13 December 2009

Miss World 2009


JOHANNESBURG: Kaiane Aldorino dari Gibraltar dimahkotakan sebagai Ratu Cantik Dunia 2009 semalam, menewaskan 11 calon lain dalam satu majlis ala budaya Afrika. "Terima kasih Afrika Selatan, ia saat yang paling menggembirakan dalam hidup saya," kata Aldorino, 22, seorang kerani bahagian sumber manusia. Ratu Mexico, Perla Beltran pula ditempat kedua manakala ketiga, Ratu Afrika Selatan, Tatum Keshwar.

11 December 2009

zahnita vs gulatis

Kini giliran model serta pelakon Zahnita Dorothy Hussein Wilson hari ini memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap syarikat tekstil Gulatis Exclusive Sdn. Bhd (Gulatis) untuk menuntut ganti rugi RM2 juta kerana menggunakan gambarnya dalam iklan. Sebelum ini pelakon, Eja atau nama sebenarnya Siti Shahrizah Saifuddin, 37, berjaya memperoleh ganti rugi RM20,000 daripada Gulatis Exclusive Sdn. Bhd. (Gulatis) setelah Mahkamah Sesyen di sini mendapati syarikat tekstil tersebut telah melanggar perjanjian lisan

Dirgahayu ke-64

DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJIBNI ALMARHUM SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH ALHAJD.K.,D.M.N.,D.K.(Terengganu).,D.K.(Kelantan).,D.K.(Perak).,D.K.(Perlis)., D.K.(Negeri Sembilan)., D.K.(Kedah).,S.P.M.S.,S.S.I.S.,S.P.M.J.Sultan dan Yang Dipertuan Negeri Selangor Darul EhsanSerta Segala Daerah Takluknya

tregedi pengantin

PILU: Ajal maut, jodoh pertemujan di tanganTuhan begitulah keadaan yang menimpa, Teh Afifah, 23, pengantin perempuan yang baru empat jam bernikah tidak dapat menahan sebak apabila menziarahi jenazah suaminya, Mohd Ariff Abdul Kadir yang maut apabila kereta yang dinaiki suaminya bertembung dengan sebuah bas selepas pulang dari majlis akad nikah yang diadakan di rumahnya.

Itulah Bola

VIENTIANE 11 Dis. - Malaysia mara ke separuh akhir bola sepak lelaki pada temasya Sukan SEA ke-25 selepas berjaya menumbangkan Thailand 2-1 pada perlawanan peringkat kumpulan di Stadium Utama di sini. Dengan kemenangan itu, Malaysia yang menduduki tangga kedua dalam Kumpulan A di belakang Vietnam akan bertemu tuan rumah, Laos yang juga juara Kumpulan B. Pasukan Thailand yang tidak pernah terlepas separuh akhir selama 36 tahun acara dwitahunan itu melangkah longlai dan sekali gus gagal mempertahankan emas yang dimenanginya pada sukan Sea yang lalu.

07 December 2009

05 December 2009

Undur

Timbalan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Abu Kassim Mohamed, dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya baru SPRM mulai 1 Januari ini, menggantikan Datuk Seri Ahmad Said Hamdan yang berundur lima bulan lebih awal. Difahamkan, Ahmad Said menghadapi tekanan, terutama daripada parti pembangkang yang mendesaknya melepaskan jawatan berikutan laporan indeks rasuah global Transparency International tahun ini yang meletakkan Malaysia di tangga ke-56, berbanding tempat ke-47 tahun lalu.

Anak kepada Ketua Menteri Sarawak, Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Taib sudah memaklumkan akan mengenai meletak jawatan atas alasan kesihatan walaupun sumber membayangkan ia ada kaitan dengan rasa tidak puas hati terhadap layanan yang diberikan kepadanya dan Sarawak. Sulaiman meletakkan jawatan beberapa minggu lalu atas sebab-sebab kesihatan tetapi kekal sebagai Ahli Parlimen. Bagaimanapun, Sulaiman dikatakan tidak menjawab sebarang pertanyaan dan hanya sekali menghadiri sidang Parlimen dalam sesi yang sedang berlangsung sekarang. Difahamkan, beliau tidak berpuas hati dengan bekas Menteri Pelancongan, Datuk Seri Azalina Othman Said dan Menteri Pelancongan sekarang, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen yang tidak memberi ruang kepada beliau untuk berkhidmat dengan sebaik-baiknya selaku Timbalan Menteri. Peletakan jawatan itu turut mempunyai kaitan dengan rasa kurang senang dengan pelantikan Datuk Seri Idris Jala, seorang lagi anak Sarawak, ke Kabinet, yang dilihat sebagai melangkau ahli-ahli Parlimen Sarawak dan Sabah.


South Africa 2010

Group A: South Africa, Mexico, Uruguay, France
Group B: Argentina, Nigeria, Korea Republic, Greece
Group C: England, USA, Algeria, Slovenia
Group D: Germany, Australia, Serbia, Ghana
Group E: Netherlands, Denmark, Japan, Cameroon
Group F: Italy, Paraguay, New Zealand, Slovakia
Group G: Brazil, Korea DPR, Côte d'Ivoire, Portugal
Group H: Spain, Switzerland, Honduras, Chile

03 December 2009

yang remeh temeh

Ketua pembangkang di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Datuk Azhar Ibrahim sekali lagi digantung daripada menghadiri persidangan dewan itu selepas enggan memohon maaf berhubung tuduhan menunjukkan punggung kepada Sim Tze Tzin (DAP-Pantai Jerjak) semalam.

Azhar (BN-Penaga) dituduh melakukan perbuatan itu ketika hendak keluar dewan setelah Timbalan Speaker Tan Hock Leong mengarahkan beliau keluar kerana enggan menarik balik istilah “dua tiga kerat” semasa membahaskan Bajet 2010 semalam.

"Ini satu lagi konspirasi kerajaan Pakatan Rakyat untuk menutup mulut saya daripada terus mengkritik pentadbiran mereka. Saya cuma membongkok untuk ambil beg kerana beg saya berada di bawah, takkan pula saya nak lambung guna kaki dan tangkap, tapi dituduh menunjukkan punggung pula.

"Inilah satu contoh yang ditunjukkan oleh sebuah kerajaan yang tidak bermoral, tidak bermaruah dan tidak sanggup menerima kritikan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas diarah keluar oleh Speaker

27 November 2009

Salam Aidil Adha 2009

Hari Raya Aidiladha (Bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t. Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya. Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.

Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat akan diadakan pada sebelah pagi, biasanya agak awal sedikit. Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas Khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin. Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.

24 November 2009

18 November 2009

dont cry for me MCA

9 anggota Majlis Presiden MCA dipecat

KUALA LUMPUR: Kemelut MCA semakin panas apabila sembilan penyokong Datuk Seri Liow Tiong Lai termasuk Ketua Pemuda dan Wanita digugurkan daripada menganggotai Majlis Presiden, berkuat kuasa serta-merta.
Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat, ketika mengumumkan rombakan majlis berkenaan selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pusat (CC) di sini semalam, menjelaskan tindakan itu dilakukan mengikut perlembagaan parti bagi mengukuhkan MCA.
Liow yang juga Naib Presiden MCA, bagaimanapun mendakwa Tee Keat mengamalkan politik ‘cantas dan hapus’ terhadap pemimpin yang tidak sehaluan dengannya dan menyifatkan keadaan parti itu kini seperti ‘keluarga sedang berperang’.
Mereka yang digugurkan ialah lima timbalan menteri termasuk Ketua Pemuda, Datuk Dr Wee Ka Siong dan Ketua Wanita Datin Paduka Chew Mei Fun.
Selain Wee yang juga Timbalan Menteri Pelajaran dan Chew (Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat), turut digugurkan Dr Hou Kok Chung (Timbalan Menteri Pengajian Tinggi), Wee Jeck Seng (Timbalan Menteri Belia dan Sukan), Datuk Chor Chee Heung (Timbalan Menteri Kewangan), manakala empat lagi ialah Wong Nai Chee, Gan Hong Su, Lee Wei Kiat, Gan Ping Sieu.
KETUA Pemuda MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong dan Ketua Wanita MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun menangis selepas dipecat, semalam.

