28 September 2007

F**K

Menyampah betul saya dengan mamat seorang ni....adakah patut dia buat kita macam budak2 kecil je, dia ingat pandai sangatkah. Mamat seorang ni terlalu cepat bertindak untuk menilai dan menghukum seseorang. Aparahhh. Saya cuma mempertahankan diri saya supaya jangan ada manusia-manusia begini yang tahunya cuma mencari kesalahan orang lain je.

24 September 2007

19 September 2007

dan waktupun berlalu sepi...

Hari ini genaplah seorang menaiki pentas kejayaan bagi menggapai segulung ijazah yang dicita-citakannya selama ini. Dengan kepayahan, kesabaran dan cabaran serta jerih perih dia mampu mengatasinya dengan harapan suatu hari nanti aku seperti orang lain juga yang bakal dilahirkan dan menikmati kegembiraan oleh puncak menara gading (bahasa standard). Dengan ditemani oleh isteri dan seorang anaknya yang ketika itu baru berumur setahun lebih dan seorang anak buah yang sedang belajar di USM maka berangkatlah ke Ibu Kota bagi menghadiri majlis yang amat di nanti-nantikan bagi seorang yang bakal akan menerima ijazah. Terima kasih juga kepada Aidi seorang kawan yang dikenali semasa di USM dahulu yang menggunakan keretanya sebagai transport ke UPM. Duduk di sebuah hotel ditengah-tengah Kuala Lumpur tidaklah mahal sangat dan tidaklah pula murah betul tetapi bolehlah untuk melelapkan mata tapi bukan cuci mata. Selama Empat tahun diulit dengan pelbagai macam buku-buku, pelbagai jenis assignment maka hari ini pada Tiga tahun yang lalu menjadi lipatan sejarah bagi seseorang meneruskan perjuangan yang belum selesai (memetik kata Tun M). Waktu sangat cepat berlalu seseorang itu masih juga seperti itu duit MARA pun belum lepas lagi tapi percayalah rezeki dah Allah SWT tetapkan cuma tempoh masanya jadi penentu sama ada cepat atau lambatnya rezeki tetap ada bagi semua makhluk di muka bumi Tuhan ini. Alhamdulillah.

18 September 2007

16 September 2007

Hari Malaysia


Hari ini genaplah 44 tahun Persekutuan Tanah Melayu, Singapura dan Borneo Utara (Sabah dan Sarawak) membentuk Negara Malaysia, Walaubagai manapun penubuhan Malaysia ini tidak disenangi oleh terutamanya Indonesia dan Filipina sehingga membawa kepada konfrontasi Malaysia-Indonesia :
Berlaku apabila Indonesia menentang hasrat penggabungan Sabah dan Sarawak ke dalam Malaysia.
Pertempuran antara tentera Malaysia dan Indonesia berlaku di Sabah, Sarawak, Johor, Melaka dan Perak. Antara pertempuran tragik dipercayai berlaku di Kalabakan, Sabah apabila ramai tentera Malaysia ditembak mati ketika sedang bersolat.
Konfrontasi berakhir selepas kira-kira empat tahun apabila Sukarno digantikan oleh Suharto sebagai Presiden Indonesia.

15 September 2007

Tiadakah Anugerah?

Pagi tadi ketika menonton t.v. rancangan Jejak Qariah kebetulan pula masa tu di siarkan kejayaan tentang qariah Malaysia yang mengharumkan nama Malaysia baik di peringkat kebangsaan mahupun antara bangsa iaitu Hajah Faridah Hj. Mat Saman, kejayaan yang dicipta oleh Hajah Faridah bukanlah kecil dan singkat malah menggapai selaku johan qariah peringkat kebangsaan dan antarabangsa sebanyak lapan kali sejak tahun 1964 sesuatu pencapaian yang menakjubkan, luar biasa dan membanggakan kita semua, lebih-lebih lagi dalam era ketika ini yakni bergembling tenaga menjayakan dan sekali gus menerapkan modal insan ini boleh dikatakan individu yang cemerlang, gemilang dan terbilang malah jauh lebih tinggi dan prestij pencapaianya berbanding dengan beberapa atlit mahupun artis tempatan (penulis bukanlah nak membanding-bandingkan). Tapi yang anehnya...tidakkah ada negeri mahupun pembesar-pembesar diperingkat persekutuan mahupun negeri yang menganugerahkan gelaran datuk dan sebagainya kepada individu yang berjaya ini, bak kata ulama yang juga pendakwah tersohor merungkaikan bahawa adil itu sesuatu yang tepat pada fungsinya.

