30 June 2008

Antara Tuduhan, Politik dan kuasa

Mohd Saiful Bukhari Azlan;
'saya di liwat beberapa kali dan kali terakhir pada 26 Jun lalu'
Datuk Seri Anwar Ibrahim;
'ini adalah konspirasi terancang untuk mengaibkan dan menamatkan karier poitik saya, ada orang disebalik tuduhan ini'
Datuk Seri Najib Razak;
'saya langsung tidak terlibat, saiful datang jumpa saya sebagai pemimpin dan rakyat biasa'
Datuk Seri Syed Hamid;
'beliau adalah 'juara segala juara', sekejap sakit sekejap sihat, saya seronok melihat beliau dikhalayak'
Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim;
'umpama filem bollywood'
Barlas Ozener;
'saya tidak jemput tapi atas sifat perikemanusiaan'
Rakyat;
'terus terkeliru, tunggu dan lihat'

22 June 2008

Jom Tengok Euro

Itali vs Sepanyol

Pertembungan hebat dalam saingan euro kali ini antara Juara Dunia Itali dengan barisan bintang muda Sepanyol, pasti akan membuahkan aksi yang menarik bagi membawa pasukan masing2 melangkah ke suku akhir, bagi Itai yang menyandarkan ramai bintang veteran berpengalaman tentunya teruji permainan mereka dalam saingan kumpulan yang menyaksikan mereka berhempas pulas untuk melayakkan ke saingan berikutnya mereka tewas dengan Belanda 0-3, seri dengan Romania 1-1 dan menewaskan skuad Perancis 2-0. Bagi skuad bimbingan Aragones ini menang kesemua perlawanan kumpulan menewaskan Rusia 4-1, menewaskan Sweden 2-1 dan terakhir mengalahkan juara bertahan Greece 2-1. Apapun malam ini bersengkang mata lagi lah aku...

Pulang Kosong

BASEL (Switzerland): Rusia menjaringkan dua gol ke gawang Belanda pada masa tambahan dalam perlawanan yang berlangsung semalam sekali gus melayakkan pasukan itu ke separuh akhir. Gol kejayaan Rusia disempurnakan Dimitry Torbinski dan Andrei Arshavin dalam tempoh lima minit saja antara satu sama lain manakala Van Ruud Nistelrooy pula memungut mata untuk Belanda pada minit ke-86. Rusia: Igor Akinfeev, Denis Kolodin, Sergei Ignashevitch, Aleksandr Anyukov, Konstantin Zyryanov, Yuri Zhirkov, Igor Semshov, Sergei Semak, Ivan Saenko, Roman Pavlyuchenko, Andrei Arshavin.
Belanda: Edwin van der Sar, Andre Ooijer, Joris Mathijsen, Khalid Boulahrouz, Nigel de Jong, Rafael Van der Vaart, Giovanni Van Bronckhorst, Wesley Sneijder, Orlando Engelaar, Ruud Van Nistelrooy, Dirk Kuyt.

21 June 2008

Kedah Juara FA

Kedah 3 - Selangor 2

20 June 2008

SAPP SAPP SUI

KOTA KINABALU: Majlis Tertinggi SAPP yang mengadakan mesyuarat tergempar, hari ini menggariskan lapan 'perisytiharan penduduk Sabah' bagi membawa perubahan dalam negara ke arah mewujudkan satu kerajaan beramanah dan satu masyarakat yang adil, harmoni dan progresif. Lapan perisytiharan itu ialah :
* Kerajaan berasaskan kepada tadbir urus yang baik, masyarakat madani dan politik bukan perkauman.
* Sabah harus mempunyai autonomi politik, yang kerajaannya dibentuk dan diuruskan oleh penduduk Sabah.
* Sabah dan negeri lain yang mengeluarkan minyak berhak mendapat 20 peratus royalti petroleum.
* Wilayah Persekutuan Labuan dikembalikan kepada Sabah dan diuruskan sebagai satu wilayah khas.
* Undang-undang pusat yang tidak adil kepada Sabah, dan jabatan persekutuan yang tidak membawa manfaat kepada negeri itu, dikaji semula.
* Sabah diberikan penyertaan adil dan saksama dalam pentadbiran persekutuan, perkhidmatan awam dan sektor swasta, dan jabatan persekutuan di Sabah, sebolehnya diketuai rakyat tempatan.
* Kerajaan pusat dan kerajaan negeri menyediakan sumber, kesungguhan dan kepimpinan dalam menyelesaikan masalah kehadiran pendatang tanpa izin dengan cara yang tegas tetapi berperikemanusiaan, dengan tumpuan kepada konsep serantau dan perkongsian bijak.
* Kerajaan pusat dan kerajaan negeri bekerjasama membetulkan ketidakseimbangan dalam struktur ekonomi dan sosial melibatkan Sabah dan negeri lain.

