18 February 2009

Pilihlah Aku...

Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin - Bijak dan petah berhujah, kelihatan sedikit agresif maklumlah satu-satunya calon kalangan Pemuda UMNO, antara kalangan pemimpin pelapis yang berani dan punya kepimpinan bukan dari legasi terdahulu.
Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir - Bijak membawa kelainan dengan membidas pucuk kepimpinan UMNO dan perlu 'lari' sedikit dari bayangan bapanya. Bangga dengan kepimpinan bapanya dan tidak salah jika dikatakan adalah 'belahan terung' dari ayahnya.
Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohd. Khir Toyo - Mempunyai pengalaman luas dalam pentadbiran negeri dan juga Pemuda UMNO, dilihat bijak menangkis soalan ataupun isu berhubung dengan keranapan kerajaan BN Selangor oleh pembangkang dalam PR 12 Mac 2008. Terdahulu dari itu adalah antara legasi Tun Dr. Mahathir.

17 February 2009

Dont Cry For Me Eliza

Benarlah kata perumpamaan 'berapa berat mata memandang berat lagi bahu memikul' situasi inilah berlaku kepada Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Bukit Lanjan yang juga merupakan Exco Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor Elizabeth Wong, yang tersepit dengan isu gambar bogelnya sebenarnya gambar peribadi beliau yang katanya diedarkan oleh salah seorang bekas rakan lelakinya. Saya sangat bersimpati dengannya kerana dalam kes ini beliau seolah-olah dianyai oleh seseorang yang pernah bersama-sama suatu ketika, dan dalam kenyataannya ia merupakan pencerobohan hak peribadi ke atasnya sama ada itu boleh diterima atau tidak hanya beliau yang maha mengetahui plot cerita sebenar gambar yang diambil dengan menggunakan telefon bimbit di kediamannya ini.
Yang pastinya banyak laman blog yang berlumba-lumba menjadikan isu ini sebagai berita sensasi memangpun sensasi dengan ulasan, kritikan, simpati, empati dan sebagainya kepada Exco ini yang dianggap antara ahli politik kuat berkerja keras almaklumlah masih bujang yang dimiliki oleh kerajaan pakatan.
Apapun alasannya ia sudah menjadi pengetahuan umum kerana ia merupakan pemimpin politik yang berkedudukan (harus dibaca saya tak kata bersekedudukan) malah bukan sedikit penyokongnya, dalam kes ini beliau bukanlah orang pertama yang menjadi mangsa, terdahulu dari itu beberapa personaliti politik dan artis perempuan menjadi model akibat komunikasi canggih dalam era dunia tanpa sempadan ini.
Disebalik terdedahnya isu gambar beliau ini bukan sedikit harga yang Elizabeth perlu bayar terutama pada maruahnya serta keluarga, kerjaya dan yang tentunya para penyokong beliau, saya tidaklah ingin bercakap tentang masa depan politik beliau kerana politik memungkinkan segalanya berlaku diluar batas naluri bawah sedar kita. Hamburan simpati, sokongan dan air mata rakan-rakan beliau haruslah atas landasan yang betul dan tanpa apa-apa kepentingan.

Antara Bukit

Pertama Bukit Gantang - orang kata kawasan ni antara 50-50 rebutan dua kumpulan, kerana bukitnya yang tinggi, gersang dan penuh dengan batu-batu kerikil tajam yang boleh pada bila-bila masa menusuk tapak kaki para pejalaan kaki atau pun pekerja balak di situ.
Kedua Bukit Selambau - Bukit ini tidak kurang hebatnya kerana pemiliknya sebelum ini dianggap gentlemen menyerahkan kuasa dengan mudah kepada para pencabarnya tetapi tidak pula diketahuai dengan jelas bentuk masalah yang dihadapi kerana ada puak mengatakan ini puak lain mengatakan itu jadi kesimpulannya begitu beginilah jadinya.
Ketiga Bukit Lanjan - Kawasan ini semakin sensasi dan menjadi idaman@igauan kepada mereka yang bercita-cita ingin menjadi tokey ataupun penjaga bukit ini kerana lurahnya yang luas, bukitnya yang tinggi semakin luak akibat ditarah sana sini dengan tidak bersistematik, tapi bukit ini dipercayai ramai penghuninya kerana kawasan yang strategik dikelilingi oleh hutan dara yang sudah diganggu dek kerakusan nafsu buas yang tidak memperdulikan alam sekitar.

Kalaulah saya dalam senarai tu.