Pada sidang media yang turut dihadiri Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, Tee Keat turut mengumumkan pelantikan tujuh anggota baru Majlis Presiden.
Dengan rombakan itu, kini hanya tinggal Liow berseorangan tanpa penyokongnya dalam Majlis Presiden.
Majlis itu yang bertindak sebagai badan pengurusan parti, turut dianggotai Presiden, timbalannya, Setiausaha Agung, Naib Presiden dan Bendahari. Tee Keat berkata, rombakan itu dilakukan bagi memastikan segala dibincang dan didebat oleh MCA dapat dilaksanakan sebaik mungkin. Selain itu, beliau turut mengumumkan keputusan CC menolak mesyuarat agung luar biasa (EGM) kedua pada 28 November ini yang diusulkan penyokong Liow.
Tee Keat berkata, CC memutuskan resolusi EGM itu untuk mengadakan pemilihan baru parti adalah cacat dan bercanggah dengan perlembagaan MCA.
Seramai 23 ahli CC menolak EGM itu, 10 menyokong dan dua berkecuali, manakala tujuh lagi tidak hadir. Pada 6 November lalu, kumpulan Liow yang diketuai Nai Chee mengumumkan EGM kedua akan diadakan pada 28 November ini. Bagaimanapun, mereka memerlukan sekurang-kurangnya 800 perwakilan untuk mengadakan EGM itu.
Liow pada sidang media berasingan, berkata tindakan terbaru Tee Keat itu akan memburukkan lagi keadaan parti. “Mesyuarat CC hari ini (semalam) membuatkan hati kami berdarah. Presiden menggugurkan Ketua Pemuda dan Ketua Wanita dalam Majlis Presiden.
“Presiden melantik orangnya dan menyingkirkan mereka yang tidak sehaluan dengannya supaya beliau boleh mempunyai kuasa mutlak dalam Majlis Presiden. Majlis Presiden adalah satu jawatankuasa penting yang memutuskan banyak perkara dalam parti,” katanya.
Sambil menegaskan MCA berada pada persimpangan jalan, Liow menggesa perwakilan menghadiri EGM kedua untuk membuat keputusan demi kebaikan MCA serta mempertahankan nilai perjuangan dan prinsip demokrasi dalam parti itu. “Pemimpin parti mesti mendengar suara ahli, perwakilan dan orang ramai. Kami tidak mahu menjadi `tawanan’ kepada politik kotor, autokratik dan penggunaan kuasa tanpa mempedulikan orang lain,” katanya.
Liow menegaskan beliau akan terus bergerak ke seluruh negara untuk mendapat sokongan perwakilan bagi mengadakan EGM kedua.

FAKTA: Senarai baru Majlis Presiden

  • Presiden
    - Datuk Seri Ong Tee Keat

  • Timbalan Presiden
    - Datuk Seri Dr Chua Soi Lek

  • Setiausaha Agung
    - Datuk Wong Foon Meng

  • Bendahari
    -
  • Naib Presiden
    - Datuk Seri Kong Cho Ha
    - Datuk Seri Liow Tiong Hai
    - Datuk Seri Ng Yen Yen
    - Tan Kok Hong

  • Dilantik
    - Datuk Loke Yuen Yow (kekal)
    - Wong Hock Aun (kekal)
    - Datuk Seri Tan Chai Ho (baru)
    - Tan Cheng Liang (baru)
    - Datuk Lee Chee Leong (baru)
    - Gan Ping Sieu (baru)
    - Datuk Ti Lian Ker (baru)
    - Datuk Dr Mah Hang Soon (baru)
    - Heng Seai Kie (baru)
  • 14 November 2009

    air lama botol baru

    Menteri Besar Selangor, pada Jumaat mengumumkan pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai penasihat ekonomi negeri Selangor. Ekoran pelantikan Penasihat PKR, itu sebagai penasihat ekonomi negeri Selangor diperbincangkan oleh orang ramai ada yang pro, kontra dan sebagainya lagi. Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan mengungkapkan pelantikan Anwar ini tentunya merupakan satu gimik untuk menunjukkan yang PKR boleh ”survive” dalam satu ruang baru dengan satu imej yang baru. "Tapi sebenarnya ini ibarat menjual air lama dalam botol yang lama,” katanya dan menambah gimik ini kadangkala boleh dijual, tapi kebanyakan masa ia ”tidak laku”.

    31 October 2009

    Kelar Leher Suami Demi Agama



    NEW YORK 31 Okt. - Seorang wanita muslim yang dipaksa oleh suaminya untuk memakan daging babi, memakai skirt pendek dan minum minuman beralkohol telah mengelar leher lelaki tersebut menggunakan pisau dapur ketika mangsa sedang tidur, menurut kenyataan laporannya kepada pihak polis. Rabia Sarwar, 37, warganegara Pakistan, mengaku tidak bersalah atas dakwaan cubaan membunuh dan telah dibebaskan dengan ikat jamin berjumlah AS$25,000 (RM90,000). Dia memberitahu polis dalam satu kenyataan bertulis bahawa dia telah didera secara emosi oleh suaminya, Seikh Naseem dan dipaksa mencabuli kepercayaan agamanya.
    “Dia menyebabkan saya melakukan banyak perkara yang melanggar Islam,” katanya dalam kenyataan itu. “Saya lakukan itu semua semata-mata untuk memuaskan hatinya tetapi di dalam hati saya, ia bagaikan peperangan,” katanya. Naseem telah dikelar di leher, pipi dan tangannya pada Rabu lalu sebelum bergelut dengan Rabia dan menghubungi pihak polis dari rumahnya di bandar New York, menurut pihak berkuasa.

    29 October 2009

    Tak Masuk Akal langsung

    Seminggu yang lalu, Ketua Audit Negara telah membentangkan laporan Audit Negara bagi tahun 2008 seperti tahun-tahun yang sebelumnya. Pembentangan tersebut masih lagi mengesan kes-kes pembelian atau pembekalan barangan dan alatan kepada agensi-agensi tertentu pada harga yang tidak munasabah. Umum mengetahui harga minyak petrol pada kadar RM1.80 seliter di mana-mana jua tempat di negara ini. Namun, Jabatan Audit Negara telah menemui bukti pembelian minyak petrol sehingga RM300 seliter oleh pihak tertentu di Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Pulau Pinang. Selain itu, kes komputer riba yang dibeli pada harga RM84,640 seunit berbanding harga pasaran terbuka (bagi jenis dan model yang sama) iaitu RM9,000; serta peralatan makmal telekomunikasi yang dibeli pada harga berbeza antara RM1,240 dan RM30,510 seunit (sedangkan harga di pasaran hanya RM900 seunit). Walaupunpun kes-kes luar biasa itu hanyalah dari segi peratusannya adalah rendah berbanding dengan kos pembekalan peralatan kepada jabatan atau agensi kerajaan, tetapi ia tetap tidak boleh dipandang ringan. Ini menggambarkan bahawa wujud kelemahan yang memberi kesan kepada perbelanjaan wang kerajaan dan masalah ini perlu diambil tindakan segera. Kes ini jika dibiarkan tanpa tindakan ini akan mengundang budaya yang lebih condong kepada amalan yang boleh merosakkan tamadun.

    23 October 2009

    Antara Tian Chua, Pairin dan Mike Tyson

    Sudah tentu ramai yang mengenali individu di atas, mereka mungkin idola yang tiada tolok bandingnya dikalangan masyarakat ataupun peminat mereka. Ahli Parlimen Batu Tian Chua atau nama sebenarnya Chua Tian Chang mungkin hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen berikutan keputusan Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, mengenakan hukuman penjara enam bulan serta denda RM3,000 ke atasnya, semalam. Beliau yang didapati bersalah atas tuduhan mencederakan (mengigit) seorang konstabel polis pada perhimpunan haram di perkarangan Parlimen, pada jam 10.45 pagi, 11 Disember 2007. Dia didakwa mengikut Seksyen 332 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun atau denda atau kedua-duanya. Namun beliau masih diberi keadilaan yang sewajarnya dengan memfailkan permohonan rayuan dalam tempoh masa 14 hari.

    Mengingatkan kepada umum satu lagi kes yang hampir sama tetapi atas tuduhan rasuah dikenakan kepada mantan Ketua Menteri Sabah, Datuk Joseph Pairin Kitingan, beliau didapati bersalah pada 17 Januari, 1994. Keputusan perbicaraan kes rasuah beliau didengarkan di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu. Beliau didapati bersalah dan didenda kurang daripada RM2,000.00. Dendaan ini membolehkan beliau masih layak bertanding dalam pilihanraya Umum Negeri Sabah pada 18 dan 19 Februari, 1994, dan sehingga kini beliau masih lagi dalam lingkaran berkuasa dan disegani di Sabah.

    Manakala satu lagi kejadian yang mengemparkan dunia ialah pada satu pertarungan Juara Tinju Dunia pada tahun 1997 iaitu Mike Tyson dengan Evander Holyfield di Las Vegas. Pertembungan yang dinantikan di seluruh dunia itu berakhir tidak sampai lima minit dengan Tyson hilang kawalan apabila dia dengan rakusnya mengigit telinga Holyfield di pusingan ketiga dan diberitakan cebisan telinga pencabarnya itu ditemui di luar gelanggang tinju kemudiannya. Pengadil terpaksa memberhentikan perlawanan itu dan Tyson dibatalkan, kemudian didapati bersalah dan dikenakan denda $US3 Million serta lesen tinjunya dibatalkan. sehingga ke hari ini beliau masih boleh bertinju lagi.

    Bajet 2009


    DATUK Seri Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2010 di Dewan Rakyat, hari ini. (23.10.09)
    Bajet 2010 1Malaysia, kemakmuran bersama
    1. Memacu negara ke arah ekonomi negara berpendapatan tinggi
    2. Memastikan pembangunan holistik dan mapan
    3. Mengutamakan kesejahteraan rakyat
    1. Memacu negara ke arah ekonomi negara berpendapatan tinggi a. Meningkatkan pelaburan swasta - menyediakan persekitaran mesra perniagaan - pelaksanaan inisiatif penswastaan - meningkatkan inisiatif projek awam swasta - mempergiatkan kemasukan pelaburan asing b. Mempergiat penyelidikan pembangunan dan pengkomersilan
    c. Memanfaatkan sepenuhnya bidang khusus - merancakkan industri pelancongan - memantapkan industri ICT - mempergiatkan industri halal d. Memajukan sektor pertanian e. Menggalakkan industri pembinaan f. Memperkasa perusahaan kecil dan sederhana g. Membangunkan teknologi hijau - menggalakkan pembangunan bangunan hijau h. Menggalakkan industri kreatif 2. Memastikan pembangunan holistik dan mapan a. Meningkatkan modal insan berkemahiran tinggi - meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan - menjaga kebajikan golongan pelajar - menggilap kemahiran tenaga kerja - mempergiat Program Permata - memperkasa institusi pengajian tinggi awam b. Memantapkan sistem perbankan dan kewangan - mencergaskan pasaran saham - memajukan lagi sistem kewangan Islam - program mikro kredit Ar-Rahnu c. Memerangi rasuah d. Pembangunan wilayah koridor - pembangunan Putrajaya dan Cyberjaya e. Meningkatkan keberkesanan dan kecekapan pengurusan kerajaan - memperkukuhkan pengurusan kewangan kerajaan - menstruktur semula skim subsidi minyak - mempertingkatkan penyampaian perkhidmatan kerajaan - cukai pendapatan individu 3. Mengutamakan kesejahteraan rakyat a. Mencegah jenayah b. Meningkatkan pendapatan dan taraf hidup rakyat - membasmi kemiskinan tegar - membantu golongan miskin dan mudah terjejas - pembinaan kedai desa - menangani kemiskinan di bandar - meningkatkan pemilikan rumah - menambah kemudahan kesihatan awam - meningkatkan jaringan keselamatan sosial - Sukuk (bon Islam) 1Malaysia - Skim Persaraan 1Malaysia - Caruman KWSP - Pembangunan hartanah wakaf. c. Memperkasa prasarana luarbandar dan pedalaman d. Menambahbaik pengangkutan awam - Bernama

    18 October 2009

    sama2 cantik


    Selamat Pengantin Baru...

    17 October 2009

    2 Minah Tukang Cat

    Kesian dia orang, terpaksa mengecat dinding rumah yang diconteng oleh dua orang budak nakal tu..he he

    Happy Deepavali




    Happy Deepavali 2009

    16 October 2009

    16102009


    Happy Birth Day

    15 October 2009

    RKKCG


    Berkesempatan meninjau di kelab Golf antara yang tertua di Negeri Selangor Darul Ehsan, kelab ini dibina pada zaman British lagi, bangunan kelab ini agak usang dan mengekalkan bentuk keBritishianya. Terasa nak beraksi di sini pulak dah.

    11 October 2009

    Bagan Pinang Milik BN


    PORT DICKSON 11 Okt. – Barisan Nasional (BN) mencatat kemenangan besar pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang dengan memperoleh 8,013 undi menewaskan Pas. Majoriti yang diperoleh calon BN, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad meningkat kepada 5,435 undi berbanding 2,333 undi pada Pilihan Raya Umum 2008. BN menang di semua lapan daerah mengundi termasuk tiga daerah yang dimenangi pembangkang pada Mac tahun lalu. Calon Pas, Zukefly Mohamad Omar hanya memperoleh 2,578 undi. Pas kalah di semua 18 saluran mengundi. Keputusan Pilihan Raya Kecil N31 itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya, pada pukul 8 malam di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD). Sebanyak 82 peratus pengundi di Bagan Pinang hari ini keluar menunaikan tanggungjawab masing-masing. Segala bentuk provokasi dan pergaduhan yang timbul menjelang hari pengundian tidak menghalang pemilih untuk keluar mengundi sekaligus melonjakkan sokongan kepada BN. Kemenangan itu juga memecahkan kebuntuan BN yang tewas di enam pilihan raya kecil di Semenanjung. BN hanya menang satu kerusi iaitu di DUN Batang Air, Sarawak. Kawasan lain yang di menangi oleh pembangkang ialah di Parlimen Permatang Pauh Pulau Pinang, Kuala Terengganu Terengganu, Bukit Gantang Perak, Bukit Selambau Kedah dan di Manek Urai Kelantan.

    09 October 2009

    Anak vs Bapak


    Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kelmarin memerintahkan aktres dan model Nasha Aziz membayar ganti rugi am RM10,000 kepada bapanya Abdul Aziz Mohd Ali dalam kes saman fitnah yang difailkan bapanya terhadapnya. Hakim Datuk Abdul Wahab Patail membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Abdul Aziz bagi membuat penghakiman selepas Nasha dan peguamnya tidak hadir pada perbicaraan kes itu Rabu lepas. Hakim juga memerintahkan Nasha membayar faedah lapan peratus setahun kepada bapanya dari tarikh saman difailkan iaitu pada 31 Mac 2005 sehingga penyelesaian penuh saman itu, dalam penghakimannya berkata beliau mendapati Abdul Aziz selaku plaintif berjaya membuktikan dia telah difitnah oleh Nasha selaku defendan apabila Nasha dalam artikel yang diterbitkan Utusan Malaysia pada 24 Okt 2004, menyatakan dia (Nasha) hanya mempunyai seorang ayah sahaja.
    Abdul Aziz dalam pernyataan tuntutannya berkata beliau adalah bapa kandung Nasha dan mendakwa perkataan fitnah di dalam artikel itu bertajuk “Jangan tanya hal peribadi”, dalam keluaran akhbar bertarikh 24 Okt, 2004 telah menyebabkan perasaan beliau terseksa, memalukan dan mencemarkan maruahnya. Beliau memohon ganti rugi, faedah, kos dan faedah lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah dengan mendakwa artikel itu boleh difahamkan sebagai bermaksud yang beliau sudah meninggal dunia. Nasha, dalam pernyataan pembelaannya menjelaskan bahawa perkataan “bapa” dalam temu bual dengan akhbar itu adalah merujuk kepada bapa saudaranya Abdul Aziz Hathim yang membesarkannya. Tetapi bagi kebanyakan daripada kita melihat kemelut keluarga ini ada nilai-nilai yang menyentuh emosi yang tidak dapat digambarkan...

    08 October 2009

    16 September 2009

    PPP Pendet Punya Penangan

    Provokasi dan tindak balas keterlaluan oleh beberapa kumpulan pelampau di Indonesia terhadap Malaysia memberi ancaman bukan konvensional ke atas wilayah dan kepentingan negara ini. Mereka mempertikaikan berkaitan beberapa perkara seperti tarian pendet yang disiarkan oleh Discovery Channel berpusat di Singapura, lagu Negaraku yang diciplak dari lagu Terang Bulan oleh pencipta negara tersebut serta beberapa isu lain termasuklah penindasan terhadap pekerja mereka di Malaysia. Keadaan itu semakin buruk kerana Indonesia tiada undang-undang pencegahan seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Ini kerana isu seperti pembakaran bendera Malaysia, demonstrasi jalanan dan kewujudan kumpulan jihad yang bersedia berperang dengan ini hanya didokong kumpulan kecil serta tidak melibatkan dasar republik tersebut.

