31 March 2008

ini memang FITNA

Dunia kutuk Fitna Wilders
Susunan AZMAN ANUAR
PENYOKONG laman web Stopwilders.com mengedar secara percuma baju-T kepada orang ramai dalam kempen membantah anti-Islam dalam filem Fitna. KECAMAN dari dalam dan luar negara terhadap filem anti-Islam hasil garapan anggota Parlimen Belanda, Geert Wilders semakin keras. Pada Jumaat lalu, Perdana Menteri Belanda Jan Peter Balkenende terpaksa muncul dalam siaran televisyen untuk menjelaskan sikap pemerintah negara kecil itu yang menyesal penerbitan filem Fitna.

Balkenende memberi kenyataan kesal setelah filem Fitna yang mana Wilders mengaitkan aksi pengganas dengan anggota pelampau Islam dan ayat-ayat al-Quran disiarkan melalui internet www.liveleak.com pada Khamis lalu. Menjelang penyiaran filem itu pun, Wilders telah melukis kitab suci umat Islam sebagai ‘buku fasis’ yang menghasut orang untuk melakukan kekerasan.

Dalam sidang media, Perdana Menteri Belanda itu menyatakan kerajaan Belanda amat kesal keputusan Wilders mengedarkan filem tersebut, sekalipun kerajaan telah memintanya agar tidak mempertontonkan filem itu kepada umum. Kesatuan Eropah (EU) turut mengutuk filem itu. “Kami meyakini bahawa pelbagai tindakan seperti filem itu, tidak membawa manfaat apa-apa selain hanya membangkitkan kebencian,” satu pernyataan daripada Presiden EU yang kini dipegang oleh Slovenia, Jumaat lalu.

“Kesatuan Eropah dan negara anggota yang menerapkan prinsip kebebasan berpendapat ia merupakan sebahagian daripada nilai-nilai dan tradisi kita. “Namun demikian, kebebasan ini hendaknya dilaksanakan dalam semangat menghormati agama dan kepercayaan pihak lain.” Para menteri luar EU yang mengadakan pertemuan tidak rasmi di Slovenia mengulangi seruan dalam bahasa yang lebih keras terhadap langkah Wilders.

Menteri Luar Britain, David Miliband menyeru masyarakat Eropah supaya menggabungkan komitmen yang kuat terhadap nilai-nilai kebebasan memberi pendapat dan sekali gus menghormati kepelbagaian kaum dan agama. “Kebebasan bukanlah kebebasan sejati jika melukai orang lain. Jadi marilah kita bertindak hati-hati dalam menggunakan kebebasan kita,” kata Menteri Luar Slovenia, Dimitrij Rupel, yang menjadi tuan rumah pertemuan itu.

Filem selama 16 minit tersebut menghubungkan serangan di New York, Madrid dan London dengan ayat-ayat al-Quran dan pernyataan keras para imam. Melecehkan. Filem itu juga memperlihatkan gambar kartun yang memperlecehkan Nabi Muhammad S.A.W. Filem kontroversial yang memperlecehkan agama Islam yang dibuat ahli Parlimen sayap kanan Belanda menimbulkan kecaman luas dari umat Islam di seluruh dunia dan kalangan masyarakat antarabangsa.

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Ban Ki-moon, Jumaat lalu mengecam keras filem tersebut. Beliau mengatakan sikap itu tidak boleh dibenarkan kerana akan mengundang tindakan kekerasan. Filem semacam itu, menurut beliau, sama sekali tidak ada manfaatnya untuk mencipta perdamaian dunia. Sebaliknya membuat ketegangan hubungan antara agama.

Kecaman juga datang dari Pertubuhan Persidangan Islam (OIC). Setiausaha Agung OIC, Ekmeladdin Ihsanoglu, mendesak kerajaan Belanda segera menghentikan penayangan filem tersebut. Negara-negara Islam tidak menunggu lama bagi menyampaikan tanggapan keras mereka. Teheran memperingatkan amaran “kemungkinan yang tidak dijangka daripada langkah provokatif seperti itu,” dengan jurucakap Jabatan Luar Negara Iran, Mohammad Ali Hosseini, menganggap video tersebut “menghina dan anti-Islam” serta merupakan simbol daripada sikap antagonisme yang mendalam negara-negara Barat terhadap Islam dan umat Muslim.