Belajar Pandai2









Tumbangnya Pasukan Pilihan

'Brazil' Eropah tumbang jua akhirnya di kaki Ballack dan rakan2nya, kehebatan Ronaldo sedikitpun tidak mencuakkan semangat juang anak didik Joachim yang di kurung oleh dik peraturan FIFA tu, Jerman ibarat Singa lapar lagi terluka bangkit dari tidur lantas membaham kaum kerabat arkitek dan pembina yang meninggalkan Kota A Farmosa meskipun Tembok Berlin dah lama ranap dengan jaringan 3-2.

19 June 2008

Jadual dan Keputusan Euro2008

Ahad 8 Jun 2008
1 Kump A Switzerlan 0-1 Czech Rep Basel - St. Jakob-Park
2 Kump A Portugal 2-0 Turkey Geneva - Stade de Genève
Isnin 9 Jun 2008
3 Kump B Austria 0-1 Croatia Vienna - Ernst Happel
4 Kump B Germany 2-0 Poland Klagenfurt - Wörthersee
Selasa 10 Jun 2008
5 Kump C Romania 0-0 France Zurich - Letzigrund
6 Kump C Netherlands 3-0 Italy Berne - Stade de Suisse
Rabu 11 Jun 2008
7 Kump D Spain 4-1 Russia Innsbruck - Tivoli Neu
8 Kump D Greece 0-2 Sweden Salzburg - EM Stadion Wals-Siezenheim
Khamis 12 Jun 2008
9 Kump A Czech Republic 1-3 Portugal Geneva - Stade de Genève
10 Kump A Switzerland 1-2 Turkey Basel - St. Jakob-Park
Jumaat 13 Jun 2008
11 Kump B Croatia 2-1 Germany Klagenfurt - Wörthersee
12 Kump B Austria 1-1 Poland Vienna - Ernst Happel
Sabtu 14 Jun 2008
13 Kump C Italy 1-1 Romania Zurich - Letzigrund
14 Kump C Netherlands 4-1 France Berne - Stade de Suisse
Ahad 15 Jun 2008
15 Kump D Sweden 1-2 Spain Innsbruck - Tivoli Neu
16 Kump D Greece 0-1 Russia Salzburg - EM Stadion Wals-Siezenheim
Isnin 16 Jun 2008
17 Kump A Switzerland 2-0 Portugal Basel - St. Jakob-Park
18 Kump A Turkey 3-2 Czech Republic Geneva - Stade de Genève
Selasa 17 Jun 2008
19 Kump B Poland 0-1 Croatia Klagenfurt - Wörthersee
20 Kump B Austria 0-1 Germany Vienna - Ernst Happel
Rabu 18 Jun 2008
21 Kump C Netherlands 2-0 Romania Berne - Stade de Suisse
22 Kump C France 0-2 Italy Zurich - Letzigrund
Khamis 19 Jun 2008
23 Kump D Greece 1-2 Spain Salzburg - EM Stadion Wals-Siezenheim
24 Kump D Russia 2-0 Sweden Innsbruck - Tivoli Neu
Jumaat 20 Jun 2008
25 Suku Akhir Portugal 2:45 German Basel - St. Jakob-Park
Sabtu21 Jun 2008
26 Suku Akhir Croatia 2:45 Turki Vienna - Ernst Happel
Ahad 22 Jun 2008
27 Suku Akhir Netherlands 2:45 Russia Basel - St. Jakob-Park
Isnin 23 Jun 2008
28 Suku Akhir Spain 2:45 Itali Vienna - Ernst Happel
Rabu 26 Jun 2008
29 Separuh Akhir Juara #25 2:45 Juara #26 Basel - St. Jakob-Park
Khamis 27 Jun 2008
30 Separuh Akhir Juara #27 2:45 Juara #28 Vienna - Ernst Happel
Ahad 30 Jun 2008
31 Akhir Juara #29 2:45 Juara #30 Vienna - Ernst Happel

18 June 2008

Kosongkan

Mahkamah Tinggi Kangar, hari ini memutuskan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sanglang yang dimenangi oleh calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum lalu dikosongkan apabila mahkamah menerima pemohonan petisyen yang dikemukakan bekas calon pilihan raya Pas bagi kerusi itu. Keputusan itu bakal menyaksikan pilihan raya kecil untuk kawasan tersebut.

Jom Euro

Netherland 2 - Romania 0

17 June 2008

Gol Tercantik Euro

inilah gol mungkin tercantik sepanjang euro 2008
ketika Jerman menumpaskan Austria

14 June 2008

Terkenang dulu2

sekuntum senyummu
yang mengembang
dialiran rasaku
kubawa senyummu
dari sepi ke sepi
sesaat engkau
bagaikan
kijang emas
melonjak-lonjak
di hadapan mataku
kutoreh hatimu
dengan pisau naluri
namun diammu
penuh syahdu
mengusik emosi
aku terkaku
hangat merindu...

