24 July 2007

Patuh undang-Undang

Laman blog: Patuhi undang-undang
PUTRAJAYA 23 Julai – Kerajaan tidak pernah membuat apa-apa keputusan suntuk mengambil tindakan ke atas mana-mana pengendali laman blog di negara ini. Bagaimanapun, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, setiap orang perlu menyedari bahawa negara ini mempunyai undang-undang yang perlu dipatuhi.‘‘Tidak, tidak ada keputusan khas dibuat untuk ambil tindakan ke atas blogger, tetapi setiap orang perlu sedar bahawa negara ini mempunyai undang-undang,” katanya.Beliau menyatakan demikian kepada para pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan para pemimpin dewan perniagaan Cina luar negara di sini hari ini.Beliau ditanya mengenai tindakan UMNO membuat laporan polis ke atas laman blog Malaysia Today hari ini kerana dikatakan menyiarkan siri komen yang dilihat menghina Yang di-Pertuan Agong, agama Islam dan boleh menimbulkan perasaan kebencian dan keganasan antara kaum di negara ini.Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib membuat laporan polis mengenainya di Balai Polis Tun H. S. Lee pada pukul 12.57 tengah hari ini.Diminta mengulas tindakan Muhammad itu, Najib berkata, setiap orang boleh membuat laporan polis dan terpulang kepada pihak berkuasa untuk menyiasat laporan tersebut sama ada mereka telah melanggar undang-undang atau sebaliknya.