Jurucakap Jabatan Luar Indonesia, Kristiarto Legowo, menyatakan kandungan filem itu “menyesatkan dan penuh rasisme” dan menyebut penerbitan Fitna itu sebagai “aksi tidak bertanggungjawab yang dilakukan dengan berselindung di sebalik kebebasan media.” Ketua Dewan Permesyuaratan Rakyat (DPR) Agung Laksono menyatakan pemerintah Indonesia harus mengambil tindakan terhadap filem itu, kerana para pengguna Internet dengan mudah dapat memuat turun (download) dan menyebarkannya, sehingga boleh mencetuskan konflik agama.

Agung berharap pemerintah Belanda dan juga pengeluar filem yang berpotensi menimbulkan konflik antara agama agar menarik pengedaran Fitna. Pelbagai pertubuhan dunia mengecam penyebaran filem itu. Kebanyakan mereka mendakwa Wilders melakukan tindakan perkauman dan fasis sehingga tidak ada jalan lain, kecuali mendakwanya ke Mahkamah Antarabangsa. Ini kerana jika beliau dibawa ke mahkamah di Belanda, ia akan mengundang reaksi berbeza.

Kemelut ini merupakan perlecehan yang luar biasa terhadap umat Islam. Filem Fitna merupakan provokasi anti-Islam melalui media. Jadi umat Islam harus sedar untuk hati-hati memilih media dan harus berani memboikot media yang menyerang Islam. Umat Islam harus menghadapi masalah ini dengan bijak. Oleh itu umat Islam diseru tidak terlibat dengan tindakan kekerasan. Ini kerana, filem semacam itu boleh menjadi sebahagian daripada senario yang ingin memprovokasi umat Islam agar marah dan bertindak emosional.

Melayu Hilang Kuasa

KOTA BHARU 30 Mac – UMNO perlu menerima hakikat bahawa orang Melayu sebenarnya sudah hilang kuasa dan hanya mengharapkan bantuan dari Sabah serta Sarawak untuk terus kekal memimpin negara. Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah (gambar) berkata, parti itu perlu melakukan sesuatu kerana rakyat khususnya di Semenanjung sudah mula hilang kepercayaan terhadapnya.

Beliau berkata, UMNO kini hanya mengharapkan sokongan daripada kedua-dua negeri tersebut dan sewajarnya tuntutan mereka didengar serta dilayan. “Kalau kita tidak mendapat sokongan daripada Ahli Parlimen di Sabah dan Sarawak, UMNO tidak ada kuasa langsung di Parlimen kerana suara kita yang ada tidak sampai separuh. “Apakah kita masih berangan-angan lagi dan tidak mahu bertindak memperbaiki kedudukan, satu perkara serius kuasa Melayu sudah hilang di negara ini. “Kita pun tidak melayan tuntutan mereka (Sabah dan Sarawak) sebagaimana sepatutnya kerana mereka mendapat sokongan besar daripada rakyat untuk mendukung UMNO di Semenanjung yang benar-benar gagal untuk mempertahankan kedudukannya,” kata beliau ketika ditemui di Lapangan Terbang Sultan Yahya Petra di sini malam tadi.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai pertemuannya dengan beberapa ketua bahagian Khamis lalu, Tengku Razaleigh yang juga bekas Menteri Kewangan berkata, ia diadakan bagi memberikan penerangan kepada pemimpin terlibat supaya satu Perhimpunan Agung Khas UMNO (EGM) diadakan. Katanya, perhimpunan itu diadakan bagi membincangkan hala tuju parti tersebut apabila mencatatkan prestasi terburuk pada Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu.

“Sebelum EGM diadakan, bahagian-bahagian UMNO yang bersetuju perlu mengadakan mesyuarat agung khas untuk membawa usul supaya membincangkan keputusan pilihan raya umum dan mencari langkah mengatasinya. “Tidak kira berapa ramai (yang datang menemuinya), semangat itu mahu kepada perubahan, saya mendengar suara mereka, kita sudah tidak ada kuasa, nak action (berlakon) apa lagi,” katanya.