13 September 2007

8.2 Skala Richter




Gempa di Bangkahulu, Sumatera Indonesia. Gegarannya turut di rasai di beberapa tempat di Johor, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.







Doa Ramadan Al-Mubarak

Hari Pertama"Ya Allah, jadikanlah puasaku, puasa orang benar-benar berpuasa. Dan ibadah malamku, ibadah orang benar-benar mengerjakan ibadah. Dan jagalah aku dari tidurnya orang yang lalai. Hapuskanlah dosaku wahai Tuhan sekalian alam. Dan Ampunilah aku wahai Tuhan maha pengampun daripada segala dosa."
Hari Kedua"Ya Allah, dekatkan aku kepada keredaan Mu dan jauhkan aku daripada kemurkaan serta balasan Mu. Berilah aku kemampuan membaca ayat-ayat Mu dengan rahmat Mu, wahai Tuhan Maha Pengasih"
Hari Ketiga“Ya Allah limpahkan aku dengan kecerdikan fikiran dan kewaspadaan serta jauhkan aku daripada kebodohan dan kesesatan. Sediakan bahagian ku daripada kebaikan yang kau turunkan., demi kemurahan Mu, wahai Tuhan Maha Pemurah daripada segala dermawan.”
Hari Keempat“Ya Allah berilah kekuatan kepada ku untukmelaksanakan perintah Mu dan berilah aku kemanisanberzikir. Berilah aku kekuatan melahirkan kesyukurandengan kemuliaan Mu. Dan jagalah aku dengan jagaan danperlindungan Mu, wahai Tuhan Maha Melihat.”
Hari Kelima“Ya Allah, tempatkan aku di kalangan orang yangsentiasa memohon keampunan. Jadikanlah aku hamba Muyang saleh serta jadikanlah aku di kalangan auliya’(orang yang mendapat keutamaan Mu) yang hampir di sisiMu dengan kelembutan Mu, wahai Tuhan yang Mahapengasih daripada segala pengasih.”
Hari Keenam“Ya Allah, janganlah aku dihina kerana perbuatanmaksiat ku kepada Mu dan janganlah menyeksa ku denganbalasan Mu. Jauhkan aku daripada sesuatu yang bolehmendatangkan kemurkaan Mu, dengan anugerah dan bantuanMu, wahai kemuncak keinginan orang yang berkeinginan.”
Hari Ketujuh“Ya Allah bantulah aku untuk mengerjakan puasa dan ibadah malamnya. Jauhkanlah aku daripada dosa-dosanya. Dan berilah aku zikir untuk mengingati Mu secara berterusan, dengan taufik (petunjuk) Mu wahai pemberi petunjuk kepada orang yang sesat.”
Hari Kelapan“Ya Allah, berilah aku rezeki berupa kasih sayang kepada anak-anak yatim, pemberi makanan, penyebar salam dan bergaul dengan mulia, dengan kemuliaan Mu tempat berlindung orang yang berharap.”
Hari Kesembilan“Ya Allah, sediakan bagi ku sebahagian daripada keluasan rahmat Mu. Berilah aku petunjuk dengan ajaran-ajaran Mu. Bimbinglah aku menuju keredaan Mu yang penuh dengan kecintaan Mu, wahai harapan orang yang merindu.”
Hari Kesepuluh“Ya Allah, jadikan aku di antara orang bertawakal kepada Mu dan jadikan aku di kalangan orang yang menang di sisi Mu. Ya Allah, jadikan aku di kalangan orang yang dekat di sisi Mu. Dengan ihsan Mu wahai tempat tuju orang yang memohon.”
Hari Kesebelas“Ya Allah, tanamkan dalam diri ku kecintaan melakukan kebaikan dan kebencian melakukan perbuatan maksiat serta fasik. Ya Allah jauhkan ku daripada kemurkaan Mu dan seksaan api neraka, dengan pertolongan Mu wahai Tuhan yang menolong orang memerlukan pertolongan.”
Hari Kedua Belas“Ya Allah, hiasilah diri ku dengan penutup dan kesucian. Tutuplah diri ku dengan pakaian kesederhanaan dan kerelaan. Tempatkan aku di jalan keadilan dan keikhlasan. Amankan diri ku daripada setiap perkara yang aku takut, dengan penjagaan Mu, wahai penjaga orang yang takut.”
Hari Ketiga Belas“Ya Allah, bersihkan diri ku daripada kekotoran dan kehinaan. Berilah kesabaran kepada ku untuk menerima segala ketentuan. Berilah kemampuan kepada ku untuk bertakwa dan bergaul dengan orang baik, dengan bantuan Mu wahai pengharap orang yang miskin.”
Hari Keempat Belas“Ya Allah, jangan aku dihukum disebabkan kekeliruan yang ku lakukan. Ampunkan aku daripada kesalahan dan kebodohan. Janganlah kau jadikan diri ku sasaran bala dan malapetaka, dengan kemuliaan Mu wahai kemuliaan kaum Muslimin.”
