10 June 2008

Juara



JUARA...
SEBAHAGIAN atlet Terengganu bersorak gembira sambil menunjukkan angka ‘61’ bagi menandakan jumlah pingat emas yang berjaya dikutip pada majlis penutupan Sukma XII di Kuala Terengganu, malam tadi. Kontinjen Terengganu mencipta pencapaian di luar dugaan dengan muncul juara keseluruhan Sukan Malaysia (Sukma) Ke-12 buat kali pertama dalam sejarah temasya sukan dwitahunan itu yang mula diperkenalkan pada 1986. Selaku tuan rumah, Terengganu mengumpul 61 emas, 39 perak dan 47 gangsa. Terengganu juara Sukma: KONTINJEN Terengganu bersorak riang selepas muncul juara keseluruhan pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) XII yang berakhir di Kuala Terengganu, malam tadi. Selangor yang muncul naib juara dengan 54-47-52 manakala Sarawak tempat ketiga, (52-52-42). Upacara penutup temasya disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdulah Ahmad Badawi di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. Turut hadir Menteri Besar, Datuk Ahmad Said dan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob.