31 January 2009

Tahniah Erdogan!

Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan bertindak meninggalkan sidang Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos semalam selepas terlibat dengan pertikaman lidah dengan Presiden Israel, Shimon Peres berhubung konflik di Genting Gaza. Erdogan yang dengan beraninya marah dan menempelak ketua samseng zionis itu meninggalkan Peres dan kuncu-kuncunya terpinga-pinga, dilihat oleh ramai sebagai seseorang yang berani mempertahankan hak, maruah dan nyawa rakyat Palestin yang dibunuh kejam selama 22 hari oleh Israel. Rasanya dunia Arab perlu melahirkan ramai serta menggilap seperti keberanian Erdogan di masa sekarang dan akan datang demi untuk umat Islam yang diperkotak-katikkan oleh Zionis. Kalau tak silap saya baru-baru ini sebelum PR kecil Kuala Terengganu heboh orang ramai memperkatakan ada kumpulan Erdogan akan muncul di tengah-tengah senario politik tanah air, tapi kini seolah senyap saja, kita berharap kumpulan Erdogan ini sama beraninya dengan seorang Erdogan yang ada di Turki itu.

28 January 2009

25 January 2009

Obama dan Cadillac One

Perbelanjaan majlis angkat sumpah Presiden Amerika Syarikat (AS) yang baru, Barack Obama menelan kos sekitar RM150 juta, jelas membuktikan negara itu cukup menitik-beratkan aspek keselamatan pemimpin nombor satunya. Ia sejajar dengan bukti-bukti sejarah pembunuhan beberapa pemimpin kulit hitam AS sebelum ini.
Dalam semangat untuk turut meraikan pelantikan Presiden Obama yang diharapkan dapat mengubah dunia terutama negara-negara di Asia Barat agar lebih aman dan makmur, ruangan Enjin minggu ini memilih kereta berperisai Presiden Obama, Cadillac One buatan General Motors/Cadillac yang menjadi kenderaan beroda empat rasmi bagi membawa Presiden AS ke-44 itu ke serata pelosok AS.
Dianggarkan berharga RM1.6 juta atau bersamaan 14 buah kereta Proton Perdana 2 liter atau kira-kira 10 buah kereta jenis Toyota Camry 2.4 yang sedang digunakan oleh exco-exco kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat. Cadillac One yang sepanjang 5.49 meter dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan cukup tinggi bagi menghalang sebarang kecelakaan terhadap penumpangnya terutama Presiden Obama yang sentiasa dibayangi serangan oleh pihak tertentu.
Badan Cadillac One setinggi 1.78 meter itu diperbuat daripada keluli, aluminium, titanium dan seramik iaitu bahan yang sama untuk membuat jet 757. ia cukup utuh untuk melindungi Presiden Obama daripada letupan bom di bawah kereta manakala bahagian rodanya pula ditunjangi rim yang mampu menyokong pergerakan walaupun keempat-empat tayar meletup.
Semua cermin dan tingkap Cadillac One sudah semestinya kalis peluru, api dan bom. Ia direka khas untuk memuatkan butang keselamatan bagi membolehkan Presiden AS memaklumkan jika mengesyaki sebarang keadaan luar biasa sama ada di bahagian dalaman kenderaan atau persekitaran luaran. pintu kenderaan ini adalah setebal 20 sentimeter bagi membolehkan ia menahan apa jua peluru atau roket menembusinya.
Cadillac One yang boleh memecut selaju 0 hingga 100 kilometer sejam dalam masa 15 saat pula boleh memuatkan tujuh penumpang dengan empat penumpang di bahagian belakang ia dibekalkan dengan botol berisi darah Presiden Obama yang sengaja disimpan untuk menghadapi kemungkinan pemindahan darah kecemasan ketika dalam perjalanan.
Semasa berada dalam Cadillac One, Obama boleh menggunakan komputer riba dan beberapa peralatan telekomunikasi canggih yang menghubungkan beliau dengan dunia luar tanpa sebarang batasan termasuk telefon satelit yang menghubungkannya secara terus dengan Naib Presiden AS dan Pentagon manakala but belakang kereta itu dilengkapi dengan tabung oksigen dan sistem pemadam kebakaran.
Dikendalikan
Dari aspek pemandunya pula, Cadillac One akan dikendalikan oleh sepasukan pemandu profesional yang dilatih oleh Agensi Perisikan Pusat (CIA) untuk menghadapi sebarang keadaan termasuk serangan mengejut dan bencana alam. dengan bantuan papan pemuka yang dilengkapi Sistem Kedudukan Global (GPS) dan kelengkapan komunikasi tanpa had, Ia akan memastikan perjalanan yang dirancang berlangsung secara lancar dan selamat.
Pada masa yang sama, Cadillac One akan diiringi oleh lebih 15 anggota polis peronda dan trafik AS yang bersiap sedia untuk mengorbankan nyawa dan berdepan risiko kemalangan demi mempertahankan nyawa Presiden Obama.
Dengan semua ciri-ciri keselamatan yang melengkapi Cadillac One, secara logiknya, adalah mustahil untuk Presiden Obama mendapat sebarang kecelakaan walaupun seguris calar di tangannya ketika berada dalam kereta itu namun hakikatnya, ajal dan maut di tangan Allah dan nasib Presiden Obama belum cukup baik walaupun sentiasa duduk dalam Cadillac One sepanjang masa.
Selain Obama, antara presiden AS terdahulu yang menggunakan Cadillac One ialah George W. Bush dan Ronald Reagan. Cadillac sebenarnya diasaskan oleh Henry Ford adalah jenama kenderaan mewah dan dipasarkan di lebih 50 negara antaranya AS, Kanada dan Mexico.