    15 September 2009

    Selipar Jepun


    Seorang perwakilam MIC pada perhimpunan agung parti itu, mencadangkan agar gambar mantan Perdana Menteri Y.A.Berbahagian Tun Dr. Mahathir Mohamad, 'dikalungkan selipar' ekoran teguran mantan PM itu kepada MIC. Tetapi kebanyakan orang pada majlis itu tidak pula mengetahui bentuk selipar itu sama ada selipar jepun atau selipar india. Memang ada rasa marah rakyat terutamanya ahli-ahli keluarga mantan PM kepada perwakilan kerdil itu, sebagai seorang manusia kita perlu menghormati sesiapa sahaja lebih-lebih lagi kepada mantan pemimpin no. satu kita itu.

    14 September 2009

    Awang Itam

    Isu kebanjiran warga asing di negara ini telah lama menimbulkan keresahan rakyat tetapi setakat ini kerajaan gagal menanganinya dengan berkesan sehingga mencetuskan masalah sosial yang serius. Baru-baru ini penduduk di beberapa taman perumahan sekitar Mutiara Magna, Kepong bimbang dengan peningkatan mendadak warga Afrika di kawasan kediaman kos sederhana itu. Penduduk mendakwa mereka kini sudah mampu untuk mendominasikan kemudahan awam di situ. Mereka juga didakwa sudah tidak berasa gentar dengan penduduk tempatan malah sedia untuk bertindak balas jika ditegur apatah lagi dicabar. Pendatang warga Afrika ini sering mengusik anak-anak gadis yang lalu laIang di kawasan tersebut dan ada kalanya turut mencetuskan pergaduhan dengan warga tempatan. Ini menimbulkan rasa tidak selamat di kalangan penduduk dan meminta supaya pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya. Isu ini harus dipandang serius oleh semua pihak kerana ia seakan-akan menampakkan kelemahan di pihak kerajaan dari segi penguatkuasaan dan bagaimana warga Afrika ini dengan ramainya datang ke negara ini?

    18 July 2009

    MANUTD 3 - MSIA 2

    BUKIT JALIL, Kuala Lumpur, Michael Owen menghampakan pasukan Malaysia dengan menjaringkan gol lima minit sebelum wisel penamat untuk membolehkan Manchester United menang 3-2 pada perlawanan persahabatan di Stadium Nasional, Bukit Jalil. Kedudukan sebelum itu terikat 2-2 apabila Amri Yahya menjaringkan gol kedua beliau dan negara pada minit ke-52 hasil kesilapan penjaga gol gantian, Ben Foster. Amri sebelum itu menewaskan penjaga gol utama United, Edwin van der Saar, dengan lambungan dari luar kotak penalti seminit sebelum rehat untuk menjadikan kedudukan 1-2. Wayne Rooney dan Nani meletakkan United selesa di depan menerusi gol pada minit kelapan dan ke-27.

    14 July 2009

    Manek Urai

    Manek Urai yang belum terurai
    Calon Pas Mohd Fauzi mendapat 5348 undi.
    Calon Bn Tuan Aziz mendapat 5283.
    Majoriti 65 undi.

