Nicol kali kelima Olahragawati Negara
HEBAT... Nicol David dan beregu badminton negara, Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong (gambar kanan belakang) masing-masing dinobatkan Olahragawati dan Olahragawan Kebangsaan 2007 pada majlis Anugerah Sukan Negara di Kuala Lumpur, malam tadi.
KUALA LUMPUR 13 Mei – Ratu skuasy, Nicol David dan beregu utama badminton negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong dinobatkan Olahragawati dan Olahragawan Kebangsaan 2007 pada majlis Anugerah Sukan Negara di sini malam ini. Kesemua mereka masing-masing membawa pulang hadiah RM10,000 dan trofi yang disampaikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin. Lebih manis lagi apabila anugerah itu – yang dimenangi Nicol tiga tahun berturut-turut dan kemenangan kali kelimanya – menyusul selepas kejayaan atlet itu merampas semula mahkota kejuaraan Terbuka Britain di Liverpool, semalam.