Gong Xi Fa Cai


Inikah Bola Kita?

Bola sepak Malaysia ibarat nadi kepada semua jenis sukan di negara ini sejak sebelum merdeka lagi itulah makanya lahir Pesta Bola Merdeka ilham dan dokongan Perdana Menteri Malaysia yang Pertama almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, sehingga kita digeruni dan ditakuti oleh negara-negara jiran dan rantau Asia Tenggara sebagai kuasa Bola Sepak di rantau sebelah sini. Tidak cukup dengan itu kita dapat melahirkan pemain yang berkualiti tinggi seperti Raja Bola Datuk Gahni Minhat, Datuk Soh Chin Aun dengan jerseynya bernombor 3 cukup sinonim dengan pengulas sukan 'menyelamatkan keadaan pasukan Malaysia', allahyarham 'Super Mokh' Mokhtar Dahari (sekadar menyebut beberapa nama) dan ramai lagi deretan nama-nama besar dan gah di persada bola sepak tanah air suatu ketika dahulu dan kini semuanya sepi seperti layu, lesu dan tidak bermaya itulah bola sepak kita.
Bukan hendak menuding jari kepada sesiapa jauh sekali berlagak pakar tetapi menunjukan betapa minatnya kepada bola sepak dan sekadar berkongsi pendapat, pihak FAM dan mereka yang terlibat dalam pembangunan sukan ini harus juga di berikan pujian kerana mereka bukanlah boneka yang hanya berpeluk tubuh dan duduk di kerusi empuk@panas merekapun ada perancangan tersendiri tetapi mungkin persekitaran bola sepak kita perlu anjakan paradigma yang ampuh sesuai dengan tuntutan bola sepak hari ini.
Jika diamati bola sepak kita tidaklah teruk sangat jika dibandingkan dengan beberapa negara seangkatan di era 70an dan 80an dengan kita tetapi kerana bola sepak mereka cepat matang dan mungkin lebih fokus kehadapan tidak seperti kita hari-hari ada sahaja dilaporkan bermasalahlah, gaji tak dibayarlah, kontrak belum ditandatanganilah dan sebagainya nasib baik tidak dilaporkan begini 'jersey kelmarin belum dicuci lagi'.
Hatta sekalipun pengurus berstatus tuan Sir Alex Ferguson menjadi jurulatih merangkap pengurus pasukan kebangsaan kita namun tidak akan merrrobbah landskap bola sepak kita jika resepinya tidak sebati dengan kemantapan, kematangan dan pembentukan pasukan kebangsaan kerana bola sepak memerlukan segala-galanya tanyalah pakar sains sukan bola sepak sentiasa perlukan pembaharuan, strategi, kemahiran, taktik, teknik,naluri, emosi, bentuk pemakanan yang betul dan juga tidak terkecuali 'tipu muslihat' yang dibenarkan dalam sukan tersebut.

