14 September 2009

Awang Itam

Isu kebanjiran warga asing di negara ini telah lama menimbulkan keresahan rakyat tetapi setakat ini kerajaan gagal menanganinya dengan berkesan sehingga mencetuskan masalah sosial yang serius. Baru-baru ini penduduk di beberapa taman perumahan sekitar Mutiara Magna, Kepong bimbang dengan peningkatan mendadak warga Afrika di kawasan kediaman kos sederhana itu. Penduduk mendakwa mereka kini sudah mampu untuk mendominasikan kemudahan awam di situ. Mereka juga didakwa sudah tidak berasa gentar dengan penduduk tempatan malah sedia untuk bertindak balas jika ditegur apatah lagi dicabar. Pendatang warga Afrika ini sering mengusik anak-anak gadis yang lalu laIang di kawasan tersebut dan ada kalanya turut mencetuskan pergaduhan dengan warga tempatan. Ini menimbulkan rasa tidak selamat di kalangan penduduk dan meminta supaya pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya. Isu ini harus dipandang serius oleh semua pihak kerana ia seakan-akan menampakkan kelemahan di pihak kerajaan dari segi penguatkuasaan dan bagaimana warga Afrika ini dengan ramainya datang ke negara ini?