    10 July 2009

    Tragedi Natrah

    1937 24 Mac Natrah dilahirkan di Tjimahi, Jawa, Indonesia dengan nama Bertha Hertogh atau Maria Huberdina Hertogh Disember 1942 Bertha Hertogh diserahkan untuk dipelihara kepada Che Aminah Mohamad.Usia Natrah ketika itu 5 tahun. Ibunya Adeline dan neneknya Nor Louisenya menyerahkan Bertha dan Benny kepada Che Aminah tanpa pengetahuan bapanya Sarjan Adrianus Petrus Hertogh kerana telah ditawan tentera Jepun. Che Aminah Mohamad atau Mak Minah seorang peniaga kain di Jawa yang berasal dari Kemaman , Terengganu . Menurut keterangan Natrah, Che Aminah bukan Babu atau pembantu rumah. Maria Hertogh diberi nama Natrah dan hidup dalam suasana dan pendidikan Islam.
    15 November 1945 Che Aminah membawa Natrah balik ke Kampung Banggol, Kemaman, Terengganu melalui Singapura kerana orang Indonesia ketika itu meluap-luap membenci orang kulit putih yang dianggap bangsa penjajah.
    1945 Bapa Natrah, Sarjan Hertogh dibebaskan selepas Hiroshima dan Nagasaki dibom dengan bom atom oleh Amerika. Dia balik ke Bandung ,Jawa dan mencari anaknya Natrah. Adeline dan Hertogh balik ke Belanda tanpa menemui Natrah. Usaha mencari diteruskan melalui teman-teman dan pegawai kerajaan Inggeris dan Belanda. September 1949 Natrah ditemui oleh Arthur Locke, Penasihat British di Terengganu sewaktu pertunjukan senaman di padang Sekolah Perempuan Melayu Chukai.
    19 Ogos 1949 polis Semarang memberitahu Andrianus, Natrah berada di Kemaman. 12 April 1950 Che Aminah membawa Natrah ke Singapura atas perancangan dan muslihat Sarjan Hertogh.
    22 Mei 1950 Ketua Hakim Mahkamah mengarahkan Natrah diletakkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat, Singapura 24 April 1950 Natrah dihantar ke Girls Homecraft Centre, York Hill,Singapura 28 April Che Aminah membuat rayuan untuk mendapatkan balik hak penjagaan terhadap Natrah melalui peguambela Encik Ahmad Ibrahim daripada syarikat peguam S.C. Goho & Co.
    19 Mei 1950 peguambela Encik Ahmad Ibrahim menghujah di mahkamah bahawa Che Aminah Mohamad berhak menjadi penjaga Natrah. Profesor Dr. Ahmad Ibrahim menjadi protaganis dan antara tokoh yang amat dihormati dalam kes Natrah di Singapura.
    28 Julai 1950 Che Aminah menang kes rayuannya. Natrah dikeluarkan daripada York Hill 1 Ogos 1950 kerana takut peristiwa berulang ,Natrah dikahwinkan dengan Cikgu Mansor Adabi secara nikah gantung di rumah bapa angkat Mansor Adabi iaitu En. M.A.Majid di 139, Seranggoon Road, Singapura. Ketika ini Natrah berusia 13 tahun tetapi susuk tubuhnya besar. Usia Mansor Adabi 22 tahun. Dalam Undang-Undang Syariah Islam ,perempuan umur 13 tahun dibenarkan kahwin sebagaimana isteri Nabi Muhamad , Siti Aisyah.
    2 Disember 1950 Ketua Hakim megeluarkan perintah yang ketiga untuk didengar di mahkamah tentang kesahihan perkahwinan dan hak penjagaan Natrah.Mengikut undang-undang Belanda, seorang anak yang berusia 16 tahun ke bawah, bapanya berhak menentukan kehidupannya. Pendakwa berhujah sama ada Natrah berhak dikahwinkan dan terus menganut agama Islam ataupun tidak. Mahkamah memutuskan, selagi tidak mencapai umur 18 tahun ke atas, hanya penjaga yang berhak ke atasnya. Mahkamah tidak menyebut ibubapa tetapi penjaga. Tiba-tiba daripada isu agama bertukar bertukar kepada isu jagaan. Dalam kes Natrah ini, mahkamah mengakui Natrah secara rela tanpa dipaksa oleh sesiapa hendak meneruskan kehidupan sebagai seorang muslim. Mahkamah mengatakan pula, siapa yang boleh menafikan hak Natrah daripada didedahkan kepada agama Kristian ? Bapanya lebih berhak ke atasnya.
    12 Disember 1950 Hakim menjatuhi hukuman - Natrah mesti dikembalikan kepada ibu bapa kandungnya di Belanda.Bapanya diberi hak dalam menentukan agama anaknya. Natrah telah dihantar pulang ke Belanda, dan seterusnya dipaksa menjadi Kristian.
    12 Disember 1950 Rusuhan Natrah berlaku kerana masyarakat Islam di Singapura dan Tanah Melayu kecewa Natrah akan dimurtadkan.
    13 Disember 1950 Natrah dan ibu kandungnya meninggalkan Lapangan Terbang Kallang , Singapura menuju Belanda dengan kapal terbang KLM. Ada protes orang Islam di Karachi , Pakistan yang bersimpati dengan Natrah.
    15 Disember 1950 Natrah sampai di Lapangan Terbang Sciphol, Amsterdam, Belanda; disambut oleh lebih 4000 orang Kristian Belanda beserta sorakan selamat datang dan sepanduk 'Welcome Back Bertha'. Mereka dari 'Bertha Hertogh Comittee' yang dibentuk oleh bapanya , Sarjan Hertogh. Di rumahnya di Bergen Op Zoom, kehidupan Natrah sentiasa dikawal ketat oleh polis Belanda. Dia pernah bertanya tentang 'Di mana masjid di Bergen Op Zoom ?'. Natrah minta sejadah, bertanyakan khiblat dan tak lupa sembahyang 5 kali sehari . Ingatannya kepada Mansor Adabi tidak pernah padam terhadap suaminya itu.
    Januari 1952 Mansor Adabi menerima surat daripada seorang pemuda Belanda bernama JC Vermeulen tentang kehidupan Natrah. JC Vermeulen adalah pedagang import-eksport Belanda. 9 Januari 1951 Surat 1 daripada Mansor Adabi kepada Natrah dalam tulisan Jawi, berbahasa Melayu.
    10 Januari 1951 Surat 2 daripada Mansor Adabi kpada Natrah, antaranya menceritakan nasib Karim Ghani yang masih ditahan.
    17 September 1951 Surat daripada Mansor Adabi kepada Natrah.
    Mac 1953 Surat pertama daripada Natrah kepada Mansor Adabi dalam tulisan rumi berbahasa Melayu-Indonesia. Dia telah menjadi Kristian Katholik dan minta Mansor Adabi jangan menulis kepadanya lagi. Natrah menggunakan nama asalnya 'Bertha Hertogh.
    25 Januari 1953 Surat Mansor Adabi kepada Natrah.
    20 Julai 1953 Surat Natrah kepada JC Vermeulen disampaikan kepada Mansor Adabi. 1954 Mansor Adabi berpatah arang dan berkahwin dengan anak muridnya Zaiton Jahuri.Mansor Adabi menghantar kad undang perkahwinan kepada JC Vermeulen. Natrah yang mengetahui hal itu sangat kecewa. Kekecewaan itu dicurahkan kepada temannya Johannes Gerrit Vermeulen. Antara murid Mansor Adabi ialah Datuk Abdul Aziz Abdul Rahman, bekas pengarah MAS.
    26 Januari 1956 Telegram daripada JC Vermeulen kepada Mansor Adabi menyatakan Natrah ingin kembali bersama Mansor Adabi di Malaysia.
    20 April 1956 Natrah berkahwin dengan Johan Gerardus Wolkenfelt, seorang askar ketika Natrah berumur 18 tahun. Umur Wolkenfelt 21 tahun. Wolkenfelt berhenti menjadi askar dan menjadi tukang kayu.
    15 Februari 1957 Natrah bersalin anak lelaki pertama. Natrah mendapat 10 orang anak. Nama anaknya Silvija, Carolien, Frans, Marlies, Theo, Huub, Rinie, Marjoline , Hands dan Paul.
    20 Januari 1959 Surat daripada Mansor Adabi kepada Natrah menceritakan dia sudah berkeluarga.
    3 Februari 1959 Surat Natrah kepada Mansor Adabi. Semua surat-surat Mansor Adabi tersimpan dalam fail 'Personal - Mansor Adabi' di Arkib Perbandaran Bergen op Zoom, Belanda. 25 November 1975 Televisyen Belanda NRVC meriwayatkan kembali kisah hidup Natrah dalam filem dokumentari The Time Just Stool Still selama 20 minit. Natrah, Wolkenfelt dan Mansor Adabi turut dijemput diwawancara dalam dokumentari itu. Ketika itu Natrah telah mempunyai 10 orang anak. Sedangkan Mansor Adabi sebagai seorang guru danpeguam , hidup mewah.
    16 Ogos 1976 Natrah didakwa di mahkamah atas tuduhan cuba membunuh suaminya JG Wolkenfelt . Dia dibebaskan atas simpati hakim terhadap latar belakang hidupnya. Natrah dan Wolkenfelt bercerai. Mulanya dia merancang bubuh racun berwarna biru - tak berjaya. Kemudian dia berpakat dengan temannya Tom Ballermans dan Adrie Jansen dan membeli sepucuk pistol revolver. Anaknya Corie menyedari rancangan bunuh itu, dilapor kepada polis dan Natrah ditangkap.
    26 Disember 1976 Natrah dilaporkan sakit jiwa oleh Utusan Malaysia. Tetapi hal ini dinafikan oleh anak-anak Natrah.
    1976 Che Aminah meninggal dunia di Chukai, Terengganu ketika berusia 70an
    Disember 1979 Natrah berkahwin dengan Tom Ballermans - lelaki yang selalu datang ke Cafe Natrah dan yang dikatakan bersepakat dengan Natrah untuk membunuh suaminya JG Wolkenfelt. Tom membeli rumah di Ossendrecht , Belanda kira-kira 12 km dari Bergen Op Zoom, Belanda.
    1983 Natrah bercerai dengan Tom Ballermans
    1984 Natrah masuk hospital kerana sakit jantung. Tubuhnya semakin gemuk secara mendadak. 15 September 1984 Natrah meninggalkan Belanda ke Amerika Syarikat mencari kehidupan baru bersama Ben Pichel dan hidup tanpa kahwin hingga ...? Ben Pichel ialah seorang lelaki Indonesia berasal dari Jakarta dan bekerja di pasar-pasar malam di Belanda dahulu. Ben kemudian mendapat taraf warganegara Amerika Syarikat. Natrah kini tinggal di Nevada, tengah Amerika Syarkat dan meninggalkan anak-anaknya di Belanda. Dia pernah bekerja sebagai tukang masak dan pengemas bilik hotel dan motel. Kemudian dia bekerja sebagai pencuci rumah dan bangunan. Natrah hidup dalam keadaan tersiksa jiwa dan raga, kehilangan orang-orang yang disayangi. Kisah ini diabadikan dalam buku 'Tragedi Natrah' dan 'Maria Hertogh riots' di Singapura dan perpustakaan utama di Belanda. Pada 8 Julai lalu Natrah menghembuskan nafasnya yang terakhir di Belanda, tentu ramai yang setuju jika saya katakan bahawa sepanjang hidup Natrah ini yang melalui pelbagai tregedi pastinya beliau amat-amat tertekan sekali.

    08 July 2009

    Selamat Tinggal MJ


    Harimau Mati Meninggalkan Belang
    Manusia Mati Meninggalkan Nama

    10 June 2009

    Darah Islam lagi


    SUNGAI GOLOK (Selatan Thai) 9 Jun – Kejam dan tidak berperikemanusiaan!Mungkin itu yang dapat digambarkan tentang pembunuhan 11 jemaah ketika solat isyak di Masjid Al-Furqan di Kampung Air Tempayan, 50 kilometer dari bandar ini kira-kira pukul 8.50 malam tadi (waktu Malaysia). Setelah melepaskan tembakan dari dua pintu masuk masjid, enam penyerang itu dikatakan masih tidak berpuas hati dan masuk ke dalam masjid sebelum melepaskan beberapa das lagi tembakan bagi memastikan jemaah terbabit benar-benar mati. Tragedi terbaru yang menjadikan masjid sebagai sasaran, berlaku pada hari yang sama Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva melawat Malaysia dan memperbaharui komitmen untuk mengakhiri konflik yang berlarutan sejak 2004 di wilayah bergolak itu.

    02 June 2009

    Stadium Sultan Mizan Runtuh


    KUALA TERENGGANU 2 Jun – Stadium Sultan Mizan di Gong Badak runtuh pagi ini menyebabkan kira-kira 70 peratus daripada strukturnya musnah. Bagaimanapun sehingga kini tiada laporan mengenai kemalangan jiwa diterima dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 8 pagi tadi. Tiada kemalangan jiwa berlaku.

    29 May 2009

    Pelajar Buang Bayi

    Petikan dari Berita Harian
    KUANTAN: Seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat sebuah sekolah menengah agama di sini ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes membuang bayi di halaman sebuah rumah sewa di Taman Balok Makmur, selama. Pelajar terbabit yang berusia 16 tahun itu ditahan selepas menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di sini, kira-kira jam 11 pagi, semalam. Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff, mengesahkan penahanan itu.
    Beliau berkata, pelajar yang tinggal di Balok itu dibawa sendiri ibunya ke IPD di sini dan mengakui perbuatannya membuang mayat bayi berkenaan. "Dia kini ditahan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran. "Pelajar terbabit dihantar untuk menjalani pemeriksaan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA)," katanya di sini, semalam.
    Katanya, pelajar terbabit mengadu dia dirogol oleh seorang kenalannya sehingga menyebabkannya mengandung. Semalam, seorang pekerja kilang, Suhaimi Ibrahim dan rakannya, Mohd Hafiz Ismail, menemui mayat bayi lelaki yang baru dilahirkan dan masih bertali pusat yang dibungkus dengan selendang putih di perkarangan rumah sewanya di Taman Balok Makmur, kira-kira jam 7.30 pagi. Turut ditemui bersama mayat bayi itu ialah sekeping nota bertulis "tolong kebumikan... terima kasih, saya sayang dia tapi tak berupaya untuk lakukan pengebumian..terima kasih...saya menghargai pertolongan anda".

