05 June 2008

Kenaikan Melampau

Minyak naik atau naik minyak!!! Kelmarin (4 Jun) kerajaan mengumumkan kenaikan harga petrol di negara ini dinaikkan sebanyak 78 sen seliter kepada RM2.70 seliter berkuat kuasa esok. Ini merupakan kenaikan 40 peratus daripada harga RM1.92 seliter sekarang. Harga diesel turut dinaikkan sebanyak RM1 kepada RM2.58 seliter daripada RM1.58. Akibat dari kenaikan itu semalam aku turut menyahut seruan naluri dan keperluan untuk ke petrol pam dengan nawaitu yang hendak mengisi minyak disebabkan pada tengah malam harga petrol sudah berubah jadi mahal lah tu, sesampainya aku di petrol pam yang jaraknya lebih kurang dua kilometer dari rumah orang ramai sudah beratur panjang untuk tujuan yang sama dengan aku, lebih kurang sejam turut beratur kini tiba giliranku untuk mengisi minyak alangkah sedih, hampa dan duka citanya laluan petrol pam yang ada di lorong yang aku ikuti sudah kehabisan minyak...celaka betul..bayangkan jika anda di tempat yang sama dengan aku apa yang berlaku... dan akupun balik ke rumah dengan seribu penyesalan kerana keputusan kenaikan harga baru yang tentunya lebih membebankan ( sebut 10x) pengguna seperti aku ini.