11 December 2009

Itulah Bola

VIENTIANE 11 Dis. - Malaysia mara ke separuh akhir bola sepak lelaki pada temasya Sukan SEA ke-25 selepas berjaya menumbangkan Thailand 2-1 pada perlawanan peringkat kumpulan di Stadium Utama di sini. Dengan kemenangan itu, Malaysia yang menduduki tangga kedua dalam Kumpulan A di belakang Vietnam akan bertemu tuan rumah, Laos yang juga juara Kumpulan B. Pasukan Thailand yang tidak pernah terlepas separuh akhir selama 36 tahun acara dwitahunan itu melangkah longlai dan sekali gus gagal mempertahankan emas yang dimenanginya pada sukan Sea yang lalu.