaji 1,002,040 kakitangan awam itu diumumkan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada perhimpunan Hari Pekerja sektor awam 2007 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini semalam. Hadirin menyambut pengumuman itu dengan tepukan gemuruh dan laungan ‘Hidup Pak Lah’. Turut menikmati kenaikan berikutan pengumuman kenaikan gaji kakitangan awam itu ialah 557,033 pesara kerajaan. Kali terakhir semakan gaji kakitangan awam dibuat pada 1992.Perdana Menteri berkata, gaji pokok Kumpulan Sokongan 2 (Gred 1 hingga 16) dinaikkan 35 peratus; Kumpulan Sokongan 1 (Gred 17 hingga 40) sebanyak 25 peratus, Kumpulan Pengurusan Profesional (Gred 41 hingga Gred 54) sebanyak 15 peratus dan Kumpulan Pengurusan Tertinggi (Jawatan Utama Sektor Awam atau Jusa C hingga Ketua Setiausaha Negara) sebanyak 7.5 peratus.Pengurusan tertinggi PDRM dan ATM pula mendapat kenaikan sembilan peratus, Kumpulan Pengurusan Profesional (18 peratus), Kumpulan Sokongan 1 (30 peratus) dan Kumpulan Sokongan 2 (42 peratus). Dengan kenaikan itu, gaji terendah kakitangan awam mencecah RM649.15 sebulan berbanding RM480.85 sebulan sekarang, manakala pendapatan terendah dicampur elaun tetap lain berjumlah RM1,024.15 sebulan berbanding RM805.85 sebulan sekarang.Pendapatan terendah itu juga hampir menyamai Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) bagi seluruh Malaysia, iaitu RM691 sebulan. Abdullah yang juga Menteri Kewangan, berkata kenaikan gaji itu membabitkan perbelanjaan tambahan RM3.4 bilion tahun ini atau RM6.8 bilion setiap tahun, manakala peningkatan kadar Cola memerlukan perbelanjaan tambahan RM600 juta tahun ini atau RM1.2 bilion setahun.Dalam kenyataannya selepas pengumuman itu, Perdana Menteri menjelaskan lapan kategori kakitangan awam layak mendapat kenaikan gaji berkenaan.Mereka ialah pegawai di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM) meliputi pegawai tetap, pegawai kontrak, pegawai sementara, pegawai sambilan, guru sambilan, pegawai khidmat singkat, pegawai yang bercuti belajar gaji penuh, separuh gaji dan tanpa gaji serta pegawai yang dipinjamkan atau ditukar sementara.Abdullah menjelaskan, kerajaan bersetuju memanjangkan tambahan kenaikan gaji kepada ATM walaupun ia hanya dituntut PDRM sebelum ini kerana wujud ketetapan service ranking atau kedudukan ATM yang paling atas berbanding PDRM dan perkhidmatan awam lain. Beliau berkata, secara purata gaji PDRM adalah di antara lima hingga 15 peratus lebih tinggi daripada gaji kakitangan awam, manakala gaji ATM antara tiga hingga 11 peratus lebih tinggi daripada gaji PDRM.Perdana Menteri yakin kenaikan gaji itu akan meringankan beban anggota sektor awam, terutama dalam kumpulan terendah."Pada masa yang sama, saya ingin mengingatkan semua anggota sektor awam bahawa dengan kenaikan ini, harapan seluruh rakyat serta kerajaan kepada sektor awam akan meningkat," katanya pada perhimpunan yang dihadiri lebih 5,000 kakitangan awam dari seluruh negara itu.Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Menteri Kabinet, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Tan Sri Sidek Hassan, Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam dan Presiden Cuepacs, Omar Osman yang diberi penghormatan untuk duduk bersama Perdana Menteri di pentas utama Dewan Plenari itu.
Abdullah berkata, kerajaan membuat pertimbangan menaikkan gaji kakitangan awam berdasarkan empat faktor, iaitu prestasi ekonomi negara, keperluan menarik dan mengekalkan modal insan berkelayakan, kenaikan kos sara hidup serta kemampuan kewangan kerajaan.Kuantum itu diputuskan secara cermat dan berhemat kerana sebarang kenaikan gaji kakitangan awam akan turut membabitkan pengiraan pencen serta elaun tertentu."Kerajaan juga mengiktiraf beban tanggungjawab serta cabaran tugas masa kini yang dihadapi PDRM dan ATM. Maka, kerajaan memutuskan untuk memberi kenaikan tambahan kepada PDRM dan ATM sebanyak 20 peratus di atas peratusan kenaikan gaji untuk semua anggota sektor awam yang diumumkan tadi," katanya.Beliau menasihatkan kakitangan awam supaya terus meningkatkan produktiviti serta mutu perkhidmatan kepada rakyat sejajar hasrat kerajaan menjadikan perkhidmatan awam negara sektor yang terbilang di dunia."Selain menyediakan sistem penyampaian perkhidmatan yang terbaik, kerajaan amat berharap anggota sektor awam akan lebih menekankan aspek perkhidmatan yang mempunyai nilai tambah kepada perkhidmatan termasuk mengurangkan kerenah birokrasi, sentiasa mesra, telus, responsif, kreatif dan mementingkan pelanggan."Sekiranya kita mempunyai hala tuju dan matlamat yang sama, negara dan rakyat akan terus makmur dan sudah pasti kita juga akan menikmati kejayaan bersama, InsyaAllah," katanya.
INFO
Kenaikan gaji kakitangan awam100 peratus - kenaikan Elaun Kos Sara Hidup (Cola)* Kadar semasa RM100 sebulan; kadar baru RM200 sebulan (luar bandar)* Kadar semasa RM150 sebulan; kadar baru RM300 sebulan (bandar) 35 peratus -
Kumpulan Sokongan II* Gred 1 hingga 16 * Contoh: pemandu, tukang masak, buruh dan pembantu pejabat* Gaji semasa: RM499.64 (minimum) / RM872.89 (maksimum)* Gaji baru: RM674.51 (minimum) / RM1,178.40 (maksimum)25 peratus -
Kumpulan Sokongan I* Gred 17 hingga 40* Contoh 1: kerani* Gaji semasa: RM656.30 (minimum) / RM1,721.10 (maksimum)* Gaji baru: RM820.37 (minimum) / RM2,151.37 (maksimum)* Contoh 2: guru lepasan diploma* gaji semasa: RM1,124.57 (minimum) / RM2,428.95 (maksimum)* Gaji baru: RM1,405.71 (minimum) / RM3,036.18 (maksimum)15 peratus -
Kumpulan Pengurusan dan Profesional* Gred 41 hingga 54* Contoh 1: guru lepasan ijazah* Gaji semasa: RM1,474.65 (minimum) / RM4,039.85 (maksimum)* Gaji baru: RM1,695.84 (minimum) / RM4,645.82 (maksimum)* Contoh 2: Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD)* Gaji semasa: RM1,733.59 (minimum) / RM4,102.77 (maksimum)* Gaji baru: RM1,993.62 (minimum) / RM4,718.18 (maksimum)7.5 peratus -
Kumpulan Pengurusan Tertinggi* Jawatan Utama Sektor Awam (Jusa)* Contoh 1: Ketua Pengarah* Gaji semasa: RM6,571.40 (minimum) / RM8,229.10 (maksimum)* Gaji baru: RM7.064.25 (minimum) / RM8,846.10 (maksimum)* Contoh 2: pengarah jabatan* Gaji semasa: RM6,135.80 (minimum) / RM7,672.50 (maksimum)* Gaji baru: RM6,595.98 (minimum) / RM8,247.93 (maksimum)Kenaikan gaji PDRM dan ATM 42 peratus -
Kumpulan Sokongan II* Gred 1 hingga 16 * Contoh: Prebet * Gaji semasa: RM684.00 (minimum) - RM1,670.17 (maksimum) * Gaji baru: RM923.4 (minimum) - RM2,254.7 (maksimum) 30 peratus -
Kumpulan Sokongan I * Gred 17 hingga 40 * Contoh: Leftenan Muda * Gaji semasa: RM1,175.00 (minimum) - RM1,781.21 (maksimum) * Gaji baru: RM1,468.75 (minimum) - RM2,226.5 (maksimum) 18 peratus -
Kumpulan Pengurusan dan Profesional * Gred 41 hingga 54* Contoh: Kolonel* Gaji semasa: RM4,460.46 (minimum) - (maksimum) RM5,816.87 - * Gaji baru: RM5,129.5 (minimum) - RM6,594.9 (maksimum)9 peratus -
Kumpulan Pengurusan TertinggiJawatan Utama Sektor Awam (Jusa)* Contoh: Brig Jeneral * Gaji semasa: RM4,975.00 (minimum) - RM6,699.25 (maksimum) * Gaji baru: RM5,348.12 (minimum) - RM7,201.6 (maksimum)

20 May 2007

Kerajaan Jutawan

Gaji beberapa pemimpin dunia

1. Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Long - $3.1 juta (RM7.6 juta setahun tahun lalu)
2. Menetri Mentor, Lee Kuan Yew - $2.7 juta (RM6.1 juta setahun)
3. Presiden Amerika Syarikat, George W. Bush - AS$33,333 sebulan (RM1.4 juta setahun)
4. Perdana Menteri Britain, Tony Blair -RM1.29 juta setahun
5. Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe - RM1.26 juta setahun
6. Canselor Jerman, RM1.22 juta setahun
7. Presiden Kenya, Mwai Kibaki - RM1.1 juta setahun
8. Presiden Taiwan, Chen Shui Bian - RM1.02 juta setahun
9. Presiden Indonesia, Bambang Susilo Yudhoyono - RM284.376 setahun
10. Presiden Peru, Alejandro Toledo - RM153.720 setahun
11. Presiden Bolovia, Evo Morales - RM75,600 setahun
12. Presiden Filipina, Gloria Arroyo - $55,00 peso sebulan (RM47,594 setahun)

Chelsea Juara FA

LONDON - Chelsea berjaya menebus kehampaan dalam saingan Liga Perdana England dan Liga Juara-Juara Eropah apabila menjuarai Piala FA England, semalam. Penyerang dari Ivory Coast, Didier Drogba muncul wira apabila menjaringkan gol kemenangan untuk menewaskan Manchester United 1-0 pada perlawanan akhir di Stadium Wembley yang berwajah baru itu. Gol tunggal perlawanan bagaimanapun hanya menjelma pada minit ke-116 masa tambahan selepas kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan dalam 90 minit permainan sebenar. United ternyata tidak bernasib baik apabila dua percubaan bahaya Wayne Rooney dan Ryan Giggs di awal babak kedua diselamatkan penjaga gol Chelsea, Petr Cech. Ia menjadi gambaran awal betapa serangan United lebih tajam mengancam kubu Chelsea yang turun tanpa beberapa tonggak utama seperti Ricardo Carvalho, Michael Ballack dan Andriy Shevchenko. Begitu pun usaha menggandingkan Joe Cole, Shaun Wright-Phillips bersama Drogba di depan hanya berkesan di babak pertama. Ini menyaksikan seawal minit ketiga, hantaran lintang Wayne Bridge memberi ruang kepada Drogba untuk membuka jaringan tetapi tandukanya sedikit tersasar atas palang gol. Begitu juga dengan percubaan Wright-Phillips mudah dipatahkan Rio Ferdinand selepas itu. United hanya mendapat peluang pertama menjaringkan gol selepas 15 minit permainan berlangsung tetapi Rooney lebih dulu ofsaid. Cristiano Ronaldo juga terlepas peluang pada minit ke-35 apabila sepakannya tersasar. Selepas rehat, United meningkatkan tempo permainan tetapi mendapati Cech kebal di gawangnya. Walaupun percubaan demi percubaan diatur kedua-dua pasukan, ia masih gagal memecah kebuntuan jaringan sehinggalah jaringan Drogba menamatkan penantian mereka di masa kecederaan.

Mila Juara AF5


Jumlah Undian AF5

Konsert Akhir: 1.9 juta

Keseluruhan Musim AF5:6.6 juta

Peratusan Undian Final AF5



Mila:32%

Ebi:26%

Aswad:21%

Heliza:11%

Candy:9%

Jumlah Keseluruhan



AF5:6.6 juta

AF4:7 juta

AF3:10.9 juta

AF2:16 juta

AF1:4.5 juta

KUALA LUMPUR 19 Mei – Program Akademi Fantasia Kelima (AF5) memecah tradisi apabila peserta wanita, Norsyarmilla Jirin, 19, atau lebih dikenali sebagai Mila diumumkan sebagai juara dalam konsert akhir pertandingan itu yang diadakan di Stadium Putra, Bukit Jalil di sini.
Kemenangan gadis dari Pulau Pinang itu melakar sejarah baru AF kerana sebelum ini hanya peserta lelaki yang terpilih sebagai juara iaitu Vince (AF1), Zahid (AF2), Mawi (AF3) dan Faizal (AF4). Pemilihan Mila sebagai pemenang membolehkannya menerima hadiah bernilai hampir RM400,000 yang terdiri daripada sebuah kondominium di A’Famosa Resort, Melaka, sebuah kereta Toyota Vios dan pakej percutian ke Gold Coast, Australia tajaan Power Root. Gadis itu turut membawa pulang Sijil Simpanan Premium bernilai RM10,000 sumbangan Bank Simpanan Nasional (BSN), wang tunai RM20,000 sumbangan Hotlink dan trofi. Mila memberikan persembahan mantap dengan mempersembahkan lagu Cinta Pura-Pura (nyanyian asal Ezlyn) dan lagu terbaru ciptaan Ajai dan lirik Loloq iaitu Persis Mutiara.
Tempat kedua pula dimenangi oleh Ebi Kornelis@Firdaus Yaimal, 23, dari Kota Kinabalu Sabah yang mempersembahkan lagu Farhana (Puteri Bumi Kenyalang) dan Sinar Cinta.
Ebi membawa pulang hadiah bernilai RM96,768 termasuk sebuah kereta Toyota Vios, pakej percutian ke Hong Kong, sijil simpanan premium sebanyak RM7,000, wang tunai (RM10,000) dan trofi. Sementara Muhammad Nur Aswad Jaafar, 27, dari Pulau Pinang yang sebelum ini dikatakan pencabar utama untuk muncul juara hanya menduduki tempat ketiga. Beliau mempersembahkan lagu Mata Hati Jiwa dan Bila Mati Cinta Terhenti. Kemenangan itu membolehkan Aswad menerima hadiah pakej percutian ke Hong Kong, Sijil Simpanan Premium dan wang tunai masing-masing sebanyak RM5,000 dan trofi. Tempat keempat dimenangi Nur Heliza Helmi, 21, dari Kuala Terengganu dan kelima menjadi milik Candra Clement, 18, atau Candy dari Tambunan Sabah. Mereka masing-masing menerima wang tunai RM3,000 dan RM2,000, pakej percutian ke Bali dan Sijil Simpanan Premium bernilai RM2,000. Heliza menyampaikan lagu Cinta Boneka dan Cinta Di Lautan Lalang manakala Candy, Dedebu Cinta dan Demam. Akademi Fantasia yang diadaptasi daripada program La Academia, Mexico memulakan konsert minggu pertama bagi musim kelimanya pada 17 Mac lalu melalui saluran Astro Ria menyaksikan Diya peserta pertama yang tersingkir.

Persandingan Gemilang Raja Nazrin - Zara

KUALA KANGSAR 19 Mei – Istiadat Persandingan Diraja antara Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah dan isteri, Raja Puan Besar Perak, Tuanku Zara Salim yang berlangsung di Istana Iskandariah, Bukit Chandan di sini malam ini, berjalan lancar dalam suasana sederhana tapi gilang-gemilang mengikut adat istiadat diraja Perak. Majlis istiadat perkahwinan yang mendapat julukan Royal Wedding of the Year itu bermula pukul 8.40 malam dengan jejawat-jejawat istana membawa masuk 32 lembing dan payung kerajaan ke balairung seri. Ia diikuti keberangkatan tiba Sultan Perak, Sultan Azlan Shah; Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun; Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah; Sultanah Kedah, Tuanku Haminah Hamidun; Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah diiringi oleh Raja Dihilir Perak, Datuk Seri Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Puan Muda Perak, Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah. Pasangan pengantin diraja yang masing-masing tampil menawan memakai busana tradisional berwarna kuning diraja berangkat tiba untuk memulakan acara bersanding di singgahsana tepat pukul 9 malam. Serentak dengan itu, tujuh das tembakan meriam dilepaskan.
Majlis perkahwinan kemudian diteruskan dengan istiadat menepung tawar yang dimulakan oleh Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim yang juga Timbalan Yang di-Pertuan Agong diikuti Tuanku Haminah. Kemudian diikuti oleh Sultan Azlan Shah, Tuanku Bainun, Sultan Sharafuddin dan kekanda sulung Sultan Perak, Raja Datuk Seri Baharum Shah. Turut menyempurnakan majlis menepung tawar ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor. Istiadat Perkahwinan Diraja itu diakhiri dengan ayahanda dan bonda Tuanku Zara, Salim Davidson dan Sharifah Azaliah Syed Omar Shahabuddin menyempurnakan upacara yang sama.
Tuanku Zara kelihatan terharu semasa ayahanda dan bondanya menyempurnakan upacara tepung tawar.
Selesai istiadat menepung tawar, Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria membaca doa memohon keberkatan ke atas pasangan pengantin diraja itu agar dipanjangkan perkahwinan mereka sehingga ke akhir hayat. Majlis diakhiri dengan keberangkatan keluar pasangan pengantin dan tetamu majlis dari balairung seri menuju ke dewan santapan bagi memulakan acara santapan diraja. Majlis persandingan yang merupakan kemuncak istiadat perkahwinan diraja itu disaksikan lebih 700 tetamu dan orang kenamaan yang diundang.
Sementara itu, di Arena Square di sini berlangsung majlis jamuan bagi meraikan 5,000 tetamu tajaan putera berjiwa rakyat, Raja Dr. Nazrin. Suasana bandar Kuala Kangsar bertambah ceria dan meriah dengan pesta panjut dan pertunjukan bunga api setinggi 300 meter selama 30 minit tajaan MCA. Tetamu di Arena Square dan di bandar raya Ipoh juga berpeluang menyaksikan Istiadat Persandingan Diraja itu secara langsung melalui tiga skrin gergasi yang disediakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).

19 May 2007

Tuanku Zara Raja Puan Besar Perak


KUALA KANGSAR: Tuanku Zara Salim yang diijab kabul sebagai isteri Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah, kelmarin, diisytihar sebagai Raja Puan Besar Perak pada satu istiadat di Istana Iskandariah, Bukit Chandan, semalam. Orang Kaya Temenggong Paduka Raja, Datuk Seri Wan Fathir Wan Hussain, sebaik selesai membaca perisytiharan kurnia gelaran itu, melaungkan ‘Daulat, Daulat, Daulat’ dan diikuti hadirin serta paluan nobat.Lantikan Tuanku Zara, cicit kepada Sultan Kedah ke-24, Sultan Abdul Hamid Halim Shah, sebagai Raja Puan Besar Perak, mengisi kekosongan gelaran itu sejak dua dekad lalu.
Istiadat itu, yang dihadiri 150 kerabat Diraja terdekat serta dif kenamaan, bermula jam 10.05 pagi dengan Wan Fathir, yang juga Orang Besar Jajahan Kuala Kangsar, membaca perisytiharan kurnia gelaran yang diperkenan oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah berkuat kuasa mulai semalam.Pengurniaan gelaran itu dibuat mengikut Bahagian Kedua Fasal 35(1) Undang-Undang Tubuh Negeri Perak yang memperuntukkan Sultan Perak mengurniakan gelaran itu kepada isteri Raja Muda Perak.Perisytiharan Sultan Perak, yang dibacakan Wan Fathir itu menyebut: “Beta (Sultan Perak) berkenan mengurniakan gelaran Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Besar Perak Darul Ridzuan kepada Zara Salim, isteri Duli Yang Teramat Mulia Raja Nazrin Shah, Raja Muda Perak Darul Ridzuan berkuat kuasa 18 Mei 2007. Ketahuilah dengan Gelaran ini Zara Salim akan dikenali sebagai Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Besar Perak Darul Ridzuan, Tuanku Zara Salim. “Dan lagi, inilah Kita memerintahkan sekalian Raja-Raja Bergelar, Waris-Waris Negeri, Kaum Kerabat, Hamba-Hamba Tua Orang Besar Perak, Pegawai dan Rakyat Kita yang dikasihi yang ada di dalam Negeri Perak Darul Ridzuan ini dan sekalian mereka yang lain bersangkutan dengan perkara ini, supaya mengambil tahu hal ini dan mengikut dengan taatnya.” Diiringi Tunku Soraya Sultan Abdul Halim dan Datuk Seri Noraini Jane, Tuanku Zara yang berpakaian kebaya labuh berenda Perancis berwarna emas dengan taburan manik ungu, firuz dan merah jambu, menghadap Sultan Perak untuk menerima watikah perisytiharan gelaran. Tunku Soraya ialah anakanda Sultan Kedah serta isteri Raja Kechil Sulung Perak, Raja Datuk Seri Iskandar Dzulkarnain Almarhum Sultan Idris, manakala Noraini Jane, adalah isteri Raja Kechil Tengah Raja Datuk Seri Ashman Shah. Pada istiadat itu, Sultan Perak turut menganugerahkan Tuanku Zara dengan Darjah Kerabat Seri Paduka Sultan Azlan Shah Perak Yang Dihormati (DKSA), darjah tertinggi yang dikurniakan khas kepada ahli-ahli keluarga Diraja. Istiadat turut disaksikan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun; Raja Nazrin Shah; Raja Di Hilir Perak, Datuk Seri Raja Jaafar Raja Muda Musa; ibu bapa, Tuanku Zara, Salim Davidson dan Sharifah Azaliah Syed Omar Shahabudin serta Menteri Besar, Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali dan isteri. Gelaran Raja Puan Besar Perak yang dikhaskan untuk isteri Raja Muda Perak kosong sejak dua dekad lalu berikutan kemangkatan Raja Muda Perak pada masa itu, Raja Ahmad Siffuddin Sultan Iskandar Shah pada April 1987. Gelaran itu terakhir disandang oleh isteri Almarhum Raja Ahmad Siffuddin, Raja Nor Izan Raja Abdul Rashid selama tiga tahun dan selepas kemangkatan baginda, Raja Nor Izan menggunakan gelaran Yang Teramat Mulia. Raja Nor Izan meninggal dunia pada 14 Julai 1998. Tuanku Zara, 34, anak bongsu daripada empat beradik, adalah lulusan kejuruteraan kimia daripada University of Nottingham dan pernah bertugas dengan anak syarikat Petronas, Petlin (M) Sdn Bhd sebagai pengurus produk dan sebelum melangsungkan perkahwinan dengan Raja Muda Perak, adalah Pengarah Urusan Forthwave Consulting Sdn Bhd, syarikat pembangunan perisian dan kejuruteraan teknikal hidrokarbon di Kuala Lumpur. Anak kelahiran Perak ini, satu-satunya puteri keluarga Salim Davidson, amat berminat dengan aktiviti sukan lasak dan bekas perenang negeri Perak. Bapanya pula seorang peguam terkemuka dan ibunya, Sharifah Azaliah adalah anak Menteri Besar Kedah ketiga, Tan Sri Syed Omar Syed Abdullah Shahabudin. Isteri Syed Omar, Tunku Aminah, adalah anakanda Sultan Kedah ke-24, Sultan Abdul Hamid Halim Shah dan juga adinda kepada Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Siapa Bakal Juara AF5

SELAMA empat musim, takhta tertinggi Akademi Fantasia (AF) didominasi peserta lelaki dan tembok kukuh itu seakan tidak dapat dibolosi peserta wanita. Bermula Vince, disusuli Zahid, Mawi dan Faizal, program realiti yang sentiasa diperdebatkan ini dilihat lebih berpihak kepada peserta lelaki.Walaupun peserta wanita menunjukkan kesungguhan serta membuktikan bakat besar mereka, itu semua tidak memadai untuk meletakkan mereka lekat di hati peminat. Empat musim AF berlangsung, pencapaian tertinggi yang pernah dicapai peserta wanita ialah pada musim kedua AF apabila Nurlinda Nanuwil atau Linda mengakhiri perjuangannya di tempat kedua.Peserta wanita lain yang pernah menduduki tiga tempat teratas ialah Amylea dan Farhan yang menamatkan perjuangan mereka di tangga ketiga, masing-masing pada AF3 dan AF4. Namun apakah tradisi yang sudah sinonim dengan AF itu akan berlarutan apabila AF musim kelima melabuhkan tirainya di Stadium Putra, Bukit Jalil, jam 9 malam ini? Mampukah kubu kebal peserta lelaki berjaya dirobohkan peserta wanita malam ini? Antara Mila, Ebi, Aswad, Candy dan Heliza, siapa antara mereka yang akan menjejak keajaiban sekali gus memahat nama dalam direktori tertinggi AF5?Pengetua AF5, Roslan Aziz berkata, dari awal lagi dia menyimpan keyakinan peserta wanita akan menyerlah sebagai juara pada AF musim terbaru ini.Namun, apabila pertandingan itu semakin diperkatakan, keyakinan Roslan terhadap peserta wanita perlahan-lahan tergugat. Sebaliknya, dia melihat peserta lelaki berpotensi untuk mempertahankan gelaran juara berdasarkan mutu persembahan mereka yang menunjukkan peningkatan ketara.“Bagaimanapun, apabila AF5 makin menghampiri detik kemuncaknya, saya melihat peserta wanita kembali menonjol. Justeru, bukan sesuatu yang mustahil jika peserta wanita akan memecah rekod yang selama ini menjadi milik peserta lelaki,” katanya.Secara peribadi, pengarah muzik terkenal ini menaruh harapan besar kepada Norsyarmilla Jirin atau Mila kerana yakin peserta kelahiran Pulau Pinang itu mampu membuat kejutan pada malam final nanti.Bukan menidakkan kemampuan empat anak didiknya yang lain, sebaliknya dia percaya setiap peserta mempunyai potensi untuk dijulang sebagai juara, namun dia sebenarnya terlalu bangga dengan perubahan gadis berusia 19 tahun itu.“Dia bermula dari kosong. Bakatnya digilap, diasah dan hari ini, Mila berdiri sebagai permata yang berkilauan,” katanya.Mengakui berpuas hati dengan kemajuan lima finalis itu, Roslan berkata, AF5 menghidangkan sesuatu yang berbeza kerana sukar untuk menebak peserta mana yang akan dinobatkan sebagai juara. “Di sini keistimewaan AF5. Disebabkan tiada dominasi undian oleh peserta tertentu, kesemua finalis mempunyai peluang untuk muncul sebagai juara. Situasi itu menambahkan lagi debaran peminat dan ini akan membuat penonton teruja untuk mengetahui siapa pemenangnya,” kata Roslan.Sesiapa saja bebas membuat ramalan, namun penentu kejayaan kelima finalis ini kini terletak di jari anda semua. Sudah tiba masanya AF keluar daripada stigmanya yang lebih mengutamakan populariti berbanding bakat.Undilah dengan bijak kerana industri memerlukan permata baru yang akan memberi kilauan kepada dunia muzik yang semakin suram dibelenggu pelbagai kemelut yang tiada kesudahan.Pastinya, juara AF5 akan menjadi penyambung kepada legasi seni kontemporari yang sebahagian besarnya dibarisi bintang yang dicungkil menerusi pertandingan realiti seperti Misha Omar, Datuk Siti Nurhaliza, Adibah Noor, Mawi dan Jaclyn Victor.Tidak mustahil jika peranan itu akan digalas oleh peserta wanita. Semuanya serba berkemungkinan.

Pasangan Diraja Perak Selamat Diijab Kabul


17-05-2007:

KUALA KANGSAR: Pasangan Diraja, Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah dan Zara Salim Davidson hari ini diijab kabul pada satu istiadat pernikahan diraja di Istana Iskandariah, Bukit Chandan di sini.Istiadat akad nikah disempurnakan Mufti Perak Datuk Seri Harussani Zakaria di hadapan Sultan Perak Sultan Azlan Shah, Raja Permaisuri Perak Tuanku Bainun, kerabat diraja Perak dan keluarga Zara.Walaupun istiadat itu diadakan secara sederhana dan ringkas di Balai Istiadat, ia dijalankan dengan penuh adat istiadat diraja.Istiadat pernikahan itu bermula pada pukul 10.30 pagi dengan keberangkatan masuk Sultan Azlan Shah dan Tuanku Bainun ke Balai Istiadat.Raja Nazrin, 50, yang kelihatan segak dan tampan dengan berbaju Melayu putih serta bersampin sedondon dengan tenang melafazkan akad nikah, dengan sekali lafaz pada pukul 11 pagi ini disaksikan kira-kira 300 tetamu.Adinda baginda Raja Datuk Seri Ashman Shah iaitu Raja Kecil Tengah Perak serta Datuk Seri Mohd Salleh Ismail, suami kepada adinda baginda Raja Datuk Seri Azureen, menjadi saksi pernikahan baginda.Bapa Zara, Salim Davidson semalam telah mewakilkan wali kepada Harussani untuk mengijabkabulkan anaknya Zara dengan Raja Nazrin, dan upacara menandatangani surat mewakilkan wali itu telah diadakan di Bilik Merah, Istana Iskandariah.Majlis itu turut disaksikan ibu Zara, Sharifah Azaliah Tan Sri Syed Omar Shahabudin dan abangnya Jeffri.Zara, 34, adalah cicit kepada Sultan Kedah ke-24 Sultan Abdul Hamid Halim Shah dan datuknya Syed Omar ialah Menteri Besar Kedah yang ketiga.Sejurus selesai akad nikah, Mufti Kerajaan Negeri Perak membacakan doa kesyukuran dan diikuti dengan bacaan selawat Nabi oleh kumpulan Haqqani Maulud Ensemble.Sultan Perak dan Raja Permaisuri kemudian berangkat meninggalkan majlis sementara Raja Nazrin pula berangkat ke bilik bersebelahan Balai Istiadat di mana Zara, sedia menanti untuk upacara menyarung cincin.Zara, berkebaya labuh kontemporari yang diperbuat daripada French lace dihiasi dengan taburan kristal dan manik serta dipandankan dengan kain sarung chiffon sedondon berwarna putih gading, hasil rekaan pereka fesyen terkemuka Radzuan Radziwill, yang merupakan anak kelahiran Bandar Diraja ini.Keayuan dan kelembutan Zara terpancar dengan hiasan selendang French netting sepanjang tiga meter yang ditaburi dengan kristal.Selepas menyarung cincin, Zara pula menyarungkan cincin perak ke jari Raja Nazrin dan Zara kemudian mencium tangan suaminya dan Raja Nazrin pula mengucup dahinya.Istiadat pernikahan pengantin Diraja dimulakan dengan Orang Kaya Temenggong Paduka Raja Datuk Seri Wan Fathir Wan Hussain menghadap Sultan Perak untuk memulakan istiadat tersebut.Ia diikuti dengan jejawat membawa masuk bingkisan Raja Muda untuk Zara sebanyak sembilan pahar berserta mas kahwin 250 gram emas tulen dalam bentuk lima kepingan emas berserta sebentuk cincin bertatahkan berlian.Sementara rombongan pihak perempuan yang diketuai Datuk Tunku Hamdy Tunku Ahmad Tajuddin membawa 11 pahar berserta sebentuk cincin perak untuk Raja Muda sebagai kurniaan balas yang dipersembahkan kepada ketua rombongan pengantin lelaki Raja Ashman.Kurniaan balas itu didahului dengan tepak sireh perak berkemasan emas, sireh junjung lima tingkat dengan dihiasi bunga ros berwarna krim dan bunga raja deli putih.

13 May 2007

Selamat hari Ibu

Ke Makam Bonda

Kami mengunjungi pusara bonda,
Sunyi pagi disinari suria,
Wangi berseri puspa kemboja,
Menyambut kami mewakili bonda.

Tegak kami di makam sepi,
Lalang-lalang tinggi berdiri,
Dua nisan terkapar mati,
Hanya papan dimakan bumi.

Dalam kenangan kami melihat,
Mesra kasih bonda menatap,
Sedang lena dalam rahap,
Dua tangan kaku berdakap.

Bibir bonda bersih lesu,
Pernah dulu mengucupi dahiku,
Kini kurasakan kasihnya lagi,
Meski jauh dibatasi bumi.

Nisan batu kami tegakkan,
Tiada lagi lalang memanjang,
Ada doa kami pohonkan,
Air mawar kami siramkan.

Senyum kemboja menghantar kami,
Meninggalkan makam sepi sendiri,
Damailah bonda dalam pengabdian,
Insan kerdil mengadap Tuhan.

Begitulah bakti kami berikan,
Tiada sama bonda melahirkan,
Kasih bonda tiada sempadan,
Kemuncak murni kemuliaan insan.

Buat Ibu yang telah bersemadi di alam barzakh -
semoga Allah mencucuri rahmatNya
ke atas roh ibu dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang salleh.
Al-Fatihah.....aamin.

09 May 2007

Zara Bakal Isteri Raja Muda Perak

KUALA LUMPUR 8 Mei – Zara Salim Davidson, bakal isteri Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah, adalah seorang pelajar cemerlang di Universiti Nottingham dan bekas perenang negeri Perak. Beliau lulus dengan ijazah kelas pertama dalam kejuruteraan kimia pada Julai 1995.
Secara kebetulan, bakal ayahanda mentuanya, Sultan Perak juga adalah penuntut undang-undang di universiti yang sama dan mendapat ijazah pertama undang-undang pada 1953 sebelum dilantik sebagai peguam di England pada 1954. Dilahirkan di Ipoh pada 22 Mac 1973, Zara merupakan anak bongsu daripada empat anak William Davidson dan Sharifah Azaliah Syed Omar Shahabudin. Zara mempunyai tiga abang. Zara, yang mempunyai minat mendalam dalam bahasa asing, mendapat pendidikan awal di SMJK Convent Ipoh dan mewakili sekolahnya dalam sukan skuasy dan tenis dari tahun 1988 hingga 1990. Beliau juga mewakili Perak dalam sukan renang antara tahun 1981 dan 1987. Selepas menamatkan A-Levels di Prime College di sini pada 1992, Zara ke United Kingdom untuk melanjutkan pengajian dalam bidang kejuruteraan kimia di Universiti Nottingham dan lulus dengan ijazah kelas pertama pada Julai 1995. Beliau juga menerima anugerah pelajar cemerlang untuk projek tahun akhirnya.
Zara menyertai Jabatan Penilaian Perniagaan di Unit Perancang Korporat Petronas pada Disember 1995 dan merupakan sebahagian daripada kumpulan yang bertanggungjawab atas kejayaan membangunkan kompleks bersepadu petrokimia di Kertih dan Kuantan, yang rakan kongsi asingnya termasuk BP, BASF, Dow Chemicals dan Mitsubishi. Beliau kemudian menjadi penganalisis projek di Unit Perdagangan Petrokimia Petronas dan sebahagian daripada kumpulan teras membangunkan inti pati jenama Petronas, yang kini membentuk sebahagian daripada strategi penjenamaan global Petronas. Antara Februari 1999 dan Oktober 2000, Zara memegang jawatan pengurus produk di Petlin (Malaysia) Sdn. Bhd., sebuah syarikat usaha sama Petronas dengan DSM dari Belanda dan Sasol, Afrika Selatan. Zara juga merupakan sebahagian daripada pasukan projek Petronas untuk menjalankan operasi loji Low Density Polyethylene (LDPE) terbesar di dunia di Kertih. Zara kemudian meninggalkan Petronas pada November 2001 untuk menjadi pengurus akaun di Formis Network Services Sdn. Bhd. dan kemudian memegang jawatan Naib Presiden Partnerships & Alliances di Formis (Malaysia) Berhad, sebuah syarikat berasaskan teknologi yang disenaraikan di Bursa Malaysia, antara tahun 2003 dan 2005. Antara 2005 dan 2007, Zara, yang mempunyai sijil penyelamat renang bertauliah dan peminat sukan lasak, menjadi Pengarah Urusan Forthwave Consulting Sdn. Bhd., syarikat pembangunan perisian dan kejuruteraan teknikal hidrokarbon di Kuala Lumpur.

04 May 2007

eeh salah tu!


bukan diskriminasi

03 May 2007

Liverpool Ke Final

Liverpool (4) - Chelsea (1)


LIVERPOOL, England - Jose Reina meletakkan Liverpool ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah dengan menyingkirkan Chelsea apabila menyelamatkan dua sepakan penalti pada aksi penentuan penuh dramatik di Anfield, semalam. Reina berjaya menafikan sepakan Arjen Robben dan Geremi, sebelum Dirk Kuyt melengkapkan jaringan rakan sepasukan, Bolo Zenden, Xabi Alonso serta Steven Gerrard menewaskan penjaga gawang Chelsea, Petr Cech. Sebelum itu, Daniel Agger menghasilkan gol yang dilakukan dengan cukup sempurna pada pertengahan babak pertama untuk membolehkan Liverpool menang 1-0 sekaligus mengikat kedudukan agregat 1-1. Seperti mana apabila jaringan Joe Cole menjadi penentu pada pertemuan pertama, perlawanan kali ini juga menyaksikan penguasaan tuan rumah, tetapi berlangsung dalam keadaan sengit dan penalti penentuan memang dijangka dari awal. Jose Mourinho yang menyaksikan pasukannya dikalahkan oleh Liverpool pada peringkat yang sama dua tahun lepas, telah membuat ramalan tepat sebelum perlawanan bahawa ketiadaan Ricardo Carvalho di bahagian pertahanan Chelsea, Peter Crouch akan berada dalam senarai utama Liverpool bagi memberikan kelebihan seperti mana ketika mereka menang 2-0 dalam aksi Liga Perdana awal tahun ini.

02 May 2007

Pesta 'Ritual' Kaamatan

Sambutan tradisi masyarakat Kadazandusun Murut Sabah, Pesta Menuai atau ‘Tadau Kaamatan', dilancarkan dalam suasana penuh adat tradisi. Pesta warisan generasi ke generasi itu bukan setakat tanda meraikan kejayaan petani memperoleh hasil memuaskan, malah disenaraikan dalam kalendar pelancongan Sabah.
Bertema `Harmoni Dalam Kepelbagaian Budaya', Pesta Kaamatan menyatukan pelbagai etnik seperti Murut, Lundayeh, Melayu, Cina dan Bajau apabila mula disambut pada peringkat negeri sejak 1960 ketika Kerajaan British Borneo Utara mewartakannya sebagai perayaan rakyat. Sambutan yang melangkaui batas sempadan kaum di negeri ini dengan sendirinya meningkatkan industri pelancongan Sabah yang memaparkan ciri perpaduan unik. Berdasarkan adat dan kepercayaan etnik Kadazandusun, padi mempunyai semangat (Bambarayon) yang harus dihormati dan petani perlu berterima kasih kepada Tuhan atas pemberian hasil padi yang baik menerusi upacara tertentu.
Pesta Kaamatan turut disambut di daerah lain dengan menyediakan acara seperti pertandingan masakan tradisional dan sukan rakyat. Acara kemuncaknya ialah pertandingan ratu cantik atau Unduk Ngadau yang mengetengahkan jelitawan pelbagai etnik memperagakan pakaian tradisi masing-masing pada 31 Mei, pengiktirafan kerajaan Persekutuan terhadap Pesta Kaamatan sebagai perayaan kebangsaan membuktikan kesan positifnya terhadap perpaduan kaum, selain memberi sumbangan kepada industri pelancongan negeri.

01 May 2007

Selamat Menyambut Hari Pekerja

Paradigma Baru Tingkat Budaya Kerja
Kakitangan awam mesti tunjukkan kualiti untuk kikis ‘trademark’ negatifAPAKAH makna Hari Pekerja yang disambut hari ini, kepada warga pekerja dari sudut pandangan Cuepacs. Hari Pekerja adalah suatu hari yang pekerja sektor awam harus mengimbas kembali peranan mereka terhadap sumbangan kepada negara. Ia bukan sekadar satu sambutan cuti umum seperti hari biasa, sebaliknya mereka perlu memahami dan menghayati pengiktirafan kerajaan atas sumbangan mereka. Selain itu, mereka perlu melihat semula semua aspek, iaitu adakah mereka sudah mempunyai pengetahuan, pengalaman dan kualiti kerja yang terbaik.Setiap tahun, sejak 1972, kita menyambut dan merayakan Hari Pekerja. Dalam tempoh itu memperlihatkan kematangan terhadap peranan kita dalam membantu memajukan negara dari setahun ke setahun. Malah, budaya kerja lebih maju dengan dilengkapi sistem canggih, teknologi maklumat dan komunikasi (ITC) di setiap jabatan dan ini sudah tentu mewujudkan suasana persekitaran menarik. Bagi saya, pada tahun ini dianggap bersejarah kerana dilakukan secara berbeza dengan sambutan lebih meriah membabitkan penyertaan menyeluruh kakitangan awam pada semua peringkat berbanding tahun sebelumnya. Kita mahu amanat Hari Pekerja yang disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi itu akan menjadi penyuntik semangat kepada semua anggota sektor awam, khususnya ahli Cuepacs di seluruh negara untuk meningkatkan mutu kerja mereka. Bagaimana atur cara sambutan Hari Pekerja kali ini sambutan pada peringkat kementerian membabitkan kakitangan sektor awam dan swasta akan diadakan pada 5 Mei ini, yang turut dihadiri Perdana Menteri, di Stadium Bukit Jalil, manakala sambutan peringkat Cuepacs dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) diadakan pada 21 Mei, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Seramai 3,000 pekerja dari pelbagai peringkat termasuk ketua jabatan di seluruh negara dijangka menghadiri perhimpunan berkenaan. Jika tahun sebelum ini, sambutan hanya di buat di Institut Tadbir Awam Negara (Intan) membabitkan 300 hingga 400 pekerja. Dari segi penghayatan, mungkin ia tidak mencapai tahap 100 peratus.Justeru tahun ini, kita berharap ia disambut meriah dengan menyemarakkan semangat mereka sebagai pekerja pada semua peringkat kebangsaan dan negeri. Bagi memastikan ia menjadi sambutan penuh bermakna dan mencapai matlamatnya, setiap pengarah dan ketua jabatan di setiap negeri mengaturkan majlis perhimpunan masing-masing selepas peringkat induk dibuat. Amanat Perdana Menteri itu dapat diperturunkan pada peringkat negeri. Tema sambutan tahun ini iaitu ‘Integriti Kunci Pembangunan Negara’ dan apa signifikan dalam keadaan sekarang. Bagi Cuepacs semangat integriti perlu dipupuk dan diserapkan kepada golongan pekerja di negara ini termasuk di sektor awam. Kita percaya dengan wujudnya integriti itu perlu diserap untuk merealisasikan sesebuah negara mencapai lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.Ciri integriti yang merangkumi sikap bertanggungjawab, jujur, amanah, berkualiti dan penerapan modal insan terbaik mampu mewujudkan sebuah pasukan pekerja lebih mantap dan berdaya saing serta kunci kepada kejayaan bagi memperkasakan pembangunan negara. Ini sekali gus dapat menjadikan Malaysia sebuah negara maju seperti disasarkan dalam matlamat Wawasan 2020.Tema itu juga bersesuaian dengan sambutan ulang tahun kemerdekaan negara ke-50 tahun ini. Semangat integriti itu amat penting dan menjadi teras kepada pembangunan negara.
Sektor awam kerap dikaitkan dengan amalan rasuah berikutan faktor tertentu. Bagaimanapun, kerajaan kini begitu tegas dan memberi perhatian terhadap isu rasuah dan mahu semua kakitangannya bebas daripada gejala berkenaan yang dianggap musuh kepada produktiviti dan kualiti kerja. Jika dilihat senario sebelum ini, semangat integriti tidak begitu diberi penekanan, longgar dan tidak mantap di kalangan pekerja sektor awam sehingga menimbulkan satu ‘trade mark’ kurang elok seperti kerap dikaitkan dengan rasuah dan budaya kerja yang tidak cekap. Senario sambutan Hari Pekerja di Malaysia tidak seperti di sesetengah negara Barat, yang kerap tercetus mogok dan rapat umum membantah penindasan oleh majikan atau kerajaan. Apa pendapat Cuepacs. Bagi sesetengah negara, sambutan Hari Pekerja dibuat penuh meriah dengan perarakan dan mempamerkan sepanduk menyatakan penghayatan mereka terhadap tarikh itu dan pada seluruh peringkat memainkan peranan masing-masing. Bahang kemeriahan itu juga amat dirasakan kerana ia dibuat sepanjang hari. Bagaimanapun, tidak dinafikan sambutan mereka ada kalanya keterlaluan sehingga menimbulkan huru-hara dan kacau-bilau menerusi demonstrasi atau berpiket, di luar kawalan. Ini berlaku kerana mereka beranggapan pada masa itu adalah waktu paling tepat untuk membangkitkan sebarang agenda, tuntutan serta isu yang tidak mendapat perhatian daripada kerajaan. Semua pemimpin pada setiap peringkat akan berucap menyatakan ketidakpuasan hati masing-masing terhadap majikan dan kerajaan. Malah hubungan antara pekerja dan majikan serta kerajaan tidak begitu baik.Justeru, Hari Pekerja digunakan peluang sepenuhnya meluahkan segala tuntutan mereka dengan lebih agresif. Malah sambutan mereka dilakukan oleh pekerja saja tanpa penyertaan daripada pihak kerajaan. Namun begitu, Malaysia beruntung kerana sambutan kita dilakukan dengan aman dengan mempamerkan budaya yang terbaik. Pemimpin kesatuan sekerja juga boleh bekerjasama dengan kerajaan. Jalinan kemesraan antara pekerja, majikan dan kerajaan dapat dilihat dengan sempurna.Semua tuntutan diadakan dengan perbincangan dan rundingan secara baik antara kerajaan dan pekerja. Ini menunjukkan kelainan dan keunikan tersendiri. Kita mulakan sambutan dengan budaya kita sendiri dan tidak terikut-ikut cara negara Barat yang nampak seperti tidak bertamadun.Apakah mesej Cuepacs kepada warga sektor awam sempena Hari Pekerja.Sempena Hari Pekerja kita berharap semua kakitangan perlu lebih bersemangat dan mengorak langkah ke arah mewujudkan etika dan budaya kerja lebih cemerlang, produktif dan berdisiplin untuk memastikan matlamat ke arah mencapai negara maju lebih cepat. Mesej kita kepada semua pekerja perlu meningkatkan anjakan paradigma baru. Mereka juga mesti mengubah sikap bekerja dengan lebih bersemangat dan cekap, berdisiplin dalam menjalankan tugas serta berkomunikasi secara berkesan.Justeru, Cuepacs sedang mengorak langkah untuk memastikan semua ahlinya mendapat lebih manfaat menerusi pelbagai tuntutan dari segi semakan gaji, elaun persaraan wajib supaya mereka mempunyai kadar pencen yang selesa.Apakah isu yang belum selesai dan masih diperjuangkan Cuepacs bagi memenuhi kebajikan ahlinya.Sempena sambutan Hari Pekerja, kita ada beberapa perkara untuk kerajaan beri perhatian dan pertimbangan demi kebajikan pekerja. Sekarang keseluruhan kakitangan awam sedang menunggu-nunggu supaya pelbagai tuntutan kita dapat dilunaskan.Dalam sambutan itu diharapkan supaya ada satu pengumuman terbaik sebagai satu hadiah istimewa dan penghargaan pihak kerajaan untuk pekerja. Dua tuntutan yang menjadi keutamaan dan amat mendesak sekarang ialah mengenai kenaikan gaji sekurang-kurangnya 40 peratus dan lanjutan umur pesara wajib. Kedua-dua tuntutan itu dianggap seiring. Pekerja boleh merancang lebih jauh terhadap masa depan mereka.Kita percaya jika tuntutan gaji itu dipersetujui sudah pasti akan memberikan harapan dan suntikan semangat baru kepada warga kerja kita kerana tangga gaji yang diterima sekarang terutama peringkat kumpulan bawahan terlalu rendah dan tidak sesuai lagi dengan arus pembangunan negara sekarang.Dulu kita jarang dengar ada pekerja sektor awam melakukan kerja sambilan seperti membawa teksi, tetapi sekarang ramai kakitangan awam yang melakukannya untuk menambah gaji dan menampung perbelanjaan harian yang semakin mahal. Setakat ini, berdasarkan perbincangan dan perundingan dengan pihak kerajaan dan perbahasan Ahli Parlimen di Dewan Rakyat seakan memberikan satu gambaran positif dan meyakinkan terhadap tuntutan kita. Bagi tuntutan lain seperti pertambahan jumlah kakitangan, dan sebagainya akan dilakukan pada peringkat kedua nanti. Kita mengharapkan sebagai satu suntikan kepada pekerja untuk bekerja dengan lebih bersemangat. Kita sedang membuat tuntutan supaya kerajaan memberikan cuti dua bulan bergaji penuh kepada mereka yang ingin bersara seperti diamalkan di beberapa negara lain. Ada negara yang memberikan cuti enam bulan bergaji penuh kepada pekerja yang akan bersara.Kita percaya, dengan ada peruntukan cuti itu, pekerja berkenaan boleh merancang masa depan dan membuat persediaan apa yang akan dilakukan selepas bersara nanti. Pada dasarnya kerajaan bersetuju dan kini sedang menyediakan kerja berkaitan perkara itu dan memorandum akan dihantar sedikit masa lagi. Bagaimana Cuepacs melihat peranan pekerja wanita di sektor awam. Adakah sebarang tuntutan dikemukakan khusus membabitkan kebajikan golongan itu.Dari segi kesamarataan gender, kita melihat pengagihan jawatan termasuk pada peringkat atas dilakukan secara adil. Pada peringkat kakitangan bawahan itu juga peranan mereka amat besar dan menjadi penggerak utama di dalam sektor awam. Setakat ini, kita tidak menerima sebarang aduan bahawa cuti hujung minggu Sabtu dan Ahad yang dilaksanakan itu memberi kesan kepada mutu dan produktiviti kerja di sektor awam. Setiap urusan dapat dilakukan dengan baik.Pada 20 Mei ini, kita akan mengadakan Konvensyen Wanita Cuepacs bagi membincangkan lagi tuntutan berkaitan hak pekerja wanita antaranya cuti bersalin daripada 60 hari sekarang kepada 90 hari; lanjutan gaji penuh daripada lima anak sekarang kepada tujuh anak dan menaik taraf wad bersalin ke kelas pertama.Kita akan menghantar memorandum kepada JPA selepas konvensyen berkenaan untuk dipertimbangkan. Bagi saya, tuntutan itu wajar kerana pekerja wanita turut memberi sumbangan besar kepada negara. Kita percaya dengan tuntutan itu tidak memberikan kesan kepada penurunan produktiviti kerja kerana pekerja lelaki di sektor awam lebih ramai berbanding wanita.

