Rakyat;
30 June 2008
Antara Tuduhan, Politik dan kuasa
Rakyat;
22 June 2008
Jom Tengok Euro
Pertembungan hebat dalam saingan euro kali ini antara Juara Dunia Itali dengan barisan bintang muda Sepanyol, pasti akan membuahkan aksi yang menarik bagi membawa pasukan masing2 melangkah ke suku akhir, bagi Itai yang menyandarkan ramai bintang veteran berpengalaman tentunya teruji permainan mereka dalam saingan kumpulan yang menyaksikan mereka berhempas pulas untuk melayakkan ke saingan berikutnya mereka tewas dengan Belanda 0-3, seri dengan Romania 1-1 dan menewaskan skuad Perancis 2-0. Bagi skuad bimbingan Aragones ini menang kesemua perlawanan kumpulan menewaskan Rusia 4-1, menewaskan Sweden 2-1 dan terakhir mengalahkan juara bertahan Greece 2-1. Apapun malam ini bersengkang mata lagi lah aku...
Pulang Kosong
BASEL (Switzerland): Rusia menjaringkan dua gol ke gawang Belanda pada masa tambahan dalam perlawanan yang berlangsung semalam sekali gus melayakkan pasukan itu ke separuh akhir. Gol kejayaan Rusia disempurnakan Dimitry Torbinski dan Andrei Arshavin dalam tempoh lima minit saja antara satu sama lain manakala Van Ruud Nistelrooy pula memungut mata untuk Belanda pada minit ke-86. Rusia: Igor Akinfeev, Denis Kolodin, Sergei Ignashevitch, Aleksandr Anyukov, Konstantin Zyryanov, Yuri Zhirkov, Igor Semshov, Sergei Semak, Ivan Saenko, Roman Pavlyuchenko, Andrei Arshavin.
Belanda: Edwin van der Sar, Andre Ooijer, Joris Mathijsen, Khalid Boulahrouz, Nigel de Jong, Rafael Van der Vaart, Giovanni Van Bronckhorst, Wesley Sneijder, Orlando Engelaar, Ruud Van Nistelrooy, Dirk Kuyt.
21 June 2008
20 June 2008
SAPP SAPP SUI
* Kerajaan berasaskan kepada tadbir urus yang baik, masyarakat madani dan politik bukan perkauman.
* Wilayah Persekutuan Labuan dikembalikan kepada Sabah dan diuruskan sebagai satu wilayah khas.
* Kerajaan pusat dan kerajaan negeri bekerjasama membetulkan ketidakseimbangan dalam struktur ekonomi dan sosial melibatkan Sabah dan negeri lain.
Tumbangnya Pasukan Pilihan
'Brazil' Eropah tumbang jua akhirnya di kaki Ballack dan rakan2nya, kehebatan Ronaldo sedikitpun tidak mencuakkan semangat juang anak didik Joachim yang di kurung oleh dik peraturan FIFA tu, Jerman ibarat Singa lapar lagi terluka bangkit dari tidur lantas membaham kaum kerabat arkitek dan pembina yang meninggalkan Kota A Farmosa meskipun Tembok Berlin dah lama ranap dengan jaringan 3-2.