1. Raja Gula, Tan Sri Robert Kuok nilai kekayaan sebanyak RM26.6 bilion berbanding RM58.1 bilion, tahun lalu.
2. T. Ananda Krishnan selaku orang kedua terkaya, semakin kecil dengan harta berjumlah kira-kira RM20.1 bilion.
3. Public Bank, Tan Sri Teh Hong Piow (RM8.15 bilion)
4. Tan Sri Lee Shin Cheng dari IOI Corporation (RM7.4 bilion).
5. Kumpulan Hong Leong, Tan Sri Quek Leng Chan yang memiliki harta bernilai RM4.5 bilion berbanding RM11.1 bilion.
6. Puan Seri Lee Kim Hua muncul buat pertama kali dalam senarai dengan menduduki tempat keenam dengan nilai harta berjumlah RM3.5 bilion sekali gus menjadikan beliau wanita paling kaya di negara ini.
7. Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary dari Yayasan Albukhary (RM3.18 bilion)
8. Tan Sri Vincent Tan dari Berjaya Group (RM1.79 bilion)
9. Tan Sri Tiong Hiew King dari Kumpulan Rimbunan Hijau (RM1.64 bilion),
10. Tan Sri Azman Hashim dari Arab-Malaysian Corp (RM1.42 bilion).
Antara muka-muka baru selain Kim Hua ialah adik beradik dari YTL Group iaitu, Datuk Yeoh Soo Min dan Datuk Yeoh Soo Keng manakala Datuk Kamarudin Meranun dari AirAsia Bhd. muncul semula dalam senarai itu setelah setahun tersingkir.

16 February 2009

2 bukit

Selepas kecundang di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu, kini BN harus bersedia pula 'bertempur' buat kali ketiga dan keempat dengan pakatan pembangkang dalam pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang di Perak dan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau di Kedah pada 7 April nanti.

15 February 2009

Beckham Kekal

CARSON, California - Bintang tengah England, David Beckham akan kembali ke Liga Bola Sepak Utama (MLS) Amerika Syarikat sebaik tempoh pinjamannya ke AC Milan berakhir Mac ini. Pengurus LA Galaxy, Tim Leiweke berkata, kegagalan Milan membuat tawaran kedua bagi mengekalkan Beckham di kelab itu memaksa pihaknya berpegang kepada tarikh akhir yang diberikan Pesuruhjaya MLS, Don Garber agar perpindahan itu diselesaikan sebelum Jumaat lepas. Galaxy sebelum ini telah menolak tawaran awal Milan untuk mendapatkan Beckham. MLS memiliki kontrak selama lima tahun bernilai AS$32.5 juta (RM117 juta) ke atas Beckham sementara tempoh pinjamannya di Milan akan berakhir 8 Mac ini. Leiweke menambah, dia memahami kekecewaan Beckham terhadap keputusan yang dibuat tetapi percaya bekas bintang tengah Manchester United dan Real Madrid itu akan bersikap profesional. "Beckham seorang yang profesional. Dia pasti akan menyelesaikan segala masalah dengan baik dan kembali ke sini," katanya. Beckham sebelum ini menyatakan keinginannya mahu kekal bersama Milan bagi membida tempat untuk beraksi bersama skuad kebangsaan England pada Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan.

Warisan Malaysia

KUALA LUMPUR 14 Feb. – Seratus jenis makanan kegemaran rakyat Malaysia termasuk nasi lemak, nasi kerabu, char kuetiau Pulau Pinang, kari kepala ikan, akok serta tapai diumumkan sebagai Warisan Kebangsaan 2009 hari ini. Pengisytiharan mengenainya dilakukan oleh Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal di Victoria Institution di (VI) sini hari ini. Keseluruhannya, terdapat 172 butiran yang diumumkan sebagai Warisan Kebangsaan merangkumi Tapak Warisan - monumen atau bangunan, arkeologi dan alam semula jadi; Objek Warisan - artifak, kerja seni, manuskrip, lagu rakyat, puisi, tradisi lisan, tarian dan seni mempertahankan diri; serta Tokoh Orang Hidup. Dalam pada itu, Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria kini dikenali semula sebagai Victoria Institution, iaitu nama asal yang diwartakan sebagai Warisan Kebangsaan. Selain itu, turut diumumkan sebagai Warisan Kebangsaan ialah Dewan Tunku Canselor dan Panggung Eksperimen serta Bangunan Canselori di Universiti Malaya (UM) iaitu antara yang dikategorikan dalam kategori Tapak Warisan. Bagi kategori Objek Warisan antaranya ialah tulisan jawi, dikir barat, gasing dan congkak.

13 February 2009

Jangan Sambut Valentine's Day

Pasangan remaja di negara ini tak perlulah membuang masa dengan meraikan bersama perayaan yang dilarang dalam agama Islam iaitu sempena menyambut hari kekasih pada esok hari kerana ada pendapat mengatakan valentine diambil sempena nama seorang paderi besar Kristian pada zaman pemerintahan Ratu Isabella di Sepanyol, iaitu Saint Valentine. Beliau terkenaal dan disayangi kerana telah berjaya menumpaskan kerajaan Islam di Cordova, Sepanyol pada tarikh 14 Februari 270 masihi. Kejayaan itu begitu bermakna bagi Ratu Isabella, beliau dengan rasa suka hati mengisytiharkan tarikh 14 Februari disambut setiap tahun oleh rakyat Cordova bagi merayakan kemenangan tersebut dan menamakannya sebagai Hari Valentine/Hari Kekasih, lagi pun menyambut pelbagai perayaan hedonisme ini menggalakkan perlakuan yang tidak elok dan dilarang oleh agama.

