19 September 2007

dan waktupun berlalu sepi...

Hari ini genaplah seorang menaiki pentas kejayaan bagi menggapai segulung ijazah yang dicita-citakannya selama ini. Dengan kepayahan, kesabaran dan cabaran serta jerih perih dia mampu mengatasinya dengan harapan suatu hari nanti aku seperti orang lain juga yang bakal dilahirkan dan menikmati kegembiraan oleh puncak menara gading (bahasa standard). Dengan ditemani oleh isteri dan seorang anaknya yang ketika itu baru berumur setahun lebih dan seorang anak buah yang sedang belajar di USM maka berangkatlah ke Ibu Kota bagi menghadiri majlis yang amat di nanti-nantikan bagi seorang yang bakal akan menerima ijazah. Terima kasih juga kepada Aidi seorang kawan yang dikenali semasa di USM dahulu yang menggunakan keretanya sebagai transport ke UPM. Duduk di sebuah hotel ditengah-tengah Kuala Lumpur tidaklah mahal sangat dan tidaklah pula murah betul tetapi bolehlah untuk melelapkan mata tapi bukan cuci mata. Selama Empat tahun diulit dengan pelbagai macam buku-buku, pelbagai jenis assignment maka hari ini pada Tiga tahun yang lalu menjadi lipatan sejarah bagi seseorang meneruskan perjuangan yang belum selesai (memetik kata Tun M). Waktu sangat cepat berlalu seseorang itu masih juga seperti itu duit MARA pun belum lepas lagi tapi percayalah rezeki dah Allah SWT tetapkan cuma tempoh masanya jadi penentu sama ada cepat atau lambatnya rezeki tetap ada bagi semua makhluk di muka bumi Tuhan ini. Alhamdulillah.