30 August 2007

MERDEKA!!


Tepat Jam 12:00 malam ini negara kita yang tercinta Malaysia, akan menyambut Hari Ulang Tahun Kemerdekaan yang ke-50 tahun, syabas dan tahniah; Malaysiaku Gemilang, MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

28 August 2007

Malaysia 3 - Singapura 1

PETALING JAYA - Anak didik B. Sathianathan memenuhi hajat peminat bola sepak yang dahagakan kejayaan apabila dengan bergaya melangkah ke perlawanan akhir selepas menewaskan juara Piala AFF, Singapura 3-1 pada saingan separuh akhir Kejohanan Pesta Bola Merdeka Edisi ke-39 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), semalam. Tiada ungkapan mampu diluahkan melihat kegigihan barisan muda kebangsaan memerah keringat dengan mempamerkan aksi paling menarik yang sememangnya tidak menghampakan kehadiran 10,000 penyokong. Dua gol menerusi Safee Sali pada minit ke-18 dan 76 serta Mohd. Khyril Muhymeen di minit ke-14 sudah cukup meranapkan barisan berpengalaman Singapura biarpun lawan berjaya merapatkan jurang menerusi jaringan tunggal Agus Casmir pada minit ke-48. Kemenangan tersebut membolehkan Malaysia membuat perhitungan dalam perlawanan akhir berdepan penyandang juara, Myanmar di Stadium Shah Alam, malam esok. Myanmar selaku penyandang juara pula melangkah ke perlawanan akhir lebih awal setelah menumpaskan Zimbabwe 3-1. Malaysia selangkah kaki untuk dinobatkan selaku juara Pesta Bola Merdeka buat kali ke-11 dan hanya menanti untuk melebur penantian 14 tahun bergelar juara apabila kali terakhir menjulangnya pada 1993. Malaysia kali terakhir bergelar juara sejak kejohanan ini berlangsung pada 1957 ialah pada 1993 ketika barisan yang diketuai oleh Dollah Salleh dan Azman Adnan menewaskan Korea Selatan B 3-1 manakala pada tahun 2000 skuad kebangsaan tewas 2-0 kepada New Zealand dalam perlawanan akhir. Sementara itu dalam perlawanan separuh akhir pertama dua gol menerusi Yan Paing pada minit ke-32 dan 57 memastikan Myanmar melangkah ke perlawanan akhir buat kali kedua berturut-turut selepas menewaskan Zimbabwe 3-1.

26 August 2007

Guru Wanita Baik Untuk Murid Lelaki

CALGARY: Pelajar lelaki boleh memiliki kemahiran membaca lebih baik jika diajar oleh guru perempuan, menurut kajian dari Kanada, bertentangan dengan dasar beberapa sekolah untuk mengupah guru lelaki bagi memperbaiki tahap pembacaan pelajar lelaki. Secara purata, pelajar lelaki yang dipasangkan dengan guru perempuan berasa lebih baik mengenai skil pembacaan mereka selepas 10 minggu berbanding rakan yang diasuh pembantu penyelidik lelaki. Katz berkata, kajian yang diterbitkan dalam majalah Amerika Syarikat, Sex Roles, mungkin mendorong pembuat dasar pendidikan di negara seperti Australia dan Britain untuk mempertimbangkan semula arahan yang menggesa lebih ramai guru lelaki diambil untuk menjadi contoh kepada pelajar yang menghadapi masalah pembacaan.

Cuma Lesotho!


Apapun tahniah kepada skuad negara mengancam selepas 10 saat apabila daripada sepak mula apabila Khyril Muhymeen Zambri menguji penjaga gol lawan, Phasumane Kholuoe tetapi gol pencetus semangat hanya diperoleh pada masa kecederaan babak pertama menerusi ketua pasukan, Shukor Adan.Bermula daripada sepakan sudut Norsharul Idlan Talaha daripada sebelah kanan, Shukor, yang menyumbang satu gol ketika mengalahkan Laos 2-0, menanduk masuk cantik ke penjuru kanan gol lawan.Dua minit babak kedua berlangsung, giliran Khril Muhymeen menyumbat gol dengan tandukan hasil umpanan lintang Norsharul sebelum Zaquan Adha Radzak, digandingkan dengan Samransak Kram kerana Safee Sali menjalani penggantungan, menambah derita Lesotho yang keletihan.Zaquan bijak memanfaat kealpaan lawan apabila merampas bola daripada kaki pertahanan Lesotho dari tengah padang sebelum meluru solo dan memperdayakan Kholuoe dengan tendangan leret ke arah kiri gawang.Tidak cukup dengan gol itu, Norsharul menjaringkan gol keempat tuan rumah selepas serang balas di sayap kiri memberikan peluang buatnya merembat kencang ke penjuru kanan gawang, meninggalkan Kholuoe yang terpinga-pinga kaku.Di Shah Alam, juara bertahan Myanmar mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Laos untuk muncul juara kumpulan dengan sembilan mata penuh.Walaupun mengasak kubu Laos sejak awal permainan, Myanmar dipaksa menanti hingga minit ke-30 untuk memecah kebuntuan menerusi rembatan penyerang tinggi lampai,Yan Paing dari jarak 25 meter.
MALAYSIA: Syed Adney Syed Hussein; Daudsu Jamaluddin, Aidil Zafuan Radzak (Syamsol Sabtu 73), Norhafiz Zamani Misbah, Sumardi Hajalan; Nor Farhan Muhammad, Norsharul Idlan Talaha, Shukor Adan, Khyril Muhymeen Zambri; Zaquan Adha Radzak (Azi Shahril Azmi 80), Samransak Kram (Amirulhadi Zainal 63).

