17 February 2009

Dont Cry For Me Eliza

Benarlah kata perumpamaan 'berapa berat mata memandang berat lagi bahu memikul' situasi inilah berlaku kepada Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Bukit Lanjan yang juga merupakan Exco Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor Elizabeth Wong, yang tersepit dengan isu gambar bogelnya sebenarnya gambar peribadi beliau yang katanya diedarkan oleh salah seorang bekas rakan lelakinya. Saya sangat bersimpati dengannya kerana dalam kes ini beliau seolah-olah dianyai oleh seseorang yang pernah bersama-sama suatu ketika, dan dalam kenyataannya ia merupakan pencerobohan hak peribadi ke atasnya sama ada itu boleh diterima atau tidak hanya beliau yang maha mengetahui plot cerita sebenar gambar yang diambil dengan menggunakan telefon bimbit di kediamannya ini.
Yang pastinya banyak laman blog yang berlumba-lumba menjadikan isu ini sebagai berita sensasi memangpun sensasi dengan ulasan, kritikan, simpati, empati dan sebagainya kepada Exco ini yang dianggap antara ahli politik kuat berkerja keras almaklumlah masih bujang yang dimiliki oleh kerajaan pakatan.
Apapun alasannya ia sudah menjadi pengetahuan umum kerana ia merupakan pemimpin politik yang berkedudukan (harus dibaca saya tak kata bersekedudukan) malah bukan sedikit penyokongnya, dalam kes ini beliau bukanlah orang pertama yang menjadi mangsa, terdahulu dari itu beberapa personaliti politik dan artis perempuan menjadi model akibat komunikasi canggih dalam era dunia tanpa sempadan ini.
Disebalik terdedahnya isu gambar beliau ini bukan sedikit harga yang Elizabeth perlu bayar terutama pada maruahnya serta keluarga, kerjaya dan yang tentunya para penyokong beliau, saya tidaklah ingin bercakap tentang masa depan politik beliau kerana politik memungkinkan segalanya berlaku diluar batas naluri bawah sedar kita. Hamburan simpati, sokongan dan air mata rakan-rakan beliau haruslah atas landasan yang betul dan tanpa apa-apa kepentingan.