11 February 2009

Selamat Bertugas

Foto BH
SULTAN Perak, Sultan Azlan Shah bersama Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah dan Raja DiHilir, Raja Jaafar Raja Muda Musa bergambar bersama Exco Perak yang baru selepas majlis penyampaian watikah pelantikan di Istana Iskandariah di Kuala Kangsar, Perak, semalam. Turut sama Menteri Besar Perak, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir (duduk dua dari kiri).

10 February 2009

09 February 2009

Karpal salahkan Anwar, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan saman Sultan Perak.

Pengerusi DAP Karpal Singh menyalahkan DS Anwar Ibrahim, berhubung dengan keruntuhan kerajaan Pakatan Rakyat di negeri Perak pada Jumaat lalu, dengan alasan bahawa DSAI mempromosikan kecenderungan seseorang ADUN/AP dari BN melompat parti ke dalam Pakatan Rakyat, wal hal dalam masa yang sama ADUN Pakatan Rakyat yang berpaling tadah dan sekali gus menyaksikan kerajaan 11 bulan di Perak itu rebah menyembah bumi, ini sesuatu yang agak sukar difahami oleh barisan tertinggi pakatan itu apatah lagi rakyat marhaen, mungkin ini sandiwara ataupun kata-kata kiasan seorang peguam terkenal di negara ini, apapun yang berlaku kepada rakyat Malaysia kita harus tahu dan wajib mengamalkan perlembagaan negara ini dan apa yang penting sekali di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung, kita tahu siapa kita, asal usul kita...

08 February 2009

Saman Sultan

Daulat Tuanku
1. Inilah masanya saya ingin melihat tahap indek kebiadapan rakyat biasa yang bertuankan politik hendak menyaman Sultan bagi jajahan negerinya. (senario ini saya rasakan seperti Belanda mendapat tanah)

2. Inilah juga peluang saya ingin melihat tahap perpaduan rakyat Melayu di Tanah Melayu ini mempertahankan Institusi Raja-Raja Melayu.

07 February 2009

06 February 2009

MB Perak ke-11

Barisan Nasional (BN) kembali berkuasa di Perak semalam dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pangkor, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir, dipilih sebagai Menteri Besar ke-11. Ini berikutan keputusan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah tidak memperkenankan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) dan menitahkan supaya Menteri Besar dari Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin serta barisan Exconya meletakkan jawatan, berkuat kuasa serta-merta. Pemilihan Zambry, 47, sebagai Menteri Besar Perak diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada sidang akhbar di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Subang.
Datuk Dr Zambry Abdul Kadir
TARIKH LAHIR: 22 Mac 1962
TEMPAT LAHIR: Pulau Pangkor, Perak
ISTERI: Datin Saripah Zulkifli
ANAK: Lima (Tiga perempuan, dua lelaki)
KELULUSAN AKADEMIK:
PhD (Pemikiran Politik) Universiti Temple, Amerika Syarikat (1995)
MA, Universiti Temple (1992) Falsafah politik dan Perbandingan Agama
MA, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) (1991) Pemikiran Islam
B Econs (Kepujian) UIAM (1987)

PENCAPAIAN:
Anugerah Kepujian (PhD) 1995
Geran Penyelidikan Universiti Temple (1993)
Anugerah WAMY Konvokesyen Pertama UIAM (1987)

JAWATAN:
Ketua Pemuda Umno Bahagian Pangkor (1992)
Ketua Umno Bahagian Lumut
Adun Pangkor (sejak 2004)
Exco Pelajaran, Sumber Manusia dan Teknologi Maklumat Perak (2004-2008)

04 February 2009

Turun Naik, Keluar Masuk

4 Feb. — Barisan Nasional (BN) bersedia untuk menubuhkan kerajaan baru di Perak berikutan kesediaan empat Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri itu yang telah meninggalkan parti masing-masing untuk menyokong BN, kalau ini berlaku ia adalah satu kejayaan awal bagi Pengerusi Perhubungan BN Negeri yang baru. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi dan Adun Changkat Jering, Mohd Osman Jailu, bertindak meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR), diikuti tindakan yang sama Adun Jelapang dari DAP, Hee Yit Fong. Ketiga-tiganya menjadi wakil rakyat Bebas dan mengisytiharkan sokongan terhadap BN, manakala Adun Bota, Datuk Nasaruddin Hashim yang menyertai PKR baru-baru ini, berikrar kembali ke pangkuan Umno mulai semalam.