Kelmarin Utusan Malaysia melaporkan Tengku Razaleigh mengadakan pertemuan dengan kira-kira 100 ahli UMNO termasuk lebih 10 ketua bahagian di kediamannya di Kuala Lumpur. Antara yang hadir ialah bekas Menteri Penerangan yang juga Ketua UMNO Bahagian Kulim/Bandar Baharu, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir, Datuk Dr. Ibrahim Saad (Batu Kawan) dan Datuk Malek Hanafiah (Taiping).

Sementara itu, ditanya adakah beliau tetap dengan pendiriannya untuk mencabar Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Tengku Razaleigh berkata, beliau tidak tahu berapa banyak sokongan terhadapnya tetapi apa yang penting ialah keadaan sekarang perlu diperbaiki demi masa depan. “Sekarang ini kita hendak perbaiki kedudukan parti sebab itu kita cadang adakan EGM, dengarlah suara dari bawah, ajak semua datang kita timbang dengan serius, jangan tidak mahu jumpa langsung orang bawah, kita orang atas sudah gagal.

“Panggil mereka semua berhimpun, saya rasa ini yang patut kita buat. Jangan takut kepada penyokong dan ahli-ahli kita, saya rasa kalau kita buat EGM, dapat perbaiki kedudukan. Dulu selepas tahun 1969 kalah juga tetapi tak seteruk ini, selepas itu kita dapat inspirasi baru dengan mewujudkan Dasar Ekonomi Baru (DEB),” katanya. Difahamkan UMNO Bahagian Gua Musang akan mengadakan EGM Jumaat ini antara lain bagi membincangkan isu semasa dan hala tuju parti.

Di KUALA LUMPUR, Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib ketika diminta mengulas kenyataan Tengku Razaleigh, menegaskan bahawa UMNO masih mendapat sokongan yang kuat daripada orang Melayu. Menurut beliau, jika berlaku masalah dalaman, tidak bermakna parti itu sudah hilang pengaruh di kalangan orang Melayu di Semenanjung sehingga terpaksa mengharap bantuan daripada Sabah dan Sarawak untuk terus berkuasa. “Saya tidak fikir Melayu sudah hilang kuasa. Memang ada turun naik, contohnya, ada satu ketika, prestasi UMNO Sabah dan Terengganu tidak baik dan di negeri lain baik. “Saya percaya UMNO akan dapat memperbaiki kelemahan selepas ini dan seterusnya meningkatkan kemenangan di kalangan orang Melayu,” katanya ketika dihubungi malam ini. Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, terpulang kepada Tengku Razaleigh untuk menyuarakan sebarang pandangan. “Apa yang penting parti kita akan terus perbetulkan semula apa yang salah dan akan terus kerja kuat untuk kukuhkan semula UMNO,” tegasnya.

ABPBH2007



Senarai Pemenang ABPBH 2007


Bintang Paling Popular: Mawi

Anugerah Khas Pencapaian Sepanjang Hayat: M Nasir

Pelakon Filem Lelaki Popular: Rusdi Ramli

Pelakon Filem Wanita Popular: Fasha Sandha

Penyanyi Lelaki Popular: Mawi

Penyanyi Wanita Popular: Datuk Siti Nurhaliza

Artis Berkumpulan/Duo Popular: Sofaz

Penyanyi Nasyid Popular: Rabbani

Pelakon TV Lelaki Popular: Rosyam Nor

Pelakon TV Wanita Popular: Dynas

Artis Komedi Lelaki Popular: Saiful Apek

Artis Komedi Wanita Popular: Sheila Rusly

Artis Baru Lelaki Popular: Dafi

Artis Baru Wanita Popular: Mila

Pengacara TV Lelaki Popular: Aznil Nawawi

Pengacara TV Wanita Popular: Fara Fauzana

Penyampai Radio Lelaki Popular: Faizal Ismail

Penyampai Radio Wanita Popular: Fara Fauzana

18 March 2008

Kabinet 2008

JEMAAH MENTERI MALAYSIA 2008

Perdana Menteri : Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
Timbalan Perdana Menteri: Datuk Seri Najib Razak