22 August 2007

Larangan Bersetubuh

Larangan bersetubuh dengan isteri yang sedang haid
Oleh: DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI
SYEIKH al-Maghari berkata: Persoalan yang dikemukakan ini merupakan salah satu daripada tiga soalan yang datang secara ‘ataf dengan wau kerana hubungannya dengan sebelum dan selepasnya. Ini kerana kesemuanya berkenaan dengan persoalan wanita.
Di samping itu, berlakunya pengaruh kefahaman di Madinah antara golongan Arab dan Yahudi berkenaan dengan masalah haid. Justeru Allah menurunkan ayat ini.
Allah berfirman: Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) haid. Katakanlah: “Darah haid itu satu benda yang (menjijikkan dan) mendatangkan mudarat”. Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan (jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu, dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci. Kemudian apabila mereka sudah bersuci maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu. Sesungguh-Nya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri. (al-Baqarah: 222)
Sebab timbulnya pertanyaan itu. Para ulama berselisih kepada dua pendapat.
Anas bin Malik meriwayatkan dengan katanya: Bagi orang Yahudi, apabila wanita mereka kedatangan haid, maka mereka tidak akan makan dan minum bersama dan tidak duduk sekali dengan mereka dalam sebuah rumah. Lalu hal itu ditanyakan kepada Nabi s.a.w.. Maka Allah menurunkan ayat: Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), tentang (hukum) haid. Katakanlah: Darah haid itu satu benda yang menjijikkan dan mendatangkan mudarat. Lalu Baginda menyuruh mereka supaya makan dan minum bersama-sama wanita-wanita haid itu dan hendaklah mereka tinggal serumah dan melakukan apa sahaja kecuali persetubuhan.
Lantaran orang Yahudi pun berkata: Muhammad hanya mahu membuat kelamin dari setiap urusan kita. Kemudian datanglah Usaid bin al-Hudair dan Ubad bin Bisyr. Mereka berkata: Wahai Rasulullah mengapa kita tidak membuat kelainan daripada orang Yahudi itu dengan menyetubuhi isteri semasa haid?
Lantas berubahlah air muka Rasulullah s.a.w., sehingga kami menyangka Baginda marah kepada mereka berdua. Kata Abbas: Kemudian mereka berdua bangun dan keluar. Tetapi sejurus kemudian datang orang membawa hadiah susu kepada Baginda, lalu Nabi menghantar orang menjejaki mereka dan memberikan mereka minum susu. Tahulah mereka bahawa Nabi tidak marah kepada mereka. Hadis ini sahih dan disepakati para imam ahli hadis.
Firman Allah s.w.t: Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) haid. Katakanlah: “Darah haid itu satu benda yang (menjijikkan dan) mendatangkan mudarat”. Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri daripada perempuan (jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci.
Ibn al-Arabi berkata: Tafsiran al-Mahid. Perkataan ini di atas wazan Maf’il, ia berasal daripada kata kerja yang bermaksud mengalir. Orang Arab menyebut: Pokok dan pohon balak itu mengalir. Yakni apabila mengalir lembapan-lembapannya (air bah mengalir). Seorang penyair berkata: Dan mengalirlah ke atasnya aliran air bah yang besar. Dari segi maksudnya, ia membawa erti darah yang dilepaskan oleh rahim sehingga memancar keluar. Ia mempunyai lapan nama iaitu; Haid, ‘Arik, arik, Tamis, Daris, Kabir, Dahik dan Tamith.
Mujahid menafsirkan firman Allah: Lalu dia (isteri Nabi Ibrahim) tertawa. Dengan maksud, kedatangan haid, seorang penyair menyebutkan yang bermaksud: Dan ditinggalkan isterinya pada suatu hari tatkala dia kedatangan haid.
Ahli tafsir menyebutkan firman Allah yang bermaksud: Maka ketika mereka melihatnya, mereka tercengang melihat kecantikan parasnya. Dengan memberi maksud datanglah haid mereka. Mereka menguatkan alasan dengan mengemukakan bait syair yang bermaksud: Wanita itu didatangi apabila mereka suci dan mereka tidak didatangi apabila mereka berhaid.
Tetapi selepas suci pun, persoalan ini bukanlah persoalan yang boleh dilakukan sewenang-wenang mengikut kemahuan hawa nafsu dan cara-cara yang menyeleweng, malah ia tetap terikat dengan perintah Allah, kerana hubungan kelamin merupakan tugas yang terbit daripada perintah dan taklif dan terikat dengan cara dan batas-batas yang tertentu.
