26 July 2007

Tahniah Iraq, Arab Saudi

Iraq, Saudi ke final Piala Asia
KUALA LUMPUR 25 Julai - Dua gergasi bola sepak Asia Barat, Iraq dan juara tiga kali, Arab Saudi melangkah ke perlawanan akhir Piala Asia di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta Ahad ini. Dua nasib berbeza ditempuh oleh Iraq dan Arab Saudi sebelum menewaskan lawan masing-masing di separuh akhir, malam tadi. Iraq melangkah ke perlawanan akhir buat pertama kali selepas menewaskan Korea Selatan 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti di Stadium Nasional Bukit Jalil. Kedua-dua pasukan itu terikat dengan keputusan seri 0-0 hingga ke masa tambahan. Di Hanoi, Vietnam, Arab Saudi menamatkan impian Jepun yang memburu gelaran buat kali ketiga berturut-turut apabila menewaskan penyandang juara itu dengan keputusan 3-2. Arab Saudi melangkah ke perlawanan akhir buat kali keenam daripada tujuh penampilan di kejohanan ini. Jepun merapatkan jurang dengan dua gol menerusi Yuji Nakazawa (m-37) dan Yuki Abe (m-53). Arab Saudi muncul juara sebanyak tiga kali pada 1984, 1988 dan 1996.
Arab Saudi tidak pernah menewaskan Jepun di Piala Asia termasuk kekalahan dalam perlawanan akhir pada 1992 dan 2000.