    28 May 2009

    Jutawan - Mana Bumiputera?

    Tan Sri Robert Kuok, peneraju Kumpulan Kuok, kekal sebagai rakyat Malaysia terkaya dengan nilai bersih AS$9 bilion, turun daripada AS$10 bilion setahun lalu. Ahli perniagaan, Tan Sri Ananda Krishnan, menduduki tempat kedua dengan nilai bersih AS$7 bilion, turun daripada AS$7.2 bilion pada tahun lalu. Beliau juga mengekalkan ranking yang sama setiap tahun sejak 2006. Secara bersama, Kouk dan Ananda mencatatkan 44 peratus daripada kekayaan teratas 40 rakyat Malaysia terkaya. Mereka juga manusia terkaya di Asia Tenggara. Rakyat Malaysia ketiga terkaya ialah Tan Sri Lee Shin Cheng, Ketua Kumpulan IOI, salah satu peneraju pengendali ladang kelapa sawit terbesar dunia. Beliau bernilai AS$3.2 bilion, turun daripada AS$5.5 bilion pada tahun lalu tetapi mengekalkan kedudukannya di tempat ketiga.

    tulah celupar


    MUFC 0 - 2 Barca

    27 May 2009

    Usah Benar Komunis Pulang

    Rakyat negara ini harus membaca sejarah terutamanya pemimpin politik yang berpandangan sempit yang agak 'rajin' dan lantang membicarakan serta mengagumi perjuangan idealogi komunis sejak akhir-akhir ini. Kekejaman Bintang Tiga pada zaman dua fasa darurat dahulu - dari 1948 hingga 1960 dan 1968 hingga 1984, sudah cukup terlalu kejam untuk diimbau kembali dan akan memeritkan untuk diingati terutamanya generasi muda pada hari ini walaupun kebanyakan mereka hanya tahu kekejamaan dan kedurjanaan komunis ataupun Bintang Tiga itu melalui cerita nenek moyang mereka,
    Parti politik ataupun individu tertentu wajar menghentikan sandiwara ataupun nostalgia untuk membawa pulang Chin Peng ke negara ini, dalilnya cukup mudah kerana bekas Setiausaha Parti Komunis Malaya (PKM) itu adalah musuh negara dan bertanggungjawab keatas kematian kira-kira 50,000 ribu askar Melayu dan juga pasukan keselamatan sepanjang tempoh komunis menganggu-gugat keamanaan tanah air tercinta ini. Tindakan segelintir rakyat dan pemimpin ini untuk cuba mengapi-apikan dan cuba menjadi juara dalam publisiti murahan bagi membenarkan penjenayah ini pulang ke Malaysia adalah dilihat sebagai kurang bijak kerana tidak menyelami perasaan wira-wira negara yang terkorban dalam mempertahankan negara ini disamping keluarga mereka. Pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) itu harus dilihat sebagai pengganas yang tidak ubah seperti Hitler dan juga bekas pemimpin Serbia, Radovan Karadzic yang terlibat pembunuhan beramai-ramai rakyat Muslim Bosnia ketika perang 1992-95. Pemimpin negara dan juga rakyat merdeka tanah air ini harus waspada dengan taktik serba halus yang disemai oleh golongan yang mempunyai agenda tersembunyi ini kerana sejarah tidak akan berbohong kepada generasi akan datang dan juga harus diingat bahawa sejarah pasti akan berulang dalam bentuk yang sama cuma masa dan latarbelakang saja yang sedikit berbeza.

    23 May 2009

    Mengujakan

    Tak boleh nak cakap apa ia satu keputusan yang amat sakit dan mengujakan, yang sesuatu amat-amat ditakuti oleh semua bak menusuk kalbu, umpama semilu menghiris, bagai hati ditoreh bagai jiwa dibaji, sekurang-kurangnya peluang diberi ini tidak, terasa timbul pula perasan marah benci dan syak kepada dua pihak yang tidak berlaku seadilnya umpama kata Hamka perkara 'ADIL itu terletak pada tempatnya' tapi zaman globalisasi ini kemungkinan serba berlaku, merit yang dikejar persaingan semakin memuncak yang kurang 'nasib' semakin terpinggir, namun apapun perjuangan perlu diteruskan. Dunia milik semua purbawara harus dirungkai, kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagonya, kalau tidak berubah kita pasti akan dirubah, berubah dalam makna yang subjektif sama ada secara revolusi, evolusi ataupun difusi.

    22 May 2009

    22 Mei

    Berdebar-debar

    16 May 2009

    Selamat Hari Guru

    Hari ini 16 Mei 2009, sudah disambut sebanyak 38 kali oleh masyarakat Malaysia khasnya kaum warga pendidik. Tarikh 16 Mei dipilih bagi perayaan tersebut kerana memperingati tarikh penguatkuasaan Penyata Razak, iaitu Dasar Pendidikan Negara yang dilaksanakan bagi Persekutuan Tanah Melayu, yang berhasrat menyatukan pendidikan di sekolah bagi semua kaum di negara ini, yang berteraskan perpaduan kaum melalui bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar kebangsaan. Sambutan Hari Guru diadakan di peringkat negara, negeri, daerah dan sekolah. Saya masih teringat sewaktu berpeluang menjadi pendidik beberapa tahun dahulu murid-murid pada ketika itu walaupun berada di kawasan pedalaman dan agak daif namun mereka masih menghargai dan mengenang jasa serta bakti guru mereka dengan mengucapkan ungkapan 'Selamat Hari Guru' dan tidak kurang juga anak murid yang menghadiahkan kad-kad lukisan tangan mereka sendiri dan sejambak jambangan bunga yang digubah khas untuk guru mereka. Tugas guru ini amat penting, murni dan suci ibarat lilin membakar diri menerangi orang lain, tanyalah pada DS Najib, Barrack Hussein Obama atau David Beckham, suatu wak tu dahulu dizaman pembelajaran mereka, siapa yang mengajar mereka sehingga boleh menjadikan diri mereka seadanya pada hari ini?. Tema sambutan hari guru pada tahun ini ialah "Guru Pembena Negara Bangsa". Kita tunggu dan lihat sentuhan dari Menteri Pelajaran yang baru Y.A.B.Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Timbalan Perdana Menteri dalam merencana dan mengangkasakan profesyen perguruan ini.

    15 May 2009

    Yang Pertama

    Kementerian Kesihatan hari ini mengesahkan kes pertama selesema babi di negara ini. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican berkata, pesakit pertama di Malaysia merupakan seorang pelajar lelaki berumur 21 tahun yang baru pulang dari Amerika Syarikat (AS) pada 13 Mei lalu. Beliau berkata, pesakit tersebut mengalami demam, sakit tekak, sakit badan pada semalam dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh pada hari yang sama. ``Beliau telah diberi rawatan antiviral dan berada dalam keadaan stabil,'' katanya dalam kenyataan di laman web rasmi Kementerian Kesihatan. Kita berharaplah semoga virus itu tidak menular dengan cepatnya dan berharap semoga warga Kementerian Kesihatan mahupun masyarakat mengembeling daya dan usaha membenteras virus dari merebak di negara ini, khabarnya tahap penularan H1N1 itu sudah ditahap ke Lima, ini bererti penularannya melalui dari manusia ke manusia dan juga Kementerian Kesihatan mengesahkan tiada vaksin untuk virus selesma tersebut.

    10 May 2009

    Selamat Hari Ibu

    Firman Allah bermaksud: Dan kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada kedua orang tuanya; ibunya mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah dan menyusunya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua orang tuamu. Hanya kepada-Ku tempat kembalimu. Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan dengan Aku sesuatu yang tidak ada pengetahuannya mengenai itu, maka janganlah kamu mentaati keduanya dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik dan ikutilah jalan orang yang kembali kepada-Ku, kemudian hanya kepada-Kulah kembalimu, maka Ku beritahukan kepadamu apa yang kamu kerjakan. (Luqman: 14-15)

    07 May 2009

    Di Sini Bukan di Taiwan


    Gambar BH
    Dari pakaian para pemimpin-pemimpin politik di atas ia memungkinkan kebarangkalian yang besar kekecohan berlaku pada 7 Mei 2009, tersebut adalah bukan berlaku di Taiwan ataupun di Korea Selatan, ia berlaku di Tanah Air kita akibat dua kapal yang berbeza haluan. Kalaulah zaman ini pahlawan Perak seperti Dato Maharaja Lela, Dato Sagor masih hidup pasti akan marah dan kecewa dengan tindak tanduk beberapa pemimpin yang dikuasai oleh nafsu amarah, tamak dan haloba.

