07 April 2013

PUTRAJAYA 3 April - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembubaran Parlimen Ke-12 selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) berkuat kuasa hari ini.
 
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan semua anggota Jemaah Menteri yang lain hadir pada pengumuman di Pejabat Perdana Menteri itu dengan masing-masing memakai sut hitam dan bertali leher merah. Mengambil sempena genap empat tahun beliau menggalas tanggungjawab serta amanah sebagai Perdana Menteri, Najib menurunkan peringatan serta nasihat satu per satu dalam mesej pembubaran itu.
 
Beliau berkata, ketua-ketua kerajaan negeri dinasihatkan menghadap ketua-ketua negeri bagi mendapat perkenan pembubaran Dewan Undangan Negeri masing-masing agar PRU-13 dapat diselaraskan serentak di seluruh negara.