JABATAN PERDANA MENTERI
Menteri : Tan Sri Bernard Dompok
Menteri : Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Menteri : Datuk Ahmad Zahid Hamidi
Menteri : Datuk Zaid Ibrahim (senator)
Menteri : Datuk Amirsham A Aziz (senator)

Timbalan Menteri: Datuk Johari Baharum
Timbalan : Datuk Dr Mashitah Ibrahim (senator)
Timbalan : S K Devamany
Timbalan : Datuk Hasan Malek

KEMENTERIAN DALAM NEGERI
Menteri : Datuk Seri Syed Hamid Albar
Timbalan : Datuk Chor Chee Heung
Timbalan : Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh (senator)

KEMENTERIAN KEWANGAN
Menteri : Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
Menteri II : Tan Sri Nor Mohamed Yakcop
Timbalan : Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah
Timbalan : Datuk Kong Cho Ha

KEMENTERIAN PENGANGKUTAN
Menteri : Datuk Ong Tee Keat
Timbalan : Datuk Anifah Aman

KEMENTERIAN KERJA RAYA
Menteri : Datuk Ir. Mohd Zin Mohamed
Timbalan : Datuk Yong Khoon Seng

KEMENTERIAN PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI Menteri : Datuk Peter Chin Fah Kui
Timbalan : A Kohilan Pillay (senator)

KEMENTERIAN TENAGA, AIR DAN KOMUNIKASI
Menteri : Datuk Shaziman Abu Mansor
Timbalan : Datuk Joseph Salang Gandum

KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI Menteri : Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan : Datuk Liew Vui Keong
Timbalan : Datuk Jacob Dungau Sagan

KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI
Menteri : Datuk Mustapa Mohamed
Timbalan : Datuk Rohani Abdul Karim

KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA
Menteri : Datuk Shahrir Abdul Samad
Timbalan : Jelaing anak Mersat

KEMENTERIAN PELAJARAN
Menteri : Datuk Hishammuddin Hussein
Timbalan : Datuk Dr Wee Ka Siong
Timbalan : Datuk Razali Ismail

KEMENTERIAN PENERANGAN
Menteri : Datuk Ahmad Shabery Cheek
Timbalan : Datuk Tan Lian Hoe

KEMENTERIAN PERPADUAN, KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN WARISAN
Menteri : Datuk Mohd Shafie Apdal
Timbalan : Teng Boon Soon

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
Menteri : Datuk Dr S Subramaniam
Timbalan : Datuk Noraini Ahmad

KEMENTERIAN SAINS TEKNOLOGI DAN INOVASI
Menteri : Datuk Dr Maximus Ongkili
Timbalan : Fadillah Yusof

KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN Menteri : Datuk Ong Ka Chuan
Timbalan : Datuk Robert Lau Hoi Chew
Timbalan : Datuk Hamzah Zainudin

KEMENTERIAN PERTAHANAN
Menteri : Datuk Seri Najib Razak
Timbalan : Datuk Wira Abu Seman Yusop

KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH Menteri : Tan Sri Muhammad Muhd Taib
Timbalan : Tan Sri Joseph Kurup
Timbalan : Joseph Entulu Belaun

KEMENTERIAN LUAR NEGERI
Menteri : Datuk Seri Dr Rais Yatim
Timbalan : Datuk Seri Tengku Azlan Abu Bakar

KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN
Menteri : Datuk Ismail Sabri Yaakob
Timbalan : Wee Jeck Seng

KEMENTERIAN KESIHATAN
Menteri : Datuk Liow Tiong Lai
Timbalan : Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI Menteri : Datuk Noh Omar
Timbalan : Datuk Saifuddin Abdullah

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA,KELUARGA DAN MASYARAKAT
Menteri : Datuk Dr Ng Yen Yen
Timbalan : Noriah Kasnon

KEMENTERIAN PELANCONGAN
Menteri : Datuk Seri Azalina Othman Said
Timbalan Menteri : Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib

KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN
Menteri : Datuk Zulhasnan Rafique
Timbalan Menteri : Datuk M Saravanan

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
Menteri : Datuk Seri Khaled Nordin T
imbalan Menteri : Datuk Dr Hou Kok Chung
Timbalan Menteri : Datuk Idris Haron

KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR
Menteri : Datuk Douglas Uggah Embas
Timbalan Menteri : Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh

Gugur

Datuk Seri Rafidah Aziz (MITI);
Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad (Dalam Negeri);
Datuk Seri Azmi Khalid (Sumber Asli dan Alam Sekitar);
Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis (Sains, Teknologi dan Inovasi); Datuk Dr Abdullah Mohd. Zin (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)

15 March 2008

Kabinet Sabah

KOTA KINABALU: Dua muka baru merupakan antara 11 anggota Jemaah Menteri Sabah yang mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang Dipertua Negeri Tun Ahmadshah Abdullah, di Istana Negeri hari ini.
Dua muka baru berkenaan ialah Datuk Azizah Mohd Dun, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Klias, yang dilantik sebagai Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna manakala Peter Pang En Yin, Adun Karamunting pula dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan. Sebelum ini, Datuk Seri Musa Aman yang mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri mengekalkan jawatannya sebagai Menteri Kewangan Sabah. Upacara angkat sumpah kelmarin turut meyaksikan Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan, Datuk Yahya Hussin dan Datuk Raymond Tan Shu Kiah masing-masing dikekalkan sebagai Timbalan Ketua Menteri.
Selain sebagai Timbalan Ketua Menteri, Pairin turut memegang portfolio Menteri Pembangunan Luar Bandar manakala Yahya yang sebelum ini Menteri Pembangunan Mas-yarakat dan Hal Ehwal Pengguna, dilantik sebagai Menteri Pertanian dan Industri Makanan, menggantikan Datuk Abdul Rahim Ismail yang digugurkan. Tan pula mengekalkan portfolio Menteri Pembangunan Infrastruktur.
Anggota jemaah menteri yang turut mengangkat sumpah kelmarin ialah Datuk Nasir Tun Sakaran yang memegang portfolio Menteri di Jabatan Ketua Menteri, Datuk Hajiji Noor (Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan) dan Datuk Dr Ewon Ebin (Menteri Pembangu-nan Perindustrian). Datuk Masidi Manjun kekal sebagai Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar manakala Datuk Dr Yee Moh Chai juga kekal sebagai Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat.
Sementara itu, empat muka baru yang dilantik sebagai Pembantu-pembantu Menteri turut mengangkat sumpah jawatan kelmarin. Mereka ialah Datuk Musbah Jamli yang dilantik sebagai Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Micheal Asang Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Donald Peter Mojuntin dan Datuk Sairin Karno masing-masing dilantik sebagai Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Malumat dan Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar.
Datuk Raden Malleh, Datuk Edward Khoo Keok Hai dan Datuk Nasrun Datu Mansur pula kekal sebagai Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri. Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan dan Melanie Chia yang sebelum ini masing-masing memegang portfolio Pembantu Menteri Pem-bangunan Luar Bandar dan Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat, dilantik sebagai Pembantu Menteri Kewangan. Jahid Jahim dan Datuk Bobbey Suan pula masing-masing kekal sebagai Pembantu Menteri Belia dan Sukan dan Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan manakala Datuk Japlin Akim pula dilantik sebagai Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur. Edward Yong Oui Fah dan Jainab Ahmad pula masing-masing kekal sebagai Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan dan Pembantu Menteri Perindustrian.
Sementara itu, empat lagi pembantu menteri yang belum mengangkat sumpah kelmarin kerana memerlukan pindaan undang-undang negeri, ialah Datuk Ghulamhaidarkhan Bahadar sebagai Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Bolkiah Ismail dan Datuk Ellron Angin yang masing-masing dilantik sebagai Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan Dan Alam Sekitar dan Herbert Timbun Lagadan sebagai Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna.
Turut hadir pada majlis itu ialah isteri Yang Dipertua Negeri Toh Puan Dayang Masuyah Awang Japar dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.

