29 May 2008

pulang ke gagang

Mantan Ketua Angkatan muda parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohamad Ezam Mohd. Noor, mengumumkan kemasuknya ke dalam UMNO

Kau Legenda

Last tribute to P Ramlee 29 May 1973
The P Ramlee Cyber Museum A Tribute To The Legend


Sheila Majid

Lagenda

Sejuta bintang di angkasa
Sinarnya mempesona
Sebutir bintang di taman seni

Cahayanya berseri
Biar bertahun masa beredar
Satu wajah satu nama takkan pudar

Tetap jelas di ruang mata
Setiap gerak gaya
Bergetaran merdu sinar

Di persada budaya
Hingga kini menjadi sebutan
Tetap terpahat namamu di ingatan

( korus )
Kaulah satu satunya
Di antara berjuta
Insan teristimewa

Patah tak tumbuh lagi
Hilang belum berganti
Kerana kau tersendiri

Kaulah satu satunya
Di antara berjuta
Insan teristimewa

Kau kebanggaan kita
Kau budayawan bangsa
Engkau... lagenda

24 May 2008

TERLEPAS




MILIK SINGAPURA... Pemandangan dari udara, Pulau Batu Putih yang kedaulatannya diserahkan oleh ICJ kepada Singapura semalam. Pulau itu yang dikenali di Singapura sebagai Pedra Branca terletak 7.7 batu nautika dari Johor dan 25 batu nautika dari Singapura. – Reuters


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0524&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm


http://http//www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0527&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_07.htm

23 May 2008

Zalimzalimzalim


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0523&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_06.htm

Nostalgia Itu Kosong

Pulau Batu Puteh sebesar separuh padang bola sepak itu terletak kira-kira 12.8 kilometer (km) dari Pengerang, Johor dan 64 km ke timur Singapura. Batuan Tengah dan Tubir Selatan secara geologi bersambung dengan Pulau Batu Puteh. Jarak di antara Batuan Tengah dengan Pulau Batu Puteh ialah 0.96 kilometer manakala Tubir Selatan dengan Pulau Batu Puteh kira-kira empat kilometer. Malaysia dan Singapura bersetuju membawa kes itu ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa ICJ) pada 2003 ketika Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri. ICJ mula membicarakan tuntutan terhadap pulau itu pada 6 November 2007. Delegasi Malaysia terdiri daripada ejen, Tan Sri Abdul Kadir Mohamad; ejen bersama, Datuk Noor Farida Ariffin; Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail; Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Tan Sri Rastam Mohd Isa dan wakil kerajaan Johor, Datuk Hamsan Saringat. Delegasi Singapura pula terdiri daripada Timbalan Perdana Menterinya, S Jayakumar; Ketua Hakim Negara, Chan Sek Keong; Peguam Negara, Chao Hick Tin dan ejennya, Prof Tommy Koh.
Terlalu banyak nostalgia yang harus di ingat oleh rakyat negara ini terutamanya rakyat Johor terhadap Pulau Batu Puteh yang sebenarnya hak, kedaulatan dan pemiliknya ialah Malaysia, entah dimana silapnya kita kehilangan dan kalah dalam kes ini....kita tidak harus menyalahkan takdir dan bebanan semua itu kepada delegasi Malaysia, sebenarnya dan hakikatnya kita ada segala-galanya tetapi meminjam kata-kata seorang rakan nun di sana ADA pelobi Israel, kita tidak ada! Apapun kita masih mempunyai Middle Rock walaupun cuma batu yang timbul dipermukaan laut dan kemungkinan besar South Ledge yang kita harap terutanmanya rakyat ingin supaya keraajaan membina tapak asas di kawasan itu supaya mengimbangi kerakusan dan apa yang lebih penting ialah menjaga para nelayan kita mencari sumber rezeki di perairan negara kita.

