26 August 2007

Cuma Lesotho!


Apapun tahniah kepada skuad negara mengancam selepas 10 saat apabila daripada sepak mula apabila Khyril Muhymeen Zambri menguji penjaga gol lawan, Phasumane Kholuoe tetapi gol pencetus semangat hanya diperoleh pada masa kecederaan babak pertama menerusi ketua pasukan, Shukor Adan.Bermula daripada sepakan sudut Norsharul Idlan Talaha daripada sebelah kanan, Shukor, yang menyumbang satu gol ketika mengalahkan Laos 2-0, menanduk masuk cantik ke penjuru kanan gol lawan.Dua minit babak kedua berlangsung, giliran Khril Muhymeen menyumbat gol dengan tandukan hasil umpanan lintang Norsharul sebelum Zaquan Adha Radzak, digandingkan dengan Samransak Kram kerana Safee Sali menjalani penggantungan, menambah derita Lesotho yang keletihan.Zaquan bijak memanfaat kealpaan lawan apabila merampas bola daripada kaki pertahanan Lesotho dari tengah padang sebelum meluru solo dan memperdayakan Kholuoe dengan tendangan leret ke arah kiri gawang.Tidak cukup dengan gol itu, Norsharul menjaringkan gol keempat tuan rumah selepas serang balas di sayap kiri memberikan peluang buatnya merembat kencang ke penjuru kanan gawang, meninggalkan Kholuoe yang terpinga-pinga kaku.Di Shah Alam, juara bertahan Myanmar mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Laos untuk muncul juara kumpulan dengan sembilan mata penuh.Walaupun mengasak kubu Laos sejak awal permainan, Myanmar dipaksa menanti hingga minit ke-30 untuk memecah kebuntuan menerusi rembatan penyerang tinggi lampai,Yan Paing dari jarak 25 meter.
MALAYSIA: Syed Adney Syed Hussein; Daudsu Jamaluddin, Aidil Zafuan Radzak (Syamsol Sabtu 73), Norhafiz Zamani Misbah, Sumardi Hajalan; Nor Farhan Muhammad, Norsharul Idlan Talaha, Shukor Adan, Khyril Muhymeen Zambri; Zaquan Adha Radzak (Azi Shahril Azmi 80), Samransak Kram (Amirulhadi Zainal 63).