21 January 2009

the 44th president of the United States


Barack Hussein Obama was born Aug. 4, 1961, in Honolulu, Hawaii. His father, Barack Obama, Sr., was born of Luo ethnicity in Nyanza Province, Kenya. He grew up herding goats with his own father, who was a domestic servant to the British. Although reared among Muslims, Obama, Sr., became an atheist at some point. Obama’s mother, Ann Dunham, grew up in Wichita, Kansas. Her father worked on oil rigs during the Depression. After the Japanese attack on Pearl Harbor, he signed up for service in World War II and marched across Europe in Patton’s army. Dunham’s mother went to work on a bomber assembly line. After the war, they studied on the G. I. Bill, bought a house through the Federal Housing Program, and moved to Hawaii. Meantime, Barack’s father had won a scholarship that allowed him to leave Kenya pursue his dreams in Hawaii. At the time of his birth, Obama’s parents were students at the East–West Center of the University of Hawaii at Manoa. Obama’s parents separated when he was two years old and later divorced. Obama’s father went to Harvard to pursue Ph. D. studies and then returned to Kenya. His mother married Lolo Soetoro, another East–West Center student from Indonesia. In 1967, the family moved to Jakarta, where Obama’s half-sister Maya Soetoro–Ng was born. Obama attended schools in Jakarta, where classes were taught in the Indonesian language. Four years later when Barack (commonly known throughout his early years as "Barry") was ten, he returned to Hawaii to live with his maternal grandparents, Madelyn and Stanley Dunham, and later his mother (who died of ovarian cancer in 1995). He was enrolled in the fifth grade at the esteemed Punahou Academy, graduating with honors in 1979. He was only one of three black students at the school. This is where Obama first became conscious of racism and what it meant to be an African–American. In his memoir, Obama described how he struggled to reconcile social perceptions of his multiracial heritage. He saw his biological father (who died in a 1982 car accident) only once (in 1971) after his parents divorced. And he admitted using alcohol, marijuana and cocaine during his teenage years. After high school, Obama studied at Occidental College in Los Angeles for two years. He then transferred to Columbia University in New York, graduating in 1983 with a degree in political science. After working at Business International Corporation (a company that provided international business information to corporate clients) and NYPIRG, Obama moved to Chicago in 1985. There, he worked as a community organizer with low-income residents in Chicago’s Roseland community and the Altgeld Gardens public housing development on the city’s South Side.

20 January 2009

18 January 2009

Wajah Baru

BESAR

BERANI

BERPENGARUH

17 January 2009

Pas@36


KUALA TERENGGANU: Pas merampas kerusi Parlimen Kuala Terengganu daripada Barisan Nasional (BN) apabila calonnya, Mohd Abdul Wahid Endut, menang dengan majoriti 2,631 undi. Abdul Wahid yang juga Yang Dipertua Pas Kuala Terengganu memperoleh 32,883 undi menewaskan calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh, mendapat 30,252 undi manakala calon Bebas, Azharudin Mamat @ Adam, hanya menerima 193 undi, sekali gus hilang deposit. Undi rosak pula sebanyak 665 undi manakala peratusan keluar mengundi ialah 79.73 peratus atau 63,967 pengundi. Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kuala Terengganu, Wan Mustafa Wan Hassan, di Stadium Negeri jam 9.30 malam tadi. Sebanyak 144 saluran di 36 pusat pembuangan undi dibuka mulai jam 8 pagi dan ditutup jam 5 petang bagi membolehkan 80,229 pemilih berdaftar menunaikan tanggungjawab mereka. Pada pilihan raya umum Mac tahun lalu, Allahyarham Razali menewaskan calon Pas, Mohamad Sabu dan calon Bebas, Maimun Yusuf dengan majoriti 628 undi.

Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh
Jumlah Undi: 30,252

Mohd Abdul Wahid Endut
Jumlah Undi: 32,883

Azharudin Mamat
Jumlah Undi: 193
Info:
Majoriti : 2,631
Undi Rosak : 665
Pemilih berdaftar : 80,229
Keluar Mengundi : 63,993
% Keluar Mengundi : 79.9%

16 January 2009

KT SIAPA PUNYA

Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu sampai ke kemuncak esok apabila 8,229 pengundi termasuk 1,302 pengundi pos akan menentukan siapakah yang akan dipilih sebagai Ahli Parlimen Kuala Terengganu yang baru. Tiga calon yang bertanding bagi merebut kerusi tersebut ialah Barisan Nasional (BN) yang diwakili oleh Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh, calon Pas, Mohd.Abdul Wahid Endut dan calon Bebas, Azharudin Mamat. Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian Datuk Razali Ismail pada 28 November lalu. Dalam pilihan raya umum pada 8 Mac tahun lalu(PR KE-12), Allahyarham Razali yang bertanding mewakili BN menewaskan calon Pas, Mohamad Sabu dan calon Bebas, Maimun Yusuf dengan majoriti 628 undi. Selain Wakaf Mempelam, kawasan Parlimen Kuala Terengganu mempunyai tiga lagi DUN iaitu Ladang dan Batu Buruk yang juga dikuasai oleh Pas dan Bandar yang diwakili oleh BN. Sejak 1982, BN menguasai kerusi Parlimen itu sehingga tahun 1999 sebelum ia ditawan oleh Pas, bagaimanapun BN merampas kembali kerusi berkenaan pada pilihan raya umum 2004 melalui Allahyarham Razali. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menyediakan 143 saluran di 36 pusat mengundi. SPR menjangkakan Parlimen Kuala Terengganu akan terus mencatatkan jumlah keluar mengundi yang tinggi seperti mana pilihan raya umum lalu yang menyaksikan 82.45 peratus atau 66,231 daripada 80,325 pengundi berbuat demikian.

Siapa bilang Gadis Melayu tak menawan!

Khairul Noor Maaidah Ali (gambar) mengakhiri pencarian Ikon Gadis Melayu apabila menjuarai peringkat akhir program realiti itu. Khairul Noor Maidah, 23, yang berasal dari Kuantan, Pahang menewaskan empat finalis lain rancangan itu iaitu Noor Afzan Mohd. Afzul Khan, Siti Norashikin Mohd. Nor, Nurul Khusna Uma dan Nur Aishah Zainal. Pelajar bidang komunikasi Universiti Malaya itu membawa pulang hadiah bernilai RM70,000 iaitu wang tunai RM10,000, pakej percutian, set barang kemas, perkakas elektrik dan produk kecantikan. Datuk Dr. Profesor Emeritus Nik Safiah Karim dan penceramah agama, Datuk Siti Nor Bahyah Mahmood, perunding motivasi dan penyanyi, Dr. Fazley Yaacob; pelakon Rahman Stephens; dan pakar budaya, Toh Puan Seri Diraja Noor Aini Abdullah, bertindak sebagai juri profesional pada pertandingan akhir itu.

14 January 2009

Memang Layakpun


Bintang bola sepak Manchester United dan Portugal, Cristiano Ronaldo dinobatkan selaku Pemain Terbaik Dunia-Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) 2008, Ronaldo yang juga memperoleh Ballon d'Or selaku Pemain Terbaik Eropah 2008 - satu lagi gelaran berprestij dunia bola sepak - menidakkan impian pemenang gelaran 2007, Kaka (Brazil), Lionel Messi (Argentina), Fernando Torres (Sepanyol) dan Xavi (Sepanyol). Marta dari Brazil diumumkan selaku pemain bola sepak terbaik wanita buat kali ketiga berturut-turut. Ronaldo muncul pemain Portugal kedua meraih anugerah tertinggi Fifa itu selepas Luis Figo pada 2001 dan pemain pertama yang bermain untuk kelab Inggeris. Dia mendapat 935 mata hasil undian jurulatih dan ketua pasukan kebangsaan 155 negara yang mengambil bahagian. Messi berada di tempat kedua (678 mata) diikuti Torres (203), Kaka (183) dan Xavi (155).

