06 June 2008

Konflik

Ucapan calon Presiden Amerika Syarikat (AS) daripada Parti Demokrat, Barack Obama terhadap konflik Israel dan Palestin menerima kritikan daripada kedua-dua kumpulan yang berkuasa di Palestin, kelmarin. Pergerakan Hamas yang memerintah Semenanjung Gaza menyelar ucapan kepada kumpulan pelobi Israel-AS di Washington itu sebagai mengesahkan yang AS memusuhi negara Arab dan penduduk Islam. Ucapan calon presiden itu sebagai bukti permusuhan pentadbiran AS terhadap negara Arab dan Muslim, pada persidangan tahunan Majlis Hal Ehwal Awam Amerika-Israel (Aipac) yang juga kumpulan pelobi berpengaruh Amerika, Obama menegaskan Baitulmaqdis juga perlu dikekalkan sebagai hak Israel. Sebelum ini menggesa kawasan timur Baitulmaqdis yang diduduki Israel secara haram pada 1967 dijadikan ibu negara Palestin, turut mengkritik ucapan berkenaan. Bukankah calon Presiden AS itu seorang Islam!