27 May 2009

Usah Benar Komunis Pulang

Rakyat negara ini harus membaca sejarah terutamanya pemimpin politik yang berpandangan sempit yang agak 'rajin' dan lantang membicarakan serta mengagumi perjuangan idealogi komunis sejak akhir-akhir ini. Kekejaman Bintang Tiga pada zaman dua fasa darurat dahulu - dari 1948 hingga 1960 dan 1968 hingga 1984, sudah cukup terlalu kejam untuk diimbau kembali dan akan memeritkan untuk diingati terutamanya generasi muda pada hari ini walaupun kebanyakan mereka hanya tahu kekejamaan dan kedurjanaan komunis ataupun Bintang Tiga itu melalui cerita nenek moyang mereka,
Parti politik ataupun individu tertentu wajar menghentikan sandiwara ataupun nostalgia untuk membawa pulang Chin Peng ke negara ini, dalilnya cukup mudah kerana bekas Setiausaha Parti Komunis Malaya (PKM) itu adalah musuh negara dan bertanggungjawab keatas kematian kira-kira 50,000 ribu askar Melayu dan juga pasukan keselamatan sepanjang tempoh komunis menganggu-gugat keamanaan tanah air tercinta ini. Tindakan segelintir rakyat dan pemimpin ini untuk cuba mengapi-apikan dan cuba menjadi juara dalam publisiti murahan bagi membenarkan penjenayah ini pulang ke Malaysia adalah dilihat sebagai kurang bijak kerana tidak menyelami perasaan wira-wira negara yang terkorban dalam mempertahankan negara ini disamping keluarga mereka. Pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) itu harus dilihat sebagai pengganas yang tidak ubah seperti Hitler dan juga bekas pemimpin Serbia, Radovan Karadzic yang terlibat pembunuhan beramai-ramai rakyat Muslim Bosnia ketika perang 1992-95. Pemimpin negara dan juga rakyat merdeka tanah air ini harus waspada dengan taktik serba halus yang disemai oleh golongan yang mempunyai agenda tersembunyi ini kerana sejarah tidak akan berbohong kepada generasi akan datang dan juga harus diingat bahawa sejarah pasti akan berulang dalam bentuk yang sama cuma masa dan latarbelakang saja yang sedikit berbeza.