29 May 2009

Pelajar Buang Bayi

Petikan dari Berita Harian
KUANTAN: Seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat sebuah sekolah menengah agama di sini ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes membuang bayi di halaman sebuah rumah sewa di Taman Balok Makmur, selama. Pelajar terbabit yang berusia 16 tahun itu ditahan selepas menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di sini, kira-kira jam 11 pagi, semalam. Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff, mengesahkan penahanan itu.
Beliau berkata, pelajar yang tinggal di Balok itu dibawa sendiri ibunya ke IPD di sini dan mengakui perbuatannya membuang mayat bayi berkenaan. "Dia kini ditahan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran. "Pelajar terbabit dihantar untuk menjalani pemeriksaan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA)," katanya di sini, semalam.
Katanya, pelajar terbabit mengadu dia dirogol oleh seorang kenalannya sehingga menyebabkannya mengandung. Semalam, seorang pekerja kilang, Suhaimi Ibrahim dan rakannya, Mohd Hafiz Ismail, menemui mayat bayi lelaki yang baru dilahirkan dan masih bertali pusat yang dibungkus dengan selendang putih di perkarangan rumah sewanya di Taman Balok Makmur, kira-kira jam 7.30 pagi. Turut ditemui bersama mayat bayi itu ialah sekeping nota bertulis "tolong kebumikan... terima kasih, saya sayang dia tapi tak berupaya untuk lakukan pengebumian..terima kasih...saya menghargai pertolongan anda".

28 May 2009

Jutawan - Mana Bumiputera?

Tan Sri Robert Kuok, peneraju Kumpulan Kuok, kekal sebagai rakyat Malaysia terkaya dengan nilai bersih AS$9 bilion, turun daripada AS$10 bilion setahun lalu. Ahli perniagaan, Tan Sri Ananda Krishnan, menduduki tempat kedua dengan nilai bersih AS$7 bilion, turun daripada AS$7.2 bilion pada tahun lalu. Beliau juga mengekalkan ranking yang sama setiap tahun sejak 2006. Secara bersama, Kouk dan Ananda mencatatkan 44 peratus daripada kekayaan teratas 40 rakyat Malaysia terkaya. Mereka juga manusia terkaya di Asia Tenggara. Rakyat Malaysia ketiga terkaya ialah Tan Sri Lee Shin Cheng, Ketua Kumpulan IOI, salah satu peneraju pengendali ladang kelapa sawit terbesar dunia. Beliau bernilai AS$3.2 bilion, turun daripada AS$5.5 bilion pada tahun lalu tetapi mengekalkan kedudukannya di tempat ketiga.

tulah celupar


MUFC 0 - 2 Barca

27 May 2009

Usah Benar Komunis Pulang

Rakyat negara ini harus membaca sejarah terutamanya pemimpin politik yang berpandangan sempit yang agak 'rajin' dan lantang membicarakan serta mengagumi perjuangan idealogi komunis sejak akhir-akhir ini. Kekejaman Bintang Tiga pada zaman dua fasa darurat dahulu - dari 1948 hingga 1960 dan 1968 hingga 1984, sudah cukup terlalu kejam untuk diimbau kembali dan akan memeritkan untuk diingati terutamanya generasi muda pada hari ini walaupun kebanyakan mereka hanya tahu kekejamaan dan kedurjanaan komunis ataupun Bintang Tiga itu melalui cerita nenek moyang mereka,
Parti politik ataupun individu tertentu wajar menghentikan sandiwara ataupun nostalgia untuk membawa pulang Chin Peng ke negara ini, dalilnya cukup mudah kerana bekas Setiausaha Parti Komunis Malaya (PKM) itu adalah musuh negara dan bertanggungjawab keatas kematian kira-kira 50,000 ribu askar Melayu dan juga pasukan keselamatan sepanjang tempoh komunis menganggu-gugat keamanaan tanah air tercinta ini. Tindakan segelintir rakyat dan pemimpin ini untuk cuba mengapi-apikan dan cuba menjadi juara dalam publisiti murahan bagi membenarkan penjenayah ini pulang ke Malaysia adalah dilihat sebagai kurang bijak kerana tidak menyelami perasaan wira-wira negara yang terkorban dalam mempertahankan negara ini disamping keluarga mereka. Pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) itu harus dilihat sebagai pengganas yang tidak ubah seperti Hitler dan juga bekas pemimpin Serbia, Radovan Karadzic yang terlibat pembunuhan beramai-ramai rakyat Muslim Bosnia ketika perang 1992-95. Pemimpin negara dan juga rakyat merdeka tanah air ini harus waspada dengan taktik serba halus yang disemai oleh golongan yang mempunyai agenda tersembunyi ini kerana sejarah tidak akan berbohong kepada generasi akan datang dan juga harus diingat bahawa sejarah pasti akan berulang dalam bentuk yang sama cuma masa dan latarbelakang saja yang sedikit berbeza.

