16 May 2009

Selamat Hari Guru

Hari ini 16 Mei 2009, sudah disambut sebanyak 38 kali oleh masyarakat Malaysia khasnya kaum warga pendidik. Tarikh 16 Mei dipilih bagi perayaan tersebut kerana memperingati tarikh penguatkuasaan Penyata Razak, iaitu Dasar Pendidikan Negara yang dilaksanakan bagi Persekutuan Tanah Melayu, yang berhasrat menyatukan pendidikan di sekolah bagi semua kaum di negara ini, yang berteraskan perpaduan kaum melalui bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar kebangsaan. Sambutan Hari Guru diadakan di peringkat negara, negeri, daerah dan sekolah. Saya masih teringat sewaktu berpeluang menjadi pendidik beberapa tahun dahulu murid-murid pada ketika itu walaupun berada di kawasan pedalaman dan agak daif namun mereka masih menghargai dan mengenang jasa serta bakti guru mereka dengan mengucapkan ungkapan 'Selamat Hari Guru' dan tidak kurang juga anak murid yang menghadiahkan kad-kad lukisan tangan mereka sendiri dan sejambak jambangan bunga yang digubah khas untuk guru mereka. Tugas guru ini amat penting, murni dan suci ibarat lilin membakar diri menerangi orang lain, tanyalah pada DS Najib, Barrack Hussein Obama atau David Beckham, suatu wak tu dahulu dizaman pembelajaran mereka, siapa yang mengajar mereka sehingga boleh menjadikan diri mereka seadanya pada hari ini?. Tema sambutan hari guru pada tahun ini ialah "Guru Pembena Negara Bangsa". Kita tunggu dan lihat sentuhan dari Menteri Pelajaran yang baru Y.A.B.Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Timbalan Perdana Menteri dalam merencana dan mengangkasakan profesyen perguruan ini.