27 November 2009

Salam Aidil Adha 2009

Hari Raya Aidiladha (Bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t. Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya. Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.

Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat akan diadakan pada sebelah pagi, biasanya agak awal sedikit. Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas Khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin. Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.

24 November 2009

18 November 2009

dont cry for me MCA

9 anggota Majlis Presiden MCA dipecat

KUALA LUMPUR: Kemelut MCA semakin panas apabila sembilan penyokong Datuk Seri Liow Tiong Lai termasuk Ketua Pemuda dan Wanita digugurkan daripada menganggotai Majlis Presiden, berkuat kuasa serta-merta.
Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat, ketika mengumumkan rombakan majlis berkenaan selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pusat (CC) di sini semalam, menjelaskan tindakan itu dilakukan mengikut perlembagaan parti bagi mengukuhkan MCA.
Liow yang juga Naib Presiden MCA, bagaimanapun mendakwa Tee Keat mengamalkan politik ‘cantas dan hapus’ terhadap pemimpin yang tidak sehaluan dengannya dan menyifatkan keadaan parti itu kini seperti ‘keluarga sedang berperang’.
Mereka yang digugurkan ialah lima timbalan menteri termasuk Ketua Pemuda, Datuk Dr Wee Ka Siong dan Ketua Wanita Datin Paduka Chew Mei Fun.
Selain Wee yang juga Timbalan Menteri Pelajaran dan Chew (Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat), turut digugurkan Dr Hou Kok Chung (Timbalan Menteri Pengajian Tinggi), Wee Jeck Seng (Timbalan Menteri Belia dan Sukan), Datuk Chor Chee Heung (Timbalan Menteri Kewangan), manakala empat lagi ialah Wong Nai Chee, Gan Hong Su, Lee Wei Kiat, Gan Ping Sieu.
KETUA Pemuda MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong dan Ketua Wanita MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun menangis selepas dipecat, semalam.

Pada sidang media yang turut dihadiri Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, Tee Keat turut mengumumkan pelantikan tujuh anggota baru Majlis Presiden.
Dengan rombakan itu, kini hanya tinggal Liow berseorangan tanpa penyokongnya dalam Majlis Presiden.
Majlis itu yang bertindak sebagai badan pengurusan parti, turut dianggotai Presiden, timbalannya, Setiausaha Agung, Naib Presiden dan Bendahari. Tee Keat berkata, rombakan itu dilakukan bagi memastikan segala dibincang dan didebat oleh MCA dapat dilaksanakan sebaik mungkin. Selain itu, beliau turut mengumumkan keputusan CC menolak mesyuarat agung luar biasa (EGM) kedua pada 28 November ini yang diusulkan penyokong Liow.
Tee Keat berkata, CC memutuskan resolusi EGM itu untuk mengadakan pemilihan baru parti adalah cacat dan bercanggah dengan perlembagaan MCA.
Seramai 23 ahli CC menolak EGM itu, 10 menyokong dan dua berkecuali, manakala tujuh lagi tidak hadir. Pada 6 November lalu, kumpulan Liow yang diketuai Nai Chee mengumumkan EGM kedua akan diadakan pada 28 November ini. Bagaimanapun, mereka memerlukan sekurang-kurangnya 800 perwakilan untuk mengadakan EGM itu.
Liow pada sidang media berasingan, berkata tindakan terbaru Tee Keat itu akan memburukkan lagi keadaan parti. “Mesyuarat CC hari ini (semalam) membuatkan hati kami berdarah. Presiden menggugurkan Ketua Pemuda dan Ketua Wanita dalam Majlis Presiden.
“Presiden melantik orangnya dan menyingkirkan mereka yang tidak sehaluan dengannya supaya beliau boleh mempunyai kuasa mutlak dalam Majlis Presiden. Majlis Presiden adalah satu jawatankuasa penting yang memutuskan banyak perkara dalam parti,” katanya.
Sambil menegaskan MCA berada pada persimpangan jalan, Liow menggesa perwakilan menghadiri EGM kedua untuk membuat keputusan demi kebaikan MCA serta mempertahankan nilai perjuangan dan prinsip demokrasi dalam parti itu. “Pemimpin parti mesti mendengar suara ahli, perwakilan dan orang ramai. Kami tidak mahu menjadi `tawanan’ kepada politik kotor, autokratik dan penggunaan kuasa tanpa mempedulikan orang lain,” katanya.
Liow menegaskan beliau akan terus bergerak ke seluruh negara untuk mendapat sokongan perwakilan bagi mengadakan EGM kedua.

FAKTA: Senarai baru Majlis Presiden

  • Presiden
    - Datuk Seri Ong Tee Keat

  • Timbalan Presiden
    - Datuk Seri Dr Chua Soi Lek

  • Setiausaha Agung
    - Datuk Wong Foon Meng

  • Bendahari
    -
  • Naib Presiden
    - Datuk Seri Kong Cho Ha
    - Datuk Seri Liow Tiong Hai
    - Datuk Seri Ng Yen Yen
    - Tan Kok Hong

  • Dilantik
    - Datuk Loke Yuen Yow (kekal)
    - Wong Hock Aun (kekal)
    - Datuk Seri Tan Chai Ho (baru)
    - Tan Cheng Liang (baru)
    - Datuk Lee Chee Leong (baru)
    - Gan Ping Sieu (baru)
    - Datuk Ti Lian Ker (baru)
    - Datuk Dr Mah Hang Soon (baru)
    - Heng Seai Kie (baru)
  • 14 November 2009

    air lama botol baru

    Menteri Besar Selangor, pada Jumaat mengumumkan pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai penasihat ekonomi negeri Selangor. Ekoran pelantikan Penasihat PKR, itu sebagai penasihat ekonomi negeri Selangor diperbincangkan oleh orang ramai ada yang pro, kontra dan sebagainya lagi. Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan mengungkapkan pelantikan Anwar ini tentunya merupakan satu gimik untuk menunjukkan yang PKR boleh ”survive” dalam satu ruang baru dengan satu imej yang baru. "Tapi sebenarnya ini ibarat menjual air lama dalam botol yang lama,” katanya dan menambah gimik ini kadangkala boleh dijual, tapi kebanyakan masa ia ”tidak laku”.