    06 May 2009

    Go MUFC



    MUFC 3 - Arsenal 1

    Hah! ini baru betul

    KOTA KINABALU 5 Mei - Cuaca panas terik tidak menghalang Datuk Seri Najib Tun Razak meninjau beberapa pasar dan kawasan tumpuan orang ramai di sepanjang Jalan Tun Fuad Stephen di sini. Ditemani isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, Perdana Menteri memulakan lawatan ke Pasar Kraf tangan, sebelum diteruskan di Pasar Sayur, Pasar Buah-buahan, Pasar Besar Kota Kinabalu dan Tebingan Segama. Mengiringi beliau ialah Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman. Sepanjang lawatan selama 40 minit itu, Perdana Menteri tidak melepaskan peluang beramah mesra dengan peniaga dan orang ramai yang membanjiri kawasan tersebut. Kesempatan itu juga digunakan oleh Perdana Menteri untuk merasa keenakan buah-buahan tempatan seperti mangga dan nangka, sebelum menghilangkan dahaga di gerai air kelapa muda di pasar sayur berkenaan. Beliau menamatkan tinjauan sejauh hampir satu kilometer itu dengan berhenti minum petang di pekarangan Hotel Hyatt sebelum bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu untuk berlepas balik ke Kuala Lumpur.

    02 May 2009

    Kaamatan 2009

    Pesta Menuai ataupun dalam bahasa Dusun Pesta Kaamatan merupakan perayaan tahunan di Sabah yang di sambut pelancarannya pada 1 Mei dan berakhir pada 31 Mei adalah tidak seharusnya dilihat semata-mata sebagai medan memperkukuhkan semangat perpaduan dan mengangkat warisan budaya, sebaliknya ia juga harus dijadikan wadah memperkasakan dan meningkatkan daya saing sektor pertanian dan industri asas tani, demikian menurut Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman. Perayaan simbolik itu khususnya di kalangan masyarakat Kadazandusun dan Murut bagi meraikan kejayaan para petani memperoleh hasil pertanian, juga merupakan manifestasi kepentingan sektor pertanian sebagai satu daripada sektor terpenting yang mampu menjana pertumbuhan ekonomi."Sambutan perayaan seperti ini juga jelas membuktikan kerajaan sentiasa prihatin akan keperluan, kehendak dan aspirasi rakyat negeri ini. Dalam pada itu haarapan kepada semua etnik di Sabah seharusnya bersama sama untuk mengeratkan lagi perpaduan demi kestabilan negeri itu. Tapi tahun ini nampak gayanya tak merasalah bersama dengan rakan-rakan merayakan pesta ini.

    16 April 2009

    Yang Kebal, Yang Tebal

    Pada 21 Mac lalu, Mohamad Fairus Khairuddin meletakkan jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang I dan exco negeri sebagai pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Pembangunan Koperasi, Penerangan dan Perhubungan Masyarakat, berkuatkuasa 8 April lalu.

    Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lanjan, Elizabeth Wong tiba di pejabatnya jam 9.30 pagi tadi bagi memulakan tugas sebagai Exco Selangor selepas bercuti selama dua bulan, beliau bersetuju menerima tawaran kerajaan negeri supaya kekal sebagai Exco serta tidak perlu mengosongkan kerusi Adunnya. Kedudukan Elizabeth menjadi tanda tanya berikutan terbabit dengan isu gambar separuh bogelnya yang disebarkan, baru-baru ini.

    12 April 2009

    Keputusan ABPBH 2008

    Bintang Paling Popular - Nabil
    Pelakon Filem Lelaki Popular - Que Haidar
    Pelakon Filem Wanita Popular - Maya Karin
    Penyanyi Lelaki Popular - Mawi
    Penyanyi Wanita Popular - Datuk Siti Nurhaliza
    Pelakon TV Lelaki Popular - Rosyam Nor
    Pelakon TV Wanita Popular - Dynas
    Penyanyi Berkumpulan/Duo Popular - Meet Uncle Hussain
    Artis Nasyid Popular - Rabbani
    Artis Komedi Lelaki Popular - Nabil
    Artis Komedi Wanita Popular - Norkhiriah
    Artis Baru Lelaki Popular - Nabil
    Artis Baru Wanita Popular - Stacy
    Pengacara TV Lelaki Popular - Aznil Nawawi
    Pengacara TV Wanita Popular - Fara Fauzana
    Penyampai Radio Lelaki Popular - Faizal Ismail
    Penyampai Radio Wanita Popular - Fara Fauzana
    Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat - Jamal Abdillah

    09 April 2009

    Kabinet Najib

    Senarai penuh barisan Kabinet baru, pada 09/04/2009 4:23pm

    PERDANA MENTERI : Datuk Seri Najib Tun Razak
    TIMBALAN PERDANA MENTERI: Tan Sri Muhyiddin Yassin
    JABATAN PERDANA MENTERI:
    Menteri:

    1. Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (Hal Ehwal Perpaduan & Pengurusan Prestasi)
    2. Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Hal Ehwal Perundangan dan Parlimen)
    3. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (Unit Perancang Ekonomi)
    4. Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom (Hal Ehwal Agama Islam)
    Timbalan Menteri:
    1. Datuk Liew Vui Keong
    2. Datuk Dr. Mashitah Ibrahim
    3. Datuk S.K. Devamany
    4. Ahmad Maslan
    5. T. Murugiah
    KEMENTERIAN KEWANGAN:
    Menteri: Datuk Seri Najib Tun Razak
    Menteri II: Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah
    Timbalan Menteri:
    1. Datuk Chor Chee Heung
    2. Datuk Dr. Awang Adek Hussin
    KEMENTERIAN PELAJARAN:
    Menteri: Tan Sri Muhyiddin Yassin
    Timbalan Menteri:
    1. Datuk Dr Wee Ka Siong
    2. Dr. Mohd Puad Zarkashi
    KEMENTERIAN PENGANGKUTAN:
    Menteri: Datuk Ong Tee Keat
    Timbalan Menteri:
    1. Datuk Abdul Rahim Bakri
    2. Datuk Robert Lau Hoi Chew
    KEMENTERIAN PERUSAHAAN, PERLADANGAN DAN KOMODITI:
    Menteri: Tan Sri Bernard Dompok
    Timbalan Menteri: Datuk Hamzah Zainudin
    KEMENTERIAN DALAM NEGERI:
    Menteri: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
    Timbalan Menteri:
    1. Datuk Wira Abu Seman Yusop
    2. Jelaing anak Mersat
    KEMENTERIAN PENERANGAN, KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN:
    Menteri: Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim
    Timbalan Menteri:
    1. Datuk Joseph Salang Gandum
    2. Senator Heng Seai Kie
    KEMENTERIAN TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR:
    Menteri: Datuk Peter Chin Fah Kui
    Timbalan Menteri: Noriah Kasnon
    KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH:
    Menteri: Datuk Seri Shafie Apdal
    Timbalan Menteri:
    1. Datuk Hassan Malek
    2. Datuk Joseph Entulu anak Belaun
    KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI:
    Menteri: Datuk Seri Mohd Khaled Nordin
    Timbalan Menteri:
    1. Datuk Dr. Hou Kok Chung
    2. Datuk Saifuddin Abdullah
    KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI:
    Menteri: Datuk Mustapa Mohamed
    Timbalan Menteri:
    1. Datuk Mukhriz Mahathir
    2. Datuk Jacob Dungau Sagan
    KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INNOVASI:
    Menteri:
    Datuk Dr. Maximus Ongkili
    Timbalan Menteri: Fadillah Yusof
    KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR:
    Menteri: Datuk Douglas Uggah Embas
    Timbalan Menteri: Tan Sri Joseph Kurup
    KEMENTERIAN PELANCONGAN:
    Menteri
    : Datuk Ng Yen Yen
    Timbalan Menteri: Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib
    KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI:
    Menteri:
    Datuk Noh Omar
    Timbalan Menteri:
    1. Datuk Johari Baharum
    2. Datuk Rohani Abdul Karim
    KEMENTERIAN PERTAHANAN:
    Menteri:
    Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
    Timbalan Menteri: Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad
    KEMENTERIAN KERJA RAYA:
    Menteri: Datuk Shaziman Abu Mansor
    Timbalan Menteri: Datuk Yong Khoon Seng
    KEMENTERIAN KESIHATAN:
    Menteri: Datuk Liow Tiong Lai
    Timbalan Menteri: Datuk Rosnah Rashid Shirlin
    KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN:
    Menteri:
    Datuk Ahmad Shabery Cheek
    Timbalan Menteri:
    1. Datuk Razali Ibrahim
    2. Wee Jeck Seng
    KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA:
    Menteri: Datuk Dr S.Subramaniam
    Timbalan: Datuk Maznah Mazlan
    KEMENTEIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA:
    Menteri:
    Datuk Ismail Sabri Yaakob
    Timbalan Menteri: Datuk Tan Lian Hoe
    KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN:
    Menteri: Datuk Kong Cho Ha
    Timbalan Menteri: Datuk Lajim Ukin
    KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT:
    Menteri: Datuk Seri Sharizat Jalil
    Timbalan Menteri: Datin Paduka Chew Mei Fun
    KEMENTERIAN LUAR:
    Menteri:
    Datuk Anifah Aman
    Timbalan Menteri:
    1. A. Kohilan Pillay
    2. Datuk Lee Chee Leong
    KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN:
    Menteri: Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
    Timbalan Menteri: Datuk M. Saravanan