19 June 2008
Jadual dan Keputusan Euro2008
1 Kump A Switzerlan 0-1 Czech Rep Basel - St. Jakob-Park
2 Kump A Portugal 2-0 Turkey Geneva - Stade de Genève
Isnin 9 Jun 2008
3 Kump B Austria 0-1 Croatia Vienna - Ernst Happel
4 Kump B Germany 2-0 Poland Klagenfurt - Wörthersee
Selasa 10 Jun 2008
5 Kump C Romania 0-0 France Zurich - Letzigrund
6 Kump C Netherlands 3-0 Italy Berne - Stade de Suisse
Rabu 11 Jun 2008
7 Kump D Spain 4-1 Russia Innsbruck - Tivoli Neu
8 Kump D Greece 0-2 Sweden Salzburg - EM Stadion Wals-Siezenheim
Khamis 12 Jun 2008
9 Kump A Czech Republic 1-3 Portugal Geneva - Stade de Genève
10 Kump A Switzerland 1-2 Turkey Basel - St. Jakob-Park
Jumaat 13 Jun 2008
11 Kump B Croatia 2-1 Germany Klagenfurt - Wörthersee
12 Kump B Austria 1-1 Poland Vienna - Ernst Happel
Sabtu 14 Jun 2008
13 Kump C Italy 1-1 Romania Zurich - Letzigrund
14 Kump C Netherlands 4-1 France Berne - Stade de Suisse
Ahad 15 Jun 2008
15 Kump D Sweden 1-2 Spain Innsbruck - Tivoli Neu
16 Kump D Greece 0-1 Russia Salzburg - EM Stadion Wals-Siezenheim
Isnin 16 Jun 2008
17 Kump A Switzerland 2-0 Portugal Basel - St. Jakob-Park
18 Kump A Turkey 3-2 Czech Republic Geneva - Stade de Genève
Selasa 17 Jun 2008
19 Kump B Poland 0-1 Croatia Klagenfurt - Wörthersee
20 Kump B Austria 0-1 Germany Vienna - Ernst Happel
Rabu 18 Jun 2008
21 Kump C Netherlands 2-0 Romania Berne - Stade de Suisse
22 Kump C France 0-2 Italy Zurich - Letzigrund
Khamis 19 Jun 2008
23 Kump D Greece 1-2 Spain Salzburg - EM Stadion Wals-Siezenheim
24 Kump D Russia 2-0 Sweden Innsbruck - Tivoli Neu
Jumaat 20 Jun 2008
25 Suku Akhir Portugal 2:45 German Basel - St. Jakob-Park
Sabtu21 Jun 2008
26 Suku Akhir Croatia 2:45 Turki Vienna - Ernst Happel
Ahad 22 Jun 2008
27 Suku Akhir Netherlands 2:45 Russia Basel - St. Jakob-Park
Isnin 23 Jun 2008
28 Suku Akhir Spain 2:45 Itali Vienna - Ernst Happel
Rabu 26 Jun 2008
29 Separuh Akhir Juara #25 2:45 Juara #26 Basel - St. Jakob-Park
Khamis 27 Jun 2008
30 Separuh Akhir Juara #27 2:45 Juara #28 Vienna - Ernst Happel
Ahad 30 Jun 2008
31 Akhir Juara #29 2:45 Juara #30 Vienna - Ernst Happel
18 June 2008
Kosongkan
17 June 2008
14 June 2008
Terkenang dulu2
kubawa senyummu
dari sepi ke sepi
sesaat engkau
bagaikan
kijang emas
melonjak-lonjak
di hadapan mataku
kutoreh hatimu
dengan pisau naluri
namun diammu
penuh syahdu
mengusik emosi
aku terkaku
hangat merindu...
Pandangan Bernas
13 June 2008
10 June 2008
Juara
SEBAHAGIAN atlet Terengganu bersorak gembira sambil menunjukkan angka ‘61’ bagi menandakan jumlah pingat emas yang berjaya dikutip pada majlis penutupan Sukma XII di Kuala Terengganu, malam tadi. Kontinjen Terengganu mencipta pencapaian di luar dugaan dengan muncul juara keseluruhan Sukan Malaysia (Sukma) Ke-12 buat kali pertama dalam sejarah temasya sukan dwitahunan itu yang mula diperkenalkan pada 1986. Selaku tuan rumah, Terengganu mengumpul 61 emas, 39 perak dan 47 gangsa. Terengganu juara Sukma: KONTINJEN Terengganu bersorak riang selepas muncul juara keseluruhan pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) XII yang berakhir di Kuala Terengganu, malam tadi. Selangor yang muncul naib juara dengan 54-47-52 manakala Sarawak tempat ketiga, (52-52-42). Upacara penutup temasya disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdulah Ahmad Badawi di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. Turut hadir Menteri Besar, Datuk Ahmad Said dan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob.