31 October 2009

Kelar Leher Suami Demi Agama



NEW YORK 31 Okt. - Seorang wanita muslim yang dipaksa oleh suaminya untuk memakan daging babi, memakai skirt pendek dan minum minuman beralkohol telah mengelar leher lelaki tersebut menggunakan pisau dapur ketika mangsa sedang tidur, menurut kenyataan laporannya kepada pihak polis. Rabia Sarwar, 37, warganegara Pakistan, mengaku tidak bersalah atas dakwaan cubaan membunuh dan telah dibebaskan dengan ikat jamin berjumlah AS$25,000 (RM90,000). Dia memberitahu polis dalam satu kenyataan bertulis bahawa dia telah didera secara emosi oleh suaminya, Seikh Naseem dan dipaksa mencabuli kepercayaan agamanya.
“Dia menyebabkan saya melakukan banyak perkara yang melanggar Islam,” katanya dalam kenyataan itu. “Saya lakukan itu semua semata-mata untuk memuaskan hatinya tetapi di dalam hati saya, ia bagaikan peperangan,” katanya. Naseem telah dikelar di leher, pipi dan tangannya pada Rabu lalu sebelum bergelut dengan Rabia dan menghubungi pihak polis dari rumahnya di bandar New York, menurut pihak berkuasa.

29 October 2009

Tak Masuk Akal langsung

Seminggu yang lalu, Ketua Audit Negara telah membentangkan laporan Audit Negara bagi tahun 2008 seperti tahun-tahun yang sebelumnya. Pembentangan tersebut masih lagi mengesan kes-kes pembelian atau pembekalan barangan dan alatan kepada agensi-agensi tertentu pada harga yang tidak munasabah. Umum mengetahui harga minyak petrol pada kadar RM1.80 seliter di mana-mana jua tempat di negara ini. Namun, Jabatan Audit Negara telah menemui bukti pembelian minyak petrol sehingga RM300 seliter oleh pihak tertentu di Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Pulau Pinang. Selain itu, kes komputer riba yang dibeli pada harga RM84,640 seunit berbanding harga pasaran terbuka (bagi jenis dan model yang sama) iaitu RM9,000; serta peralatan makmal telekomunikasi yang dibeli pada harga berbeza antara RM1,240 dan RM30,510 seunit (sedangkan harga di pasaran hanya RM900 seunit). Walaupunpun kes-kes luar biasa itu hanyalah dari segi peratusannya adalah rendah berbanding dengan kos pembekalan peralatan kepada jabatan atau agensi kerajaan, tetapi ia tetap tidak boleh dipandang ringan. Ini menggambarkan bahawa wujud kelemahan yang memberi kesan kepada perbelanjaan wang kerajaan dan masalah ini perlu diambil tindakan segera. Kes ini jika dibiarkan tanpa tindakan ini akan mengundang budaya yang lebih condong kepada amalan yang boleh merosakkan tamadun.

23 October 2009

Antara Tian Chua, Pairin dan Mike Tyson

Sudah tentu ramai yang mengenali individu di atas, mereka mungkin idola yang tiada tolok bandingnya dikalangan masyarakat ataupun peminat mereka. Ahli Parlimen Batu Tian Chua atau nama sebenarnya Chua Tian Chang mungkin hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen berikutan keputusan Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, mengenakan hukuman penjara enam bulan serta denda RM3,000 ke atasnya, semalam. Beliau yang didapati bersalah atas tuduhan mencederakan (mengigit) seorang konstabel polis pada perhimpunan haram di perkarangan Parlimen, pada jam 10.45 pagi, 11 Disember 2007. Dia didakwa mengikut Seksyen 332 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun atau denda atau kedua-duanya. Namun beliau masih diberi keadilaan yang sewajarnya dengan memfailkan permohonan rayuan dalam tempoh masa 14 hari.

Mengingatkan kepada umum satu lagi kes yang hampir sama tetapi atas tuduhan rasuah dikenakan kepada mantan Ketua Menteri Sabah, Datuk Joseph Pairin Kitingan, beliau didapati bersalah pada 17 Januari, 1994. Keputusan perbicaraan kes rasuah beliau didengarkan di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu. Beliau didapati bersalah dan didenda kurang daripada RM2,000.00. Dendaan ini membolehkan beliau masih layak bertanding dalam pilihanraya Umum Negeri Sabah pada 18 dan 19 Februari, 1994, dan sehingga kini beliau masih lagi dalam lingkaran berkuasa dan disegani di Sabah.

Manakala satu lagi kejadian yang mengemparkan dunia ialah pada satu pertarungan Juara Tinju Dunia pada tahun 1997 iaitu Mike Tyson dengan Evander Holyfield di Las Vegas. Pertembungan yang dinantikan di seluruh dunia itu berakhir tidak sampai lima minit dengan Tyson hilang kawalan apabila dia dengan rakusnya mengigit telinga Holyfield di pusingan ketiga dan diberitakan cebisan telinga pencabarnya itu ditemui di luar gelanggang tinju kemudiannya. Pengadil terpaksa memberhentikan perlawanan itu dan Tyson dibatalkan, kemudian didapati bersalah dan dikenakan denda $US3 Million serta lesen tinjunya dibatalkan. sehingga ke hari ini beliau masih boleh bertinju lagi.

Bajet 2009


DATUK Seri Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2010 di Dewan Rakyat, hari ini. (23.10.09)
Bajet 2010 1Malaysia, kemakmuran bersama
1. Memacu negara ke arah ekonomi negara berpendapatan tinggi
2. Memastikan pembangunan holistik dan mapan
3. Mengutamakan kesejahteraan rakyat
1. Memacu negara ke arah ekonomi negara berpendapatan tinggi a. Meningkatkan pelaburan swasta - menyediakan persekitaran mesra perniagaan - pelaksanaan inisiatif penswastaan - meningkatkan inisiatif projek awam swasta - mempergiatkan kemasukan pelaburan asing b. Mempergiat penyelidikan pembangunan dan pengkomersilan
c. Memanfaatkan sepenuhnya bidang khusus - merancakkan industri pelancongan - memantapkan industri ICT - mempergiatkan industri halal d. Memajukan sektor pertanian e. Menggalakkan industri pembinaan f. Memperkasa perusahaan kecil dan sederhana g. Membangunkan teknologi hijau - menggalakkan pembangunan bangunan hijau h. Menggalakkan industri kreatif 2. Memastikan pembangunan holistik dan mapan a. Meningkatkan modal insan berkemahiran tinggi - meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan - menjaga kebajikan golongan pelajar - menggilap kemahiran tenaga kerja - mempergiat Program Permata - memperkasa institusi pengajian tinggi awam b. Memantapkan sistem perbankan dan kewangan - mencergaskan pasaran saham - memajukan lagi sistem kewangan Islam - program mikro kredit Ar-Rahnu c. Memerangi rasuah d. Pembangunan wilayah koridor - pembangunan Putrajaya dan Cyberjaya e. Meningkatkan keberkesanan dan kecekapan pengurusan kerajaan - memperkukuhkan pengurusan kewangan kerajaan - menstruktur semula skim subsidi minyak - mempertingkatkan penyampaian perkhidmatan kerajaan - cukai pendapatan individu 3. Mengutamakan kesejahteraan rakyat a. Mencegah jenayah b. Meningkatkan pendapatan dan taraf hidup rakyat - membasmi kemiskinan tegar - membantu golongan miskin dan mudah terjejas - pembinaan kedai desa - menangani kemiskinan di bandar - meningkatkan pemilikan rumah - menambah kemudahan kesihatan awam - meningkatkan jaringan keselamatan sosial - Sukuk (bon Islam) 1Malaysia - Skim Persaraan 1Malaysia - Caruman KWSP - Pembangunan hartanah wakaf. c. Memperkasa prasarana luarbandar dan pedalaman d. Menambahbaik pengangkutan awam - Bernama

18 October 2009

sama2 cantik


Selamat Pengantin Baru...

17 October 2009

2 Minah Tukang Cat

Kesian dia orang, terpaksa mengecat dinding rumah yang diconteng oleh dua orang budak nakal tu..he he

Happy Deepavali




Happy Deepavali 2009

16 October 2009

16102009


Happy Birth Day

15 October 2009

RKKCG


Berkesempatan meninjau di kelab Golf antara yang tertua di Negeri Selangor Darul Ehsan, kelab ini dibina pada zaman British lagi, bangunan kelab ini agak usang dan mengekalkan bentuk keBritishianya. Terasa nak beraksi di sini pulak dah.

11 October 2009

Bagan Pinang Milik BN


PORT DICKSON 11 Okt. – Barisan Nasional (BN) mencatat kemenangan besar pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang dengan memperoleh 8,013 undi menewaskan Pas. Majoriti yang diperoleh calon BN, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad meningkat kepada 5,435 undi berbanding 2,333 undi pada Pilihan Raya Umum 2008. BN menang di semua lapan daerah mengundi termasuk tiga daerah yang dimenangi pembangkang pada Mac tahun lalu. Calon Pas, Zukefly Mohamad Omar hanya memperoleh 2,578 undi. Pas kalah di semua 18 saluran mengundi. Keputusan Pilihan Raya Kecil N31 itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya, pada pukul 8 malam di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD). Sebanyak 82 peratus pengundi di Bagan Pinang hari ini keluar menunaikan tanggungjawab masing-masing. Segala bentuk provokasi dan pergaduhan yang timbul menjelang hari pengundian tidak menghalang pemilih untuk keluar mengundi sekaligus melonjakkan sokongan kepada BN. Kemenangan itu juga memecahkan kebuntuan BN yang tewas di enam pilihan raya kecil di Semenanjung. BN hanya menang satu kerusi iaitu di DUN Batang Air, Sarawak. Kawasan lain yang di menangi oleh pembangkang ialah di Parlimen Permatang Pauh Pulau Pinang, Kuala Terengganu Terengganu, Bukit Gantang Perak, Bukit Selambau Kedah dan di Manek Urai Kelantan.

09 October 2009

Anak vs Bapak


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kelmarin memerintahkan aktres dan model Nasha Aziz membayar ganti rugi am RM10,000 kepada bapanya Abdul Aziz Mohd Ali dalam kes saman fitnah yang difailkan bapanya terhadapnya. Hakim Datuk Abdul Wahab Patail membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Abdul Aziz bagi membuat penghakiman selepas Nasha dan peguamnya tidak hadir pada perbicaraan kes itu Rabu lepas. Hakim juga memerintahkan Nasha membayar faedah lapan peratus setahun kepada bapanya dari tarikh saman difailkan iaitu pada 31 Mac 2005 sehingga penyelesaian penuh saman itu, dalam penghakimannya berkata beliau mendapati Abdul Aziz selaku plaintif berjaya membuktikan dia telah difitnah oleh Nasha selaku defendan apabila Nasha dalam artikel yang diterbitkan Utusan Malaysia pada 24 Okt 2004, menyatakan dia (Nasha) hanya mempunyai seorang ayah sahaja.
Abdul Aziz dalam pernyataan tuntutannya berkata beliau adalah bapa kandung Nasha dan mendakwa perkataan fitnah di dalam artikel itu bertajuk “Jangan tanya hal peribadi”, dalam keluaran akhbar bertarikh 24 Okt, 2004 telah menyebabkan perasaan beliau terseksa, memalukan dan mencemarkan maruahnya. Beliau memohon ganti rugi, faedah, kos dan faedah lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah dengan mendakwa artikel itu boleh difahamkan sebagai bermaksud yang beliau sudah meninggal dunia. Nasha, dalam pernyataan pembelaannya menjelaskan bahawa perkataan “bapa” dalam temu bual dengan akhbar itu adalah merujuk kepada bapa saudaranya Abdul Aziz Hathim yang membesarkannya. Tetapi bagi kebanyakan daripada kita melihat kemelut keluarga ini ada nilai-nilai yang menyentuh emosi yang tidak dapat digambarkan...

08 October 2009