29 December 2010

Tahniah Malaysia

Malaysia berjaya menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 mengalahkan Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, Indonesia.

Kemenangan Malaysia itu diperoleh selepas berjaya mengatasi Skuad Garuda dengan agregat 4-2.

Pada perlawanan malam ini, Malaysia memperoleh gol pertama melalui Safee Salee pada minit ke-54 saingan separuh masa pertama, manakala Indonesia berjaya mendapat satu gol hasil sumbangan Mohammad Nasuha (m-72) dan gol sendiri pemain Malaysia, Mohamad Muslim Ahmad (m-88).

Paling menarik malam ini, sepakan penalti Firman Utina berjaya dihentikan oleh penjaga gawang negara, Khairul Fahmi Che Mat.

Terdahulu pada aksi peringkat pertama perlawanan akhir di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia menang 3-0.

Selamat Berjuang *Harimau Malaya*


Berjuanglah pemain-pemain Harimau Malaya, bermainlah demi maruah bangsa Malaysia anda tetap akan mengecapi kemenangan seperti apa yang anda lakukan kepada Vietnam dan kali ini anda akan menikmati kemenangan daripada pasukan Indon...anda telah lakukan di Bukit Jalil pada 26 Disember lalu pada perlawanan Akhir 1, yang mana 'harimau telah menjinakkan garuda' 3-0. Jadi pada petang ini di Gelora Bung Karno pada perlawanan Akhir ke-2, anda boleh melakukannya...yakin dan fokus, bermainlah seperti anda mempertahankan piala AFF Suzuki itu...kami rakyat Malaysia berada di belakang wira-wira ini, kami menyokong semua anda dulu kini dan akan datang. Pada petang ini Harimau akan membaham Garuda...tak mustahilkan!!

18 December 2010

Tahniah Malaysia

Piala Suzuki: Malaysia mara ke final

Malaysia mara ke perlawanan akhir Piala Suzuki AFF selepas 14 tahun apabila mengatasi Vietnam dengan agregat 2-0 pada saingan separuh akhir sebentar tadi.

Kedua-dua pasukan sekadar seri tanpa jaringan pada perlawanan separuh akhir kedua di Stadium My Dinh, Hanoi.
Malaysia menewaskan juara bertahan itu 2-0 pada perlawanan separuh akhir pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil, Rabu lalu.

07 December 2010

Tahniah Malaysia

Piala AFF: Skuad negara mara ke separuh akhir

KUALA LUMPUR 7 Dis. - Malaysia berjaya menempah tempat ke saingan separuh akhir Piala Suzuki AFF selepas mencatat kemenangan 5-1 ke atas Laos dalam perlawanan terakhir Kumpulan A.

Laluan dipermudahkan lagi dengan pertemuan Indonesia dan Thailand berakhir dengan kemenangan 2-1 memihak kepada pasukan tuan rumah untuk membolehkan Malaysia menduduki tempat kedua Kumpulan A di belakang tuan rumah, Indonesia.

06 December 2010

Berundur...


Samy Vellu serah jawatan Presiden MIC kepada Palanivel

KUALA LUMPUR: Datuk Seri S Samy Vellu yang lebih 30 tahun menerajui kepemimpinan MIC sebentar tadi menyerahkan secara rasmi kerusi nombor satu parti itu kepada timbalannya, Datuk G Palanivel.

Naib Presiden MIC yang juga Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam pula diumumkan sebagai Timbalan Presiden parti.