16 November 2006

Tiger Woods vs Tiger Eyes


Gaya Pro....ketika menyertai satu pertandingan Masters All Pro di California Golf and Country Club USA, bersama-sama dengan beberapa bintang handalan dalam dunia golf, seperti Tiger Woods dan Tiger Eyes (gambar atas) John Lan, Tok Mike, James Tu Pa dan Lim Pen Ahu.
Sebenarnya buka apa tu saja nak belajar merembas rumput lama rasanya tak merembas rumput...walaupun kata orang ini hanya permainan orang-orang korporat saja yang duitnya mengalir atas bawah meja...adalah pendapat yang salah, golf ni ialah sejenis sukan yang boleh menenangkan minda, mengajar pemain bersikap sabar, jujur dan tabah dalam mengharungi pelbagai kerenah dan peraturan sukan ini. Ramai kawan-kawan sudah menampakkan minat dan kecenderungan dalam berjinak-jinak dengan sukan ini. tak percaya cubalah....sekali sekala datang ke Driving Golf anda pasti dapat merasakan perbezaannya. Permainan ini bukan Golongan Orang Lemah Fikiran