20 February 2010

Cinta Lombok


Nasi Lemak Buah Bidara
Sayang Selasih Hamba Lurutkan
Buang Emak Buang Saudara
Kerana Kekasih Hamba Turutkan

Pantun empat karat di atas mungkin membayangkan kepada beberapa siri kejadiaan dimana gadis-gadis belasan tahun negara ini didakwa dilarikan oleh pemuda dari Lombok, kes terbaru ialah seorang gadis 15 belas tahun dan masih bersekolah lagi kebetulan seorang pelakon telah dilarikan oleh buah hatinya ke Lombok sejak julai tahun lalu. Salsabila Yunan 15 tahun lari ke lombok mengikut kekasihnya yang kini sudah suaminya tapi bagaimana cara nikahnya kerana tidak direstui oleh bapanya yang berumur 73 tahun sedang mengidap pelbagai kompilikasi penyakit. Mujurlah atas usaha Biro Pengaduan Pemuda Umno, Salsabilah dapat dibawa kembali ke pangkuan keluarganya. Salsabilah kini mengandung 5 bulan.

Seorang lagi gadis belasan tahun ialah Noorlaili Afizah, baru 19 tahun hampir2 nak lari ke Indonesia kerana nak ikut buah hatinya yang dikenali Sarjo sebagai seorang buruh binaan Pulang ke tanah Lombok. Tapi Alhamdulillah, dia pulang kerumah dan menyesal atas perbuatanyang dilakukannya itu.