04 July 2007

Rokok naik!

Kuala Lumpur 4 Julai – British American Tobacco (Malaysia) Bhd. (BAT) telah mengumumkan harga baru rokok keluarannya berkuatkuasa mulai 5 Julai. BAT dalam kenyataannya di sini berkata, harga bahan itu disemak semula berikutan kenaikan 25 peratus dalam duti eksais, komponen ad valorem, cukai jualan, margin pengedar dan peruncit serta kos perniagaan. Syarikat itu berkata, harga baru bagi kotak yang mengandungi 25 batang telah dinaikkan kepada RM7.30.Sementara, kotak 20-batang dinaikkan antara RM6.70 hingga RM9.20 dan kotak 14-batang antara RM4.90 hingga RM5.90.
Aku dah nekad nak putusakn hubungan kita, aku dah tak tahan lagi dengan keadaan kita sekarang, walaupun bahagia bersama tapi tu cuma mainan semata-mata, kau tipu aku...dah banyak aku perabis duit dan masa aku kat kau tapi kau tak menghargainya....malah kau hancurkan jiwa dan perasaanku termasuklah peparu kiri ku. Aku harap kau dapat menerima segalanya dengan tabah. Sampai di sini saja perhubungan kita. SELAMAT TINGGAL ROKOK....harga rokok naik lagi....hehehe.