Bukan hendak menuding jari kepada sesiapa jauh sekali berlagak pakar tetapi menunjukan betapa minatnya kepada bola sepak dan sekadar berkongsi pendapat, pihak FAM dan mereka yang terlibat dalam pembangunan sukan ini harus juga di berikan pujian kerana mereka bukanlah boneka yang hanya berpeluk tubuh dan duduk di kerusi empuk@panas merekapun ada perancangan tersendiri tetapi mungkin persekitaran bola sepak kita perlu anjakan paradigma yang ampuh sesuai dengan tuntutan bola sepak hari ini.
Jika diamati bola sepak kita tidaklah teruk sangat jika dibandingkan dengan beberapa negara seangkatan di era 70an dan 80an dengan kita tetapi kerana bola sepak mereka cepat matang dan mungkin lebih fokus kehadapan tidak seperti kita hari-hari ada sahaja dilaporkan bermasalahlah, gaji tak dibayarlah, kontrak belum ditandatanganilah dan sebagainya nasib baik tidak dilaporkan begini 'jersey kelmarin belum dicuci lagi'.
Hatta sekalipun pengurus berstatus tuan Sir Alex Ferguson menjadi jurulatih merangkap pengurus pasukan kebangsaan kita namun tidak akan merrrobbah landskap bola sepak kita jika resepinya tidak sebati dengan kemantapan, kematangan dan pembentukan pasukan kebangsaan kerana bola sepak memerlukan segala-galanya tanyalah pakar sains sukan bola sepak sentiasa perlukan pembaharuan, strategi, kemahiran, taktik, teknik,naluri, emosi, bentuk pemakanan yang betul dan juga tidak terkecuali 'tipu muslihat' yang dibenarkan dalam sukan tersebut.