Hari Kelima Belas“Ya Allah limpahkan rezeki kepada ku berupa ketaatan orang yang khusyuk. Lapangkan dada ku dengan taubat orang yang menyesal, dengan keamanan Mu wahai keamanan orang yang takut.”
Hari Keenam Belas“Ya Allah, berilah kemampuan kepada ku untuk menjalani kehidupan seperti mana kehidupan orang baik. Jauhkan bagi ku kehidupan orang yang melakukan kejahatan. Lindungilah aku dengan rahmat Mu hingga ke alam akhirat, demi ketuhanan Mu wahai Tuhan sekalian alam.”
Hari Ketujuh Belas“Ya Allah, tunjukkan bagi ku amal kebajikan dan penuhilah hajat serta cita-cita ku, wahai Tuhan yang Maha Mengetahui segala keperluan tanpa ungkapan permohonan. Wahai yang Maha Mengetahui segala yang ada dalam hati sekalian makhluk. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad dan keluarga baginda yang suci.”
Hari Kelapan Belas“Ya Allah, sedarkan aku untuk mencari keberkatan. Terangkan hati ku secerah cahaya dan bimbinglah aku serta anggota ku untuk mengikuti segala ajaran Mu, dengan cahaya Mu wahai penerang hati orang yang bijak.”
Hari Kesembilan Belas“Ya Allah, penuhkan bahagian ku dengan keberkatan dan mudahkan bagi ku menuju ke arah kebaikan. Jangan kau jauhkan aku daripada ketenteraman kebaikan, wahai pemberi petunjuk kepada kebenaran.”
Hari Kedua Puluh“Ya Allah, bukakan bagi ku pintu-pintu syurga dan tutupkan bagiku pintu-pintu neraka. Berilah kemampuan kepada ku untuk membaca ayat-ayat suci al-Quran, wahai pemberi ketenangan dalam hati orang beriman.”
Hari Kedua Puluh Satu“Ya Allah, berilah aku petunjuk untuk mendapat keredaan Mu. Janganlah engkau biarkan syaitan menguasai diri ku. Jadikan syurga tempat tinggal dan berehat bagi ku, wahai pelaksana keperluan orang meminta.”
Hari Kedua Puluh Dua“Ya Allah, bukakan bagi ku pintu kelebihan dan turunkan bagi ku keberkatan mu. Berilah kepada ku untuk melakukan sesuatu yang mendatangkan keredaan Mu dan tempatkan aku dalam syurga Mu yang luas, wahai penjawab doa orang dalam kesempitan.”
Hari Kedua Puluh Tiga“Ya Allah bersihkan aku daripada segala dosa dan jauhkan diri ku daripada keaiban serta tanamkan ketakwaan dalam hati ku, wahai pengampun kesalahan orang yang berdosa.”
Hari Kedua Puluh Empat“Ya Allah, aku bermohon kepada Mu perkara yang mendatangkan keredaan Mu. Aku berlindung dengan Mu daripada perkara yang mendatangkan kemarahan Mu dan aku bermohon kepada Mu kemampuan untuk mentaati Mu serta menghindari kemaksiatan terhadap Mu, wahai pemberi kepada yang meminta.”
Hari Kedua Puluh Lima“Ya Allah, jadikan aku orang yang menyintai auliya’ Mu dan memusuhi musuh Mu. Jadikan aku pengikut sunnah nabi Mu, wahai penjaga hati para Nabi.”
Hari Kedua Puluh Enam“Ya Allah, jadikan usaha ku sebagai usaha yang sentiasa disyukuri, dosa-dosa ku sebagai dosa yang diampuni, kebaikan ku sebagai kebaikan yang diterima dan keaiban ku sebagai keaiban yang ditutupi, wahai Tuhan Maha Mendengar daripada semua pendengar.”
Hari Kedua Puluh Tujuh“Ya Allah, berilah rezeki berbentuk ganjaran Lailatul Qadar kepada ku, ubahkan perkara sulit menjadi mudah, makbulkan permintaan maaf ku dan hapuskan dosa serta kesalahan ku, wahai Tuhan Maha Penyayang kepada hamba soleh.”
Hari Kedua Puluh Lapan“Ya Allah, penuhkan hidup ku dengan amalan sunnah dan muliakan aku dengan diterimanya semua permintaan, wahai Tuhan yang tidak disibukkan oleh permintaan orang meminta.”
Hari Kedua Puluh Sembilan“Ya Allah, hiasilah aku dengan rahmat Mu dan berikanlah aku petunjuk serta penjagaan Mu. Bersihkan hati ku dengan fitnah, wahai pengasih kepada hamba yang beriman.”
Hari Ketiga Puluh“Ya Allah, jadikan puasa ku disertai dengan rasa syukur dan diterima oleh Mu melalui jalan keredaan Mu serta keredaan rasul Mu, cabangnya yang kukuh dan kekuatan keberkatan, demi kenabian Muhamad saw dan keluarga baginda yang suci dan segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.”

