13 February 2007

Innalilahi.......

Di keheningan pagi 4 Febuari 2007, aku dikejutkan dengan sms yang dihantar oleh abangku dari Kg. yang mengatakan abang iparku Amat Baking Mustapha, telah kembali kerahmatullah.....di Hospital Kerajaan, sebenarnya abangku telah beberapa kali menghubungiku namun aku tak sedar dengan deringan handphone kerana aku terlupa untuk mengaktifkannya pada hari itu aku ada majlis keagamaan dan aku menjadi MC. Aku bagaikan terpaku seolah tak percaya dengan sms itu lantas ku hubungi abangku dan saat itu juga ku hubungi Ani salah seorang anak perempuan allahyarham. Aku mengenali allahyarham sebagai seorang abang ipar yang amat baik. Seorang yang gigih mencari rezeki untuk membesarkan dan memberi pendidikan yang dituntut kepada keluarganya. Rajin dan tak mengenal erti putus asa, simple dan ramah tak hairanlah sepanjang hayat beliau disenangi oleh pelbagai lapisan dari usia yang tua, seangkatan dengannya, muda dan golongan remaja. Semasa hayat beliau memang baik terhadap saya dan beberapa kenangan bersama beliau antaranya kami pernah menaiki motorsikal bersama empat orang menuju ke sebuah ladang sawit swasta berhampiran dengan kampung, menuba udang galah dan aku pernah bersama beliau menghantar projek minuman ke beberapa sekolah rendah sekitar daerahku. Kepada kakak Surayah dan anak-anaknya Ella, Asmah, Ani, Ramlee, Lija, Zura dan yang paling kecil sekali Ann semoga tabah dan sabar dalam menempuh liku-liku mendatang ini, setiap yang hidup akan kembali ke pangkuanNYA. Al-Fatiha buat Amat Baking Mustapha semoga rohnya ditempatkan disisi orang-orang yang mukminin. Aamin.