05 May 2008

Galaksi

RAKAMAN UNIK PERTEMBUNGAN DUA GALAKSI: GAMBAR disiarkan semalam menunjukkan kejadian menakjubkan pertembungan antara dua galaksi dikenali Arp 148, yang menyebabkan wujudnya galaksi berbentuk cincin berserta ekor panjang akibat perlanggaran itu. Rakaman unik Arp 148, yang turut digelar ‘objek Mayall’ terletak di buruj Ursa Major pada kedudukan kira-kira 500 juta tahun cahaya dari bumi. Ia adalah sebahagian daripada koleksi besar 59 imej cantuman galaksi diambil oleh Teleskop Angkasa Lepas Hubble Amerika Syarikat disiarkan sempena ulang tahun ke-18 peralatan itu, semalam.