Salam Ramadan

Diriwayatkan oleh Sayyidina Ali bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda berkenaan dengan fadilat sembahyang Tarawih pada bulan Ramadan antaranya:
Malam Pertama: Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana dia baru dilahirkan (mendapat keampunan dari Allah Taala).
Malam Keempat: Mendapat pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
Malam Keenam: Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul-Ma`mur (sebanyak 70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah akan mendoakan supaya Allah mengampuni dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.
Malam Ketujuh: Seolah-olah dia dapat bertemu serta menolong Nabi Musa A.S. menentang musuh ketatnya Firaun dan Haman.
Malam Kelapan: Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Ibrahim A.S.
Malam kesembilan: Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.
Dan kelebihan-kelebihan seterusnya sehingga sampai kemalam yang ke-tiga puluh

12 September 2007

Esok Umat Islam Mula Berpuasa


"... dan makan dan minumlah hingga jelas bagimu benang putih dari benang hitam, yaitu fajar, kemudian sempurnakanlah puasa itu sampai alam...( AL-Baqarah : 187).

Selamat Menunaikan Ibadah Puasa Ramadan Al-Mubarak buat semua rakan, sahabat dan taulan, Maaf zahir batin juga bersempena bulan baik yang penuh barakah ini...
Semoga kita semua memperoleh kekuatan, kebaikan dan keberkatan dari Yang Maha Kuasa.
Amin...

Ramadan awalnya rahmat,
Pertengahannya keampunan,
dan Pengakhirannya dijauhkan daripada azab dan api neraka.

