28 June 2007

agnes logika

cinta ini kadang kadang tak ada logika
berisi smua hasrat dalam hati
ku hanya ingin dapat memiliki
dirimu hanya untuk sesaat
bukan nya aku tak tahu
kau sudah ada yang punya
karna kau telah bisikkan cintamu padaku
ku tahu engkau berdusta

25 June 2007

'Ali Kimia Yang Tidak Kimia'

'Ali Kimia’ dihukum gantung
Dua lagi bekas pegawai Saddam terbabit bunuh puak Kurd terima nasib sama
BAGHDAD: Tribunal Iraq semalam menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas sepupu Saddam Hussein dikenali ‘Ali Kimia’ dan dua lagi pegawai bekas rejim itu berikutan peranan mereka dalam kempen bumi-panas pada 1980-an sehingga mengakibatkan kematian beratus ribu puak Kurd. Ali Kimia atau nama sebenarnya, Ali Hassan al-Majid, sepupu Saddam dan bekas ketua Biro Pemerintah Utara Parti Baath, mendapat nama gelaran itu kerana didakwa menggunakan senjata kimia ke atas etnik minoriti itu ketika usaha menghalang pemberontakan di utara. Hakim Mohammed Oreibi al-Khalifa, berkata al-Majid didapati bersalah kerana pembunuhan sesuatu bangsa, jenayah terhadap kemanusiaan dan perang selepas mengarahkan tentera dan perkhidmatan keselamatan menggunakan senjata kimia dalam skala besar yang membunuh atau menghapuskan ribuan nyawa. Bekas Menteri Pertahanan, Sultan Hashim Ahmad al-Tai turut dijatuhkan hukuman sama selepas hakim mendapati dia mengarahkan serangan besar-besaran terhadap penduduk awam, menggunakan senjata kimia dan memindahkan puak Kurd. Al-Tai, yang memakai jubah tradisi Arab dan kain lilit kepala berwarna putih, berdiam diri ketika hukuman dibacakan tetapi mempertahankan bahawa dia tidak bersalah selepas itu. Bekas timbalan pengarah operasi pasukan tentera Iraq, Hussein Rashid Mohammed, turut dijatuhkan hukuman mati selepas didapati bersalah menyediakan perancangan tentera dan tuduhan lain terhadap puak Kurd. Dua lagi bekas pegawai rejim, Farhan Mutlaq Saleh, bekas ketua perisikan tentera pejabat timur serantau dan bekas pengarah perisikan tentera di bawah Saddam, Sabir al-Douri, dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup. - AP

18 June 2007

Malaysia Bolehkah!

SKUAD NEGARA DALAM KEJOHANAN PIALA ASIA.

Penjaga gol: Azizon Kadir (Negeri Sembilan), Suffian Abdul Rahman (TMFC);

Pertahanan: Kaironnisam Sahabuddin Hussain (UPB-MyTeam), Hamzani Omar (Johor-Pasir Gudang), Nazrulerwan Makmor (PKNS), Fauzie Nan (Perlis), K Nanthakumar (Perak), V Thirumurugan (Kedah), Rosdi Talib (Pahang), Aidil Zafuan Abdul Radzak (Negeri Sembilan);

Tengah: Hardi Jaafar (TMFC), Norhafiz Zamani Misbah (Pahang), Ivan Yusoff (Kuala Lumpur), Fadzli Saari (Selangor), Shahrulnizam Mustapha (Perak), Eddy Helmi Manan (Johor FC), Nor Farhan Muhammad (Terengganu), Ahmad Fauzi Shaari (Kedah), Shukor Adan (Selangor);

Penyerang: Akmal Rizal Ahmad Rakhli (Selangor), Safee Sali (Selangor), Indra Putra Mahayuddin (Pahang), Hairuddin Omar (Pahang).

Simpanan: Syed Adney Syed Hussain (Selangor), S Subramaniam (Perak), Khyril Muhymeen Zambri (Kedah), Amirulhadi Zainal (Selangor), Azi Shahril Azmi (Perlis), Rezal Zambery Yahya (Negeri Sembilan), Ronny Harun (Sabah).

Perbicaraan Bermula

Kes Bunuh Altantuya.
Penganalisis politik, Abdul Razak Baginda, 46, didakwa bersubahat dengan Cif Inspektor Azilah Hadri, 31 dan Koperal Sirul Azhar Umar, 35, dari Unit Tindakan Khas (UTK) untuk membunuh Altantuya di pejabatnya Tingkat 10, Bangunan Getah Asli, Jalan Ampang, antara jam 9.54 pagi 18 Oktober dan 9.45 malam 19 Okober tahun lalu.
Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar dituduh membunuh Altantuya, 28, di lokasi antara Lot 12843 dan Lot 16735, Mukim Bukit Raja, Shah Alam, antara jam 10 malam 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober tahun lalu.
Sabit kesalahan, ketiga-tiga tertuduh boleh dihukum mati mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Kita tunggu dan lihat saja keputusan mahkamah keadilan Malaysia, tanpa banyak perasangka, propaganda dan juga kemelut politik, sebagai rakyat kita akur dengan keputusan mahkamah tanpa mensabitkan sama kerajaan Malaysia.

13 June 2007

gadis 'muallaf'



Gambar budak "I sound stupid when i speak Malay" tak apa dik banyak wig dijual di kaki lima.

07 June 2007

Wira Wirawati Negara

Ketika menulis blog ini Dato Zam, Menteri Penerangan sedang berucap di satu majlis menyambut wira-wirawati negara yang baru kembali dari misi menawan puncak Everest dalam keghairan semua orang menyambutnya bagi meraikan 50 tahun kemerdekaan negara tercinta ini, di KLIA. Sebelum itu Dato' Azalina Othman Said memulakan ucapan menyambut wira-wirawati negara itu yang disertai oleh enam orang termasuk seorang wanita pertama Malaysia yang telah berjaya menawan puncak Everest ia itu Marina Ahmad, seorang penerbit di RTM. dalam semangat kepuasan dan menjulang martabat bangsa semua yang hadir saya rasa berasa gembira dan sepatutnyalah dinikmati lebih-lebih lagi oleh empunya diri yang menempuh pahit manis, derita sengsara dan cabaran yang maha dasyat sepanjang misi menakluk Everest itu dan ungkapan serta perasaan gembira dan kepuasan terpancar dalam ucapan ketua ekspedisi Kembara Merdeka 50 tahun ia itu mantan Timbalan Menteri Penerangan, Dato' Khalid Yunus, yang bersemangat dan saya rasa beliaulah wira yang sebenarnya dalam misi tersebut, walaupun kekurangan cuma dalam jarak 1000 meter lagi untuk menawan bumbung dunia itu. Apapun tahniah kepada wira-wirawati misi merdeka 50 negara Malaysia.

06 June 2007

01 June 2007