Sudah tentu ramai yang mengenali individu di atas, mereka mungkin idola yang tiada tolok bandingnya dikalangan masyarakat ataupun peminat mereka. Ahli Parlimen Batu Tian Chua atau nama sebenarnya Chua Tian Chang mungkin hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen berikutan keputusan Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, mengenakan hukuman penjara enam bulan serta denda RM3,000 ke atasnya, semalam. Beliau yang didapati bersalah atas tuduhan mencederakan (mengigit) seorang konstabel polis pada perhimpunan haram di perkarangan Parlimen, pada jam 10.45 pagi, 11 Disember 2007. Dia didakwa mengikut Seksyen 332 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun atau denda atau kedua-duanya. Namun beliau masih diberi keadilaan yang sewajarnya dengan memfailkan permohonan rayuan dalam tempoh masa 14 hari.
Mengingatkan kepada umum satu lagi kes yang hampir sama tetapi atas tuduhan rasuah dikenakan kepada mantan Ketua Menteri Sabah, Datuk Joseph Pairin Kitingan, beliau didapati bersalah pada 17 Januari, 1994. Keputusan perbicaraan kes rasuah beliau didengarkan di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu. Beliau didapati bersalah dan didenda kurang daripada RM2,000.00. Dendaan ini membolehkan beliau masih layak bertanding dalam pilihanraya Umum Negeri Sabah pada 18 dan 19 Februari, 1994, dan sehingga kini beliau masih lagi dalam lingkaran berkuasa dan disegani di Sabah.