11 September 2007

Punca Sakit kelamin

Seks luar nikah punca sakit kelamin
PAKAR Perbidanan dan Sakit Puan, Prof Madya Dr Harlina Halizah Siraj menegaskan cara terbaik mengelakkan pelbagai risiko penyakit kelamin terutama HIV/Aids ialah dengan menghindarkan diri daripada melakukan seks sebelum berkahwin. Walaupun ada pelbagai kaedah mencegah daripada hamil luar nikah dan dijangkiti penyakit kelamin, kaedah ini masih belum mampu 100 peratus melindungi daripada risiko berkenaan. Justeru, remaja perlu diberikan pengetahuan mengenai risiko ini yang tidak pernah diberitahu oleh mana-mana sumber sebelum ini. “Pengetahuan membolehkan remaja mengambil keputusan betul sama ada untuk terbabit dengan seks atau sebaliknya. Sayangnya, hari ini remaja memperoleh maklumat daripada sumber terpesong seperti filem pornografi. “Bagaimanapun, maklumat ini tidak memberitahu dengan tepat mengenai risiko yang dihadapi jika melakukan seks tanpa nikah. Ramai remaja terkejut dan menangis apabila mendapati mereka hamil kerana belum bersedia bertanggungjawab sebagai ibu bapa,” katanya.Beliau berkata, mereka yang hamil di bawah usia 16 tahun ke bawah berisiko mengalami kematian ketika melahirkan. Kehamilan yang tidak dikehendaki meninggalkan kesan secara psikologi dan sosial seperti kurang peluang untuk melanjutkan pelajaran atau mendapat pekerjaan yang baik. Ramai remaja memilih melakukan pengguguran haram yang bukan saja tidak selamat malah mengancam nyawa.“Pengguguran diharamkan di Malaysia dan dikira sebagai jenayah. Namun wajarkah remaja hanya takutkan undang-undang semata-mata? Undang-undang bukan penentu sikap, tetapi yang penting perlu menggunakan akal dalam bertindak. Budak lelaki jangan ingat selepas menghamilkan teman wanita, boleh minta mereka ‘cuci’ kandungan begitu saja. Ia bukan satu proses biasa, tetapi proses yang menyakitkan. “Selain risiko hamil, remaja juga berisiko tinggi menghadapi pelbagai penyakit jangkitan kelamin. Dianggarkan 63 peratus penghidap penyakit jangkitan kelamin berusia kurang 25 tahun, manakala 80 peratus tidak mengalami sebarang gejala menyebabkan penyakit ini lambat dikenal pasti,” katanya.Statistik Pusat Bimbingan Remaja Puteri Raudhatus Sakinah menunjukkan daripada 100 remaja yang ditempatkan di pusat berkenaan, hampir 61 peratus terbabit dengan aktiviti seks luar nikah akibat diperkosa, keterlanjuran dan luar kawalan. Akibatnya seramai 60 bayi dilahirkan penghuni pusat berkenaan. Ini menunjukkan betapa pentingnya memberikan kesedaran kepada remaja mengenai kesan hubungan seks luar nikah. Meminjam kata-kata Dr Harlina, menjadi remaja hari ini cukup mencabar. Lautan yang mereka hadapi ibarat tsunami dan jika tidak dibekalkan dengan peralatan canggih, tentu saja mereka mudah hanyut dilambung ombak ganas. Justeru, hanya pengetahuan dapat menyelamatkan mereka.
FAKTAGejala Seksual Remaja di Malaysia
Berzina - seawal usia sembilan hingga 10 tahun
Kehamilan Luar Nikah
Rogol - 63 peratus mangsa dan 9.4 peratus pemangsa adalah remaja
Pelacuran - Sebahagian besar berusia 15 hingga 17 tahun. Kira-kira 13.1 peratus daripada 60 pekerja seks remaja berusia 12 hingga 14 tahun.

Penutupan Bulan Kemerdekaan ke-50


Detik pembentukan Malaysia meriahkan 50 tahun kemerdekaan
KUCHING: Sambutan kemerdekaan negara ke-50 dimeriahkan lagi dengan perayaan Malaysia Merdeka 2007 malam tadi, dengan mengimbau kembali peristiwa 16 September 1963, iaitu detik pembentukan Malaysia.Pada tarikh itu, gabungan Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak, Sabah dan Singapura membentuk Malaysia, bagaimanapun dua tahun kemudian Singapura menarik diri daripada gagasan berkenaan.
Hujan lebat pada sebelah petang tidak menghalang lebih 35,000 warga Kuching memenuhi Stadium Negeri Petra Jaya, untuk menyaksikan persembahan warna-warni dan penuh nostalgia bermula daripada peranan Suruhanjaya Cobbold dan perisytiharan Perdana Menteri Pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah tiba di sini pada sebelah pagi bagi merasmikan perayaan Malaysia Merdeka.