Bagi tafsiran Aza seperti firman Allah yang bermaksud: Katakanlah: Darah haid itu satu benda yang menjijikkan dan mendatangkan mudarat. Tentang perkataan Aza terdapat empat pendapat:
*Ia bermaksud kotoran. Dikatakan oleh Mujahid dan al-Suddi.
*Ia bermaksud darah. Dikatakan oleh Mujahid.
*Ia bermaksud najis.
*Ia bermaksud perkara yang tidak disenangi dengan sebab bau, kemudaratan dan kenajisannya. Pendapat keempat ini adalah pendapat yang sahih kerana dua sebab:
*Pengertian ini merangkumi semua pengertian yang lain.
*Allah berfirman dalam ayat lain yang bermaksud: Jika kamu dihalangi oleh sesuatu yang menyusahkan seperti hujan.
Perkataan ini boleh dirujuk kepada tiga andaian yang dibincangkan sebelum ini iaitu sama ada merujuk kepada tempat haid secara majaz. Ia dirujuk kepada majaznya secara hakikat.
Firman Allah: Kemudian apabila mereka sudah bersuci maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu. Ada tiga pendapat tentang maksud ayat ini;
Firman Allah yang bermaksud: Sehingga mereka suci. Yakni sehingga (putus) berhenti darahnya. Pendapat ini dikatakan oleh Abu Hanifah tetapi pendapatnya bercanggah pada dua tempat apabila beliau berkata: Apabila darahnya berhenti pada tempoh maksimum haid maka halallah dia, tetapi jika darahnya terhenti pada tempoh minimum haid maka dia tidak halal kecuali dengan berlalu satu waktu solat yang sempurna. Ia bermaksud, jangan menyetubuhi wanita haid sehinggalah dia mandi junub. Pendapat ini dikatakan oleh al-Zuhri, Rabiah, al-Laith, Malik, Ishak, Ahmad dan Abu Thaur. Sehingga dia berwuduk untuk solat.
Pendapat ini dikatakan oleh Taus dan Mujahid. Datangilah mereka pada tempat yang melahirkan anak bukan pada tempat yang lain. Matlamat hubungan kelamin bukanlah semata-mata melepaskan keinginan nafsu tetapi melanjutkan hayat dan mencari ketetapan Allah.
Allah telah menetapkan sesuatu yang halal dan memfardukannya dan kewajipan seorang Muslim ialah mencari apa yang telah ditetapkan oleh Allah dan bukannya menciptakan sendiri apa yang dikehendakinya, Allah memfardukan segala apa yang difardukannya itu untuk membersihkan para hamba-Nya dan Dia amat sayangkan mereka yang bertaubat apabila mereka melakukan kesilapan dan pulang kepada-Nya memohon keampunan.
Firman Allah yang bermaksud: Menurut jalan yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu. Terdapat enam pendapat tentang maksud ayat ini:
*Datangilah mereka dari mana tempat yang sebelum itu dilarang.
*Datangilah mereka dari kemaluan hadapan. Dikatakan oleh Ibn Abbas dan Mujahid melalui salah satu daripada dua pendapatnya yang dilaporkan.
*Datangilah mereka seluruh badannya. Juga dikatakan oleh Ibn Abbas.
*Datangilah mereka dari tempat sebelum sucinya. Dikatakan oleh Ikrimah dan Qatadah.
*Datangilah mereka dari arah (dengan cara) perkahwinan.
*Datangilah dalam keadaan yang Allah halalkan kepada kamu, janganlah mereka itu perempuan yang sedang berpuasa atau berihram atau beriktikaf. Dikatakan oleh al-Asam.
Firman Allah: Sesungguh-Nya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa menyucikan diri. Di bawah bayangan inilah ayat yang berikut menggambarkan salah satu daripada hubungan suami isteri yang sesuai dan selaras dengan garis-garisnya.
Iktibar ayat
*Syeikh al-Maraghi berkata: Ayat ini menunjukkan syariat menggalakkan perkahwinan dan mengharamkan kerahiban dengan meninggalkan perkahwinan semata-mata niat beribadat dan mendekatkan kepada Allah.
*Haid merupakan perkara yang keji dan boleh membawa kepada penyakit jika bersama dengan isteri ketika datangnya haid. Walaupun begitu boleh dilakukan apa saja kecuali bersetubuh sahaja berdasarkan riwayat Ahmad, Muslim dan Ashabu Sunan.
*Dua sifat yang amat disukai Allah iaitu sentiasa bertaubat dan membersihkan diri.
- DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI ialah pensyarah Fakulti Syariah dan Undang- undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM

14 ke 41

Pagi tadi betul2 pening kepala memerah otak yang antara beku, berkarat dan lesu, apa tidaknya Enam jam tiga puluh minit perlu menyiapkan sebanyak 557 soalan yang mantap, mengelirukan, fakta dan angka2.
Sahsiah Diri - 1 jam 200 soalan
Minat - 40 minit 227 soalan
Pengetahuan Am - 40 minit 50 soalan
Menyelesaikan Masalah - 45 minit 40 soalan
BI dan BM -45 minit 40 soalan.

Apapun semoga diri ini berjaya mengharunginya dan lulus.InsyaAllah

17 August 2007

Lagu Tema 50 Tahun Merdeka!

Marilah kita semua
Atas nama negarabangsa
Dengan tekad mulia
Maju berwawasan
Mencipta keagungan
Berpadulah kita semua
Di dalam satu suara
Dengan degupan Merdeka
Menjulang budaya bangsa
Untuk Malaysia tercinta
Malaysiaku gemilang
Merdekanya terbilang
Berdaulat dan makmur
Berjaya kami syukur
Malaysia, kebebasan kedamaian
Malaysia, kebahagiaan kebanggaan
Malaysia, cemerlang terbilang
Malaysiaku gagah gemilang
Muzik oleh : Nik Nizam Jaafar - Istana Budaya
Lirik oleh : Rais Yatim & Hairul Anuar Harun

Pekerja Asing Di Bumi Bertuah

Penduduk Malaysia kini berjumlah 27.17 juta orang, masyarakat Melayu 13.77 juta; Bumiputera lain 2.9 juta; Cina 6.3 juta; India 1.88 juta; Lain-lain 326,000 dan bukan warga negara atau pekerja asing 1.91 juta malah lebih ramai dari kaum India...apa sudah jadi ooo jumlah itu tidak termasuk lebih 400,000 pendatang asing yang memasuki negara ini secara haram lagi mudah serta hampir 100,000 tahanan di depoh imigresen? Pengambilan pekerja asing akan meningkat kepada 7,000 sebulan dan pada tahun 2009 meningkat kepada kepada 2 juta orang sedangkan kaum India dianggarkan cuma 1.93 juta. Dianggarkan pada 2009 penduduk negara meningkat kepada 28.306 juta, masyarakat Melayu 14.409 juta; Bumiputera lain 3.128 juta; Cina 6.437 juta; India 1.939 juta; Lain-lain 340,000 dan bukan warganegara atau pekerja asing 2.051 juta.
Stastitik pekerja asing sehingga 30 Jun 2007
Pembuatan - 662,320
Perladangan - 347,738
Pembantu Rumah - 318,562
Pembinaan - 266,742
Perkhidmatan - 177,791
Pertanian - 140,900
Warganegara
Indonesia - 1,176,463
Nepal - 226,225
India - 143,308
Myanmar - 119,365
Vietnam - 114,406
Bangladesh - 61,756
Filipina - 25,079
Thailand - 16,515
Pakistan - 13,660
Kemboja - 9,032
Sri Lanka - 3,828
Laos - 44
Uzbekistan - 10
Jumlah - 1,914,053
Jumlah pekerja asing itu tidak termasuk pendatang asing tanpa izin di Sabah yang memasuki negeri ini secara mudah, selamat dan terpelihara, yang kemungkinannya lebih ramai dari penduduk bumiputera di negeri ini?...Pekerj ataupun pendatang asing di negara ini sinonim dengan masalah sosial, jenayah, kesihatan, keselamatan dan juga hak sebagai berpolitik mungkin, masalah inilah yang menghantui dan menjadi igauan genarasi bumiputera akan datang...bersama-samalah kita mengambil iktibar daripada negara Palestine yang ketika ini menjadi pelarian yang maha daif di negara sendiri...wahai bangsaku..'tepuk dada tanya minda'