23 May 2009

Mengujakan

Tak boleh nak cakap apa ia satu keputusan yang amat sakit dan mengujakan, yang sesuatu amat-amat ditakuti oleh semua bak menusuk kalbu, umpama semilu menghiris, bagai hati ditoreh bagai jiwa dibaji, sekurang-kurangnya peluang diberi ini tidak, terasa timbul pula perasan marah benci dan syak kepada dua pihak yang tidak berlaku seadilnya umpama kata Hamka perkara 'ADIL itu terletak pada tempatnya' tapi zaman globalisasi ini kemungkinan serba berlaku, merit yang dikejar persaingan semakin memuncak yang kurang 'nasib' semakin terpinggir, namun apapun perjuangan perlu diteruskan. Dunia milik semua purbawara harus dirungkai, kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagonya, kalau tidak berubah kita pasti akan dirubah, berubah dalam makna yang subjektif sama ada secara revolusi, evolusi ataupun difusi.

22 May 2009

22 Mei

Berdebar-debar

16 May 2009

Selamat Hari Guru

Hari ini 16 Mei 2009, sudah disambut sebanyak 38 kali oleh masyarakat Malaysia khasnya kaum warga pendidik. Tarikh 16 Mei dipilih bagi perayaan tersebut kerana memperingati tarikh penguatkuasaan Penyata Razak, iaitu Dasar Pendidikan Negara yang dilaksanakan bagi Persekutuan Tanah Melayu, yang berhasrat menyatukan pendidikan di sekolah bagi semua kaum di negara ini, yang berteraskan perpaduan kaum melalui bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar kebangsaan. Sambutan Hari Guru diadakan di peringkat negara, negeri, daerah dan sekolah. Saya masih teringat sewaktu berpeluang menjadi pendidik beberapa tahun dahulu murid-murid pada ketika itu walaupun berada di kawasan pedalaman dan agak daif namun mereka masih menghargai dan mengenang jasa serta bakti guru mereka dengan mengucapkan ungkapan 'Selamat Hari Guru' dan tidak kurang juga anak murid yang menghadiahkan kad-kad lukisan tangan mereka sendiri dan sejambak jambangan bunga yang digubah khas untuk guru mereka. Tugas guru ini amat penting, murni dan suci ibarat lilin membakar diri menerangi orang lain, tanyalah pada DS Najib, Barrack Hussein Obama atau David Beckham, suatu wak tu dahulu dizaman pembelajaran mereka, siapa yang mengajar mereka sehingga boleh menjadikan diri mereka seadanya pada hari ini?. Tema sambutan hari guru pada tahun ini ialah "Guru Pembena Negara Bangsa". Kita tunggu dan lihat sentuhan dari Menteri Pelajaran yang baru Y.A.B.Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Timbalan Perdana Menteri dalam merencana dan mengangkasakan profesyen perguruan ini.

15 May 2009

Yang Pertama

Kementerian Kesihatan hari ini mengesahkan kes pertama selesema babi di negara ini. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican berkata, pesakit pertama di Malaysia merupakan seorang pelajar lelaki berumur 21 tahun yang baru pulang dari Amerika Syarikat (AS) pada 13 Mei lalu. Beliau berkata, pesakit tersebut mengalami demam, sakit tekak, sakit badan pada semalam dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh pada hari yang sama. ``Beliau telah diberi rawatan antiviral dan berada dalam keadaan stabil,'' katanya dalam kenyataan di laman web rasmi Kementerian Kesihatan. Kita berharaplah semoga virus itu tidak menular dengan cepatnya dan berharap semoga warga Kementerian Kesihatan mahupun masyarakat mengembeling daya dan usaha membenteras virus dari merebak di negara ini, khabarnya tahap penularan H1N1 itu sudah ditahap ke Lima, ini bererti penularannya melalui dari manusia ke manusia dan juga Kementerian Kesihatan mengesahkan tiada vaksin untuk virus selesma tersebut.