Kabinet Sabah






Kementerian
Menteri
Pembantu Menteri
Jabatan Ketua Menteri
Ketua Menteri YAB Datuk Seri Musa Haji AmanLaman Web Rasmi Ketua Menteri
YB Datuk Nasrun Datu Mansur(I)
YB Datuk Edward Khoo Keok Hai(II)
YB Datuk Radin Malleh(III)
Menteri di Jabatan Ketua Menteri YB Datuk Nasir Tun Sakaran
Kementerian Kewangan
YAB Datuk Seri Musa Haji Aman
YB Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan
YB Melanie Chia Chui Ket
Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna
YB Datuk Hajah Azizah Mohd Dun
YB Herbert Timbun Lagadan
Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah
Timbalan Ketua Menteri YB Datuk Joseph Pairin Kitingan
YB Datuk Sairin Karno
Kementerian Pembangunan Infrastruktur
Timbalan Ketua Menteri YB Datuk Raymond Tan Shu Kiah
YB Datuk Michael Asang
YB Datuk Japlin Akim
Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar
YB Datuk Masidi Manjun
YB Bolkiah Ismail
YB Datuk Ellron Angin
Kementerian Pertanian dan Industri Makanan
Timbalan Ketua Menteri YB Datuk Haji Yahya Hussin
YB Datuk Bobbey Ahfang Suan
YB Datuk Musbah Haji Jamil
Kementerian Kerajaan Tempatan Dan Perumahan
YB Datuk Hajiji Mohd Noor
YB Edward Yong Oui Fah
YB Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar
Kementerian Pembangunan Perindustrian
YB Datuk Ewon Ebin
YB Jainab Datuk Ahmad
Kementerian Belia dan Sukan
YB Datuk Peter Pang En Yin
YB Jahid Jahim
Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat
YB Datuk Dr Yee Moh Chai
YB Donald Peter Mojuntin

13 March 2008

Style Sama



Pangkor Island





Pertama kali menjejak kaki di Pulau Pangkor ini terbayang dibenak ialah mengenai Perjanjian Pangkor ditandatangani pada 20 Februari 1874 yang telah memberi kebenaran untuk Inggeris mencampuri urusan negeri Perak - satu kesilapan yang telah dilakukan oleh Raja Abdullah Ibni Sultan Jaafar, tetapi telah disedari hanya setelah semuanya ditandatangani.
Perjanjian ini berputik daripada kemangkatan Sultan Ali, Raja Abdullah sepatutnya dilantik sebagai sultan baru tetapi Raja Ismail yang telah dilantik. Perasaan tidak puas hati inilah yang mendorong Raja Abdullah meminta bantuan Inggeris. Satu lagi sebab ialah permusuhan dua kongsi gelap Cina, Ghee Hin and Hai San untuk merebut lombong bijih timah... Ketika di Pulau ini sempat juga mengelilingi pulau yang cantik ini dengan keindahan pantai dan pulau-pulau kecil di sekelilingnya, pemandu yang membawa mengelilingi pulau tak renti-renti bercakap dan menerangkan keindahan pulau ini dan juga katanya nun pulau di sana tu sambil menunjukkan pulau kecil dan cantik tu adalah milik si polan anak si polan, ribuan ringgit dibelanjakan untuk memajukan pulau tersebut katanya lagi. Cantik...memang cantik pulau tu..