Kaya-kaya

22 May 2008

"Selagi Ada Bulan dan Matahari"

Kelmarin saya berpeluang mengikuti ceramah yang bertajuk Pertikaian Pulau Batu Puteh yang tentunya antara Malaysia dan Singapura, mengikut catatan atau lebih tepat lagi fakta Sultan Johor pada ketika itu membenarkan British membina Rumah Api di Pulau Batu Puteh selagi ada Bulan dan Matahari.

MU Juara lagi


MOSCOW: Manchester United menewaskan Chelsea 6-5 bagi membawa pulang trofi Piala Juara-Juara, awal pagi ini. Penentuan juara menerusi tendangan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 tamat masa tambahan.

19 May 2008

"Permata yang Terbuang"


Dr Mahathir isytihar keluar Umno
TUN Dr Mahathir Mohamad secara terbuka mengumumkan keluar daripada Umno sebagai protes kepada keengganan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dan mengajak ahli lain keluar parti bersamanya. Bagaimanapun beliau menasihatkan ahli yang keluar Umno tidak menyertai parti lawan dan masuk semula Umno apabila Abdullah meletak jawatan

16 May 2008

Mengurus Hati

KONSEP pengurusan hati adalah satu wahana untuk meningkatkan budaya kerja dan rangka pengendalian diri daripada godaan perbuatan tidak bermoral seperti rasuah dan nepotisme. Tidak dinafikan bahawa setiap pergerakan insan serta penampilannya merupakan refleksi daripada hatinya sendiri. Hati yang menunjukkan watak dan siapa diri kita sebenarnya.

Nabi SAW bersabda yang bermaksud: "Di dalam tubuh itu ada mudghah, seketul daging yang apabila ia baik, maka baiklah seluruh tubuh dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh tubuh itu. Ketahuilah mudghah itu adalah qalb (hati). Kalau hatinya sihat, secara automatik fikiran, bicaranya dan segala tindakannya juga sihat. Namun kalau badan sahaja sihat, tetapi hati tidak sihat, maka kesihatan badannya akan membawa masalah." Hati yang bersih menjadikan ucapan seseorang pemimpin itu atau siapa sahaja akan meyakinkan dan menyejukkan hati lawan bicaranya. Sikapnya akan menunjukkan bahawa ia sentiasa sedang diawasi oleh Allah SWT.

Demikianlah dengan bangsa Melayu yang dikatakan lemah harus bangkit dan perlu diorientasi melalui konsep pengurusan qalbu (hati). Inti konsep pengurusan qalbu adalah memahami diri dan kemudian mampu mengendalikan diri setelah memahami siapa diri kita sebenarnya. Tempat untuk memahami dan mengendalikan diri kita itu ada di hati. Bila hati kita bersih, bening dan jernih, insya-Allah, keseluruhan diri kita juga akan menampakkan kebersihan, kebeningan, dan kejernihan.

Bagaimana memahami aspek praktik daripada semua ini? Pertama, manusia itu memiliki potensi. Potensi itu berupa saranan yang ada di dalam diri seseorang yang berfungsi untuk mengembang dan memperbaiki diri. Hanya dengan memiliki niat untuk terus memperbaiki diri, maka potensi yang merupakan anugerah Allah itu akan menuju kepada jalan kebaikan.

Kedua, potensi kita yang terus diarahkan kepada kebaikan akan menjadi sangat efektif daya gunanya bila dimulai atau berpangkal daripada diri sendiri. Ertinya, urus diri sendiri dahulu sebelum mengurus orang lain. Perbaiki diri sendiri dulu sebelum memperbaiki diri orang lain. Bersihkan diri lebih dahulu sebelum membersihkan orang lain. Seseorang yang menggunakan potensinya dengan prinsip untuk memperbaiki kemampuan dirinya, akhirnya bermanfaat bagi masyarakat sekitarnya. Gerak hidupnya sentiasa menguntungkan orang lain lantaran daripada dirinya terpancar kebaikan, seperti membawa keamanan dan kebahagiaan.