14 August 2007

Nahas Terburuk Negara


TAIPING: Dua puluh orang termasuk tiga pasangan suami isteri maut manakala sembilan lagi cedera apabila sebuah bas ekspres terbabas dan terhumban ke dalam parit di Kilometer 229.1 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran kawasan Rehat dan Rawat Bukit Gantang di sini, semalam.Nahas jalan raya terburuk dalam sejarah negara itu sekali gus menimbulkan semula persoalan berhubung isu pemandu yang mempunyai kesalahan trafik berulang, tetapi masih ‘bebas’ memandu kenderaan awam.

06 August 2007

Wanita Terbaik




Tahniah Pelakon wanita terbaik FFM20
Vanida Imran, memang merah

Susu Ibu Yang Terbaik

Pemberian susu lembu punca gejala sosial?

MACAM INI: Kamariah Mohd Alwi, 33, mendukung anaknya Nur Wujdan, tiga bulan selepas menyusukannya sambil diperhatikanpeserta yang menghadiri ceramah berkenaan.Kisah Aminah upah Halimatusaadiah sebagai ibu susuan Nabi Muhammad peringatan penting
MUNGKINKAH parahnya penyakit sosial di kalangan masyarakat hari ini adalah akibat meminum susu lembu sebagai ganti susu ibu? Mahu atau tidak, inilah hakikat yang perlu dipertimbangkan semula kerana bijak pandai mengatakan, ‘Kita adalah apa yang kita makan’.Tidak hairanlah manusia yang dilahirkan, tetapi diberi minum susu lembu memiliki ciri seekor lembu atau kata lain, bersifat kebinatangan. Bunyinya keras, tetapi lihatlah masyarakat hari ini yang lebih ganas daripada binatang liar.