10 March 2008

PM dan MB


Perdana Menteri Malaysia
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi



MB JOHOR KM MELAKA MB PAHANG


MB N. 9 KM SABAH MB TERANGGANU


MB PERLIS MB KELANTAN MB KEDAH



MB PERAK MB SELANGOR KM PULAU PINANG


Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi Perdana Menteri

09 March 2008

Peta Politik PR ke 12

No 2/3

Barisan Nasional hilang majoriti dua per tiga
KUALA LUMPUR 9 Mac – Barisan Nasional (BN) berjaya membentuk semula kerajaan pada Pilihan Raya Umum Ke-12 tetapi gagal mempertahankan majoriti dua per tiga.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman mengumumkan pembentukan kerajaan oleh BN setelah parti itu berjaya memperoleh majoriti mudah.
Sehingga pukul 3 pagi ini, BN mendapat 134 daripada 222 kerusi Parlimen yang dipertandingkan pada pilihan raya umum kali ini.
Ini merupakan kali pertama dalam sejarah BN hilang majoriti dua per tiga pada pilihan raya umum.
Untuk mendapatkan majoriti dua per tiga, parti itu perlu memenangi sekurang-kurangnya 148 daripada keseluruhan kerusi yang dipertandingkan pada pilihan raya umum kali inii.
Namun pakatan pembangkang berjaya memenangi 75 kerusi Parlimen iaitu DAP 26 kerusi, PKR (28) dan Pas (21).
Jumlah 75 kerusi itu cukup untuk menafikan majoriti dua per tiga BN di Dewan Rakyat.
Pada tahun 2004, BN memenangi 199 daripada 219 kerusi yang dipertandingkan iaitu kejayaan paling besar pernah dicatatkan oleh parti itu.
Untuk pilihan raya kali ini, jumlah kerusi Parlimen bertambah tiga kerusi ekoran persempadanan semula kawasan di Sarawak.
Parti-parti yang bertanding perlu memenangi sekurang-kurangnya 112 kerusi bagi mendapatkan majoriti mudah untuk membentuk kerajaan dan sekurang-kurangnya 148 kerusi untuk majoriti dua per tiga.

tulah


KUALA LUMPUR 9 Mac – Barisan Nasional (BN) bagai dilanda ‘tsunami’ pada Pilihan Raya Umum Ke-12 apabila secara mengejut kehilangan tiga negeri – Kedah, Pulau Pinang dan Selangor, selain gagal menawan Kelantan.
Di Perak pula, keadaannya kritikal sehingga pukul 3.30 pagi ini, pakatan pembangkang telah menguasai 29 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala BN hanya menang 27 kerusi dengan tiga lagi kerusi di DUN Sungai Rapat, Simpang Pulai dan Teja belum diumumkan.
Kejatuhan ala domino ketiga-tiga negeri itu merupakan keputusan terburuk dalam sejarah BN yang dibentuk pada 1973 daripada parti Perikatan.
Mengikut rekod, Kedah dan Selangor tidak pernah jatuh ke tangan pembangkang. Pulau Pinang pernah berada di bawah Gerakan yang ketika itu sebuah parti pembangkang pada tahun 1969.
Pemerhati politik menyifatkan senario ini sebagai ‘satu sentimen nasional’ yang ditunjukkan secara padu oleh para pengundi dalam pilihan raya hari ini.
Menurut mereka, beberapa isu rakyat dimainkan pembangkang terutama soal kenaikan harga barang dan beberapa isu lain membabitkan polisi kerajaan, menjadi faktor utama fenomena itu berlaku.
Antara faktor penyebab lain, menurut mereka, ialah krisis dalam BN sendiri, khususnya UMNO yang dikatakan memboikot calon sendiri akibat perebutan kerusi.
BN turut kehilangan pengaruh di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur apabila semua kerusi Parlimennya disapu bersih pembangkang kecuali Setiawangsa yang dipertahankan oleh Datuk Seri Zulhasnan Rafique.
Kejutan buat BN bermula di Pulau Pinang apabila pembangkang memenangi 29 daripada 40 kerusi DUN.
BN hanya menang 11 DUN di Pulau Pinang, DAP pula 16 kerusi sementara Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendapat lapan kerusi dan Pas satu.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang memenangi kerusi Parlimen Bagan dan kerusi DUN Air Putih disebut-sebut bakal Ketua Menteri Pulau Pinang.
Pembangkang turut mengejutkan BN di Kedah apabila sehingga tengah malam ini, Pas memenangi sekurang-kurangnya 22 daripada 36 kerusi DUN untuk membentuk kerajaan.
Pesuruhjaya Pas Kedah, Azizan Razak diumumkan oleh parti itu awal pagi ini sebagai Menteri Besar Kedah.
Paling mengejutkan ialah kejatuhan Selangor kepada pakatan pembangkang yang diterajui Pas dan Tan Sri Khalid Ibrahim dinamakan sebagai Menteri Besar Selangor.
Menurut keputusan tidak rasmi, DAP menguasai 14 DUN Selangor, PKR (11) dan Pas (9). BN hanya memperoleh 21 daripada 56 DUN Selangor.
Pas juga mengekalkan penguasaan di Kelantan dan sekali gus menggagalkan usaha BN untuk merampas negeri berkenaan.
Situasi di Perak juga dikatakan kritikal dengan BN dikatakan berada dalam keadaan sukar untuk mempertahankan negeri itu.
Namun, Perlis yang dikatakan akan jatuh akibat krisis dalaman politik UMNO negeri itu berjaya menguasai 100 peratus kerusi Parlimen dan DUNnya.
Sementara itu BN berjaya membentuk semula kerajaan di Sabah, Melaka, Perlis, Negeri Sembilan, Terengganu dan Pahang.

