16 January 2009

Siapa bilang Gadis Melayu tak menawan!

Khairul Noor Maaidah Ali (gambar) mengakhiri pencarian Ikon Gadis Melayu apabila menjuarai peringkat akhir program realiti itu. Khairul Noor Maidah, 23, yang berasal dari Kuantan, Pahang menewaskan empat finalis lain rancangan itu iaitu Noor Afzan Mohd. Afzul Khan, Siti Norashikin Mohd. Nor, Nurul Khusna Uma dan Nur Aishah Zainal. Pelajar bidang komunikasi Universiti Malaya itu membawa pulang hadiah bernilai RM70,000 iaitu wang tunai RM10,000, pakej percutian, set barang kemas, perkakas elektrik dan produk kecantikan. Datuk Dr. Profesor Emeritus Nik Safiah Karim dan penceramah agama, Datuk Siti Nor Bahyah Mahmood, perunding motivasi dan penyanyi, Dr. Fazley Yaacob; pelakon Rahman Stephens; dan pakar budaya, Toh Puan Seri Diraja Noor Aini Abdullah, bertindak sebagai juri profesional pada pertandingan akhir itu.