9/11


Hari ini genap sudah enam tahun berlalu, tentunya kita tidak boleh melupakan betapa dua buah pesawat digunakan untuk merempuh bangunan berkembar Pusat Dagangan Dunia di New York. Ternyata ia bukan kemalangan biasa. Luar biasa insiden itu bukan sahaja kerana ia melemahkan sendi psikologi Amerika Syarikat (AS), yang selama ini kebal daripada ditembusi tembok keselamatannya, tetapi juga telah mencorakkan dunia pada hari ini. Kerana malu dihina sedemikian rupa, perkara pertama dilakukan oleh pentadbiran-pentadbiran Presiden George W. Bush susulan serangan 11 September 2001 ialah, menyatukan seluruh rakyat negara itu untuk menghadapi musuh yang melakukan serangan dan yang pastinya mereka menanamkan mahzab baru iaitu melebelkan Islam sebagai pengganas, siapakah yang ganas? mungkinkan Bush sendiri? tepuk dada tanya minda.

10 September 2007

Bukan Budaya kita

9/9 tidak sama dengan 9/11

KUALA TERENGGANU: Empat anggota polis termasuk tiga daripada Unit Simpanan Persekutuan (FRU), cedera diserang dan dibaling termasuk dengan bom api, dipercayai oleh penyokong parti pembangkang selepas polis mengarahkan mereka bersurai daripada menghadiri perhimpunan haram di Batu Burok dan Jalan Sultan Mahmud di sini, malam kelmarin.(09.09.07)

Kabinet igauan/harapan

KABINET BARU: Kongres Ke-44 FAM semalam memilih pemimpin untuk tempoh tiga tahun 2007-2010 (dari kiri) Ahamad Mohamad (Naib Presiden), Gulzar Mohd Nor (Naib Presiden), Redzuan (Timbalan Presiden), Sultan Ahmad Shah (Presiden), Khairy (Timbalan Presiden), Che Mat (Naib Presiden) dan Afandi (Naib Presiden)
Kabinet FAM 2007-2010

Presiden :
Sultan Ahmad Shah
Timbalan Presiden :
Datuk Redzuan Sheikh Ahmad – menang tanpa bertanding
Khairy Jamaludin - menang tanpa bertanding
Naib Presiden :
Datuk Che Mat Jusoh, (Terengganu, 45 undi)
Afandi Hamzah, (Kelantan, 30 undi)
Ahamad Mohamad, Johor (28 undi)
Datuk Gulzar Mohd Nor, Sarawak (26 undi)

Selamat Bertunanggg


Pelakon dan penyanyi, Erra Fazira Wan Chek, 33 sah menjadi tunangan kepada Ketua Pegawai Operasi, Radio Suria FM, Engku Emran Zainal Abidin, 32, dengan senaskhah al-Quran menjadi antara hantarannya. “Senaskhah al-Quran sudah memadai sebagai hantaran kerana di dalamnya terkandung panduan terhadap segala amanah dan tanggungjawab apabila kami melalui alam kehidupan berumahtangga nanti.

07 September 2007

Al-Fatiha

05.02.1924 - 07.09.2003
Hari ini genaplah Empat tahun arwah ibu meninggalkan kami di alam maya ini, semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh allahyarahmah dan di tempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Aamin. Al-Fatiha.

Sabda Rasulullah SAW ''apabila seseorang anak Adam itu mati, maka terputuslah segala hubungannya kecuali tiga perkara; ia itu sedekah amal jariahnya (sedekal berkekalan), ilmu yang dimanfaatkan dan anak yang soleh yang mendoakannya''.
Hadis Riwayat Abu Hurairah

05 September 2007

Dr. M semoga selamat


Dr M dibedah Kelmarin (4.9.07), Pembedahan pintasan koronari kedua di IJN dalam 18 tahun.
KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad akan menjalani pembedahan pintasan koronari di Institut Jantung Negara (IJN), di sini, hari ini, surgeri jantung kedua yang dilalui bekas Perdana Menteri itu dalam 18 tahun. Pembedahan pintasan koronari pilihan itu akan diketuai Ketua Pembedahan Kardiotorasik IJN, Tan Sri Dr Yahya Awang, pakar sama yang melakukan pembedahan pintasan koronari terhadap Dr Mahathir di Hospital Besar Kuala Lumpur (HKL) pada 24 Januari 1989.