Sumbang mahram, rogol dan bunuh, dera dan sebagainya semakin menjadi-jadi. Keganasan sering kali dipilih sebagai kaedah penyelesaian masalah walaupun bagi masalah kecil.Kebimbangan wujud manusia berciri kebinatangan hari ini disuarakan tokoh agama, Datuk Abu Hassan Din Al Hafiz ketika menyampaikan ceramah sempena Minggu Penyusuan Ibu Sedunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur, baru-baru ini. Beliau berkata, sikap lebih gemar memberi susu lembu kepada bayi berbanding susu ibu menyebabkan masyarakat tidak sedar bahawa mereka sedang menjana manusia ‘Nas’ yang bersifat kebinatangan.“Manusia terbahagi kepada dua iaitu manusia ‘Nas’ yang tidak menggunakan akal dan suka melakukan kemungkaran dan satu lagi, manusia ‘insan’ yang lebih cenderung kepada kebaikan dan memelihara diri daripada kejahatan. “Jika diperhatikan, di dalam al-Quran ada 300 ayat yang bermula dengan perkataan ‘Wahai Nas’ yang diturunkan pada zaman jahiliah di Makkah, manakala hanya 82 ayat yang bermula dengan ‘Wahai insan’ yang diturunkan di Madinah. Ini menunjukkan manusia ‘insan’ yang bercirikan kemanusiaan kurang berbanding manusia ‘nas’. Malangnya, manusia hari ini semakin tergolong ke dalam manusia ‘nas’,” katanya yang menyampaikan ceramah bertajuk Menjamin Sahsiah dan Hubungan Sesama Manusia .Beliau berkata, jenayah yang dilakukan masyarakat hari ini jauh lebih buruk daripada masyarakat jahiliah. Sungguhpun mereka dikenali kerana kekufuran, pada zaman berkenaan tidak ada bapa yang merogol anak sendiri atau membuang bayi yang dilahirkan ke merata tempat. Tahap ‘kebinatangan’ mereka tidak seteruk masyarakat hari ini kerana mereka tidak memberikan bayi mereka dengan susu binatang lain.“Peranan ibu yang utama ialah menyusukan anak dengan susu badan seperti yang ditentukan dalam al-Quran. Ini sudah ditunjukkan ibu Nabi Muhammad, Aminah. Selepas lapan bulan Muhammad dilahirkan, susu Aminah kering, tetapi dia tidak terfikirpun untuk menggantikannya dengan susu kambing yang banyak di rumahnya. “Sebaliknya, Aminah lebih sanggup mengupah Halimatusaadiah untuk menyusukan Muhammad. Melalui kisah Aminah, Allah sengaja hendak mengajar umatnya bahawa wanita lain boleh menyusukan anak orang lain dan mereka digelar ibu susuan yang haram berkahiwn dengan anak dan saudara daripada ibu susuan tadi. Syaratnya, mereka perlu disusukan sekali sehingga kenyang,” katanya.Ada rahmat terselindung di sebalik persoalan, mengapa susu manusia terlekat pada dada berbanding binatang lain. Ini bagi memudahkan ibu memeluk bayi sewaktu menyusu di mana pelukan ini akan menjana sahsiah si anak dan mengukuhkan ikatan ibu anak. “Sedangkan haiwan juga ada sifat keibuan dengan sanggup menyusukan anak mereka. Mengapa manusia tidak sanggup, malah tergamak memberikan susu haiwan lain kepada anaknya? Ibu bapa yang memberikan anak susu lembu dan anak membesar menjadi jahat, ibu bapa itu akan dipersalahkan dunia dan akhirat,” katanya.Anak dilahirkan dalam keadaan fitrah, tetapi kedua ibu bapa menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi. Terpulang kepada ibu bapa untuk memilih yang terbaik buat anak mereka.
Wajibkan beri susu ibu sejam selepas kelahiranKEMENTERIAN Kesihatan disarankan mewajibkan semua ibu menyusukan bayi dengan susu badan dalam tempoh sejam pertama selepas melahirkan. Ini kerana susu ibu adalah imunisasi pertama dan terpenting yang boleh menyelamatkan bayi daripada risiko kematian.Cadangan berkenaan dikemukakan Pakar Epidemiologi Molekul Universiti Kebangsaan Malaysia yang juga berpengalaman sebagai Pakar Kanak-kanak, Dr Syed Zulkifli Syed Zakaria Al Juffry (gambar) sewaktu menyampaikan ceramahnya pada Forum Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), baru-baru ini.Katanya, bayi berusia kurang dua bulan sering kali berdepan dua kali ganda risiko kematian disebabkan cirit-birit dan penyakit saluran pernafasan (usia kurang setahun) jika tidak diberi susu ibu. “Dianggarkan 36 peratus bayi meninggal dunia pada bulan pertama dilahirkan. Risiko kematian semakin meningkat dari 0.7 pada jam pertama dilahirkan kepada 1.2 pada hari pertama, 2.3 pada hari kedua dan seterusnya,” katanya.Peraturan berkenaan penting memandangkan Malaysia adalah antara negara yang tidak memiliki sebarang status permulaan penyusuan susu ibu jam pertama (PSIJP). Berdasarkan data PSIJP sedunia, Malaysia tidak tersenarai memiliki status ini sedangkan negara jiran seperti Thailand, Indonesia dan Filipina mengamalkannya.“Susu ibu adalah imunisasi pertama dan paling penting. Ia dapat menyelamatkan bayi kerana mengandungi kolustrum yang kaya antibodi dan sel hidup yang melindungi bayi daripada jangkitan. “Ia juga mengandungi julap yang bertindak mengusir mekonium bagi mengurangkan masalah kekuningan, mematangkan usus dan mengurangkan alahan. Kandungan vitamin A dapat mengurangkan kesan penyakit dan mencegah penyakit mata.“Bayi baru lahir yang diberikan susu lembu atau gantian lain boleh mengalami kerencatan pertumbuhan usus, risiko jangkitan dan penyakit hipotermia (suhu badan terlalu rendah) dan pelbagai penyakit lain yang mengancam nyawa,” katanya.Berdasarkan kajian ke atas 10,000 bayi baru lahir, pemberian susu ibu secara eksklusif dapat mengurangkan risiko kematian sebanyak empat kali ganda berbanding bayi yang diberi susu gantian yang diperbuat daripada bahan lain. Kadar kematian neonatal menurun 24 peratus jika 99 peratus bayi disusukan pada hari pertama dan 31 peratus pada jam pertama. Jangkaan nyawa terselamat ialah 867,000 dan 1,117,000.“Jika ini dapat dipastikan dalam negara kita, ia boleh dijadikan penanda aras. Malangnya, sehingga hari ini tiada langsung iklan penyusuan ibu, tetapi lebih banyak promosi menggunakan susu gantian seperti susu tin termasuk oleh pakar perubatan, jururawat dan bidan sendiri,” katanya.FAKTA: Penyusuan ibu> Penyusuan awal sejurus selepas kelahiran memberi lebih peluang berjaya menyusu di peringkat bayi.> Penyusuan awal dengan protin bukan manusia (susu tin atau susu lembu) boleh menjejaskan fungsi normal usus bayi.> Susu ibu kaya dengan faktor daya tahan tubuh badan dan lain kepentingan yang diperlukan bagi perkembangan awal usus bayi dan ketahanan jangkitan.> Susu ibu mengurangkan risiko penyakit yang mengancam nyawa seperti hipotermia dan cirit birit.> Bayi perlu disusukan sekurang-kurangnya enam bulan sehingga dua tahun.