Pandangan Bernas

KUALA LUMPUR 13 Jun - Empat pemimpin utama Melayu termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Datuk Seri Anwar Ibrahim, dirayu duduk semeja bagi membincangkan kepentingan umat Islam yang kini semakin meruncing kedudukannya. Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin berkata, sudah tiba masanya mereka memikirkan secara khusus isu tersebut kerana suasana politik semasa membuatkan ramai umat Islam makin keliru dan bimbang.http://http://www.utusan.com.my/utusan/info.aspy=2008&dt=0614&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_03.htm

Jom Euro

HOLLAND 4 - FRANCE 1

10 June 2008

Juara



JUARA...
SEBAHAGIAN atlet Terengganu bersorak gembira sambil menunjukkan angka ‘61’ bagi menandakan jumlah pingat emas yang berjaya dikutip pada majlis penutupan Sukma XII di Kuala Terengganu, malam tadi. Kontinjen Terengganu mencipta pencapaian di luar dugaan dengan muncul juara keseluruhan Sukan Malaysia (Sukma) Ke-12 buat kali pertama dalam sejarah temasya sukan dwitahunan itu yang mula diperkenalkan pada 1986. Selaku tuan rumah, Terengganu mengumpul 61 emas, 39 perak dan 47 gangsa. Terengganu juara Sukma: KONTINJEN Terengganu bersorak riang selepas muncul juara keseluruhan pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) XII yang berakhir di Kuala Terengganu, malam tadi. Selangor yang muncul naib juara dengan 54-47-52 manakala Sarawak tempat ketiga, (52-52-42). Upacara penutup temasya disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdulah Ahmad Badawi di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. Turut hadir Menteri Besar, Datuk Ahmad Said dan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob.

Jom Euro

Belanda 3 - Itali o

Potong 10%

OK lah tu sebagai amalan berjimat cermat dan susah payah orang lain perlu juga dirasakan oleh pak2 menteri kita Elaun Keraian Menteri: Perdana Menteri - RM18,865 sebulan;Timbalan Perdana Menteri - RM15,015 sebulan; Menteri - RM12,320 sebulan; Timbalan Menteri -RM6,000 sebulan.

07 June 2008

Euro2008

Jom tengok euro 2008...
kali ini euro 2008 mungkin milik pasukan the orange...

DIRGAHAYU TUANKU

SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG
TUANKU MIZAN SULTAN ZAINAL ABIDIN
DAN
SERI PADUKA BAGINDA PERMAISURI AGONG
TUANKU ZAHIRAH

06 June 2008

Konflik

Ucapan calon Presiden Amerika Syarikat (AS) daripada Parti Demokrat, Barack Obama terhadap konflik Israel dan Palestin menerima kritikan daripada kedua-dua kumpulan yang berkuasa di Palestin, kelmarin. Pergerakan Hamas yang memerintah Semenanjung Gaza menyelar ucapan kepada kumpulan pelobi Israel-AS di Washington itu sebagai mengesahkan yang AS memusuhi negara Arab dan penduduk Islam. Ucapan calon presiden itu sebagai bukti permusuhan pentadbiran AS terhadap negara Arab dan Muslim, pada persidangan tahunan Majlis Hal Ehwal Awam Amerika-Israel (Aipac) yang juga kumpulan pelobi berpengaruh Amerika, Obama menegaskan Baitulmaqdis juga perlu dikekalkan sebagai hak Israel. Sebelum ini menggesa kawasan timur Baitulmaqdis yang diduduki Israel secara haram pada 1967 dijadikan ibu negara Palestin, turut mengkritik ucapan berkenaan. Bukankah calon Presiden AS itu seorang Islam!

SEMUA NAIK

Kelmarin harga minyak naik, hari ini macam2 barang keperluan diramal akan naik harga

05 June 2008

Wanita Emas


Tahniah kepada badang wanita ini Zaira Zakaria kerana telah berjaya memecahkan rekod
di SUKMA XII 2008

Kenaikan Melampau

Minyak naik atau naik minyak!!! Kelmarin (4 Jun) kerajaan mengumumkan kenaikan harga petrol di negara ini dinaikkan sebanyak 78 sen seliter kepada RM2.70 seliter berkuat kuasa esok. Ini merupakan kenaikan 40 peratus daripada harga RM1.92 seliter sekarang. Harga diesel turut dinaikkan sebanyak RM1 kepada RM2.58 seliter daripada RM1.58. Akibat dari kenaikan itu semalam aku turut menyahut seruan naluri dan keperluan untuk ke petrol pam dengan nawaitu yang hendak mengisi minyak disebabkan pada tengah malam harga petrol sudah berubah jadi mahal lah tu, sesampainya aku di petrol pam yang jaraknya lebih kurang dua kilometer dari rumah orang ramai sudah beratur panjang untuk tujuan yang sama dengan aku, lebih kurang sejam turut beratur kini tiba giliranku untuk mengisi minyak alangkah sedih, hampa dan duka citanya laluan petrol pam yang ada di lorong yang aku ikuti sudah kehabisan minyak...celaka betul..bayangkan jika anda di tempat yang sama dengan aku apa yang berlaku... dan akupun balik ke rumah dengan seribu penyesalan kerana keputusan kenaikan harga baru yang tentunya lebih membebankan ( sebut 10x) pengguna seperti aku ini.