13 January 2009

Gadis Titanic

ANUGERAH Golden Globe kali ke 66 yang berlangsung di Los Angeles semalam menjadi malam yang cukup bermakna buat aktres kelahiran British, Kate Winslet apabila dinobatkan Aktres Terbaik untuk lakonan mantapnya sebagai isteri yang tertindas dalam filem dramatik Revolutionary Road arahan suaminya Sam Mendes. Kate, 34, kelihatan cukup terharu dan menangis selepas Cameron Diaz dan Mark Wahlberg mengumumkan namanya sebagai Aktres Terbaik. Dia mengetepikan empat aktres hebat lain iaitu Meryl Streep (Doubt), Anne Hathaway (Rachel Getting Married), Angelina Jolie (Changeling) dan Kristin Scott Thomas (I’ve Loved You So Long).
Sebelum itu, Kate membuka tirai penerima anugerah pertama malam itu apabila diumumkan Aktres Pembantu Terbaik bagi filem The Reader. Kategori ini turut mencalonkan empat aktres yang tidak kurang hebatnya iaitu Penelope Cruz (Vicky Cristina Barcelona), Marisa Tomei (The Wrestler) dan dua pelakon Doubt, Amy Adams dan Viola Davis. Pelakon itu yang mula mencipta nama selepas lakonan berkesannya dalam filem cinta penuh tragik arahan James Cameron, Titanic bersama Leonardo DiCarpio, digandingkan sekali lagi dengan aktor itu dalam Revolutionary Road. Kate pernah dicalonkan sebanyak lima kali dalam Golden Globe begitu juga untuk Anugerah Oscar tetapi nasib tidak pernah menyebelahinya.
PROFIL:
Nama penuh: Kate Elizabeth Winslet
Nama komersial: Kate Winslet
Tarikh lahir: 5 Oktober 1975
Umur: 33 tahun
Tempat lahir: Reading, Berkshire, England
Berkahwin kali pertama dengan Jim Threapleton dan kemudiannya selepas bercerai, berkahwin kali kedua dengan Sam Mendes
Anak: Mia Honey (perkahwinan pertama) dan Joe Alfie Winslet Mendes (perkahwinan kedua).

07 January 2009

Biodata Calon KT


BIODATA
Nama: Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh
Tarikh lahir: 13 November 1962 Umur: 46 tahun
Isteri: Toh Puan Intan Baizura Abdul Wahab, 40
Anak:
Wan Syafiqah Iryani, 19;
Wan Anis Majida, 15;
Wan Syazana Fasihah, 11;
Wan Deena Masyitah, 8;
Wan Nureen Sofia, 5;
Wan Khaireen Dunnyana, setahun.
Jawatan dalam parti: Ketua Bahagian Umno Kuala Terengganu
Pendidikan: Berkelulusan Undang-Undang dari Universiti Thames Valley, London
Rumah: Suasana Sentral Kondominium, KL Sentral, Kuala Lumpur
DATUK Wan Ahmad Farid, dilahirkan di Jalan Ibrahim, Kuala Terengganu pada 13 November 1962 dan pernah bertugas sebagai Peguam bela dan Peguam cara mulai 1987. Beliau menang jawatan Ketua Umno bahagian Kuala Terengganu selepas menewaskan Datuk Roslan Awang Chik pada 2004.Berusia 46 tahun, beliau kini menjadi Ketua Bahagian Umno Kuala Terengganu yang disandangnya sejak dua penggal.Beliau dilantik Senator pada 2006 dan bertugas sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Keselamatan Dalam Negeri bermula 1 Januari 2004 hingga 18 Mac 2008, sebelum dilantik sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri, mulai 19 Mac lalu.Beliau yang gemar membaca, memiliki kelulusan Undang-Undang dari Universiti Thames Valley, London. Selain itu, beliau yang juga Presiden Persatuan Badminton Terengganu mempunyai pengalaman dan pembentangan kertas kerja dan menghadiri seminar di beberapa negara.Antaranya, persidangan Regional Ethics In Leadership di Vietnam pada 2000; pemerhati pilihan raya Presiden Amerika Syarikat atas jemputan Jabatan Negara AS (2000), membentang kertas kerja Ancaman Keganasan Di Asia Tenggara, CSIS, Jakarta (2002).Beliau juga pernah menjadi Pengerusi Bengkel Penubuhan Komuniti Asean di Manila di Asean People's Assembly (2002) dan berucap di Institut Rantau Asia dan Pasifik, University of Sydney semasa menjadi tetamu kerajaan Australia pada 2003.