Syor waktu kerja anjal bantu ibu bekerjayaHAK wanita menyusukan bayi perlu dihormati majikan melalui sokongan dengan mewujudkan suasana mesra bayi di tempat kerja masing-masing. Majikan perlu faham sebagai pekerja yang menyumbang kepada pembangunan ekonomi, wanita juga memainkan peranan sebagai ibu. Kaunselor Laktasi Jabatan Obstetrik dan Ginekologi, Hospital Likas, Kota Kinabalu, Che Aini Abd Razak, berkata risiko pekerja akan menjadi kritikal jika tidak diimbangi dengan tugas semula jadi. “Majikan harus faham wanita berhak memerah susu ibu dan menyusukan bayinya. Jika tidak mahu menubuhkan nurseri di tempat kerja tidak mengapa, tetapi sekurang-kurangnya membina tempat khas untuk memerah susu,” katanya.Beliau berkata, kerajaan juga masih boleh memainkan peranan dalam melindungi, memasarkan dan menyokong hak untuk menyusukan. Antara cadangan yang sekian lama dituntut oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) wanita ialah mengiktiraf keperluan makanan dan kesihatan ibu dan bayi serta cuti bersalin antara empat hingga enam bulan.“Waktu kerja anjal melalui undang-undang perlu diwujudkan bagi membolehkan ibu menyusukan bayi. Kerajaan perlu lebih berusaha menggalakkan majikan terutama di peringkat swasta untuk menyediakan kemudahan menyusu. “Satu dasar perlu diwujudkan bagi menghalang promosi iklan susu tepung atau susu selain susu ibu sebagai sokongan pelaksanaan penyusuan ibu,” katanya,Berdasarkan Konvensyen Perlindungan Cuti Bersalin ILO 103, majikan perlu memberi cuti bersalin selama 12 minggu. Pelepasan waktu menyusu untuk ibu bekerja perlu diwujudkan. Ibu berhak menyusu bila-bila masa dan di mana saja. “Perbincangan dan penerangan mengenai keperluan dan kebaikan susu ibu akan menjadi pendorong semangat bekerja di kalangan pekerja wanita. Kemajuan dalam peningkatan pengeluaran tenaga tidak terjejas. Majikan begini lebih dihargai dan disanjung tinggi,” katanya.
Buat persediaan ketika hamilBERGELAR Pengurus Teknologi Maklumat bukan penghalang untuk Rita Rahayu Omar menyusu badan tiga anaknya. Sebagai ibu bekerjaya, Rita tidak menafikan ada banyak halangan dan cabaran terpaksa dilalui untuk memberikan ketiga-tiga anaknya susu badan secara eksklusif.Katanya, antara halangannya ialah ibu kurang ilmu mengenai kaedah penyusuan ibu. Menyusu badan mungkin nampak mudah, tetapi perlu latihan dan pemahaman.“Bakal ibu perlu mendalami pengetahuan mengenai penyusuan ibu. Ini boleh dilakukan dengan menyertai seminar atau kelas antenatal. Jangan lupa bawa suami dan keluarga lain seperti ibu atau ibu mentua mahupun pembantu rumah agar mereka turut faham mengenai penyusuan ibu kerana bantuan mereka diperlukan kelak. “Perkara paling penting dipelajari ialah cara menggunakan pam pemerah susu. Cara yang betul memberikan hasil yang memuaskan. Selain amat penting bagi ibu mempelajari cara untuk memerah susu dan menyimpan stok yang mencukupi iaitu sekurang-kurangnya 60 botol,” katanya.Halangan lain termasuk tidak mendapat sokongan majikan yang menyebabkan bukan saja tiada tempat untuk memerah susu, malah suasana tempat kerja yang tidak bersih atau tiadanya tempat penyimpanan sesuai, waktu bekerja panjang dan tiadanya waktu anjal untuk memerah susu.Katanya, menyusukan bayi dengan susu badan memerlukan perancangan teliti. Sebaiknya perancangan dibuat sebelum bersalin lagi bagi memastikan penyusuan tidak terganggu. Persoalan mengenai penyusuan ibu perlu dijawab sebelum melahirkan bayi bagi membolehkan ibu menyusu bayi dengan jayanya ketika dalam pantang dan selepas itu.“Sebelum bersalin, rancang bila anda perlu memerah susu dan berapa banyak diperlukan untuk disimpan sebagai stok ketika anda keluar bekerja. Dalam hal ini, sokongan suami, ibu dan ibu mentua termasuk pengasuh amat penting. “Mereka juga perlu faham bahawa anda ingin memberikan susu ibu kepada bayi. Ini penting kerana bantuan mereka diperlukan kelak semasa anda tiada di rumah kerana bekerja,” katanya.Bagi memastikan ibu berjaya menyusukan anak, Rita menyarankan ibu menggunakan waktu cuti bersalin dengan sewajarnya dan menikmati masa bersama bayi selain belajar memerah susu. Menyusu anak dengan kerap dapat merangsang lebih banyak susu badan dan cukup untuk stok diperlukan.“Dua minggu sebelum balik bekerja, pastikan anda memberi susu perahan kepada anak. Orang yang bakal menjaga bayi anda juga perlu diberitahu dan dilatih mengenai penyusuan ini. Apabila bekerja, ibu perlu banyak berkorban untuk memerah susu sewaktu rehat makan tengah hari. “Disiplin diri amat penting. Jangan ponteng memerah susu atau ponteng kerja untuk memerah susu. Pastikan anda tidak mengabaikan waktu bekerja bagi memastikan produktiviti tidak menurun. Jika tidak, majikan pasti tidak mempercayai anda lagi,” katanya.

03 August 2007

Jambatan runtuh di Minneapolis




MINNEAPOLIS: Sekurang-kurangnya sembilan maut, 60 cedera, manakala 20 lagi hilang apabila jambatan utama merentasi Sungai Mississippi di Minnesota, Amerika Syarikat, roboh ketika ia sesak dengan kenderaan pada waktu puncak, petang kelmarin.Jambatan roboh itu membawa bersama berpuluh-puluh kereta ke dalam sungai dengan beberapa mangsa berenang bagi menyelamatkan diri. Antara 50 hingga 60 kenderaan berada di jambatan besar itu ketika kejadian jam 6.05 petang waktu tempatan (jam 7.05 pagi waktu Malaysia). Punca kejadian belum diketahui dan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Amerika Syarikat di Washington menolak kaitan perbuatan keganasan.Ketua Bomba Minneapolis, Jim Clack, berkata 60 mangsa yang cedera dirawat di hospital dan angka kematian dijangka terus meningkat. “Kami yakin ada beberapa lagi kenderaan yang jatuh ke dalam sungai dan belum ditemui,” kata Clack sambil menegaskan peluang menemui mangsa yang hilang, amat tipis.Sekurang-kurangnya 20 keluarga bersesak di pusat penerangan bagi mendapatkan maklumat mengenai kehilangan keluarga.Jambatan Interstate 35W yang mempunyai lapan laluan dan menjadi nadi Minneapolis, dalam proses pembaikan dan dua laluan di kedua-dua halanya ditutup ketika kejadian. Kenderaan remuk, timbunan konkrit besar dan besi bengkok bertaburan di tempat kejadian.“Ini satu bencana menimpa struktur yang bersejarah,” kata Gabenor Minnesota, Tim Pawlenty.Saksi berkata, rekahan besar terbentuk pada jambatan itu, yang disusuli bunyi dentuman kuat sebelum jambatan berukuran 160 meter lebar itu roboh. “Saya bernasib baik kerana terselamat,” kata Marcelo Cruz, berulang kali. Cruz terpaksa memandu vannya ke arah pembahagi jalan bagi mengelak kenderaannya meluncur ke hujung jambatan yang berada pada ketinggian 20 meter di atas Sungai Mississippi. – Reuters

01 August 2007

Arahan

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi Mengeluarkan arahan supaya menteri, Timbalan Menteri dan setiausaha Parlimen tidak boleh lagi memegang sebarang jawatan dalam mana-mana persatuan sukan, kata Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Azalina Othman Said di Kuala Lumpur hari ini. Memanglah wajar lontaran idea PM itu kerana jika sesuatu persatuan sukan itu menemui kegagalan dalam pencapaian sukan peringkat tertinggi apatah lagi jika persembahan prestasi yang buruk maka secara langsung pemimpin sukan yang bertaraf 'orang kerajaan' itu dikaitkan dengan imej seolah-oleh pemimpin politik dalam kerajaan di palit dengan segala macam tohmahan dan cacamerba yang keterlaluan, maka persatuan sukan wajar ditabdir oleh mereka yang banyak masa merancang dan bekerja dalam persatuan berkenaan...tepuk dada tanya selera.