Ketiga, keadaan-keadaan untuk memperbaiki diri sendiri perlu dibiasakan secara berterusan dan konsisten (istiqamah). Manusia itu pelupa. Manusia lebih suka memilih sesuatu yang menyenangkan dirinya. Kebiasaan baik menuntut perjuangan besar pada awalnya. Seorang manusia yang mampu memahami dan kemudian mengembangkan dirinya melalui hati yang bersih, akan sentiasa menunjukkan seluruh gerakannya untuk mendapatkan reda Allah.
Sumber Berita Harian.

Batu Putih

JOHOR BAHRU 15 Mei - Wisma Putra yakin keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Hague, Belanda mengenai tuntutan bertindih terhadap Pulau Batu Putih antara Malaysia dan Singapura yang akan diumumkan pada 23 Mei ini, akan berpihak kepada negara ini. Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, keyakinan itu bersandarkan hujah dan fakta yang dikemukakan pasukan pakar perundangan negara sepanjang prosiding yang bermula 6 hingga 23 November tahun lalu.

15 May 2008

dah 3 bulan rupanya

Hari ini genaplah 3 Bulan di daerah ks ini, bermacam-macam yang perlu dipelajari di daerah baru ini yang semakin mencabar kewibawaanku sebagai perantau yang inginkan sesuatu yang lebih baik dari sebelumnya.

14 May 2008

Tahniah

Nicol kali kelima Olahragawati Negara
HEBAT... Nicol David dan beregu badminton negara, Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong (gambar kanan belakang) masing-masing dinobatkan Olahragawati dan Olahragawan Kebangsaan 2007 pada majlis Anugerah Sukan Negara di Kuala Lumpur, malam tadi.

KUALA LUMPUR 13 Mei – Ratu skuasy, Nicol David dan beregu utama badminton negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong dinobatkan Olahragawati dan Olahragawan Kebangsaan 2007 pada majlis Anugerah Sukan Negara di sini malam ini. Kesemua mereka masing-masing membawa pulang hadiah RM10,000 dan trofi yang disampaikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin. Lebih manis lagi apabila anugerah itu – yang dimenangi Nicol tiga tahun berturut-turut dan kemenangan kali kelimanya – menyusul selepas kejayaan atlet itu merampas semula mahkota kejuaraan Terbuka Britain di Liverpool, semalam.

13 May 2008

5 Cara Kawal Harga Beras



62 Tahun Berlalu

11.05.1946 - 11.05.2008

05 May 2008

misteri

MISTERI AWAN CERAH BERTUKAR GELAP: Perubahan cuaca yang panas terik tiba-tiba bertukar menjadi gelap pada jam 4.30 petang semalam, menimbulkan tanda tanya. Kejadian berubah corak selama sejam. Gambar ini dirakam ketika Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menyampaikan hadiah kepada anakndanya, Tengku Ahmad Ismail Tengku Abdullah, 8, pada Kejohanan Olahraga Ke-35 Sekolah Kebangsaan St Thomas, Kuantan. Tunku Azizah Aminah Maimunah turut merakamkan kejadian itu.

Galaksi

RAKAMAN UNIK PERTEMBUNGAN DUA GALAKSI: GAMBAR disiarkan semalam menunjukkan kejadian menakjubkan pertembungan antara dua galaksi dikenali Arp 148, yang menyebabkan wujudnya galaksi berbentuk cincin berserta ekor panjang akibat perlanggaran itu. Rakaman unik Arp 148, yang turut digelar ‘objek Mayall’ terletak di buruj Ursa Major pada kedudukan kira-kira 500 juta tahun cahaya dari bumi. Ia adalah sebahagian daripada koleksi besar 59 imej cantuman galaksi diambil oleh Teleskop Angkasa Lepas Hubble Amerika Syarikat disiarkan sempena ulang tahun ke-18 peralatan itu, semalam.