    08 April 2009

    BN 1 - PKR 2

    Arsenal ............... 1 - 1 ............. Villareal
    Adebayor 65' ......................... Senna 9'
    B.Nasional .......... 1 - 2 ............... P.Rakyat
    Malcolm 1854(m) .................. Nizar 21860(m)
    ........................................ S.Manikumar 2403(m)
    M.United ............ 2 - 2 ............... Porto
    Rooney 18' ............................... Rodriguez 4'
    Tevez 85' ................................. M. Gonzalez 89'

    17 March 2009

    Limbang Milik Kita

    BANDAR SERI BENGAWAN 16 Mac – Brunei Darussalam hari ini secara rasmi menggugurkan tuntutan ke atas Limbang di Sarawak selepas Sultan Hassanal Bolkiah dan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menandatangani Surat Pertukaran bagi menyelesaikan isu sempadan dan tuntutan bertindih. Berita menggembirakan itu dinyatakan oleh Abdullah kepada pemberita Malaysia selepas upacara tersebut yang ditanda tangani pada kira-kira pukul 12.05 tengah hari di Istana Nurul Iman di sini. Peristiwa bersejarah itu turut disaksikan oleh Tuanku Mahkota Brunei, Al-Muhtadee Billah; Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim dan rakan sejawatnya, Putera Mohamed Bolkiah; Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman. Apa yang lebih menggembirakan lagi ialah isu-isu sempadan dan perkara-perkara pokok yang berlarutan begitu lama sejak 1995 telah dapat diselesaikan,” kata Perdana Menteri kepada pemberita Malaysia di pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia di sini. Isu Limbang selama ini meletakkan kedua-dua negara dalam keadaan dilema kerana wilayah itu agak unik kerana memisahkan dua kawasan daratan di Brunei. Selain masalah persempadanan darat di Limbang, penemuan sumber baru minyak di kawasan seluas 150 kilometer oleh Petronas turut mencetuskan masalah persempadanan maritim kedua-dua negara berjiran itu. Isu mengenai tuntutan ke atas Limbang, yang kedudukannya diapit oleh daerah Brunei-Muara dan Temburong (ke arah Sabah) timbul setiap kali masalah persempadanan Malaysia-Brunei dibangkitkan sejak pembentukan Malaysia pada 1963. Daerah itu, yang mempunyai keluasan 3,978 kilometer persegi, didiami penduduk etnik Melayu, Lun Bawang, Cina, Kedayan, Iban, Bisaya, Kelabit, Tagal dan Penan. Ia menjadi sebahagian Sarawak ketika pemerintahan James Brooke pada 1890. Apabila Sarawak mencapai kemerdekaan dan menganggotai Malaysia pada 1963, Limbang kekal sebagai satu daripada daerahnya.

    15 March 2009

    Tahniah Datuk

    DATUK Lee Chong Wei akhirnya menamatkan badi kekalahannya kepada Lin Dan apabila menewaskan pemain China itu 21-16, 21-16 untuk menjuarai Terbuka Switzerland, semalam. Kejayaan manis pemain nombor satu dunia itu bukan sahaja berjaya menebus kekalahannya kepada pemain nombor dua dunia itu pada perlawanan akhir Sukan Olimpik Beijing 2008 malah Terbuka China 2008 dan Seluruh England 2009 minggu lalu. Kalau ahli-ahli sukan kita seperti datuk ni alangkah baiknya dan mungkin lebih banyak kejohanan yang akan dirangkul diperingkat antara bangsa kelak, apapun tahniah kepada beliau yang sekali gus merapatkan jurang permainan dengan acai seorang ini dengan pencapaian 4 - 11 yang masih memihak kepada Lin Dan.

    20A


    KOTA BHARU: Anak pasangan nelayan dan tukang sapu, Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal, membuktikan kemiskinan bukan halangan untuk berjaya dalam pelajaran apabila meraih pencapaian cemerlang 20A termasuk 1A2, dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008 yang diumumkan semalam. Nik Nur Madihah, 18, turut mencipta rekod sebagai pelajar terbaik Maahad Muhammadi (Perempuan) di sini, apabila mendapat A1 bagi Bahasa Melayu; Bahasa Inggeris; Pendidikan Islam; Sejarah, Matematik; Sains; Kesusasteraan Melayu; Geografi; Bahasa Arab Tinggi; Matematik Tambahan; Perdagangan; Prinsip Perakaunan; Ekonomi Asas; Fizik; Kimia dan Tasawwur Islam.
    Beliau turut mendapat A1 dalam Pendidikan al-Quran dan As-Sunnah; Pendidikan Syariah Islamiah dan English for Science dan Technology. Satu-satunya mata pelajaran yang beliau mendapat A2 ialah Biologi. Nik Nur Madihah berkata, kejayaan cemerlangnya itu adalah hadiah kepada ibu bapanya, Nik Mohd Kamal Husin, 42, dan Mariani Omar, 40, yang sentiasa memberi penekanan terhadap kepentingan menuntut ilmu dalam usaha merubah kehidupan dan kemiskinan keluarga. "Keluarga saya miskin, bapa hanya nelayan, ibu pula tukang sapu di Universiti Malaysia Kelantan (UMK), namun mereka adalah kebanggaan saya kerana sentiasa memberi dorongan untuk mencipta kejayaan.
    "Guru-guru di Maahad Muhammadi juga banyak membantu kerana mereka sentiasa memberi perhatian dan sedia memberi tunjuk ajar pada bila-bila masa kerana saya mengambil 20 mata pelajaran dalam SPM dengan sasaran awal mahu memperoleh 18A. "Saya mengulang kaji awal pagi setiap hari selepas bersolat tahajud dan membaca al-Quran yang menjadi amalan sejak di sekolah rendah lagi. Berikutan tidak mampu mengikuti kelas tambahan di luar kerana mahal, saya beri tumpuan sepenuhnya ketika dalam kelas," katanya. Anak jati perkampungan nelayan, Kampung Parang Puting dekat Pantai Sabak itu, ditemui selepas menerima keputusan peperiksaan yang disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah negeri, Mohd Amar Nik Abdullah, di sekolah terbabit, semalam. Hadir sama Pengetua Maahad Muhammadi (P), Zainah Abdullah dan Pelajar Terbaik SPM 2006 dari sekolah itu, Siti Fatimah Mokhtar, yang mendapat 18A termasuk 1A2.
    Nik Nur Madihah berkata, peluang mengikuti Seminar Skor SPM anjuran Berita Harian tahun lalu, banyak membantunya menghadapi peperiksaan selepas mendapat pendedahan kaedah terbaik menjawab soalan. Beliau yang bercita-cita melanjutkan pengajian dalam bidang Fizik di Asia Barat. berkata, keputusan dicapainya itu membuktikan kejayaan dalam pelajaran mampu dimiliki sesiapa saja yang mempunyai keazaman dan bukannya bergantung kepada latar belakang keluarga saja. Kecemerlangan Nik Nur Madihah bermula sejak di sekolah rendah lagi apabila mendapat 5A bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan 9A bagi Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada 2006.. Sementara itu, Mariani berkata, sebagai ibu, beliau dan suaminya sentiasa mendoakan kejayaan untuk empat anak mereka dan menanam kesedaran terhadap kepentingan ilmu demi mengubah masa depan. "Saya dan suami hanya berpendapatan antara RM500 dan RM600 sebulan dan memastikan anak tidak tercicir dalam persekolahan, kami terpaksa berjimat cermat membiayai persekolahan mereka," katanya.