BIODATA
Nama: Mohd Abdul Wahid Endut Umur: 52
Isteri : Wan Fatimah Wan Abdullah
Pekerjaan: Guru
Anak: Sembilan
Kelayakan Akademik:Sekolah Menengah Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu
Ijazah Perikanan & Maritim, Universiti Putra Malaysia (UPM)
Jawatan Politik:Bendahari Pas Terengganu
Yang Dipertua Pas, Kuala Terengganu
Jawatan Kerajaan:Exco Pembangunan Usahawan dan Belia Negeri (1999-2004)
MOHD Abdul Wahid Endut, 52, adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Wakaf Mempelam, satu daripada empat Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Kuala Terengganu. Abdul Wahid menjadi Adun sejak lima penggal dari tahun 1990 dan pernah sepenggal menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco), ketika Pas mentadbir Terengganu pada 1999 hingga 2004. Abdul Wahid boleh dianggap sebagai anak didik Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Mustafa Ali kerana kerusi Wakaf Mempelam yang beliau wakili hingga kini adalah kerusi yang dimenangi oleh Mustafa ketika PAS melakukan 'comeback' di Terengganu pada 1982. Anak jati Terengganu ini dilahirkan pada 29 September 1957 di Kampung Pulau Rusa dan kini menetap di Kampung Seberang Baruh Kiri, Jalan Kelantan, Kuala Terengganu. Beliau mempunyai seorang isteri bernama Wan Fatimah Wan Abdullah bersama 9 orang anak, yang terdiri daripada dua lelaki dan tujuh orang perempuan. Isterinya seorang warga pendidik di sebuah sekolah kerajaan di negeri ini. Abdul Wahid mula mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu, sebelum melanjutkan ke peringkat menengah di Sekolah Menengah Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu dan menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi di Universiti Pertanian Malaysia (UPM) (kini dikenali Universiti Putra Malaysia). Beliau juga mempunyai pengalaman bekerja sebagai Pegawai Tadbir di UPM dan menjalankan perniagaan berasaskan pertanian sebelum berkecimpung sepenuh masa sebagai ahli politik. Dalam parti, beliau kini adalah Yang Dipertua Pas, Kuala Terengganu dan Bendahari Badan Perhubungan Pas negeri Terengganu. Selain itu, pengalamannya dalam parti PAS pernah memegang jawatan Bendahari Dewan Pemuda Pas Pusat dan Ketua Pemuda Pas Terengganu dari tahun 1991 hingga 1993. Prinsip perjuangan beliau ialah, "Usah sekali-kali mencari musuh, tetapi jika musuh datang kita akan menghadapinya." Beliau dipilih sendiri Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk menjadi calon parti itu bagi merebut kembali kerusi Parlimen Kuala Terengganu yang sudah ditawan BN selama dua penggal sejak 2004. Pemilihan Abdul Wahid diputuskan sesudah mendapat restu Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Pemilihan beliau sebagai calon parti mengejutkan ramai pihak sama ada dalam Pas, mahupun saingannya dalam Umno. Sebelum ini, nama yang paling disebut-sebut sebagai calon Pas ialah Adun Batu Buruk, Dr Syed Azman Ahmad Nawawi dan Mustafa Ali.




