15 September 2007

Tiadakah Anugerah?

Pagi tadi ketika menonton t.v. rancangan Jejak Qariah kebetulan pula masa tu di siarkan kejayaan tentang qariah Malaysia yang mengharumkan nama Malaysia baik di peringkat kebangsaan mahupun antara bangsa iaitu Hajah Faridah Hj. Mat Saman, kejayaan yang dicipta oleh Hajah Faridah bukanlah kecil dan singkat malah menggapai selaku johan qariah peringkat kebangsaan dan antarabangsa sebanyak lapan kali sejak tahun 1964 sesuatu pencapaian yang menakjubkan, luar biasa dan membanggakan kita semua, lebih-lebih lagi dalam era ketika ini yakni bergembling tenaga menjayakan dan sekali gus menerapkan modal insan ini boleh dikatakan individu yang cemerlang, gemilang dan terbilang malah jauh lebih tinggi dan prestij pencapaianya berbanding dengan beberapa atlit mahupun artis tempatan (penulis bukanlah nak membanding-bandingkan). Tapi yang anehnya...tidakkah ada negeri mahupun pembesar-pembesar diperingkat persekutuan mahupun negeri yang menganugerahkan gelaran datuk dan sebagainya kepada individu yang berjaya ini, bak kata ulama yang juga pendakwah tersohor merungkaikan bahawa adil itu sesuatu yang tepat pada fungsinya.