Keputusan PRU-12

KEPUTUSAN PILIHAN RAYA 2008
NEGERI PARLIMEN DUN
BN PEMBANGKANG BEBAS BN PEMBANGKANG BEBAS
W.P. KL 1 10 0 0 0 0
W.P. PUTRAJAYA 1 0 0 0 0 0
W.P. LABUAN 1 0 0 0 0 0
PERLIS 3 0 0 14 1 0
KEDAH 4 11 0 14 21 1
PENANG 2 11 0 11 29 0
PERAK 13 11 0 28 31 0
SELANGOR 5 17 0 20 36 0
NEGERI SEMBILAN 5 3 0 21 15 0
MELAKA 5 1 0 23 5 0
JOHOR 25 1 0 50 6 0
KELANTAN 2 12 0 6 39 0
TERENGGANU 7 1 0 24 8 0
PAHANG 12 2 0 37 4 1
SARAWAK 30 1 0 0 0 0
SABAH 24 1 0 59 1 0
JUMLAH 140 82 0 307 196 2

http://www.bharian.com.my/klikkhas/pilihanraya

07 March 2008

06 March 2008

02 March 2008


One In A Million: Penyanyi remaja Sabah bolot RM1 juta
NORAYU DAMIT.
SHAH ALAM 29 Feb. – Seorang penyanyi remaja dari Sabah, Ayu atau nama sebenarnya Norayu Damit (gambar) malam ini dinobatkan sebagai juara rancangan realiti One In A Million (OIAM) musim kedua, sekali gus merangkul hadiah wang tunai RM1 juta.
Dengan kemenangan itu, Ayu, 19, meranapkan impian pencabar terdekatnya, Shila pada pertandingan akhir OIAM terbitan 8TV yang berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam di sini.
Kemenangan yang diadili melalui 100 peratus undian khidmat pesanan ringkas (SMS) dan talian tetap itu menyaksikan Ayu kukuh di tangga teratas dengan 62 peratus undian sementara Shila memperoleh 38 peratus.
Ketika ditemui sejurus selesai pertandingan itu, Ayu melahirkan perasaan terkejut dan bangga kerana berjaya menjuarai OIAM musim kedua itu.
“Dalam OIAM, pakej sudah jatuh nombor dua manakala bakat diberi perhatian oleh orang ramai. Sekarang Ayu telah buktikan bahawa walaupun tidak ada rupa tetapi Ayu mampu menyanyi dengan baik.
‘‘Dengan adanya kekuatan dan sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada peminat, Ayu berjaya bergelar juara malam ini,” katanya.
Pada pertandingan itu, Ayu berjaya memukau penonton dengan persembahan hebatnya menerusi lagu Samudera, Ceritera Cinta dan sebuah lagu baru ciptaan Aubrey Suwito, Hanya Di Mercu.
Persembahan Shila dengan lagu Contigo En La Distancia, medley Oops I Did It Again dan Stuck serta Memori Tercipta dilihat begitu bertenaga namun dia tidak berjaya menepis populariti Ayu.
Jumlah undian keseluruhan pada pertandingan itu ialah 167,977 undi.
Program OIAM mula diperkenalkan pada tahun lalu dengan Suki muncul sebagai pemenang

bendera