10 May 2009

Selamat Hari Ibu

Firman Allah bermaksud: Dan kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada kedua orang tuanya; ibunya mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah dan menyusunya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua orang tuamu. Hanya kepada-Ku tempat kembalimu. Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan dengan Aku sesuatu yang tidak ada pengetahuannya mengenai itu, maka janganlah kamu mentaati keduanya dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik dan ikutilah jalan orang yang kembali kepada-Ku, kemudian hanya kepada-Kulah kembalimu, maka Ku beritahukan kepadamu apa yang kamu kerjakan. (Luqman: 14-15)

07 May 2009

Di Sini Bukan di Taiwan


Gambar BH
Dari pakaian para pemimpin-pemimpin politik di atas ia memungkinkan kebarangkalian yang besar kekecohan berlaku pada 7 Mei 2009, tersebut adalah bukan berlaku di Taiwan ataupun di Korea Selatan, ia berlaku di Tanah Air kita akibat dua kapal yang berbeza haluan. Kalaulah zaman ini pahlawan Perak seperti Dato Maharaja Lela, Dato Sagor masih hidup pasti akan marah dan kecewa dengan tindak tanduk beberapa pemimpin yang dikuasai oleh nafsu amarah, tamak dan haloba.

06 May 2009

Go MUFC



MUFC 3 - Arsenal 1

Hah! ini baru betul

KOTA KINABALU 5 Mei - Cuaca panas terik tidak menghalang Datuk Seri Najib Tun Razak meninjau beberapa pasar dan kawasan tumpuan orang ramai di sepanjang Jalan Tun Fuad Stephen di sini. Ditemani isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, Perdana Menteri memulakan lawatan ke Pasar Kraf tangan, sebelum diteruskan di Pasar Sayur, Pasar Buah-buahan, Pasar Besar Kota Kinabalu dan Tebingan Segama. Mengiringi beliau ialah Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman. Sepanjang lawatan selama 40 minit itu, Perdana Menteri tidak melepaskan peluang beramah mesra dengan peniaga dan orang ramai yang membanjiri kawasan tersebut. Kesempatan itu juga digunakan oleh Perdana Menteri untuk merasa keenakan buah-buahan tempatan seperti mangga dan nangka, sebelum menghilangkan dahaga di gerai air kelapa muda di pasar sayur berkenaan. Beliau menamatkan tinjauan sejauh hampir satu kilometer itu dengan berhenti minum petang di pekarangan Hotel Hyatt sebelum bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu untuk berlepas balik ke Kuala Lumpur.

02 May 2009

Kaamatan 2009

Pesta Menuai ataupun dalam bahasa Dusun Pesta Kaamatan merupakan perayaan tahunan di Sabah yang di sambut pelancarannya pada 1 Mei dan berakhir pada 31 Mei adalah tidak seharusnya dilihat semata-mata sebagai medan memperkukuhkan semangat perpaduan dan mengangkat warisan budaya, sebaliknya ia juga harus dijadikan wadah memperkasakan dan meningkatkan daya saing sektor pertanian dan industri asas tani, demikian menurut Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman. Perayaan simbolik itu khususnya di kalangan masyarakat Kadazandusun dan Murut bagi meraikan kejayaan para petani memperoleh hasil pertanian, juga merupakan manifestasi kepentingan sektor pertanian sebagai satu daripada sektor terpenting yang mampu menjana pertumbuhan ekonomi."Sambutan perayaan seperti ini juga jelas membuktikan kerajaan sentiasa prihatin akan keperluan, kehendak dan aspirasi rakyat negeri ini. Dalam pada itu haarapan kepada semua etnik di Sabah seharusnya bersama sama untuk mengeratkan lagi perpaduan demi kestabilan negeri itu. Tapi tahun ini nampak gayanya tak merasalah bersama dengan rakan-rakan merayakan pesta ini.