13 October 2007

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1428H,
maaf zahir dan batin.
seperti raya yang sudah2 tak dapat balik kampung
memerap kat sini lah kau labu.

12 October 2007

Al-Kiswah


Kebanggaan Negara


esok raya

Umat Islam di negara ini akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada hari Sabtu, demikian diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah malam ini. Pengumuman itu disiarkan menerusi Radio dan Televisyen Malaysia (RTM). Tarikh Hari Raya Aidilfitri ditetapkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja berdasarkan rukyah dan hisab menerusi 28 tempat pencerapan di seluruh negara.

08 October 2007

5 Years


HAPPY
BIRTHDAY
TO
DANISH
5 YEAR

05 October 2007

senilah gambar ni...sape yaa...avasi montok dziau.

Manusia Biasa!

Percanggahan pendapat itu memang biasa kepada umat manusia tetapi janganlah teguran itu merendahkan martabat seseorang, biarlah adil dan saksama. Tetapi kelamahan yang ketara pada manusia hari ini ialah ia selalu berfikiran bahawa dia saja yang BETUL. CIS...berani sungguh.
Kata Hamka, "konsep adil ialah tepat pada fungsinya"

04 October 2007

Rasa Sayang Lagu Melayu Nusantara

The Jakarta Post melaporkan mengenai gesaan seorang Ahli Parlimen Indonesia yang mahu kerajaan negaranya menyaman Malaysia kerana menggunakan lagu tradisional Rasa Sayang untuk kempen 'Truly Asia' sempena Tahun Melawat Malaysia 2007 (TMM07). Lagu Rasa Sayang adalah lagu tradisi Melayu Nusantara dan sebagai negara serumpun yang memiliki banyak ciri persamaan, dakwaan itu tidak sepatutnya timbul. Dakwaan itu mungkin diutarakan oleh pihak yang tidak berpuas hati dengan pelbagai perkara yang berlaku terhadap rakyat Indonesia di negara ini dengan mencari isu yang boleh mencetus konflik antara kedua-dua negara. Jika mereka mahu saman, kita tunggu dan lihat... tapi mengapa mereka nak ambil tindakan undang-undang sedangkan kita negara serumpun yang sangat rapat dan banyak berkongsi persamaan, termasuk lagu Rasa Sayang. Laporan kelmarin memetik Ahli Parlimen dari Parti Amanah Nasional, Hakam Naja yang mahu kerajaan Indonesia menyelidiki asal usul lagu Rasa Sayang dipercayai berasal dari Maluku, Indonesia sebelum menyaman Malaysia kerana menggunakan lagu itu untuk tujuan komersial. Hakam juga menuduh Malaysia mengakui dan menjadikan kraf tangan tradisional Indonesia seperti batik dan wayang kulit sebagai miliknya. Indonesia tiada hak mendakwa lagu Rasa Sayang sebagai milik mereka kerana lagu itu adalah milik Nusantara. Lagu Rasa Sayang dan lagu seperti Jauh Di Mata, Burung Pungguk dan Terang Bulan adalah lagu Nusantara dan tiada pihak yang boleh mendakwa ia milik mereka. Siapa penciptanya dan sila tunjuk bukti.

01 October 2007

Wanita dan Piala

Jerman 2-Brazil 0
SHANGHAI, China - Jerman muncul pasukan wanita pertama mempertahankan kejuaraan bola sepak Piala Dunia selepas menundukkan Brazil 2-0 pada perlawanan akhir, semalam. Kedua-dua jaringan mereka disumbangkan oleh Birgit Prinz pada minit ke-52 dan Simone Laudher, pada minit ke-86, sekaligus membantu pasukan itu mengekalkan rekod tanpa kalah. Malah, Jerman turut melakar rekod dengan menjadi satu-satunya pasukan yang tidak pernah dibolosi sepanjang kejohanan. Bintang penyerang Brazil, Marta yang telah meledakkan tujuh gol sepanjang kejohanan ini melepaskan peluang terbaik merapatkan kedudukan pada babak kedua selepas sepakan penaltinya diselamatkan oleh penjaga gol Jerman, Nadine Angerer. ‘‘Sebaik saja kami berjaya menyelamatkan sepakan penalti, saya sudah dapat rasakan bahawa kejuaraan akan menjadi milik kami. ‘‘Kami bekerja keras dan mempamer aksi berpasukan yang hebat. Strategi kami adalah menyekat pergerakan Marta dan ia dilakukan dengan baik hari ini,’’ kata jurulatih Jerman, Silvia Neid. Jerman mengharungi enam perlawanannya di Shanghai dengan memahat rekod Piala Dunia menjaringkan 21 gol tanpa berjaya dibolosi. Biar pun Brazil berjaya mendominasi bahagian tengah, namun benteng pertahanan Jerman yang mantap diketuai oleh Angerer, Ariane Hingst dan Annike Krahn menggagalkan usaha lawan untuk mencari gol. Sementara itu, juara dua kali, Amerika Syarikat menamatkan saingan di tempat ketiga selepas menumpaskan juara 1995 Norway 4-1 dalam penentuan pingat gangsa.