Selamat Menyambut Pesta Kaamatan

Sambutan tradisi masyarakat Kadazandusun Murut Sabah, Pesta Menuai atau ‘Tadau Kaamatan', dilancarkan dalam suasana penuh adat tradisi oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman, di Daerah Ranau, semalam. Pesta warisan generasi ke generasi itu bukan setakat tanda meraikan kejayaan petani memperoleh hasil memuaskan, malah disenaraikan dalam kalendar pelancongan Sabah. Bertema `Harmoni Dalam Kepelbagaian Budaya', Pesta Kaamatan menyatukan pelbagai etnik seperti Murut, Melayu, Dumpas, Cina dan Bajau apabila mula disambut pada peringkat negeri sejak 1960 ketika Kerajaan British Borneo Utara mewartakannya sebagai perayaan rakyat. Sambutan yang melangkaui batas sempadan kaum di negeri ini dengan sendirinya meningkatkan industri pelancongan Sabah yang memaparkan ciri perpaduan unik. Berdasarkan adat dan kepercayaan etnik Kadazandusun, padi mempunyai semangat (Bambarayon) yang harus dihormati dan petani perlu berterima kasih kepada Tuhan atas pemberian hasil padi yang baik menerusi upacara tertentu. Pesta Kaamatan turut disambut di daerah lain dengan menyediakan acara seperti pertandingan masakan tradisional dan sukan rakyat. Acara kemuncaknya ialah pertandingan ratu cantik atau Unduk Ngadau yang mengetengahkan jelitawan pelbagai etnik memperagakan pakaian tradisi masing-masing pada 31 Mei ini. Pengiktirafan kerajaan Persekutuan terhadap Pesta Kaamatan sebagai perayaan kebangsaan membuktikan kesan positifnya terhadap perpaduan kaum, selain memberi sumbangan kepada industri pelancongan negeri.