09 October 2009

Anak vs Bapak


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kelmarin memerintahkan aktres dan model Nasha Aziz membayar ganti rugi am RM10,000 kepada bapanya Abdul Aziz Mohd Ali dalam kes saman fitnah yang difailkan bapanya terhadapnya. Hakim Datuk Abdul Wahab Patail membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Abdul Aziz bagi membuat penghakiman selepas Nasha dan peguamnya tidak hadir pada perbicaraan kes itu Rabu lepas. Hakim juga memerintahkan Nasha membayar faedah lapan peratus setahun kepada bapanya dari tarikh saman difailkan iaitu pada 31 Mac 2005 sehingga penyelesaian penuh saman itu, dalam penghakimannya berkata beliau mendapati Abdul Aziz selaku plaintif berjaya membuktikan dia telah difitnah oleh Nasha selaku defendan apabila Nasha dalam artikel yang diterbitkan Utusan Malaysia pada 24 Okt 2004, menyatakan dia (Nasha) hanya mempunyai seorang ayah sahaja.
Abdul Aziz dalam pernyataan tuntutannya berkata beliau adalah bapa kandung Nasha dan mendakwa perkataan fitnah di dalam artikel itu bertajuk “Jangan tanya hal peribadi”, dalam keluaran akhbar bertarikh 24 Okt, 2004 telah menyebabkan perasaan beliau terseksa, memalukan dan mencemarkan maruahnya. Beliau memohon ganti rugi, faedah, kos dan faedah lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah dengan mendakwa artikel itu boleh difahamkan sebagai bermaksud yang beliau sudah meninggal dunia. Nasha, dalam pernyataan pembelaannya menjelaskan bahawa perkataan “bapa” dalam temu bual dengan akhbar itu adalah merujuk kepada bapa saudaranya Abdul Aziz Hathim yang membesarkannya. Tetapi bagi kebanyakan daripada kita melihat kemelut keluarga ini ada nilai-nilai yang menyentuh emosi yang tidak dapat digambarkan...