BIODATA
Nama: Azharudin Mamat Umur: 46 tahun
Pekerjaan: Tabib Perubatan Alternatif
Asal: Kampung Ladang Pasar, Kuala Terengganu
Pendidikan: Lulusan Kursus Teknologi Makanan, Unitersiti Putra Malaysia (UPM)KEMUNCULAN Azharudin Mamat @ Adam, pada saat akhir tempoh penyerahan borang pencalonan ditutup pada hari penamaan calon pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu, pada 6 Januari, bukan saja mengejutkan ramai pihak, malah beliau bukannya calon Bebas sebenar yang disebut-sebut sebelum ini. Dengan niat untuk membantu golongan golongan miskin tanpa mengira bangsa di kawasan Parlimen berkenaan, Azharudin, seorang tabib dari Kampung Ladang Pasar, Kuala Terengganu, berkata bukan tujuannya membuat kejutan, tetapi cuma masa yang terlalu sibuk sehingga beliau tidak sempat memberitahu cadangannya untuk menawar diri sebagai calon. "Saya sebenarnya sudah tergerak hati untuk bertanding beberapa hari selepas penyandang kawasan Parlimen ini, Allahyarham Datuk Razali Ismail meninggal dunia, November lalu. "Matlamat kita untuk tolong orang miskin kerana saya lihat ramai pemimpin yang hanya bercakap untuk tolong tapi tak berbuat apa selepas menang," katanya. Mengenai peluangnya untuk menang, bapa kepada sembilan anak itu menyerahkannya kepada Allah. "Terpulang kepada Allah, kalau Allah nak buka hati penduduk sini, Insya-Allah," katanya yang juga anak bekas Setiausaha Politik bekas Menteri Besar Terengganu, Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad iaitu Datuk Adam Taib. Azharudin yang menjalankan perniagaan perubatan alternatif di Kampung Ladang Pasar itu akan menggunakan 'buku' sebagai lambangnya pada pilihan raya kecil itu.

KEKEJAMAN REJIM ISRAEL

MENYAYAT HATI... Mayat seorang kanak-kanak perempuan yang hanya nampak kepala ditemui di bawah runtuhan rumahnya yang musnah akibat serangan tentera Zionis di Gaza, semalam. Penduduk Palestin berada di ambang maut apabila bantuan ubat-ubatan, air bersih dan makanan tidak dapat disalurkan akibat sekatan Israel. (Utusan Malaysia)
Kekejaman rejim Yahudi yang dilaknati oleh Allah SWT, sewajarnyalah manusia sejagat mengutuk tindakan Israel ini tapi apa yang diketahui dan dilihat bahawa negara-negara Arab seolah berdiam diri, kaku dan lesu tanpa banyak bicara dalam soal umat Islam di palestin disembelih oleh Yahudi. Setiap hari nyawa umat Islam di Tanah palestin ini terkorban begitu sahaja tanpa ada seketan yang dikenakan oleh PBB, kita hanya mampu mengutuk tindakan Yahudi ini dari jauh dan kesannya amat menyayat hati kepada keluarga mereka yang terkorban.

Bukan Hamas juga Fatah!


Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu pada 17 Januari ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasioanal (BN), Datuk Wan Ahmad farid Wan Salleh, 46, berhadapan dengan dua pencabal iaitu calon Pas, Mohd. Abdul Wahid Endut, 51 dan calon Bebas, Azharudin Mamat@Adam,kekosongan itu disebabkan kematian Ahli Parlimennya iaitu Datuk Razali Ismail pada 28 November lepas. Dalam pilihan raya umum lalu, Razali mempertahankan kerusi berkenaan selepas memperoleh majoriti 628 undi mengalahkan calon Pas, Mohamad Sabu dan calon Bebas, Maimun Yusof, 89, yang membuat keputusan tidak bertanding kali ini kerana tidak cukup wang. Kawasan Parlimen Kuala Terengganu mempunyai empat Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Wakaf Mempelam, Ladang dan Batu Buruk yang ketiga-tiga dikuasai oleh Pas serta Bandar yang diwakili oleh BN. Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian yang pada 17 Januari ini, seramai 80,229 pengundi berdaftar meliputi 79,194 pemilih biasa dan 1,035 pengundi pos akan mengundi.

06 January 2009

Angkara Syaitan, Iblis dan Yahudi




Hari ini genaplah 11 hari tentera rejim Zionis yang dilaknati oleh Allah SWT, menyembelih, membunuh dan menghancurkan rakyat serta negara Palestin yang lebih 60 tahun menderita akibat seksaan dan serangan oleh rejim kebinatangan Yahudi ini untuk menghalau rakyat Palestin dan sekali gus melenyapkan umat ini di bumi mereka sendiri. Penyembelihan rejim Zionis yang layak diibaratkan sebagai haiwan bertopengkan manusia ini bermula pada 27 Disember lalu, sebenarnya gagasan rejim Zionis ini menghamparkan nafsu serekah mereka melalui perjanjian yang karut diktandatangani pada tahun 1948, bermula dari saat itu rejim ganas ini ingin menegakkan negara mereka di bumi Palestin dan sekali gus ingin meranapkan bangsa Palestin. Kita hanya mampu berdoa agar rakyat palestin ini mampu untuk mempertahankan negara berdaulat mereka dan berdoa agar bala besar dari Allah SWT memusnahkan rejim Zionis ini dari bumi Palestin serta tangan-tangan dan kepala hotak yang menyokong Yahudi, hikmah dari kesengsaraan rakyat palestin ini wajar dijadikan contoh yang maha besar dan maha hebat oleh rakyat negara ini supaya memelihara perpaduan, ajaran agama Islam yang utuh dan usah dengan sewenang-wenangnya menggadaikan maruah negara ini dan yang penting jangan beri Tanah peribumi datuk moyang kepada 'orang luar'.

Kempen Penghapusan Bangsa

Fakta Serangan Israel
. Masuk hari yang ke-10 sejak dilancarkan pada 27 Disember lalu

. Jumlah korban lebih 524 orang termasuk 94 kanak-kanak

. Lebih 2500 cedera

. Tentera Israel kepung Gaza City dan membahagi

dua Genting Gaza selepas mengawal jalan raya utama

. Serangan udara mengenai 130 sasaran

. Pertempuran sengit di Jabaliya dan Beit Lahiya

. Lebih 1,000 bedilan dilancarkan ke arah Gaza
. Bekalan air, makanan dan elektrik terputus

. Begitulah biadap dan kejamnya Israel ini

. Malaysia wajib berwaspada kerana rejim Israel ini ada dimana-mana

dan sudah hampir dengan kita.

05 January 2009

1st day

Alhamdulillah hari ini merupakan hari bersejarah bagi Danish kerana adalah hari pertama ke sekolah di kelas tahun 1 di salah satu daerah yang dikenali dengan kelip-kelip di negeri yang terkenal dengan slogan merah kuning, semoga beroleh kejayaan sama seperti slogan 'Datang dengan Harapan Pulang dengan Kejayaan' menjadi realiti dalam kehidupannya menjelang masa-masa akan datang zaman persekolahannya.

02 January 2009

Tangan yang menghayun boleh mengoncang dunia

Bekas Perdana Menteri, Khaleda Zia hari ini berkata, beliau menerima kekalahannya pada pilihan raya umum lalu walaupun tetap dengan pendirian bahawa berlaku penipuan sewaktu pengundian. Parti Liga Awami yang diketuai oleh seorang lagi bekas Perdana Menteri, Sheikh Hasina menang besar pada pilihan raya yang diumumkan Isnin lalu, sekali gus menamatkan pemerintahan tentera selama dua tahun. Parti Kebangsaan Bangladesh (BNP) yang dipimpin oleh Khaleda hanya meraih 29 kerusi daripada keseluruhan 300 kerusi manakala Liga Awami memenangi hampir 230 kerusi.

01 January 2009

2009

Kadang kala kita tidak dapat apa yang diingini, namun kita sentiasa dapat apa yang kita perlukan semoga menjadikan 12 bulan penuh gemilang, 52 minggu penuh kebahagiaan, 365 hari penuh keberkatan, 8760 jam penuh kasih sayang.

Selamat Menyambut Tahun 2009